You are on page 1of 51

Bahagian

Kawalan
Racun
Perosak &
Baja
Madora Binti Ab Manan

BKRPB, Jabatan Pertanian KL


Kandungan 01 Akta RMP

02 Pendaftaran RMP

03 Label RMP

04 Pengkelasan RMP

05 Perumusan RMP

06 Penggunaan RMP Secara Berhemah

07 SISMARP

08 Residu RMP

09 Keracunan RMP

10 Kitar Semula Bekas RMP

9/25/2023
11 Kod MOA RMP 2
01
Akta RMP

Diwartakan pada
30 Julai 1974

Dikuatkuasakan
pada 15 April 1975

Dipinda pada
tahun 2004

9/25/2023 3
AKTA RACUN MAKHLUK PEROSAK
1974 [Akta 149]
• Tujuan pelaksanaan: bagi memastikan racun makhluk perosak
diurus secara berkesan selari dengan kehendak pembangunan
lestari dengan mengambil kira aspek keselamatan kepada
manusia dan kesejahteraan alam sekitar.
• Pelaksanaan dan penguatkuasaan Akta Racun Makhluk
Perosak adalah secara menyeluruh dari pengimportan,
penyelidikan, pendaftaran, pengilangan, penjualan dan
penggunaan racun makhluk perosak.

9/25/2023 4
TAFSIRAN MENGIKUT AKTA
Berdasarkan tafsiran mengikut akta di bawah Seksyen 2 (1), maksud bagi:

• Makhluk perosak - Termasuklah bakteria, virus, kulat, rumpai, serangga, roden,


burung, atau apa-apa tumbuh-tumbuhan atau binatang lain yang memudaratkan atau
menyerang binatang, tumbuh-tumbuhan, buah-buahan atau harta

• Perawis aktif - Sesuatu perawis sebagaimana yang disenaraikan dalam Jadual


Pertama yang mempunyai sifat-sifat racun makhluk perosak dan yang memberikan
sifat-sifat racun makhluk perosak kepada sesuatu bahan, benda, persediaan atau
campuran.

• Racun makhluk perosak

a) Apa-apa bahan yang mengandungi suatu perawis aktif; atau

b) Apa-apa persediaan, campuran atau benda yang mengandungi mana-mana satu


perawis aktif itu atau lebih sebagai satu daripada juzuknya, tetapi tidak termasuk
makanan yang tercemar atau apa-apa barang yang disenarai dalam Jadual Kedua.

9/25/2023 5
PERATURAN-PERATURAN DAN KAEDAH-KAEDAH
DI BAWAH AKTA RACUN MAKHLUK PEROSAK 1974
• Kaedah-Kaedah Racun Makhluk Perosak (Pendaftaran) 2005 (Pindaan) 2008;

• Kaedah-Kaedah Racun Makhluk Perosak (Pengimportan Bagi Maksud Pelajaran dan


Penyelidikan) 1981, (Pindaan) 1987;

• Peraturan-Peraturan Racun Makhluk Perosak (Pelabelan) 1984

• Kaedah-Kaedah Racun Makhluk Perosak (Pelesenan Bagi Penjualan dan Penyimpanan


Untuk Jualan) 2007;

• Kaedah-Kaedah Racun Makhluk Perosak (Iklan) 1996;

• Peraturan-Peraturan Racun Makhluk Perosak (Racun Makhluk Perosak Amat Berbisa)


1996, (Pindaan) 2004;

• Kaedah-Kaedah Racun Makhluk Perosak (Pengendali Kawalan Makhluk Perosak) 2004.

9/25/2023
• Kaedah-kaedah Racun Makhluk Perosak (Pelesenan bagi Pengilangan) 2011 6
KESALAHAN DI BAWAH AKTA RACUN
MAKHLUK PEROSAK 1974

9/25/2023 7
RACUN DIHARAMKAN

9/25/2023 8
PENGHARAMAN CARBOFURAN

• Mesyuarat Lembaga Racun Makhluk Perosak yang ke-88 telah bersidang pada
9 April 2021 dan memutuskan supaya pendaftaran bagi racun makhluk perosak
carbofuran ditamatkan pendaftaran di Malaysia berkuatkuasa pada 1 Mei 2023

• Keputusan ini diambil berdasarkan penilaian risiko yang dilaksanakan terhadap


perawis aktif carbofuran yang mendapati bahawa carbofuran berisiko
mendatangkan kesan buruk kepada kesihatan manusia, ekologi dan alam
sekitar.

9/25/2023 9
RACUN TERHAD

9/25/2023 10
02
Pendaftaran RMP
PENDAFTARAN RMP
Apakah Pendaftaran Racun Makhluk Perosak?

• Suatu skim pendaftaran di mana produk racun makhluk perosak perlu


didaftarkan dan diluluskan supaya racun tersebut boleh diimport, dikilang,
dieksport, diiklan, dijual dan digunakan di dalam negara ini.

Jabatan Manakah Yang Bertanggungjawab Dalam Pendaftaran Racun Makhluk


Perosak?

• Badan regulatori yang bertanggungjawab dalam pendaftaran racun makhluk


perosak di Malaysia adalah Bahagian Kawalan Racun Perosak dan Baja (BKRPB)
di Jabatan Pertanian.
KEPENTINGAN PENDAFTARAN RMP
Mengapakah Racun Makhluk Perosak Perlu Didaftarkan Sebelum Dijual Di
Pasaran?

• Memastikan racun makhluk perosak itu selamat dikendalikan;

• Memastikan mutu dan kualiti racun makhluk perosak tersebut;

• Memastikan racun makhluk perosak yang dipasarkan adalah berkesan;

• Memastikan racun makhluk perosak di pasaran itu mengandungi perawis aktif


(a.i) tertentu dalam kuantiti yang betul seperti yang dinyatakan di label; dan

• Memastikan racun makhluk perosak yang dipasarkan adalah kurang risiko pada
manusia dan alam sekitar.
RMP BERDAFTAR
• RMP berdaftar adalah RMP yang telah melalui proses
penilaian dan mendapat kelulusan daripada Lembaga
Racun Makhluk Perosak (LRMP) sebelum RMP tersebut
boleh diimport, dikilang, diiklan, dijual dan digunakan di
Malaysia.
• Tempoh sah laku pendaftaran bagi sesuatu RMP
berdaftar ialah 5 tahun
03
Label RMP
MEMAHAMI LABEL RMP
Apa itu Label RMP ?

• Sebarang penulisan, cetakan atau bahan grafik yang dilekatkan, ditampalkan


atau dicetak terus pada bungkusan sesuatu produk RMP.

Berdasarkan Tafsiran Akta Racun Makhluk Perosak 1974:

Label RMP ditakrifkan sebagai apa-apa benda bertulis, bercetak atau bergrafik ;

• yang dipasang, dilekatkan atau dicetak timbul, sama ada secara langsung atau
selainnya, pada bungkusan suatu racun makhluk perosak; atau

• yang menyertai suatu racun makhluk perosak.


BILAKAH LABEL RMP PERLU DIBACA?

Label yang tertera pada sesuatu pembungkusan RMP sama ada botol, plastik
atau bungkusan aluminium perlulah dibaca dan difahami ketika:

• Sebelum membeli RMP

• Sebelum mencampur RMP

• Sebelum mengaplikasi RMP

• Sebelum menyimpan RMP

• Ketika berlaku kes keracunan RMP

• Sebelum membuang bekas RMP yang telah kosong


PERATURAN-PERATURAN RMP
(PELABELAN) 1984
Tujuan Peraturan Label :

• Memastikan semua RMP berdaftar dilabelkan dengan


betul mengikut amalan pelabelan yang baik

• Menjadi panduan kepada pengguna bagi menjamin RMP


yang digunakan adalah berkesan dan selamat
LARANGAN BERKAITAN PERATURAN
PELABELAN

• “Tiada seorang pun boleh menjual racun makhluk


perosak melainkan jika mempunyai label yang
memenuhi kehendak-kehendak pelabelan yang
ditetapkan dalam peraturan serta diluluskan oleh
LRMP”
MAKLUMAT PENTING PADA LABEL
Panel Utama

• Panel di mana dicetak nama dagangan dan maklumat-maklumat lain


supaya keutamaan visual dan kedudukannya menonjol supaya
mudah kelihatan berbanding perkara lain yang terdapat pada label
RMP

Panel Sisi

• Panel di bahagian-bahagian lain pada label yang akan mengandungi


dan memuatkan maklumat-maklumat selain di Panel Utama.
KOMPONEN LABEL (PANEL UTAMA &
PANEL SISI)
MAKLUMAT YANG TERKANDUNG PADA
PANEL UTAMA
MAKLUMAT YANG TERKANDUNG PADA
PANEL UTAMA
MAKLUMAT YANG TERKANDUNG PADA
PANEL UTAMA
MAKLUMAT TERKANDUNG PADA PANEL
SISI
MAKLUMAT TERKANDUNG PADA PANEL SISI
04
Pengkelasan RMP
• Pengkelasan RMP dibahagikan kepada
beberapa cara iaitu:
Jenis perosak yang dikawal

Kumpulan kimia

Cara tindakan

Kebisaan

9/25/2023 27
PENGKELASAN RMP
Pengkelasan RMP mengikut JENIS PEROSAK YANG DIKAWAL
dibahagikan kepada beberapa kategori;

Racun Rumpai

Racun Serangga

Racun Kulat

Racun Hama

Racun Nematod

Racun Roden (Tikus)

Racun Siput (Moluska)


PENGKELASAN RMP
Pengkelasan Racun Serangga mengikut kumpulan kimia:

➢Carbamate: carbosulfan, carbaryl, carbosulfan, bendiocarb, isoprocarb

➢Organophosphate: acephate, malathion, methamidophos,


monocrotophos, terbufos

➢Pyrethroid: allethrin, bioallethrin, bifenthrin, cypermethrin, permethrin,


tetramethrin

➢Neonicotinoid: acetamiprid, dinotefuran, imidacloprid


PENGKELASAN RMP
Pengkelasan Racun Kulat mengikut kumpulan kimia:

➢Benzimidazole: benomyl, carbendazim

➢Metoxyacrylate: azoxystrobin, picoxystrobin

➢Triazole: difenoconazole, hexaconazole, propiconazole

➢Dithiocarbamate: mancozeb, metiram, thiram


PENGKELASAN RMP
Pengkelasan Racun Rumpai mengikut kumpulan kimia:

➢Phosphinic acid: glufosinate-ammonium

➢Glycine derivative: glyphosate

➢Phenoxyacetic: 2,4-D

➢Urea: diuron

➢Sulfonylurea: metsulfuron-methyl, bensulfuron-methyl


PENGKELASAN RMP
Pengkelasan RMP mengikut cara tindakan:
Jenis Racun Perosak Cara Tindakan
Racun serangga ➢ Memilih - khusus untuk jenis serangga tertentu sahaja.
➢ Tidak memilih – membunuh kebanyakan serangga
➢ Sentuhan – membunuh serangga yang bersentuhan dengannya.
➢ Sistemik – diserap oleh akar atau bahagian tertentu dan ditranslokasikan
kesemua bahagian tumbuhan. Serangga akan mati apabila memakan
tumbuhan tersebut.
➢ Cth: acephate, cypermethrin, dinotefuran, imidacloprid, malathion

Racun rumpai ➢ Memilih - khusus untuk jenis rumpai tertentu sahaja.


➢ Tidak memilih – membunuh kebanyakan rumpai
➢ Sentuhan – membunuh bahagian tumbuh-tumbuhan yang bersentuhan
dengannya.
➢ Sistemik – diserap oleh akar atau bahagian tertentu dan ditranslokasikan
kesemua bahagian tumbuhan.
➢ Pracambah – berkesan terhadap biji benih rumpai sebelum ia bercambah
➢ Pasca cambah – berkesan terhadap rumpai yang baru bercambah.
➢ Cth: diuron, metsulfuron-methyl, glufosinate ammonium, glyphosate
PENGKELASAN RMP
Pengkelasan RMP mengikut cara tindakan:
Jenis Racun Perosak Cara Tindakan
Racun kulat ➢ Kuratif – mampu menghalang sesuatu penyakit walaupun apabila
penyakit tersebut telah “bertapak” pada tumbuhan.
➢ Pelindung - membentuk satu lapisan di atas permukaan tumbuh-
tumbuhan/ biji yang membunuh spora kulat semasa proses
percambahan.
➢ Sistemik – diserap oleh akar atau bahagian tertentu dan
ditranslokasikan kesemua bahagian tumbuhan.
➢ Cth: azoxystrobin, benomyl, difenoconazole, mancozeb
Racun roden ➢ Akut – sebaik sahaja ditelan akan bertindak balas dengan asid perut
dan membebaskan gas fosfin yang beracun. Ini diikuti oleh rasa loya,
muntah dan kematian.
➢ Kronik - bersifat anti “coagulant” iaitu menghalang pembekuan darah.
Bertindak dengan perlahan dan memerlukan berbilang dos. Kematian
disebabkan oleh pendarahan dalaman dan boleh mengambil masa
selama 1 - 10 hari selepas keracunan awal.
➢ Cth: warfarin, brodifacoum, chlorophacinone
PENGKELASAN RMP
Pengkelasan RMP mengikut Kelas Kebisaan:

KELAS KATA AMARAN DAN


PITA WARNA
KEBISAAN KATA HEMAT

Hitam
Ia Beracun - Amat Bisa

Merah
Ib Beracun - Bisa

Kuning
II Beracun

Biru
III Berbahaya

Putih
IV -

Awas!!! Pita warna adalah tanda amaran tahap BAHAYA racun perosak
kepada anda, BUKAN keberkesanannya mengawal perosak
05
Perumusan RMP

Pekatan Serbuk Pekatan Serbuk


Teremulsi (EC) Bancuh (WP) Ampaian (SC) Bancuh (SP)

Emulsi,
Pekatan Larut Butir Terserak
Minyak Dalam Butir (GR)
Air (SL) Air (WG)
Air (EW)

Butir Larut Air


Umpan (RB) Fumigan
(SG)

• Sesetengah formulasi adalah sedia untuk digunakan, manakala


yang lain perlu dicairkan terlebih dahulu dengan pelarut seperti air/
minyak berasaskan petroleum sebelum ia boleh digunakan.
PECAHAN JENIS PERUMUSAN

Perumusan Cecair Perumusan Pepejal Perumusan Gas


Pekatan Teremulsi / Serbuk Bancuh / Wettable
Emulsifiable Concentrate powder (WP)
(EC)
Serbuk Bancuh / Soluble
Pekatan Larut Air / Soluble powder (SP)
Liquid (SL) Butir / Granules (GR)
Debu / Dustable Powder (DP)
Pekatan Ampaian /
Suspension Concentrate Umpan/ Umpan Berbongkah/
(SC) Umpan Butir/ Pekatan Umpan

Bait / Block Bait / Granular Bait / Gas (GA)


Emulsi, Minyak Dalam Air Bait Concentrate (B/BB/GB/CB)
/Emulsion, Oil In Water (EW)
Butir Terserak Air /Water
dispersible granules (WG)
Ampaian Kapsul / Capsules
Suspension (CS) Butir Larut Air / Water Soluble
Granule (SG)
06
Penggunaan RMP Secara Berhemah
Elemen penting dalam penggunaan racun makhluk perosak secara
berhemah:

Racun makhluk
Sasaran yang Dos/ kadar
perosak
betul yang betul
berdaftar

Teknik Masa
Kekerapan
penggunaan penggunaan
penggunaan
yang betul yang tepat

Cara tindakan Pengurusan


(Mode of perosak
action) bersepadu
9/25/2023 37
07
SISMARP
• Sistem Maklumat Racun Perosak (SISMARP) telah diwujudkan
semenjak tahun 2001 bertujuan untuk memberi maklumat
mengenai pengesyoran berdaftar di negara ini.

• SISMARP versi kedua ini telah ditambahbaik dari versi terdahulu di


mana versi ini mesra pengguna, mempunyai paparan yang
menarik, kaedah pencarian yang mudah, hasil carian boleh
disimpan / dimuat turun dan boleh dicetak. Semua maklumat akan
dikemaskini setiap tiga bulan.
Paparan SISMARP
08
Residu RMP
• Residu racun perosak adalah sisabaki RMP yang tertinggal dalam tanaman
makanan akibat penggunaan RMP bagi kawalan makhluk perosak dan penyakit
tanaman

• Residu RMP dalam tanaman makanan dikawal melalui penggunaan RMP secara
berhemah sebagaimana syor dalam label dan pemantauan hasil tanaman
berpandukan nilai Had Maksimum Residu / Maximum Residue Limit (MRL) RMP.

• Residu racun perosak yang tidak dikawal berisiko kepada tahap keselamatan
makanan pengguna akibat pengambilan tanaman makanan yang terdedah
dengan racun perosak. Tambahan pula residu racun perosak berlebihan
berupaya memberi kesan mudarat kepada kesihatan manusia bagi jangkamasa
panjang (kronik) mahupun singkat (akut).
9/25/2023 40
MRL
Apakah Itu MRL?

• Had maksimum residu RMP yang dibenarkan terdapat dalam tanaman makanan akibat
penggunaan RMP tersebut berdasarkan Amalan Pertanian Baik (APB).

• Dinyatakan dalam unit mg/kg.

• Penetapan adalah secara saintifik berdasarkan data kajian residu hasil penggunaan RMP
yang dijalankan ke atas tanaman yang berkenaan.

• Spesifik untuk setiap kombinasi RMP dan tanaman.

9/25/2023 41
TEMPOH DILARANG MENGUTIP HASIL (PHI)
“Jangan kutip hasil tanaman sawi sekurang-kurangnya tujuh (7) hari selepas
semburan terakhir”.

• Tempoh dilarang mengutip hasil atau Pre-harvest Interval (PHI) merupakan


tempoh masa yang ditetapkan berdasarkan amalan pertanian baik selepas
semburan terakhir sesuatu racun perosak sebelum proses penuaian. Proses
penuaian melibatkan aktiviti pemotongan atau pemisahan hasilan tanaman
daripada pokok.

• Nilai PHI boleh didapati pada label produk racun perosak yang berdaftar. Ia
merupakan maklumat penting yang menjadi panduan khusus dan perlu
dipatuhi oleh pengusaha ladang dan tanaman.

• Kepentingan pematuhan PHI merupakan elemen penting dalam memastikan


nilai MRL tidak melebihi had maksimum yang ditetapkan berdasarkan kajian
saintifik yang telah dijalankan.
9/25/2023 42
09Keracunan RMP
• Ketoksikan dan bahaya akibat pendedahan sesuatu RMP akan berlaku sekiranya
langkah-langkah kawalan dan Langkah-langkah keselamatan tidak diberi perhatian
yang serius.

• Oleh yang demikian, semasa mencadangkan langkah-langkah keselamatan dan rawatan


pertolongan cemas yang perlu diambil, perkara asas seperti ciri-ciri suatu RMP,
formulasi RMP dan kaedah aplikasi perlulah dipertimbangkan. Ini adalah kerana ianya
boleh mempengaruhi wujudnya bahaya atau kecederaan semasa proses menyimpan,
membancuh dan mengaplikasi sesuatu RMP.
KERACUNAN AKIBAT RMP?
• RMP boleh memasuki tubuh badan melalui tiga cara utama:

Melalui serapan
kulit/dermal

Melalui saluran
pernafasan

Melalui
pemakanan
KERACUNAN MELALUI SERAPAN KULIT/
DERMAL
• Ini boleh berlaku melalui tumpahan ke atas pakaian atau secara
langsung ke atas kulit semasa proses membancuh atau
mengaplikasi RMP tanpa pemakaian PPE

• Menyentuh tanaman yang baru sahaja disembur dengan RMP

• Resapan RMP ke dalam kulit ketika merendam dan membasuh


pakaian yang tercemar dengan RMP

• Pendedahan RMP melalui serapan pada kulit adalah mekanisma


utama terjadinya kes keracunan akibat RMP
KERACUNAN MELALUI PERNAFASAN
• Petani yang tidak memakai PPE terutamanya semasa
mengaplikasi RMP atau individu yang berada berdekatan dengan
kawasan yang baru sahaja disembur dengan RMP adalah berisiko
terhidu wap semburan atau debu RMP
• Individu mungkin tidak menyedari pendedahan RMP yang berlaku
melalui saluran pernafasan terutamanya bagi sesetengah RMP
yang tidak mempunyai bau
KERACUNAN MELAUI PEMAKANAN
• Makan makanan yang dicemari racun makhluk perosak

• Minum air yang dicemari racun makhluk perosak

• Termakan racun makhluk perosak

• Terminum racun makhluk perosak

• Mengambil makanan atau minuman tanpa membasuh tangan


dengan teliti selepas mengaplikasi racun makhluk perosak.
LANGKAH KESELAMATAN BAGI
MENGELAKKAN TERJADINYA KERACUNAN
RMP MELALUI PENDEDAHAN PEMAKANAN
• Jangan memindahkan RMP daripada bekasnya ke dalam botol lain yang tidak
berlabel

• Jangan makan, minum atau merokok semasa mengendalikan RMP

• Jangan gunakan bekas RMP yang kosong sebagai tempat menyimpan makanan
atau minuman

• Jangan menyimpan RMP bersama sebarang bahan makanan atau minuman.

• Jauhi kanak-kanak daripada tempat penyimpanan RMP dan kawasan aplikasi


RMP
10
Kitar Semula Bekas RMP

9/25/2023 49
11
Kod MOA RMP
SEMOGA BERJAYA,
TERIMA KASIH

9/25/2023 51

You might also like