You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN PANITIA PENDIDIKAN KESIHATAN

KALI – 2/2016
SEKOLAH KEBANGSAAN TELOI TIMUR
09300 KUALA KETIL,
KEDAH DARUL AMAN.

Tarikh : 26.7.2016
Hari : Selasa
Masa : 1.45 tengah hari
Tempat : Perpustakaan

Kehadiran:
1. En. Rosli Bin Rabanis
2. En. Mohamad Bukhary Bin Noordin
3. En. Yahaya Bin Ismail
4. En. Mohamad Pisol Bin Aziz
5. En. Roslan Bin Md Ali
6. Pn. Rosliza Binti Abdul Rashid
7. En. Zainol

AGENDA 1: UCAPAN KETUA PANITIA PENDIDIKAN JASMANI & PENDIDIKAN KESIHATAN.

1.1 Ucapan terima kasih atas kehadiran guru-guru ke Mesyuarat Panitia Pendidikan Jasmani Kali -2 bagi
sesi 2016.

1.2 Mengharapkan semua guru memberikan kerjasama agar semua program yang dirancang dapat
dijalankan dengan sebaik mungkin.

AGENDA 2 : UCAPAN PENOLONG KANAN KO KURIKULUM.

2.1 En Rosli Bin Rabanis mengucapkan tahniah kepada Panitia PJ dan Panitia Pendidikan Kesihatan
kerana berjaya menjalankan mesyuarat mengikut takwim sekolah.

2.2 Beliau berharap sesi pengajaran dan pembelajaran PJ dan PK berjalan dengan lancar dan selamat
mengikut pekeliling yang ditetapkan.

2.3 Beliau berharap Panitia PJ dan PK berjaya merancang aktiviti atau program yang dapat memberi
kesan positif kepada murid-murid SK Teloi Timur.

AGENDA 3 : MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT.

3.1 Pn. Rosliza Binti Abdul Rashid membentangkan minit mesyuarat yang lalu.

3.2 En. Yahaya Bin Ismail mencadangkan minit mesyuarat yang lalu disahkan dan disokong oleh En.
Roslan Bin Md Ali.
3.3 Perkara berbangkit - En. Pisol Bin Aziz mencadangkan agar stor PJ dikemaskini agar kelihatan kemas
dan teratur.

3.4 En. Rosli Bin Rabanis memberitahu agar semua penggunaan alatan PJ direkodkan di dalam buku
pinjaman alatan PJ.

AGENDA 4 : PERLAKSANAA UJIAN SEGAK BULAN OGOS

4.1 En. Mohamad Bukhary Bin Noordin memberitahu ujian Segak kali kedua pada bulan Ogos akan
dijalankan pada tarikh yang akan diberitahu kelak.

4.2 En. Roslan Bin Md Ali telah mencadangkan agar Ujian SEGAK dijalankan dengan menggabungkan
kelas mengikut tahun agar dapat memudahkan proses ujian yang bakal dijalankan.

4.3 Cadangan tersebut disokong oleh En. Yahaya Bin Ismail.

4.4 Ketua Panitia PJ memaklumkan agar data SEGAK diserahkan kepada beliau diserahkan dengan kadar
segera agar dapat diserahkan kepada PPD mengikut tarikh yang ditetapkan.

AGENDA 5 : HARI SUKAN NEGARA 2016

5.1 En. Rosli Bin Rabanis memaklumkan Hari Sukan Negara akan dijalankan pada 08 Oktober 2016 iaitu
pada hari Sabtu.

5.2 En. Mohamad Bukhary Bin Noordin mencadangkan agar diadakan aktiviti senamrobik dan diikuti
perlawanan bola sepak dan bola baling yang melibatkan guru dan murid bagi setiap pasukan. Disokong
En. Pisol Bin Aziz.

5.3 En. Yahaya Bin Ismail mencadangkan agar setiap pasukan yang bertanding mengikut rumah sukan
masing-masing. Disokong oleh En. Zainol.

AGENDA 6 : PERKARA BERBANGKIT

6.1 Pn. Rosliza memaklumkan penggunaan baju PJ yang seragam untuk guru PJ belum dapat dijalankan
lagi.

6.2 En. Pisol Bin Aziz mencadangkan agar baju PJ tersebut dibuat pada tahun hadapan memandangkan
kekangan masa yang dihadapi pada tahun ini. Disokong oleh En. Roslan Bin Md Ali.

AGENDA 7: HAL-HAL LAIN

7.1 En. Rosli Bin Rabanis mengingatkan agar semua guru PJ berada dipadang semasa waktu PJ bagi
mengelakkan perkara yang tidak diinginkan berlaku kepada murid.

7.2 Semua aktiviti sukan dan PJ hendaklah dipantau dan dijalankan dengan selamat.
AGENDA 8 : UCAPAN PENANGGUHAN.

8.1 Mesyuarat disudahi dengan bacaan surah Al Asr’.

8.2 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.30 petang.

Disediakan oleh : Disemak oleh: Disahkan oleh :

………………………………………..........
……………………………………………….. ............................................
( PN. ROSLIZA BT. ABDUL RASHID ) ( MOHAMAD BUKHARY BIN NOORDIN )
Setiausaha , Ketua Panitia Pendidikan Jasmani,
Panitia PJ SK Teloi Timur,
SK Teloi Timur, 09300 Kuala Ketil,
09300 Kuala Ketil, Kedah Darul Aman.
Kedah Darul Aman.

You might also like