You are on page 1of 9

DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA

UES 3012 KEUSAHAWANAN

TAJUK FOLIO :

ETIKA DALAM PELBAGAI ASPEK KEUSAHAWANAN

NUR SYAHIDA NAJWA BINTI SHAMSUL ZAINI


NAMA PELAJAR
(040620080416)
KUMPULAN/ AMBILAN 2 DVM ETN 1/ 2022

NAMA PENSYARAH PN. ANIZAM BINTI JUSOH

TARIKH HANTAR 14 OGOS 2023

MARKAH
ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT

1. Pengenalan Etika 3

Isu pertama : 12 Peniaga durian dikompaun tipu alat


2. 4
timbang

3. Isu kedua : Majikan larang pekerja solat 5

Isu ketiga : Usahawan didakwa memiliki pelbagai


4. 6
jenis produk yang tidak bernotifikasi

5. Isu keempat : Majikan pilih kasih 7

6. Isu kelima : Peniaga menggunakan logo halal palsu 8

7. Rujukan 9

2
PENGENALAN ETIKA

Etika ialah ukuran bagi mengkategorikan sesuatu tindakan atau perbuatan seseorang samaada
perbuatan tersebut merupakan Tindakan yang betul atau salah. Etika juga dikatakan dengan
membuat keputusan yang ideal, usahawan seringkali menghadapi pelbagai masalah dan
situasi yang kompleks dan memerlukan untuk membuat keputusan yang tepat dan tidak
melanggar mana-mana undang-undang yang sudah ditetapkan di negara kita.Etika dalam
keusahawanan pula ialah prinsip-prinsip moral dan kelakuan perniagaan yang diterima oleh
komuniti peniaga dan perniagaan. Seorang usahawan yang beretika ialah seorang individu
yang berjaya, berperikemanusiaan , adil, saksama dan tidak prejudis dalam tindak
tanduknya.Amalan beretika dalam keusahawanan yang baik amatlah penting dalam
membangunkan perniagaan. Peruntukan undang-undang perniagaan tidak mencukupi dalam
membendung amalan perniagaan yang tidak sihat. Seseorang itu boleh menjadi lebih beretika
jika pengawalan diri seperti memegang kepada nilai moral dan mengikuti garis panduan
dalam agama.Usahawan sentiasa berdepan dengan pelbagai keputusan dan masalah etika
yang perlu dibuat terutama di peringkat awal perusahaan itu berjalan. Etika ini ialah satu set
prinsip-prinsip yang memperihalakan tatacara perlakuan yang menerangkan apa yang betul
dan salah. Dalam menentukan sama ada sesuatu perbuatan itu wajar atau tidak wajar
memerlukan pertimbangan individu berkenaan.Etika ialah satu sistem prinsip moral dalam
menentukan sesuatu perbuatan itu betul atau salah. Menurut Hisrich dan Peters (2002), etika
perniagaan merupakan perlakuan atau tingkah laku dan moral dalam situasi perniagaan.Akhir
sekali, setiap perniagaan tidak kira majikan atau perkerja hendaklah sentiasa mengamalkan
etika dalam keusahawanan agar dapat menaikkan syarikat dan nama negara keperingkat yang
lebih tinggi.

3
ISU PERTAMA

Sumber : https://www.sinarharian.com.my/article/87220/edisi/perak/12-peniaga-durian-
dikompaun-tipu-alat-timbang atau SINAR HARIAN (7 OGOS 2023).

Ulasan:

Pada 11 Jun 2020, di kawasan sekitar Ipoh, Perak ,12 peniaga durian dikompaun akibat
melakukan penjualan durian secara tipu timbang. Pengarah Pejabat Kementeriaan
Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perak, Saifullizan
Kamarul Zaman mengatakan bahawa 12 peniaga tersebut dikesan melakukan kesalahan
tersebut sewaktu pemeriksaan khas terhadap peniaga di sekitar kawasan perak pada hari
pertama Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).Oleh yang demikian, peniaga-
peniaga ini telah melanggar prinsip etika keusahawanan iaitu prinsip keadilan. Hal ini kerana,
mereka telah menipu bagi mendapatkan keuntungan. Justeru , mereka dikira tidak adil kepada
pihak pelanggan

Cadangan / Penambahbaikan :

Setiap peniaga perlu mempunyai etika terhadap pelanggan dengan tidak menjual barangan
lebih daripada harga yang ditetapkan terutama sekali apabila menggunakan penimbang.
Antara cadangan yang boleh diambil kira adalah pihak berkuasa memantau peniaga yang
menggunakan penimbang yang tidak ditetapkan sekurang-kurangnya sebulan sekali. Selain
itu, pihak berkuasa juga boleh menyarankan peniaga untuk mengambil kelas keusahawanan
bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran untuk meningkatkan hasil jualan dan
mendapatkan lebih ramai pelanggan.
4
ISU KEDUA

Sumber : https://www.mstar.com.my/lokal/viral/2022/08/13/majikan-tak-bagi-solat-pekerja-
kena-layan-pelanggan-vip-tak-kira-masa-terpaksa-zohor-hujung-waktu-sambung-dengan-asar
atau MSTAR (2023)

Ulasan :

Berdasarkan artikel yang dipilih, didapati seorang majikan amat mementingkan imej
perniagaannya sehingga melarang pekerjanya untuk solat. Merujuk beliau, pekerja tidak
boleh pergi kemana-mana kerana tiada pekerja yang dapat menggantikan tempatnya. Oleh itu,
beliau dikategorikan dalam prinsip keadilan etika keusahawanan. Hal ini kerana, sikap beliau
yang tidak adil kepada pekerja muslim tersebut.

Cadangan/penambahbaikan :

Bagi menangani masalah ini, beliau haruslah mengambil pekerja yang lebih. Hal ini kerana,
para pekerja boleh bertukar ganti semasa waktu solat. Selain itu, majikan juga perlulah
menyediakan jadual kerja bagi memudahkan lagi urusan pekerja. Oleh itu, pekerja akan
bekerja dengan rasa selesa dan dihormati.

5
ISU KETIGA

Sumber : https://www.sinarharian.com.my/article/127411/berita/semasa/usahawan-kosmetik-
didenda-miliki-produk-tidak-bernotifikasi atau SINAR HARIAN (7 OGOS 2023).

Ulasan :

Berdasarkan isu yang dicari, Fatin Amiera Zainal Abidin, 32, selaku Orang Kena Saman
(OKS) yang mewakili syarikat Amyera Beauty dikenakan hukuman selepas mengaku salah
atas lima pertuduhan. Beliau didakwa memiliki pelbagai jenis barangan kosmetik yang tidak
bernotifikasi. Antaranya ialah, Amyera Beauty My Secret Cleanser, Night Cream, Flawless
Booster Cream dan Flawless Acne and White Cream. Mengikut etika keusahawanan, beliau
tergolong dalam prinsip kemudaratan. Hal ini kerana, produk yang dikeluarkan beliau
berkemungkinan merbahaya. Justeru , para pelanggan yang menggunakan produk beliau akan
mengalami masalah pada kulit wajah dan amat merbahaya.

Cadangan/Penambahbaikan :

Sebagai seorang usahawan yang menjual barangan kosmetik, beliau seharusnya membuat
perancangan yang lebih teliti dalam menghasilkan produk. Beliau perlulah menggunakan
bahan-bahan yang berkualiti dan sesuai untuk penggunaan pelanggan. Selain itu, produk
kosmetik yang dihasilkan haruslah mendapat kelulusan daripada KKM. Hal ini, akan dapat
memastikan pelanggan berasa selamat dan tidak was-was untuk menggunakan produk
tersebut.

6
ISU KEEMPAT

Sumber : https://kisahdunia.com/gadis-terkilan-majikan-pilih-kasih-gagal-dapat-offer-kerja-
sebab-muka-tak-lawa/ atau KISAH DUNIA (6 MAY 2020).

Ulasan :

Seorang intern kesal dengan sikap majikannya yang pilih kasih. Beliau menceritakan pada
hari tersebut, terdapat dua orang intern wanita yang datang ke syarikat tersebut. Pemakaian
seorang daripada intern tersebut adalah seksi dan rupanya juga cantik. Namun begitu,
kerjanya tidaklah sebagus yang disangka. Manakala, seorang lagi intern tersebut adalah
seorang yang biasa rupa parasnya. Namun, kerjanya adalah sangat bagus dan menepati apa
yang diminta oleh majikan. Walaupun begitu, majikan telah memilih intern yang cantik itu
dan mendapatkan kerja di syarikat tersebut. Hal ini menampakkan bahawa, salahlaku majikan
tersebut tergolong dalam prinsip keadilan iaitu pilih kasih. Justeru, pekerja akan berasa tidak
selesa dengan sikap pilih kasih majikannya.

Cadangan/penambahbaikan :

Sebagai seorang majikan, wajiblah untuk memberi keadilan kepada para pekerja. Beliau
seharusnya bekerja secara profesional dan tidak memilih kasih. Berkemungkinan besar,
daripada sikap pilih kasih itulah yang akan menjatuhkan syarikatnya sendiri. Selain itu, beliau
seharusnya meneliti seorang intern itu berdasarkan kebolehannya dan bukanlah rupa semata-

7
mata. Hal ini demikian kerana, seorang majikan perlu berfikiran terbuka bagi memajukan lagi
sesebuah syarikat.

ISU KELIMA

Sumber : https://www.bharian.com.my/berita/kes/2023/06/1119857/guna-logo-halal-palsu-
pada-botol-susu-kacang-soya-pemilik-perniagaan atau BERITA HARIAN (27 Jun 2023 ).

Ulasan :

Seorang perniaga dipercayai ditahan KPDN kerana menggunakan logo halal palsu pada botol
susu soya yang dihasilkannya. Beliau bukan sahaja menukar premis kediaman sebagai tempat
memproses makanan dan minuman, pemilik premis di kawasan hutan melintang di sini turut
menggunakan logo halal palsu pada produk susu kacang soya mereka. Katanya, hasil
pemeriksaan di premis berkaitan mendapati terdapat susu kacang soya yang siap diproses dan
dibotolkan dengan disyaki menggunakan logo halal palsu untuk diedarkan ke kedai serbaneka
di sekitar Teluk Intan. Mengikut etika keusahawanan, beliau tergolong dalam prinsip hak
kemanusiaan. Hal ini kerana, beliau telah menggunakan logo halal palsu tambahan pula telah
menipu para pelanggan. Justeru , hal ini telah menimbulkan rasa was-was dalam diri
pelanggan.

Cadangan/penambahbaikan :

Walaupun beliau hanyalah peniaga yang mengeluarkan produk susu soya, telah menjadi
tanggungjawab seorang peniaga mahupun usahawan untuk bersikap jujur. Beliau seharunya
memohon kelulusan daripada pihak JAKIM bagi meluluskan produknya. Walaupun produk
yang dihasilkan oleh beliau adalah menggunakan bahan-bahan yang halal, beliau tetap wajib
memohon kelulusan pada JAKIM. Hal ini kerana, pelanggan akan berasa lebih yakin dengan
8
produk yang mempunyai kelulusan dengan agensi berdaftar. Justeru , produknya akan lebih
mendapat perhatian pelanggan.

RUJUKAN

1. Sinar Karangkraf Sdn. Bhd. 12 Peniaga Durian Dikompaun Tipu Alat Timbang (11
JUN 2020) https://www.sinarharian.com.my/article/87220/edisi/perak/12-peniaga-
durian-dikompaun-tipu-alat-timbang

2. MSTAR Majikan tak solat, pekerja kena layan pelanggan VIP walau berapa lama...
Zohor kena sambung Asar di akhir waktu. (13 OGOS 2022)
https://www.mstar.com.my/lokal/viral/2022/08/13/majikan-tak-bagi-solat-pekerja-
kena-layan-pelanggan-vip-tak-kira-masa-terpaksa-zohor-hujung-waktu-sambung-
dengan-asar

3. Sinar Karangkraf Sdn. Bhd.atau NOOR AZLIDA ALIMIN Usahawan kosmetik


didenda miliki produk tidak bernotifikasi. (8 MAC 2021)
https://www.sinarharian.com.my/article/127411/berita/semasa/usahawan-kosmetik-
didenda-miliki-produk-tidak-bernotifikasi

4. Kisah Dunia Sdn. Bhd. Kisah gadis terkilan majikan pilih rupa.. (6 may 2020)
https://kisahdunia.com/gadis-terkilan-majikan-pilih-kasih-gagal-dapat-offer-kerja-
sebab-muka-tak-lawa/

5. Muhamad Lokman Khairi Menggunakan logo halal palsu pada botol susu kacang
soya, pemilik perniagaan itu ditahan. (27 jun 2023)
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2023/06/1119857/guna-logo-halal-palsu-
pada-botol-susu-kacang-soya-pemilik-perniagaan

You might also like