You are on page 1of 8

SEKOLAH KEBANGSAAN TANJUNG NIPIS, BELURAN.

KERTAS KERJA
PROGRAM INVENTIF UPSR
SEKOLAH KEBANGSAAN TANJUNG NIPIS, BELURAN.
TAHUN 2017

“ PROGRAM INVENTIF UPSR ”

ANJURAN BERSAMA

GURU-GURU TAHUN 6
DAN
UNIT KURIKULUM SK TANJUNG NIPIS
1.0 PENGENALAN
Program Inventif UPSR 2017 ini merupakan satu program yang dapat memberikan
pendedahan serta melahirkan murid yang berfikiran kreatif, inovatif dan
berkepimpinan dalam menghadapi peperiksaan UPSR. Selain itu, program ini
dirangka bagi mempertingkatkan kualiti lulus UPSR serta memperbaiki pencapaian
UPSR sekolah. Dalam pelaksanaan program ini, terdapat beberapa pengisian aktiviti
yang melibatkan murid tahun 6 dalam persiapan menghadapi UPSR 2017.

2.0 OBJEKTIF

Melalui program ini, kita dapat :

 Membina keyakinan murid melalui aktiviti yang diadakan.


 Memberikan pendedahan kepada murid tentang persiapan sebelum
menghadapi UPSR.
 Membina semangat kerjasama dalam kalangan murid, ibu bapa dan pihak
sekolah.
 Memberikan peluang kepada murid untuk mengetengahkan bakat.
 Menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan murid.
 Membina pemikiran kreatif, inovatif dan berdaya saing dalam kalangan murid.

`3.0 NAMA PROGRAM

“ PROGRAM INVENTIF UPSR 2017 ”

4.0 SASARAN

 Murid Tahun 6

5.0 TARIKH PELAKSANAAN

Bulan Mac sehingga Bulan September ( sebelum tarikh UPSR )


6.0 PENGISIAN PROGRAM

PENGISIAN AKTIVITI
BIL NAMA PROGRAM PELAKSANAAN AKTIVITI
1. Anakku 6A 1. Calon UPSR dibahagikan kepada guru-guru sebagai anak
angkat.
2. Mengadakan majlis ringkas penyerahan anak angkat bersama
ibu bapa dan menandatangani surat akur janji yang disaksikan
oleh ibu bapa sendiri.
3. Setiap guru memantau perkembangan anak angkat dan
menghantar laporan prestasi secara bulanan kepada PK1.
4. Perjumpaan bersama akan diadakan sejurus laporan dihantar .
2. Kelas Tambahan 1. Diadakan setiap petang jam 2 petang sehingga jam 4 petang.
2. Calon dibahagikan kepada 4 kumpulan berfokus iaitu kumpulan
A,B,C dan D.
3. Kelas ini diadakan mengikut kumpulan.
Isnin – Kumpulan A
Selasa – Kumpulan B
Rabu - Kumpulan C
Khamis – Kumpulan D
4. Tujuan aktiviti ini adalah supaya memudahkan guru untuk
berfokus kepada murid dan memulihkan murid yang lemah.
3. Kelas Bimbingan 1. Kelas Bimbingan ini diadakan pada waktu petang dan waktu
malam.
2. Kelas petang : Jam 2 petang sehingga Jam 4 petang.
3. Kelas malam : Jam 7 malam sehingga Jam 9 malam.
4. Calon dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan 1 dan
kumpulan 2.
5. Guru –guru lain akan membantu Guru tahun 6.
6. Kelas ini bertujuan membimbing murid dan memberikan
pendedahan soalan berupa UPSR kepada murid serta soalan
berfokus.
7. Kelas ini juga dapat membiasakan murid menjawab soalan yang
berupa UPSR.
4. Kem Kepimpinan dan 1. Akan diadakan selama dua hari satu malam.
Motivasi UPSR 2. Kem ini bertujuan untuk membina keyakinan murid serta
memotivasikan murid tentang pentingnya UPSR dan pendidikan.
3. Aktiviti yang dijalankan kem ini seperti ceramah UPSR dengan
menjemput SIC+ PPD Beluran , aktiviti lasak ( merentasi tali
berhalangan , aktiviti berkumpulan ) , ceramah bersama PIBG
tentang pentingnya pendidikan, Explorace UPSR serta Expedisi
bersama pusat sumber.
4. Membina pemikiran kreatif melalui aktiviti yang dilaksanakan
dalam kem ini.
5. Memberikan semangat belajar kepada murid-murid.
5. Family Day 1. Merupakan hari permuafakatan antara ibu bapa dan guru-guru.
2. Membuat satu perjumpaan bersama Ibu Bapa setelah setiap kali
selesai peperiksaan sekolah.
3. Mengadakan perbincangan serta meneliti permasalahan murid
yang diselesaikan bersama-sama dengan pihak sekolah.
4. Jamuan ringkas bersama-sama Ibu bapa untuk
membincangakan prestasi setiap calon.
6. Mengadakan Lawatan 1. Membuat lawatan ke sekolah terdekat yang mempunyai prestasi
Penanda Aras cemerlang dalam UPSR ( Sk Tangkarason ).
2. Usaha sama antara dua buah sekolah.
7.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA :

PENASIHAT
EN MANGI SANTIRI
GURU BESAR SK TANJUNG NIPIS, BELURAN

PENGERUSI
EN MOHONI TIDONG
PENOLONG KANAN 1

NAIB PENGERUSI
EN HUZAIMI BIN SAANI
GURU KELAS TAHUN 6

SETIAUSAHA
EN MARLON HENRY

BENDAHARI
CIK FADZILAH FRIDICK

PENYELARAS TAHUN 6
EN MARLON HENRY

AHLI JAWATANKUASA
SEMUA GURU
SEMUA KETUA PANITIA
8.0 SENARAI NAMA ANGKAT :
BIL NAMA GURU ANAK ANGKAT CATATAN
1. EN. MANGGI SANTIRI 1. MOHD AZLI BIN MIROS
2. MOHD JULFADLI BIN ASMAT
2. EN. MOHONI TIDONG 1. ARISCHO CEASER
2. MOHD RAFIK
3. EN. JEH LUMANZA 1. MOHD FAIZAL BIN KHAMIS
2. NURNATASHA BINTI KAHAR
4. EN. AMIN GALABI 1. NUR AMIRA BT ABD GHAFFAR
2. SALINAH BINTI SIMON
5. EN. HUZAIMI BIN SAANI 1. JOHNNY JANIYUS
2. NUR IZZATUL AKMALIA BINTI
KAMAL
6. PN. AZEMAH A.R 1. MOHD FAKHRUL HAFIZI BIN
ASMARA
2. MOHD FAKHRUL HAKIMI BIN
ASMARA
7. CIK FADZILAH FRIDICK 1. NURUL ISTINAH BINTI RUSTAM
2. NUR HAZIEMAH BINTI ABDULLAH
8. PN RAHIL IDRUS 1. NUR AIN DEWI FARHANA
2. MOHAMMAD RASUL
8. EN. MARLON HENRY 1. ARIEL HAZIRIE BIN ABD RAHMAN
2. VICK FERNANDEZ JULIUS
3. INDERA SARIWADI
9. EN. MOHD SYAMIMI ILANI BIN YUSOFF 1. MOHAMMAD ISMAT IZZUDIN BIN
ROSLY
2. NURFARAHANA BINTI RAMLEE
10. EN. ZULKANAIN 1. ZURABAYA BINTI ALAH
2. NUR JAMILAH
11. CIK MARCELLA BAGU 1. SITI NOORHIDAYAH
2. JASLINA BINTI DUSTIN
12. EN. MOHD ZAIREY BIN ZAI 1. MOHD NIZAM
2. NASRUN SABIRUN
13. PN FATIMA AWANG 1. NASRAN GANI
2. SABTURIAH

DIsediakan oleh,
…………………………….
( MARLON HENRY )
Setiausaha ,
Program Inventif UPSR 2017.

Disemak oleh,
……………………………
( MOHONI TIDONG )
Penolong Kanan 1,
Sekolah Kebangsaan Tanjung Nipis, Beluran.

Disahkan oleh,
……………………………
( MANGGI SANTIRI )
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Tanjung Nipis, Beluran.

You might also like