You are on page 1of 5

TERHAD 5

2 OBJEKTIF

Kerja kursus ini disediakan untuk menilai keupayaan calon dalam;

2.1 Kemahiran kognitif:


2.1.1 mengenal pasti dan menghuraikan masalah dan isu yang berkaitan dengan
pembangunan negara serta mencadangkan langkah untuk mengatasinya
2.1.2 mengaplikasi teori dan kaedah yang diajar dalam bilik darjah dengan tugasan
yang diberikan
2.1.3 mentafsir, mensintesis, dan merumuskan data dan maklumat berkaitan dengan isu
yang dibentangkan

2.2 Kemahiran manipulatif:


2.2.1 mencari dan mengumpul pelbagai jenis data dan maklumat daripada pelbagai
sumber
2.2.2 memperoleh sumber melalui aktiviti memerhati, merekod, menemubual, dan
mengkaji selidik
2.2.3 memperoleh sumber melalui kajian perpustakaan, penulisan agensi kerajaan dan
swasta serta daripada sumber Internet
2.2.4 mempersembahkan data dan maklumat yang diperoleh dalam bentuk grafik,
jadual, rajah, carta, dan tulisan

2.3 Kemahiran insaniah (soft skills):


2.3.1 berkebolehan untuk berkomunikasi secara lisan dan tulisan
2.3.2 berkebolehan untuk bekerjasama dalam kumpulan, mengorganisasi tugas, dan
bekerja sebagai satu pasukan
2.3.3 berupaya mengawal aktiviti kerja kursus yang disediakan dengan berkesan
2.3.4 berupaya menguruskan masa mengikut jadual kerja yang ditetapkan
2.3.5 berupaya menyelesaikan masalah
2.3.6 berupaya menghasilkan tugasan secara kreatif dan inovatif
2.3.7 berkemampuan untuk menjalankan kajian kuantitatif dan kualitatif secara
saintifik
2.3.8 berkebolehan untuk menjalankan kajian dengan jujur, amanah, dan beretika
2.3.9 berupaya meningkatkan keyakinan diri dan motivasi

TERHAD
TERHAD 6

3 PELAKSANAAN KERJA KURSUS

3.1 Arahan Umum


3.1.1 Kerja kursus Pengajian Am wajib diambil oleh semua calon.
3.1.2 Kerja kursus Pengajian Am hendaklah dilaksanakan dalam semester 2.
3.1.3 Tema kerja kursus Pengajian Am tahun 2024 adalah berdasarkan tajuk yang
dipelajari dalam semester 2.

3.2 Tanggungjawab Pengetua/Penolong Kanan Tingkatan Enam (Sekolah Kerajaan dan


Sekolah Bantuan Kerajaan)
3.2.1 Memastikan calon yang melaksanakan kerja kursus Pengajian Am dibimbing dan
ditaksir kerja mereka oleh guru mata pelajaran Pengajian Am
3.2.2 Memastikan pemeriksa kedua ada untuk menilai pembentangan kerja kursus
Pengajian Am calon semasa sesi pembentangan dan soal jawab. Pemeriksa kedua
hendaklah dalam kalangan guru yang mengajar mata pelajaran Pengajian Am
pada semester kerja kursus itu dilaksanakan. Jika di sekolah tersebut cuma ada
seorang guru sahaja yang mengajar mata pelajaran Pengajian Am pada semester
kerja kursus itu dilaksanakan, maka pemeriksa kedua hendaklah dipilih dalam
kalangan guru yang mengajar mata pelajaran di Tingkatan Enam.
3.2.3 Menandatangani Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon (BRuMKKC)
sebagai pengesahan bahawa calon telah menghasilkan kerja kursus Pengajian Am
dan kerja kursus itu telah ditaksir dan diberikan markah oleh guru mata pelajaran
Pengajian Am mengikut prosedur dan kriteria yang ditetapkan dalam Kriteria
Pentaksiran Kerja Kursus Pengajian Am

3.3 Tanggungjawab Pengetua/Penolong Kanan Tingkatan Enam (Sekolah swasta yang tidak
diberi kebenaran untuk memeriksa kerja kursus calon)

3.3.1 Memastikan calon yang melaksanakan kerja kursus Pengajian Am dibimbing dan
diselia oleh guru mata pelajaran Pengajian Am
3.3.2 Menandatangani Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon (BRuMKKC)
sebagai pengesahan bahawa calon telah menghasilkan kerja kursus Pengajian
Am, telah ditaksir, dan diberikan markah oleh pemeriksa mengikut prosedur dan
kriteria yang ditetapkan dalam Kriteria Pentaksiran Kerja Kursus Pengajian Am

3.4 Tanggungjawab Pengetua/Penolong Kanan Tingkatan Enam (Sekolah swasta yang diberi
kebenaran untuk memeriksa kerja kursus calon)
3.4.1 Memastikan calon yang melaksanakan kerja kursus Pengajian Am dibimbing dan
ditaksir kerja mereka oleh guru mata pelajaran Pengajian Am
3.4.2 Memastikan pemeriksa kedua ada untuk menilai pembentangan kerja kursus
Pengajian Am calon semasa sesi pembentangan dan soal jawab. Pemeriksa kedua
hendaklah dalam kalangan guru yang mengajar mata pelajaran Pengajian Am
pada semester kerja kursus itu dilaksanakan. Jika di sekolah tersebut cuma ada
seorang guru sahaja yang mengajar mata pelajaran Pengajian Am pada semester
kerja kursus itu dilaksanakan, maka pemeriksa kedua hendaklah dipilih dalam
kalangan guru yang mengajar mata pelajaran di Tingkatan Enam.
3.4.3 Menandatangani Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon (BRuMKKC)
sebagai pengesahan bahawa calon telah menghasilkan kerja kursus Pengajian Am
dan kerja kursus itu telah ditaksir dan diberikan markah oleh guru mata pelajaran
Pengajian Am mengikut prosedur dan kriteria yang ditetapkan dalam Kriteria
Pentaksiran Kerja Kursus Pengajian Am
TERHAD
TERHAD 7

3.5 Tanggungjawab Guru Pengajian Am (Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan)

3.5.1 Memastikan semua calon memahami kehendak Sukatan Pelajaran Pengajian Am


3.5.2 Memastikan semua calon memahami keperluan melaksanakan kerja kursus
Pengajian Am
3.5.3 Memuat turun Manual Pelaksanaan, Kriteria Pentaksiran dan Tema Kerja Kursus
Pengajian Am dari portal MPM
3.5.4 Menandatangani borang akta MPM (MPM/P13.1 dan MPM/P13.4) yang
dilampirkan dalam Kriteria Pentaksiran Kerja Kursus Pengajian Am Kertas 4
(900/4) dan menghantarnya kepada MPM (up: Encik Ahmad ‘Izzat bin Jusoh)
3.5.5 Menjadi pemudah cara kepada calon sewaktu proses penghasilan kerja kursus
Pengajian Am
3.5.6 Memastikan semua calon menghasilkan kerja kursus Pengajian Am secara
individu
3.5.7 Memastikan semua calon melaksanakan kerja kursus Pengajian Am berdasarkan
garis panduan dan tempoh yang ditetapkan seperti pada 4.0 Jadual Perancangan
dan Pelaksanaan
3.5.8 Memastikan semua calon menunjukkan kemajuan dalam penulisan kerja kursus
Pengajian Am mengikut masa yang ditetapkan oleh guru mata pelajaran Pengajian
Am
3.5.9 Membimbing calon dalam aspek yang berikut:
(a) memilih tema,
(b) mengenal pasti isu,
(c) menetapkan tajuk dan skop kerja kursus,
(d) mengenal pasti sumber maklumat yang sesuai, dan
(e) mengenal pasti asas kaedah penyelidikan
3.5.10 Memantau dan membimbing calon semasa mencari maklumat, memproses data/
maklumat, dan menghasilkan penulisan kerja kursus Pengajian Am
3.5.11 Membimbing calon dalam aspek kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah
semasa pencarian/pengumpulan maklumat dan pembentangan kerja kursus
Pengajian Am
3.5.12 Memastikan calon tidak menciplak atau meminta orang lain untuk menghasilkan
kerja kursus Pengajian Am
3.5.13 Memastikan calon menghantar hasil kerja kursus kepada guru Pengajian Am pada
masa dan tarikh yang telah ditetapkan oleh guru Pengajian Am/pihak sekolah.
Calon hendaklah menggunakan muka hadapan kerja kursus yang telah ditetapkan
oleh pihak MPM (Lampiran 1)
3.5.14 Mengingatkan calon bahawa kegagalan menghantar kerja kursus pada tarikh
penghantaran akhir yang telah ditetapkan oleh MPM akan menyebabkan calon
dianggap tidak melaksanakan kerja kursus Pengajian Am dan tidak mengambil
kertas 900/4
3.5.15 Memastikan calon mengisi maklumat dan menandatangani Borang Perakuan
Calon (BPC) (Lampiran 2) yang dilampirkan bersama-sama dengan kerja kursus
Pengajian Am
3.5.16 Menandatangani BPC yang telah diisi dan ditandatangani oleh calon

TERHAD
TERHAD 8

3.5.17 Memastikan calon mengisi maklumat dan menandatangani Borang Rekod Kerja
Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3). Calon perlu diingatkan supaya sentiasa
membawa BRKKC setiap kali pertemuan antara guru dengan calon bagi
membincangkan penghasilan kerja kursus
3.5.18 Menyelia dan menandatangani BRKKC setiap kali pertemuan antara guru dan
calon bagi membincangkan penghasilan kerja kursus calon
3.5.19 Menghantar surat iringan, kerja kursus Pengajian Am, Borang Markah Kerja
Kursus Calon (BMKKC), dan BRKKC ke sekolah calon yang baharu bagi calon
yang bertukar sekolah
3.5.20 Memeriksa/menilai/mentaksir kerja kursus Pengajian Am setiap calon dan
mengisi serta memperakui Borang Markah Kerja Kursus Calon (BMKKC)
(Lampiran 4)
3.5.21 Memastikan markah kerja kursus calon hanya ditulis di dalam BMKKC dan tidak
menulisnya di dalam evidens kerja kursus calon
3.5.22 Mematuhi penskoran dan kriteria pentaksiran yang telah disediakan oleh MPM
ketika mentaksir kerja kursus Pengajian Am calon
3.5.23 Mendapatkan pengesahan daripada Pengetua dan menghantar markah kerja kursus
Pengajian Am calon kepada MPM (up: Encik Ahmad ‘Izzat bin Jusoh) dengan
menggunakan Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon (BRuMKKC)
(Lampiran 5). Kegagalan guru menghantar markah kerja kursus calon akan
menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan kerja kursus Pengajian Am dan
tidak mengambil kertas 900/4
3.5.24 Memasukkan markah kerja kursus calon dengan menggunakan aplikasi
e-submission yang telah ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM)
3.5.25 Mencetak rumusan markah kerja kursus calon dari aplikasi e-submission dan
membuat semakan silang (cross checking) markah kerja kursus calon bersama
dengan seorang lagi guru Pengajian Am. Pembetulan hendaklah dibuat sekiranya
terdapat kesilapan dalam memasukkan markah calon
3.5.26 Memastikan kerja kursus Pengajian Am , BPC, BMKKC, dan BRKKC bagi setiap
calon disimpan di tempat yang selamat bagi tempoh enam bulan dari tarikh
keputusan peperiksaan STPM diumumkan.

3.6 Tanggungjawab Guru Pengajian Am (Sekolah swasta yang tidak diberi kebenaran untuk
memeriksa kerja kursus calon)

3.6.1 Memastikan semua calon memahami kehendak Sukatan Pelajaran Pengajian Am


3.6.2 Memastikan semua calon memahami keperluan melaksanakan kerja kursus
Pengajian Am
3.6.3 Memuat turun Manual Kerja Kursus Pengajian Am dari portal MPM
3.6.4 Menandatangani borang akta MPM (MPM/P13.1 dan MPM/P13.4) yang
dilampirkan dalam Kriteria Pentaksiran Kerja Kursus Pengajian Am Kertas 4
(900/4) dan menghantarnya kepada MPM (up: Encik Ahmad ‘Izzat bin Jusoh)
3.6.5 Menjadi pemudah cara kepada calon sewaktu proses penghasilan kerja kursus
Pengajian Am
3.6.6 Memastikan semua calon menghasilkan kerja kursus Pengajian Am secara
individu

TERHAD
TERHAD 9

3.6.7 Memastikan semua calon melaksanakan kerja kursus Pengajian Am berdasarkan


garis panduan dan tempoh yang ditetapkan seperti pada 4.0 Jadual Perancangan
dan Pelaksanaan
3.6.8 Memastikan semua calon menunjukkan kemajuan dalam penulisan kerja kursus
Pengajian Am mengikut masa yang ditetapkan oleh guru mata pelajaran Pengajian
Am
3.6.9 Membimbing calon dalam aspek yang berikut:
(a) memilih tema,
(b) mengenal pasti isu,
(c) menetapkan tajuk dan skop kerja kursus,
(d) mengenal pasti sumber maklumat yang sesuai, dan
(e) mengenal pasti asas kaedah penyelidikan
3.6.10 Memantau dan membimbing calon semasa mencari maklumat, memproses data/
maklumat, dan menghasilkan penulisan kerja kursus Pengajian Am
3.6.11 Membimbing calon dalam aspek kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah
semasa pencarian/pengumpulan maklumat dan pembentangan kerja kursus
Pengajian Am
3.6.12 Memastikan calon tidak menciplak atau meminta orang lain untuk menghasilkan
kerja kursus Pengajian Am
3.6.13 Memastikan calon menghantar hasil kerja kursus kepada pemeriksa kerja kursus
Pengajian Am yang dilantik oleh MPM pada masa dan tarikh yang telah
ditetapkan oleh pemeriksa. Calon hendaklah menggunakan muka hadapan kerja
kursus yang telah ditetapkan oleh pihak MPM (Lampiran 1)
3.6.14 Memastikan calon mengisi maklumat dan menandatangani Borang Perakuan
Calon (BPC) (Lampiran 2) yang dilampirkan bersama-sama dengan kerja kursus
Pengajian Am
3.6.15 Menandatangani BPC yang telah diisi dan ditandatangani oleh calon
3.6.16 Memastikan calon mengisi maklumat dan menandatangani Borang Rekod Kerja
Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3). Calon perlu diingatkan supaya sentiasa
membawa BRKKC setiap kali pertemuan antara guru dengan calon bagi
membincangkan penghasilan kerja kursus
3.6.17 Menyelia dan menandatangani BRKKC calon setiap kali pertemuan antara guru
dengan calon bagi membincangkan penghasilan kerja kursus calon
3.6.18 Memastikan kerja kursus calon yang telah siap mempunyai Borang Markah Kerja
Kursus Calon (BMKKC) (Lampiran 4)
3.6.19 Memastikan markah kerja kursus calon hanya ditulis di dalam BMKKC dan tidak
menulisnya di dalam evidens kerja kursus calon
3.6.20 Menghantar surat iringan, kerja kursus Pengajian Am, BMKKC, dan BRKKC ke
sekolah calon yang baharu bagi calon yang bertukar sekolah
3.6.21 Mengingatkan calon bahawa kegagalan menghantar kerja kursus pada tarikh
penghantaran akhir yang telah ditetapkan oleh pemeriksa akan menyebabkan
calon dianggap tidak melaksanakan kerja kursus Pengajian Am dan tidak
mengambil kertas 900/4

3.7 Tanggungjawab Guru Pengajian Am (Sekolah swasta yang diberi kebenaran untuk
memeriksa kerja kursus calon)

3.7.1 Memastikan semua calon memahami kehendak Sukatan Pelajaran Pengajian Am


TERHAD

You might also like