You are on page 1of 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Sekolah Kebangsaan Poyut,


Pejabat Pendidikan Daerah Baram,
Lot 2241,
Jalan Marudi/Ulu Linei,
98050 Baram, Sarawak.
Email: sekolah-8733@moe-di.edu.my
Ruj. Kami : SKPOYUT.
Tarikh : 28 Mac 2023
Pegawai Pendidikan Daerah Baram,
Pejabat Pendidikan Daerah Baram,
98050 Marudi, Baram.

Tuan,
PERMOHONAN BANTUAN JURUTEKNIK KOMPUTER

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa pihak SK Poyut ingin memohon jasa baik tuan untuk meminjamkan seorang
juruteknik komputer bagi membantu kami membaik pulih komputer di makmal komputer SK Poyut seperti
ketetapan yang berikut:
Tarikh : 10 April 2023
Hari : Isnin
Masa : 2:00 – 4:00 petang
3. Sehubungan itu, pihak sekolah amat berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat menghantar
juruteknik komputer untuk tujuan tersebut.

4. Segala kerjasama dan keprihatinan daripada pihak tuan amat kami hargai dan kami dahului dengan
ucapan terima kasih.

Sekian terima kasih.

“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,


..................................
(SANDOM ANAK AJI)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Poyut, Baram.

sk. Fail sekolah

You might also like