You are on page 1of 14

SULIT

KIMIA
NAMA : __________________________________________________
4541/2
Kertas
Ogos
2 ½ jam

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BEAUFORT


PETI SURAT 291, 89808 BEAUFORT

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2023


KIMIA
TINGKATAN 5
Dua jam tiga puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

ARAHAN :
Untuk Kegunaan Pemeriksa

1) Kertas soalan ini mengandungi tiga Kod Pemeriksa:


bahagian. Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian Soalan Markah Markah
Bahagian C. Penuh Diperoleh
2) Anda dinasihatkan supaya mengambil A 1 05
masa 90 minit untuk menjawab soalan dalam 2 05
Bahagian A, 30 minit untuk Bahagian B dan 3 06
30 minit untuk Bahagian C. 4 07
5 08
6 09
7 10
8 10
B 9 20
10 20
C 11 20
Jumlah

Disediakan oleh, Disemak dan disahkan oleh,

__________________ _______________
(Salfariza Laila Mazlan) (Normaya Hj Misrin)
Guru Kimia Tingkatan 5 Ketua Bidang Sains dan Matematik

KERTAS SOALAN INI MENGANDUNGI 13 HALAMAN BERCETAK TERMASUK


MUKA HADAPAN

1
1. Rajah 1.1 menunjukkan susunan radas untuk menentukan takat lebur naftalena,
C10H8. Pepejal naftalena dipanaskan daripada suhu 60 ℃ kepada 90°C.
Perubahan suhu naftalena direkodkan pada selang masa 30 saat.

Rajah 1.1

(i) Apakah bahan X yang sesuai untuk digunakan dalam eksperimen ini?

________________________________________________________________
[1 markah]

(ii) Suhu naftalena menjadi malar semasa melebur walaupun proses pemanasan
dijalankan secara berterusan. Terangkan keadaan ini.

________________________________________________________________

________________________________________________________________

[2 markah]

(b) Rajah 1.2 menunjukkan leburan naftalena yang terhasil disejukkan di dalam sebuah
kelalang kon dan dikacau sepanjang masa penyejukan untuk menentukan takat
bekunya.

Rajah 2.2
(i) Mengapakah naftalena disejukkan di dalam kelalang kon?
_______________________________________________________________
[1 markah]

(ii) Leburan naftalena dikacau secara berterusan semasa proses penyejukkan.


Apakah tujuan langkah tersebut?
________________________________________________________________
[1 markah]

2
5
2. Rajah 2 menunjukkan kedudukan unsur X dalam Jadual Berkala Unsur.

Rajah 2

(a) Apakah nama kumpulan bagi unsur X?

_________________________________________________________________________
[1 markah]
[

(b) (i) Dalam Rajah 2, tandakan (✓) pada unsur lain yang dikelaskan dalam jenis yang sama
dengan unsur X.
[
[1 markah]
(ii) Nyatakan satu sifat unsur X.

______________________________________________________________________
[1 markah]
[

(c) Ferum berada dalam kumpulan yang sama dengan unsur X.


Nyatakan warna bagi sebatian yang berikut.

Sebatian Warna

Ferum(II) oksida

Ferum(III) oksida

[
[2 markah]

3
3
3. Rajah 3 menunjukkan susunan radas bagi satu eksperimen untuk menentukan
formula empirik magnesium oksida. 5

Rajah 3

(a) Apakah formula empirik?


___________________________________________________________________
[1 markah]
(b) Jadual 1 menunjukkan bacaan pada penimbang elektronik dalam eksperimen ini.

Jadual 1

Dengan menggunakan data dalam Jadual 1, tentukan formula empirik bagi magnesium
oksida. [Jisim atom relatif: Mg=24, O=16]

[3 markah]
(c ) (i) Adakah formula empirik bagi plumbum (II) oksida dapat ditentukan dengan kaedah
ini?

[1 markah]

4
(ii) Beri satu sebab bagi jawapan anda.

_________________________________________________________________________
[1 markah]
4. Rajah 4 menunjukkan susunan radas untuk mengkaji kekonduksian elektrik bagi
unsur M (bukan simbol unsur sebenar) dalam Set A dan Set B.
[Nombor proton:M=12;Cl=17] 6

Elektrod
karbon

Set A Set B
Rajah 4

(a)(i) Nyatakan jenis zarah bagi unsur M dalam Set A dan Set B.

Set A:______________________ Set B : ________________________


[2 markah]

(iii) Lukis susunan elektron bagi larutan M klorida dalam Set A.

[2 markah]

(b) Klorin boleh bergabung dengan karbon untuk membentuk suatu sebatian.
[Nombor proton : C= 6]

(i) Namakan jenis ikatan yang terbentuk.

_____________________________________________________________________
[1 markah]
(ii)Lukis susunan elektron bagi sebatian yang terbentuk.

5
[1 markah]

(iii) Nyatakan satu perbezaan sifat fizik sebatian klorin dalam Set A dan di 1(b)(ii).

_________________________________________________________________________ 7
[1 markah]

5. Jadual 5 menunjukkan formula kimia dan nilai pH bagi asid hidroklorik dan asid etanoik.

Asid Formula Kimia Nilai pH

Asid hidroklorik HCl 2.0

Asid etanoik CH3COOH 5.0

Jadual 5

(a) Kedua-dua asid adalah monoprotic. Apakah yang dimaksudkan dengan asid
monoprotik?
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
[1 markah]
(b) Tentukan kepekatan asid hidroklorik.

[2 markah]

(c) Kedua-dua asid mempunyai kepekatan yang sama. Jelaskan mengapa kedua-dua asid
mempunyai nilai pH yang berbeza.

_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
[4 markah]

(d) Asid sulfurik, H2SO4 merupakan asid diprotic. Jika nilai pH asid sulfurik ialah 2.0,
ramalkan kepekatannya.
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________

6
[1 markah]
8

6. Rajah 6 menunjukkan susunan radas untuk menyiasat elektrolisis larutan natrium klorida
dengan menggunakan elektrod karbon.

Rajah 6

(a) Tulis formula bagi semua ion yang terdapat di dalam larutan natrium klorida.

_________________________________________________________________________
[1 markah]
(b) Apakah proses yang berlaku pada elektrod Q?
_________________________________________________________________________
[1 markah]

(c) (i) Namakan gas yang dikumpul di elektrod P.

__________________________________________________________________________________
[1 markah]

(ii) Tulis setengah persamaan bagi tindak balas pada elektrod P.

__________________________________________________________________________________
[1 markah]

(iii) Bagaimanakah anda dapat mengenal pasti gas yang terhasil di 6(c)(i)?

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________
[2 markah]

(d) (i) Apakah hasil tindak balas pada elektrod P jika eksperimen diulang menggunakan
larutan natrium klorida 0.001 mol dm-3? Terangkan jawapan anda.
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
[2 markah]
(ii) Tulis setengah persamaan bagi tindak balas pada elektrod P.

7
_________________________________________________________________________
[1 markah]
7. Dua set eksperimen telah dijalankan untuk mengkaji satu faktor yang mempengaruhi
kadar tindak balas antara magnesium dengan asid nitrik. Masa yang diambil untuk 9
mengumpulkan 50 cm3 gas hydrogen direkodkan dalam Jadual 7

Jadual 7
(a) Berdasarkan Jadual 7,
(i) hitung kadar tindak balas purata dalam

Set I: Set 2:

[2 markah]

(ii) bandingkan kadar tindak balas antara Set I dengan Set II.

_________________________________________________________________________
[1 markah]
(iii) Terangkan jawapan anda di 7(a)(ii) berdasarkan teori perlanggaran.

_________________________________________________________________________
[3 markah]

(b) (i) Tulis persamaan kimia bagi tindak balas yang berlaku dalam eksperimen tersebut.

8
_________________________________________________________________________
[2 markah]
(ii) Hitung isipadu maksimum gas hydrogen yang dihasilkan dalam eksperimen tersebut.
[1 mol gas menempati 24 dm3 pada keadaan bilik]

[2 markah] 10

8. (a) Jadual 8 menunjukkan empat jenis kaca dan kegunaanya dalam kehidupan harian
kita.

Jenis kaca W X

Kegunaan

Jenis kaca Y Z

Kegunaan

Jadual 8
B
Berdasarkan Jadual 8,
(
(i) namakan kaca X dan kaca Y.
X
X: ___________________________________________________________________
Y
Y:____________________________________________________________________
[2 markah]

(
(ii) Nyatakan komposisi kaca Z.

_______________________________________________________________________
[1 markah]

9
(iii) nyatakan dua sifat istimewa yang dimiliki oleh kaca W.

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

[2 markah]

(b) Penerangan berikut merujuk kepada sifat-sifat sejenis kaca.

 Lutsinar kepada Cahaya dan inframerah Y


 Takat lebur tinggi
 Pekali pengembangan haba yang rendah
 Tahan kepada kakisan kimia

(i) Nyatakan jenis kaca berdasarkan penerangan tersebut.


_
_________________________________________________________________________
[1 markah]

(ii) Beri satu contoh kegunaan lain bagi jenis kaca yang dinyatakan di 2(b)(i).

[1 markah]
(c) Rajah 8 menunjukkan pembinaan struktur sebuah jambatan.

Rajah 8

(i) Namakan bahan binaan yang digunakan.

_____________________________________________________________________
[1 markah]
(ii) Terangkan bagaimana bahan di 8(c)(i) boleh mengelakkan jambatan daripada
mudah runtuh.

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

10
[2 markah]

Bahagian B
10
[20 markah]

Jawab mana-mana satu soalan daripada bahagian ini.

9 (a) Elektrolisis digunakan dalam penghasilan klorin dan aluminium.

Apakah yang dimaksudkan dengan elektrolisis?

[2 markah]

(b) Rajah 9 menunjukkan dua sel elektrolisis.

Rajah 9

Bandingkan antara sel A dengan sel B.


Jawapan anda hendaklah mengandungi pemerhatian dan setengah persamaan bagi
tindak balas di dalam sel tersebut.

[8 markah]

(c) Seorang wanita pergi ke kedai emas dan ingin menyadur seutas rantai perak-925
miliknya dengan emas.

Sebagai tukang emas, adakah anda akan membantu pelanggan ini dengan
menjalankan penyaduran tersebut, atau adakah anda akan mencadangkan
kepadanya untuk menulenkan rantai perak tersebut daripada perak-925 kepada perak-
999?

Beri dua justifikasi untuk menyokong cadangan anda dan huraikan satu eksperimen
sama ada proses penyaduranatau penulenan.

11
Sertakan rajah dan setengah persamaan yang terlibat.

[10 markah]

1
10. (a) Dengan menggunakan contoh tindak balas yang sesuai, jelaskan apa yang 20

dimaksudkan dengan tindak balas redoks.

[4 markah]
(
(b) Rajah 10 menunjukkan suatu sel kimia.

9
Magnesium

Larutan kuprum (II) sulfat


R

Rajah 10

(i) Tentukan terminal negatif dan terangkan jawapan anda. [2 markah]

(ii) Tulis setengah persamaan bagi tindak balas yang berlaku di terminal positif.

[1 markah]

(iii) Jadual 10 menunjukkan beza keupayaan dan terminal positif bagi pasangan logam yang
berbeza.

Pasangan logam Terminal positif Beza keupayaan (V)

Q, R Q 0.6

P , Cu Cu 2.7

P, Q P 1.6

R, Cu

Jadual 10

12
Susun logam-logam tersebut mengikut susunan menaik keelektropositifan dalam siri
elektrokimia. Jika R dan Cu digunakan sebagai elektrod dalam satu sel kimia, tentukan
terminal negatif dan beza keupayaan bagi sel tersebut

[3 markah]

(c) Sekumpulan murid menjalankan eksperimen bagi elektrolisis larutan kalium klorida 1.0
mol dm-3 menggunakan elektrod karbon.

(i) Lukis susunan radas bagi sel elektrolisis tersebut untuk mengumpulkan gas yang terhasil.

(ii) Terangkan proses elektrolisis yang berlaku dalam sel tersebut.

Dalam penerangan anda, sertakan setengah persamaan yang terlibat dan jelaskan
mengapa elektrolisis merupakan tindak balas redoks.

[10 markah] 20
Bahagian C
[20 markah]

Jawab semua soalan daripada bahagian ini.

11. Rajah 11 menunjukkan susunan elektron bagi atom P, Q, R dan S.

Rajah 11

(a) Kedua-dua P dan Q boleh bertindak balas dengan oksigen untuk membentuk dua jenis
sebatian yang berbeza.

(i) Tuliskan formula kimia bagi kedua-dua hasil tindak balas. [2 markah]

(ii) Tuliskan persamaan kimia yang seimbang bagi tindak balas Q dengan oksigen.

[2 markah]

(iii) Sekiranya 9.2 g Q dibakar dalam oksigen berlebihan, hitungkan jisim maksimum
hasil yang terbentuk.[Jisim atom relatif:O=16,Q=23] [2 markah]

(b) Terangkan mengapakah S wujud sebagai gas monoatom, manakala R wujud sebagai
gas diatom, pada keadaan bilik. [4 markah]

13
(c) (i) Berdasarkan Rajah 11, pilih dua unsur yang membentuk satu sebatian yang boleh
mengkonduksikan elektrik dalam keadaan leburan atau larutan akueus. Terangkan dari segi
susunan elektron pembentukan sebatian ini. [8 markah]

(ii) Nyatakan sebab mengapa sebatian tersebut dapat mengkonduksikan elektrik dalam
keadaan leburan atau larutan akueus tetapi tidak dalam keadaan pepejal. [2 markah]
20
KERTAS SOALAN TAMAT

14

You might also like