You are on page 1of 11

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/354400075

Pendekatan Kaedah Interaktif Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran


Pendidikan Islam Abad Ke-21 Di Sekolan Menengah Kebangsaan Kota
Kinabalu

Conference Paper · September 2021

CITATIONS READS

6 27,326

3 authors:

Mohd Maziz al-Hadi Moharam Saifulazry Mokhtar


Universiti Malaysia Sabah (UMS)
9 PUBLICATIONS 48 CITATIONS
99 PUBLICATIONS 301 CITATIONS
SEE PROFILE
SEE PROFILE

Kasoma Thia
SMK. TEBOBON, Kota Kinabalu
14 PUBLICATIONS 23 CITATIONS

SEE PROFILE

All content following this page was uploaded by Saifulazry Mokhtar on 07 September 2021.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


5th International Conference on Teacher Learning and Development (ICTLD) 2021
03 - 05 August 2021

Pendekatan Kaedah Interaktif Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran


Pendidikan Islam Abad Ke-21 Di Sekolan Menengah Kebangsaan
Kota Kinabalu
Mohd Maziz Al-Hadi Moharam1*, Saifulazry Mokhtar 2 and Kasoma Thia3
1,2
Pusat Penantaran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah
3
Sekolah Kebangsaan Kebagu, Kota Kinabalu
*Corresponding author’s: maziz.alhadi@yahoo.com

ABSTRAK

Kaedah interaktif adalah satu kaedah interaksi secara digital yang merupakan medium
alternatif dalam sistem Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) sejajar dengan perkembangan
teknologi abad ke-21. Pelaksanaan aplikasi ini dalam (PdP) membuktikan bahawa konsep
pendidikan kini berada selangkah maju ke hadapan sejajar dengan visi dan misi Kementerian
Pendidikan Malaysia. Kaedah pembelajaran interaktif ini perlu diterapkan dalam setiap mata
pelajaran termasuklah Pendidikan Islam di sekolah menengah. Kajian ini dijalankan
bertujuan melihat pendekatan kaedah interaktif dalam (PdP) untuk mata pelajaran Pendidikan
Islam abad ke-21 dalam kalangan pelajar di sekolah menengah di daerah Kota Kinabalu,
Sabah. Selain itu, kajian ini turut mengenal pasti cabaran dalam (PdP) Pendidikan Islam abad
ke-21 serta justifikasi signifikan pelaksanaannya terhadap pelajar di sekolah menengah
daerah Kota Kinabalu. Kaedah kualitatif menerusi temu bual dan soal selidik dijadikan
sebagai metodologi utama dalam kajian ini. Persampelan kajian terdiri para guru Pendidikan
Islam, ibu bapa dan pelajar- pelajar Islam yang termasuk dalam lapan buah sekolah
menengah di sekitar Daerah Kota Kinabalu. Hasil kajian menunjukkan bahawa mata
pelajaran Pendidikan Islam amat memerlukan pendekatan kaedah interaktif kerana
mempunyai topik-topik pengajaran yang memerlukan huraian rinci dalam pemahaman pelajar.
Kajian turut mengesahkan bahawa kaedah interaktif mampu memberi kefahaman yang gitu
kepada pelajar secara langsung kerana pelajar dapat mengaplikasikan ilmu yang dipelajari
secara praktikal dan amali. Kajian ini mengharapkan agar platform kaedah interaktif dalam
proses (PdP) khususnya dalam mata pelajaran Pendidikan Islam perlu selaras dengan
perkembangan teknologi semasa bagi memastikan kelangsungan pendidikan sentiasa berada
di mercu kejayaan sejajar dengan saranan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kata Kunci: Kaedah interaktif, Pendidikan Islam, abad ke-21, pengajaran dan pembelajaran,
Kementerian Pendidikan Malaysia, sekolah menengah, Kota Kinabalu

1. Pengenalan

Pendidikan merupakan satu aspek yang penting dalam kehidupan manusia. Tanpa pendidikan,
tahap pengetahuan manusia tidak akan berkembang kerana hanya bersandarkan kepada
pengalaman hidup semata-mata. Menurut Sulaiman Nordin (2001:14), al-Jamali
mendefinisikan pendidikan sebagai membentuk tabiat dan sikap seseorang manusia dalam
pelbagai aspek kehidupan sama ada dari sudut jasmani, rohani, akal dan akhlak. Manakala
Hasan Langgulung (1981) pula mengatakan pendidikan adalah sesuatu yang merubah dan
memindahkan nilai-nilai kebudayaan kepada setiap individu melalui berbagai-bagai proses
bagi melahirkan manusia yang bertanggungjawab kepada Allah. Pengabdian adalah satu alat
79
Proceedings ICTLD2021/e-ISBN 978-967-25529
5th International Conference on Teacher Learning and Development (ICTLD) 2021
03 - 05 August 2021

yang boleh merubah dan mengalihkan manusia dari satu keadaan kepada satu keadaan yang
lain.

Proses pengajaran dan pembelajaran adalah medium terbaik dalam perkembangan ilmu dan
pendidikan. Justeru, proses pembelajaran dalam pendidikan perlu diteruskan bagi
memastikan momentum penyebaran ilmu terhadap para pelajar tercapai. Mengikut Eee Ah
Ming (1997), pengajaran tradisional yang bertunjangkan kepada komunikasi satu hala oleh
guru dan peranan pelajar sebagai penerima boleh mendatangkan sikap pasif dalam diri pelajar.
Keadaan ini akan menyebabkan pelajar merasa bosan untuk belajar dan akhirnya
menyebabkan pencapaian akademik pelajar merosot. Elexander dan McDougall (2011)
berpendapat situasi pembelajaran yang aktif seperti pembelajaran kolaboratif perlu
diaplikasikan untuk mengatasi masalah pengajaran sehala ini.

Selain itu, proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) amat penting dalam memastikan ilmu
yang disalurkan dapat diterima dengan baik dan akan menjadi satu pegangan hidup yang
berkekalan dalam diri pelajar. Selaras dengan perkembangan teknologi terkini, kaedah (PdP)
perlu ditransformasikan mengikut tuntutan semasa. Menurut Baharuddin Aris et. al (2001:1),
Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) ialah suatu pendekatan yang menggunakan
komputer untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Hal ini tidak bermakna bahawa
komputer yang mengajar pelajar tetapi guru menggunakan komputer dengan semaksimum
mungkin sebagai alat penyampaian pengajarannya. Pendekatan ini boleh memberikan impak
yang lebih positif dari kaedah pembelajaran yang sedia ada.

Kaedah interaktif juga mampu membentuk pembangunan kognitif individu seterusnya


mengaplikasinya dalam memperkasakan kemahiran berfikir aras tinggi. Menurut Jamalludin
dan Zaidatun (2003), Zamri dan Nur Aisyah (2011), multimedia membuka ruang kepada para
pendidik mengaplikasikan pelbagai teknik pengajaran, manakala murid diberi peluang untuk
bergerak lebih aktif dalam sesuatu sesi pembelajaran. Hal ini menyebabkan pemahaman yang
tinggi dan proses pengajaran dan pembelajaran sentiasa terlaksana walaupun terdapat
pelbagai halangan dalam proses pembelajaran.

Pembelajaran merupakan kaedah seseorang pelajar memperoleh ilmu pengetahuan dan


kemahiran sama ada melalui pengalaman, amalan yang dipelajari atau yang diajarkan.
Menurut (Elizabeth et al.,2002), pembelajaran secara tradisional seperti yang diamalkan oleh
kebanyakan pelajar adalah satu pembelajaran yang pasif. Mereka banyak menghabiskan masa
persekolahannya dalam suasana pembelajaran yang pasif dengan menghafal semua maklumat
yang disampaikan oleh guru secara syarahan atau ceramah tanpa ada penglibatan pelajar
dalam pembelajaran terutama pembelajaran matapelajaran Pendidikan Islam. Pelajar hanya
mendengar syarahan, mencatat serta mengingati fakta yang diberikan oleh guru tersebut.
Kaedah ini merupakan kaedah pembelajaran berpusatkan guru semata-mata tanpa melibatkan
pelajar sewaktu pembelajaran subjek tersebut.

Tambahan pula, pembelajaran yang pasif ini perlu berubah kepada kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang aktif untuk membolehkan pelajar memberi tumpuan dalam pembelajaran.
Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang aktif dapat merangsang pelajar dengan
mengaktifkan pengetahuan sedia ada dan dihubungkaitkan dengan pengetahuan baharu.
Pengetahuan yang baharu diperolehi ini pula terus boleh diguna pakai pada masa hadapan
(Khoo, H.E., 2003). Menurut Barbara (2003), hasil kajian yang dijalankannya menunjukkan
kesan daripada pembelajaran berdasarkan masalah ini, pelajar lebih bermotivasi untuk belajar,
kehadiran pelajar ke kelas meningkat kerana mereka seronok untuk belajar, meningkatkan
80
Proceedings ICTLD2021/e-ISBN 978-967-25529
5th International Conference on Teacher Learning and Development (ICTLD) 2021
03 - 05 August 2021

kerjasama dalam kalangan ahli kumpulan, dapat meningkatkan pengekalan maklumat dalam
jangka masa yang lama, mengembangkan maklumat yang didapati dan hal ini akan
mendorong pada pembelajaran sepanjang hayat.

Kebanyakan guru masih lagi mengekalkan kaedah pengajaran yang lebih memusatkan guru.
Nota-nota diberikan kepada pelajar di papan hitam dan pelajar hanya menerima apa sahaja
yang diajar. Sehubungan itu, proses pengajaran dan pembelajaran dalam matapelajaran
Pendidikan Islam sejak dahulu lagi sering melaksanakan pembelajaran secara sehala. Pada
hakikatnya guru berperanan dalam menentukan pendekatan dan bahan-bahan pengajaran dan
pembelajaran yang mampu mewujudkan rangsangan dan kemudiannya bertindak
memperkembangkan kecerdasan dan pengalaman (Kamarudin, 1990). Kaedah “Chalk and
Talk” merupakan cara pengajaran utama yang digunakan oleh guru-guru kerana kaedah ini
dapat mengatasi masalah bilangan pelajar yang ramai dalam satu kelas dan masalah
menghabiskan sukatan pelajaran (Becker dan Watts, 2001).

Menurut Ismail Sualman (2019) teori bahawa guru dan pendidik yang berkualiti melahirkan
murid-murid berkualiti, atau pendidikan yang berkualiti melahirkan generasi manusia dan
masyarakat yang berkualiti. Perkembangan medium penyebaran ilmu pendidikan telah
menggalami revolusi dari semasa ke semasa dan akan berubah wajah pada abad ke-21 nanti.
Walaupun pada kebiasaannya proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) tertumpu kepada
kaedah bersemuka iaitu (PdP) dalam bilik darjah, dewan kuliah ataupun bilik tutorial, namun
perubahan besar dalam kaedah pembelajaran perlu dilakukan menjelang abad ke-21.
Hakikatnya, kaedah Interaktif juga mampu melahirkan pelajar yang sentiasa berkualiti dalam
pembelajaran malah para pendidik dapat memperkasakan menyampaikan ilmu. Malah,
kewujudan kaedah interaktif ini mengubah wajah kehidupan masyarakat dunia dalam sekelip
mata. Majoriti para guru mula mencuba dan menggunakan pelbagai teknologi untuk
berkomunikasi dengan pelajar dari seluruh tanah air. Masyarakat baru tersentak kaedah
pembelajaran secara maya adalah alternatif berkesan sebenarnya. Ilmu masih boleh
disampaikan kepada pelajar walaupun tanpa bersemuka.

Dalam sudut pengajaran Pendidikan Islam, pendekatan tersebut dapat melahirkan pelajar
yang berkualiti kerana proses pembelajaran tersebut lebih senang difahami, dapat pencerahan
ilmu antara guru dan pelajar menggunakan platform interaktif sebagai medium penghantar
ilmu. Hal ini disokong dalam kajian-kajian lepas bahawa pembelajaran maya perlu diteruskan
menggunakan pelbagai pendekatan, sama ada pembelajaran dalam talian secara bersemuka
(Synchronous Learning) ataupun secara tidak bersemuka (Asynchronous Learning). Learning
tools yang digunakan boleh disesuaikan mengikut keperluan pembelajaran; bagi mereka yang
mempunyai akses internet boleh mengikuti kelas menggunakan Microsoft Teams, Facebook
live atau Google Classroom (Hayati Ismail, 2020) Google Meet, Big Blue Button, Zoom, dan
sebagainya (Muhammad Afzamiman dan Muhammad Abd Hadi, 2020).

Menurut Mohamad Idham Md Razak (2020), bagi memastikan kaedah pembelajaran atas
talian yang berkesan, terdapat beberapa faktor yang perlu diambil kira seperti pembinaan
kawalan persekitaran, kepentingan interaksi secara interaktif, latihan yang efektif dan
berkesan, akses capaian teknologi yang maksimum, tahap piawaian yang standard, jaminan
kualiti sumber yang tidak terhad, penentangan terhadap perubahan semasa dan teknologi,
permasalahan berkaitan harta intelektual dan hak cipta serta sokongan institusi pendidikan
yang menjalankan kaedah pembelajaran atas talian. Laporan daripada pelbagai sumber
menunjukkan kadar penggunaan aplikasi atas talian meningkat secara mendadak sepanjang
proses sekatan dijalankan di negara-negara yang terkesan. Hal ini termasuklah dalam urusan
81
Proceedings ICTLD2021/e-ISBN 978-967-25529
5th International Conference on Teacher Learning and Development (ICTLD) 2021
03 - 05 August 2021

hiburan, jual beli, pekerjaan dan pembelajaran maya (Muhammad Afzamiman dan
Muhammad Abd Hadi, 2020).

Pihak sekolah menerima baik pandangan dan saranan pihak Kementerian Pendidikan
Malaysia untuk melaksanakan sesi Pengajaran dan Pembelajaran secara atas talian bagi
menggelakkan pelajar keciciran dalam mata pelajaran Pendidikan Islam untuk mempraktikan
ilmu tersebut dalam amalan kehidupan seharian. Selain itu, pengajaran dan pembelajaran
secara kaedah interaktif ini juga dijalankan bagi memastikan silibus mata pelajaran
Pendidikan Islam dapat disempurnakan mengikut takwim dan perancangan tahunan serta
memastikan pelajar dapat mengulangkaji mata pelajaran tersebut pada setiap hari semasa.
Oleh itu, beberapa persoalan lahir dalam kajian ini iaitu adakah pendekatan kaedah interaktif
dalam (PdP) Pendidikan Islam abad ke-21 dilaksanakan di sekolah menengah kebangsaan
Daerah Kota Kinabalu. Selain itu, apakah cabaran dan signifikan pelaksanaan kaedah
interaktif (PdP) Pendidikan Islam abad ke-21.

Oleh itu, berdasarkan persoalan yang lahir, maka wujudlah beberapa objektif kajian yang
diketengahkan dalam kajian ini iaitu melihat pendekatan kaedah interaktif dalam (PdP)
Pendidikan Islam di sekolah menengah kebangsaan Daerah Kota Kinabalu selain mengenal
pasti cabaran dan menjustifikasikan signifikan pelaksanaan kaedah interaktif dalam (PdP)
bagi subjek Pendidikan Islam abad ke-21.

2. Metodologi

Kajian ini dimulakan dengan kajian kepustakaan bagi mendapatkan maklumat semasa yang
berkaitan dengan tajuk kajian serta tahap keberkesanan dan pengaplikasian kaedah interaktif
dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) khususnya sekolah menengah kebangsaan di
Daerah Kota Kinabalu. Pada dasarnya, kajian ini menggunakan kaedah gabungan (mixed
methode) iaitu kaedah kualitatif dan kaedah kuantitatif yang menghasilkan dapatan kajian
lebih berkesinambungan antara hasil data temu bual dan hasil data soal selidik.

Oleh itu, kaedah kualitatif dijalankan dengan membuat temu bual bersama Pentadbir Sekolah,
Guru Pendidikan Islam (GPI), Yang Dipertua Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan pelajar Islam
sekolah menengah kebangsaan di Daerah Kota Kinabalu. Kaedah temu bual bersama
informan terpilih ini dijalankan bagi tujuan pengumpulan data yang berkaitan dengan
tinjauan pendapat mengenai pengajaran dan pembelajaran kaedah interaktif Pendidikan Islam
abad ke-21. Di samping itu, kaedah kuntitatif ini dijalankan hasil daripada maklumat awal
yang diperolehi daripada kaedah kualitatif yang dilaksanakan. Pengumpulan data melalui
kaedah kuantitatif ini bertujuan untuk mengumpul data yang berkaitan dengan pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran secara interaktif serta signifikan pelaksanaanya
di sekolah-sekolah sekitar bandar Kota Kinabalu. Selain itu, kaedah kuantitatif ini juga
bertujuan untuk mengetahui cabaran, halangan dan masalah yang dihadapi oleh pihak ibu
bapa dan pelajar dalam mengikuti sesi pembelajaran secara interaktif yang dilaksanakan oleh
pihak sekolah. Kajian ini melibatkan para guru Pendidikan Islam, ibu bapa dan pelajar-pelajar
Islam dalam lapan buah sekolah menengah kebangsaan di Kota Kinabalu.

3. Dapatan Kajian

3.1 Dapatan kajian melalui kepustakaan

82
Proceedings ICTLD2021/e-ISBN 978-967-25529
5th International Conference on Teacher Learning and Development (ICTLD) 2021
03 - 05 August 2021

Kaedah interaktif dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dapat menarik minat guru dan
pelajar dalam pelaksanaan proses pembelajaran yang kreatif dan berinovasi. Bagi kajian Nor
Hafidah et. al (2016), mendapati teknik (PdP) berbantukan kemudahan internet amat
berkesan dan berjaya mewujudkan suasana yang lebih berinovasi. Bantuan daripada internet
serta panduan daripada pensyarah juga memudahkan pelajar terutama ketika mencari bahan
serta maklumat berkaitan kursus serta melakukan pembentangan. Selain itu, guru dan pelajar
mudah mendapatkan maklumat yang digunakan dalam (PdP) untuk meneruskan topik-topik
pembelajaran terhadap mata pelajaran. Sehubungan itu, kajian yang telah dilakukan mengenai
pendekatan kaedah interaktif dalam (PdP) amat sesuai digunakan dalam menyampaikan ilmu
pengetahuan kepada pelajar khususnya mata pelajaran Pendidikan Islam. Malah, kaedah ini
dapat membantu pelajar menguasai topik-topik yang terdapat dalam mata pelajaran
Pendidikan Islam dengan mudah kerana dapat memberi maklumat secara langsung dan boleh
dilakukan diluar waktu jadual pembelajaran.

Selain itu, mata pelajaran Pendidikan Islam perlu seiring dengan mata pelajaran lain dalam
mengorak langkah bersama teknologi kini. Menurut Joseph Anjuman dan Wan Rozali Wan
Hussin (2013) pula mendapati ICT (Teknologi Maklumat dan Komunikasi) dan
penggunaannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran geografi kini semakin mendapat
sambutan dalam kalangan pendidik bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran realistik
maya yang interaktif dan menyeronokkan. Justeru, berdasarkan kajian tersebut, penggunaan
ICT (Teknologi Maklumat dan Komunikasi) bukan sahaja digunapakai mata pelajaran
Geografi tetapi boleh digunapakai dalam (PdP) mata pelajaran Pendidikan Islam. Hal ini akan
memudahkan para guru Pendidikan Islam dalam sesi (PdP) untuk meningkatkan lagi
pengetahuan dan kefahaman pelajar. Tambahan pula, mata pelajaran Pendidikan Islam
mempunyai beberapa bidang utama dalam (PdP) di sekolah menengah kebangsaan seperti
Ibadah, Al-Quran, Fekah dan Hadis. Oleh itu, kaedah interaktif ini bukan sahaja membawa
kepada meningkatkan kefahaman pelajar malah dapat mempraktikan secara terus amalan-
amalah yang diterapkan dalam mata pelajaran Pendidikan Islam.

Bagi hasil dapatan kajian kepustakaan berkaitan dengan kaedah pembelajaran berteraskan
teknologi maklumat, pengkaji dapati kebanyakan penulis mengaitkan kaedah pengajaran dan
pembelajaran ini mengikut bidang yang mereka pelajari. Pelaksanaan pembelajaran
berteraskan teknologi maklumat ini perlu dikuasai sepenuhnya oleh guru sebelum ia
dilaksanakan. Menurut kajian Titik Rahayu et.al (2018), kualiti guru merupakan perkara
paling asas untuk keberkesanan, pencapaian, dan kecemerlangan proses dan hasil
pembelajaran. Kajian beliau mendapati perlu adanya kurikulum yang berkesan dan
memaksimumkan akses STEM kepada guru-guru. Selain itu, pihak sekolah perlu
mengadakan program pementoran rutin kepada guru secara berkesinambungan bagi
peningkatan keyakinan dan motivasi kepada guru dalam penggunaan STEM.

3.2 Dapatan kajian awal melalui temu bual tidak berstruktur.

Hasil kajian tidak berstruktur ini dilaksanakan dengan membuat temu bual kepada beberapa
orang guru yang mengajar subjek Pendidikan Islam di sekolah menengah kebangsaan Daerah
Kota Kinabalu secara rawak melalui online. Hal ini kerana kajian ini dijalankan ketika situasi
pandemik Covid-19 yang menghalang pelaksanaan kajian secara temu bual secara besemuka
dan menjalankan kajian di lapangan untuk mendapatkan data.

3.2.1 Pelaksanaan Kaedah Interaktif Subjek Pendidikan Islam

83
Proceedings ICTLD2021/e-ISBN 978-967-25529
5th International Conference on Teacher Learning and Development (ICTLD) 2021
03 - 05 August 2021

Pelaksanaan kaedah interaktif bagi subjek Pendidikan Islam amat diperlukan kerana memberi
kesan kefahaman kepada pelajar. Menurut Idris Awang (2021), beliau menyatakan sokongan
dan berpendapat kaedah interaktif amat berkesan. Justeru, kaedah ini diperlukan kerana
topik-topik dalam subjek Pendidikan Islam melibatkan pembelajaran secara praktikal yang
perlu dilakukan oleh setiap pelajar khususnya bidang ibadah. Hal ini berkemungkinan guru
subjek Pendidikan Islam dapat menerangkan sesuatu ibadah dengan lebih mendalam malah
dapat memberi pelbagai contoh terdekat mengenai ibadah tersebut. Selain itu, pelaksanaan
kaedah interaktif ini menjimatkan masa sama ada guru subjek mahupun pelajar.

Menurut Hasbi Muin (2021), kaedah interaktif dalam (PdP) subjek Pendidikan Islam
memberi ruang dan peluang kepada guru dan pelajar dalam sesi (PdP) Pendidikan Islam. Hal
ini menjelaskan kaedah interaktif memberi ruang masa untuk guru subjek Pendidikan Islam
menyediakan bahan bantu belajar yang berkaitan topik dan memberi peluang kepada guru
subjek dan pelajar berinteraksi sekiranya terdapat kemusykilan sesuatu bidang. Justeru,
kaedah yang dilaksanakan ini dapat meningkatkan nilai kefahaman dan selanjutnya memberi
praktikal yang tepat serta betul terutama dalam bidang Al-quran, fiqah mahupun ibadah
kepada pelajar- pelajar Islam di sekolah menengah.

3.2.2 Cabaran Pelaksanaan Kaedah Interaktif Subjek Pendidikan Islam

Hasil kajian temu bual tidak berstruktur yang dilakukan juga mendapati guru subjek
Pendidikan Islam (responden) menyatakan terdapat beberapa cabaran dalam pelaksanaan
kaedah interaktif terhadap subjek Pendidikan Islam. Menurut Hasbi Muin (2021), beliau
berpendapat cabaran utama ialah pelajar tidak mempunyai gajet serta data internet yang
terhad. Hal ini menjelaskan ketiadaan gajet salah satu aspek cabaran kerana kaedah interaktif
amat memerlukan medium interaksi seperti gajet untuk mewujudkan (PdP) secara dalam
talian. Selain itu, data internet yang terhad memberi halangan kepada para guru subjek
Pendidikan Islam dan para pelajar Islam. Tambahan pula, kaedah interaktif yang
dilaksanakan dalam subjek Pendidikan Islam melibatkan tahap penggunaan data yang tinggi
kerana ketika sesi (PdP) berlangsung, aplikasi-aplikasi tertentu akan digabungkan untuk
menjelaskan topik-topik secara mendalam sepertimana google meet, youtube mahupun
whatsapp group kepada pelajar.

Menurut Idris Awang (2021), masa yang tidak mencukupi bagi para guru Pendidikan Islam
untuk menjelaskan sesuatu topik dalam subjek. Hal ini berkaitan dengan subjek-subjek lain
juga perlu diberikan keutamaan dalam sesi (PdP) terutama pada musim pandemik Covid-19
ini yang umpama “berlumba-lumba” dalam menghabiskan silibus atau topik. Tambahan pula,
masa yang diberikan hanya satu jam sesi (pdp) bagi setiap subjek mengikut jadual
pembelajaran sekiranya kaedah interaktif ini dilaksanakan. Para guru subjek Pendidikan
Islam perlu bersedia awal sebelum memulakan (PdP) kerana terdapat pelajar-pelajar Islam
mempunyai tahap pemikiran yang berbeza-beza. Menurut Rosliza Abdul Razak (2021), masa
yang diberikan untuk sesi (PdP) secara talian perlu ditambah mengikut subjek yang
mempunyai pelbagai topik-topik mahupun bidang yang melibatkan pelajar membuat
praktikal atau amali tertentu. Oleh itu, kaedah interaktif bagi (PdP) subjek Pendidikan Islam
ini memerlukan masa yang lebih mengikut topik-topik tertentu kerana bukan sahaja
melibatkan latihan bentuk penulisan malah latihan amali berbentuk perbuatan.

3.2.3 Signifikan Kaedah Interaktif dalam subjek Pendidikan Islam

84
Proceedings ICTLD2021/e-ISBN 978-967-25529
5th International Conference on Teacher Learning and Development (ICTLD) 2021
03 - 05 August 2021

Hasil kajian awal melalui temu bual tidak berstruktur secara rawak yang dilakukan, ibu bapa
dan guru Pendidikan Islam (responden) berpendapat kaedah interaktif ini amat sesuai
diperkasakan bukan sahaja sekolah menengah malah institusi persekolahan yang lain.
Menurut Awang Idris (2021), kaedah interaktif dalam subjek Pendidikan Islam amat selari
dengan perkembangan teknologi kini dan sebaris dengan subjek-subjek lain. Hal ini
menunjukkan kesesuaian kaedah interaktif dalam subjek Pendidikan Islam membolehkan
para ibu bapa juga dapat manfaat bersama iaitu dapat mempelajari bersama pelajar bagi
meningkatkan kefahaman dalam bidang-bidang tertentu Pendidikan Islam. Natijahnya,
kaedah interaktif ini berfungsi sebagai medium perhubungan menyampaikan ilmu
pengetahuan sama ada teori dan praktikal kepada terutama kepada pelajar dan umumnya
untuk ibu bapa.

Hasil dapatan awal kajian juga mendapati bahawa signifikan kaedah interaktif dalam subjek
Pendidikan Islam membolehkan bidang-bidang dalam Pendidikan Islam dapat diajar secara
holistik. Menurut Hasbi Muin (2021), kaedah interaktif dalam subjek Pendidikan Islam
merangkumi penglibatan semua deria pembelajaran seperti pendengaran, penglihatan,
pertuturan dan juga perbuatan sekaligus membenarkan pelajar mengamalkan (PdP) yang
dilaksanakan secara tetap khususnya bidang Al-Quran dan Ibadah walaupun berada diluar
waktu pembelajaran. Selain itu, menurut Rosliza Abdul Razak (2021), signifikan kaedah
interaktif dalam pelaksanaanya bagi subjek Pendidikan Islam adalah penting kerana
kebanyakkan luar negara telah lama menggunakan kaedah ini untuk sesi (PdP). Hal ini
berkemungkinan negara- negara maju menggunakan kaedah ini disebabkan penyampaian
ilmu secara kreatif dan inovasi yang dapat menarik perhatian pelajar seterusnya mendekati
sesi (PdP) walaupun pelbagai halangan untuk mengadakan kelas di sekolah sepertimana
berlakunya pandemic Covid-19, bencana alam (ribut salji), dan darurat.

4. Perbincangan

Hasil dapatan yang kajian yang diperolehi mengemukakan perbincangan kajian dengan
sokongan daripada kajian perpusatakaan dan temu bual secara tidak berstruktur secara rawak.
Hal ini dapat membincangkan kajian secara tersusun bagi menjawab tiga persoalan kajian.

4.1 Adakah pendekatan kaedah interaktif dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan
Islam abad ke-21 dilaksanakan di sekolah menengah kebangsaan Daerah Kota
Kinabalu?

Dapatan kajian menunjukkan bahawa kaedah interaktif dalam (PdP) Pendidikan Islam abad
ke-21 telah lama digunapakai di sekolah menengah kebangsaan Daerah Kota Kinabalu.
Namun, medium untuk menggunakan kaedah interaktif tersebut tidak selari dengan subjek-
subjek lain yang menggunakan kaedah interaktif. Hal ini menunjukkan terdapat sekolah-
sekolah menengah yang mempunyai prasarana dan kemudahan yang baik sahaja
menggunakan kaedah interaktif secara lengkap dan baik seterusnya melahirkan pelajar yang
proaktif terutama dalam subjek Pendidikan Islam.

4.2 Apakah cabaran dalam melaksanakan pendekatan kaedah interaktif dalam pengajaran
dan Pembelajaran Pendidikan Islam abad ke-21 di sekolah menengah kebangsaan
Daerah Kota Kinabalu?

Dapatan kajian menjelaskan terdapat beberapa cabaran dalam melaksanakan kaedah interaktif

85
Proceedings ICTLD2021/e-ISBN 978-967-25529
5th International Conference on Teacher Learning and Development (ICTLD) 2021
03 - 05 August 2021

dalam (pdp) Pendidikan Islam iaitu gajet yang digunapakai oleh pelajar mahupun guru
Pendidikan Islam. Selain itu, masa yang diperuntukan dalam sesi (PdP) amat terhad yang
memerlukan pertindihan waktu pembelajaran bagi subjek-subjek lain. Cabaran lain yang
diketengahkan pula ialah talian internet yang bersumberkan rangkaian telekomunikasi.
Penggunaan aplikasi- aplikasi seperti Google meet, Youtube, Whatsapp, Telegram dan
sebagainya memerlukan pengunaan data internet yang banyak lebih- lebih lagi sekiranya
terdapat gabungan aplikasi-aplikasi tertentu semasa (PdP) dilaksanakan.

4.3 Menjustifikasi signifikan pelaksanakan kaedah interaktif dalam pengajaran dan


Pembelajaran Pendidikan Islam abad ke-21 di sekolah menengah kebangsaan Daerah
Kota Kinabalu?

Dapatan kajian menunjukkan justifikasi signifikan pelaksanaan kaedah interaktif dalam (PdP)
Pendidikan Islam memberi topik-topik mata pelajaran Pendidikan Islam amat memerlukan
pendekatan kaedah interaktif kerana mempunyai topik-topik pengajaran yang memerlukan
huraian rinci dalam pemahaman pelajar. Selain itu, penggunaan kaedah interaktif ini seiring
dengan teknologi negara luar. Hal ini membolehkan subjek Pendidikan Islam salah satu
subjek yang sentiasa seiring teknologi terkini dan negara ini agar tidak dipandang enteng oleh
negara luar.

Rumusan

Secara keseluruhannya, kaedah interaktif dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) bagi
subjek Pendidikan Islam di sekolah menengah kebangsaan amat sesuai mengikut arus
pemodenan dan kepesatan teknologi kini. Cabaran dalam pelaksanaannya telah ditangani
secara akademik mahupun penyelidikan agar para guru terutama guru Pendidikan Islam,
pihak pentadbir sekolah, ibu bapa dan para pelajar dapat memanfaatkan teknologi semaksima
mungkin. Hal ini perlu kerana Pendidikan Islam bukan sahaja diajar di sekolah malah di
rumah yang membolehkan amalan-amalan yang diterapkan dalam agama Islam sentiasa
dilaksanakan sesuai kehendak agama Islam itu sendiri. Oleh itu, kajian ini mengharapkan
agar platform kaedah interaktif dalam proses (PdP) khususnya dalam mata pelajaran
Pendidikan Islam perlu selaras dengan perkembangan teknologi semasa bagi memastikan
kelangsungan pendidikan sentiasa berada di mercu kejayaan sejajar dengan saranan
Kementerian Pendidikan Malaysia.

Penghargaan

Jutaan terima kasih kepada Universiti Malaysia Sabah dan Pusat Penantaraan Ilmu dan
Bahasa (PPIB), UMS serta atas penerimaan kajian saya diperingkat ijazah sarjana. Tidak lupa
juga kepada penyelia saya Dr. Saifulazry Bin Mokhtar (Pensyarah Kanan PPIB) atas tunjuk
ajar dan sokongan terhadap kajian saya.

Rujukan

Baharuddin Aris, Manimegalai Subramaniam dan Rio Sumarni Sharifuddin. (2011). Sistem
Komputer dan Aplikasinya. Kuala Lumpur: Ventor Publishing.
Barbara, L. (2003). Introducing A Problem-Based Unit into A Lifespan Nutrition Class Using
a Randomized Design Produces Equivocal Outcomes. Journal of the American
Dietetic Association. 103(8):1020-1026.

86
Proceedings ICTLD2021/e-ISBN 978-967-25529
5th International Conference on Teacher Learning and Development (ICTLD) 2021
03 - 05 August 2021

Becker, William, E., and Michael Watt. (2011). Teaching Economics at the Start of the 21st
Century: Still Chalk and Talk. American Economic Review. 91(2) : 446-451.
Berita Harian. 15 April 2020. COVID-19: Guru mampu cari kaedah PdP terbaik, kreatif.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/04/677581/covid-19-guru-
mampu-cari-kaedah-pdp-terbaik-kreatif. Tarikh Capaian 22 April 2020.
Eee Ah Ming. (1997). Pedagogi 1: Kurikulum dan Pengurusan Bilik Darjah Semester II.
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.: Kuala Lumpur.
Elexander, R. J., and McDougall, R.S. 2011. Collaborative Problem Solving in Student
Learning. University of Otago
Elizabeth, R., Valerie, E.O., Barbara, B., Frances, F. B., Carolyn, I., Gerry, B., Margaret, R.
and Angela, C. 2002. A Comparison of Problem-Based and Conventional Curricula
in Nursing Education, Advances in Health Sciences Education 7: 3–17.
Fatin Aliah Phang, Prof. Dr. 2020. 7 April 2020. Pembelajaran Atas Talian Untuk
Pembelajaran Sepanjang Hayat. https://news.utm.my/ms/2020/04/pembelajaran-
atas-talian-untuk-pembelajaran-sepanjang-hayat/. Tarikh Capaian 22 April 2020.
Nor Hafidah Ibrahim, Melor Fauzita Md. Yusoff dan Norzaliza Ghazali. (2016). Multimedia
Interaktif Mempertingkatkan Pengajaran dan Pembelajaran Kursus Bahasa Melayu
(SBLM 1053) dalam Kalangan Pelajar Universiti Utara Malaysia. Pusat Pengajian
Bahasa, Tamadun dan Falsafah, Universiti Utara Malaysia.
Hasbi Muin. (2021). Pendekatan Kaedah Interaktif dalam Pembelajaran dan Pengajaran
Pendidikan Islam Abad Ke-21 di Sekolah Menengah Kebangsaan Daerah Kota
Kinabalu. Temu bual. 21 March 2021.
Hassan Langgulung. 1981. Bentuk dan Falsafah Kurikulum. Dewan Bahasa dan Pustaka :
Kuala Lumpur.

Idris Awang. (2021). Pendekatan Kaedah Interaktif dalam Pembelajaran dan Pengajaran
Pendidikan Islam Abad Ke-21 di Sekolah Menengah Kebangsaan Daerah Kota
Kinabalu. Temu bual. 21 March 2021.
Joseph Anjuman dan Wan Rozali Bin Wan Hussin. (2013). ICT dan Kelestarian
Penggunaannya dalam Pengajaran dan Pembelajaran Geografi di Sekolah. Seminar
Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013) 55-75.
Kamarudin Hj. Husin. (1990). Pedagogi 3: Penggunaan Psikologi dalam Bilik Darjah.
Longman Malaysia.
Khoo, H.E. (2003). Implementation of Problem-Based Learning in Asian Medical Schools
and Students' Perceptions of Their Experience. Medical Education. 37:401-9.
Mohamad Idham Md Razak. Astro Awani. April 09, 2020. Covid-19: Pembelajaran atas
talian suatu keperluan ke arah menuju Malaysia maju.
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/covid-19-pembelajaran-atas-talian-
suatu-keperluan-ke-arah-menuju-malaysia-maju-237496. Tarikh Capaian 22 April
2020.
Mohammad Shatar Sabran, Prof Datuk Dr. Berita Harian. 24 Mac 2020. Covid-19: Kreatif
Laksanakan Pembelajaran, Pengajaran dalam Talian.
https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2020/03/668855/covid-19-kreatif-
laksanakan-pembelajaran-pengajaran-dalam-talian. Tarikh Capaian 22 April 2020.
Muhamad Afzamiman Aripin, Dr. dan Muhammad Abd Hadi Bunyamin, Dr. 17 April 2020.
Transformasi Pendidikan dalam Krisis Pandemik Covid-19.
https://malaysiagazette.com/2020/04/17/transformasi-pendidikan-dalam-krisis-
pandemik-covid-19/. Tarikh Capaian 22 April 2020.
Nur Fadilah, Maimun Aqasha Lubis. Prof Madya Dr, Harun Baharuddin. Dr, dan Nurul
Akhma binti Yahya. (2015). Pembelajaran Interaktif e- Learning Mencorakkan
87
Proceedings ICTLD2021/e-ISBN 978-967-25529
5th International Conference on Teacher Learning and Development (ICTLD) 2021
03 - 05 August 2021

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan


Malaysia.
Robiah Sidin dan Nor Sakinah Mohamad. 2007. ICT dalam Pendidikan: Prospek dan Cabaran
dalam Pembaharuan Pedagogi. Jurnal Pendidikan 32 (2007) 139-152.
Rosliza Abdul Razak. (2021). Pendekatan Kaedah Interaktif dalam Pembelajaran dan
Pengajaran Pendidikan Islam Abad Ke-21 di Sekolah Menengah Kebangsaan
Daerah Kota Kinabalu. Temu bual. 25 March 2021.
Saifulazry Mokhtar. Dr, Kasoma Thia, Habibah Artini Ramlie dan Abang Mohd. Razif Abg
Muis. 2019. Falsafah Pendidikan Islam Merentas Kurikulum Alaf Ke-21. Prosiding
Persidangan Antarabangsa Pengajian Kemanusiaan Kali ke-2. 19 September 2019.
Grand Borneo Hotel, Kota Kinabalu.
Shah Rulbani Zakaria, Mohd Isa Hamzah dan Khadijah Abdul Razak. 2017. Penggunaan ICT
dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pensyarah Pendidikan Islam di Politeknik Zon
Selatan. Tinta Artikulasi Membina Ummah 3(1), 2017 29-41, e-ISSN: 2289-960X
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Sharifah Nor Puteh dan Kamarul Azman Abd Salam. 2011. Tahap Kesediaan Penggunaan
ICT dalam Pengajaran dan Kesannya Terhadap Hasil Kerja dan Tingkah Laku
Murid Prasekolah. Jurnal Pendidikan Malaysia 36(1) (2011): 25-34.
Sinar Harian. 22 April 2020. PKP: Guru Semakin Jinak dengan Pendidikan Digital.
https://www.sinarharian.com.my/article/80070/BERITA/Nasional/PKP-Guru-
semakin-jinak-dengan-pendidikan-digital
Sulaiman Nordin. 2001. Sains Menurut Perspektif Islam. Penerbit Universiti Kebangsaan
Malaysia : Bangi.
Titik Rahayu, Syafrimen Syafril, Kamisah Osman, Lilia Halim, Sharifah Zarina Syed Zakaria,
Cik Tuan Mastura Tuan Soh dan Nova Erlina Yaumas. 2018. Kualiti Guru, Isu dan
Cabaran dalam Pembelajaran STEM. Jurnal Kurikulum (2018) 101-150.

88
Proceedings ICTLD2021/e-ISBN 978-967-25529

View publication stats

You might also like