You are on page 1of 4

INDIVIDUAL STUDY CASE

SSWT3023
ADMINISTRATION AND MANAGEMENT OF SOCIAL SERVICE ORGANIZATIONS
KUMPULAN A
SEMESTER 6, 2023/2024 (A232)

MAKLUMAT CASE STUDY 1: ARLENE

PREPARED BY

MUHAMMAD IZZUDDIN AIMAN BIN AHMAD


MATRIC NUMBER: 286442

SUBMITTED TO

DR. NOOR AZIZAH AHMAD


SCHOOL OF APPLIED PSYCHOLOGY, SOCIAL WORK, AND POLICY

SUBMITTED DATE

21 April 2024
1) Perincikan peraturan-peraturan baru yang telah diperkenalkan oleh Arlene apabila menjawat
jawatan sebagai supervisor.

Arlene bertujuan untuk meningkatkan produktiviti dan kecekapan dalam organisasi serta
memperbaiki prestasi keseluruhan pasukan. Sebagai seorang penyelia, Arlene telah
memperkenalkan sistem rakaman kes baru. Sistem ini memerlukan pekerja untuk merekodkan
setiap kes yang mereka tangani. Ini bertujuan untuk memantau prestasi pekerja dan
meningkatkan produktiviti. Pengenalan peraturan yang lebih ketat untuk memastikan
persekitaran kerja yang selamat dan sihat bagi semua kakitangan dalam mengendalikan
perkhidmatan bersama klien dalam organisasi. Oleh iut, peraturan baru ini membantu organisasi
merekod kes secara sistematik dengan membuat pemantauan dan penilaian yang cekap dalam
pengurusan kes.

2) Perincikan DUA (2) alasan kenapa pengarah agensi bersetuju dengan peraturan yang
diperkenalkan oleh Arlene.
Pengarah agensi bersetuju dengan peraturan yang diperkenalkan oleh Arlene kerana
peraturan tersebut memberikan jalan kepada pencapaian matlamat akhir yang diinginkan. Arlene
telah memperkenalkan peraturan pengurusan sistematik yang lebih teratur dengan mengurangkan
kesilapan yang berlaku dalam agensi tersebut. Secara tidak langsung akan membantu organisasi
mencapai matlamat keseluruhan seperti peningkatan kecekapan, keberkesanan, dan kepatuhan
kepada undang-undang. Selain itu, pengarah agensi bersetuju kerana peraturan tersebut
dipercayai mampu mengurangkan tanggungjawab dan risiko yang akan ditanggung oleh
pengarah sekiranya berlaku permasalahan dalam pengendalian kes dalam agensi. Dengan
adanya panduan yang jelas, pengarah agensi percaya bahawa ia dapat mempertahankan struktur
dan keselamatan operasi yang ada dalam agensi mereka.
3) Apakah yang anda faham tentang “mean-End Displacement” berdasarkan kepada kes ini?
Berdasarkan kes ini, "mean-End Displacement" adalah langkah inovatif yang dilakukan
untuk mencapai objektif organisasi dan meningkatkan kecekapan perkhidmatan yang diberikan.
Dalam kes ini, Penyelia Perlindungan Kanak-kanak, Arlene, menghadapi cabaran dalam
memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada klien kerana kekurangan rekod siasatan dari
penyelia terdahulu. Oleh itu, Mean-End Displacement" merujuk kepada pembaharuan
penerimaan kaedah baharu oleh organisasi dalam satu tempoh masa, di mana setiap kaedah perlu
ditingkatkan untuk menangani masalah baru yang dihadapi oleh setiap organisasi.

4) Perincikan EMPAT (4) kesan yang berlaku dalam organisasi disebabkan oleh mean-end
displacement.

i) Tumpuan kepada penambahbaikan dan pembaharuan dalam pengurusan, organisasi dapat


meningkatkan kualiti produk atau perkhidmatan yang mereka tawarkan kepada klien,
meningkatkan kepuasan klien dan memperkukuh reputasi organisasi.

ii) Pekerja akan lebih diarahkan untuk memahami matlamat jangka panjang organisasi dan
kesannya, daripada hanya terikat kepada tugas-tugas harian. Setiap pekerja mempunyai objektif
yang perlu dicapai sebagai penanda aras kecekapan perkhidmatan yang diberikan.

iii) Kesan yang paling ketara daripada "mean-End Displacement" ini ialah tempoh masa yang
diperlukan oleh organisasi untuk menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku. Dalam kes
ini, setiap kali terdapat perubahan, organisasi memerlukan waktu untuk menyesuaikan diri
dengan perubahan tersebut supaya dapat mencapai objektifnya dengan berkesan.

iv) Apabila organisasi terlalu menumpukan kepada matlamat akhir tanpa mengambil kira nilai-
nilai dan keperluan pekerja, ia boleh menyebabkan ketidakstabilan dalam organisasi tersebut.
Pekerja mungkin merasa tidak dihargai atau tidak bermotivasi, yang boleh mengakibatkan
penurunan produktiviti dan prestasi organisasi secara keseluruhan. Dalam kes ini, seorang
pekerja merasa terbeban dan mengambil keputusan untuk berhenti disebabkan perlu membuat
laporan kes sepanjang perkhidmatan.

You might also like