You are on page 1of 2

TOKOH MURID INSPIRASI

Tokoh murid Inspirasi pada tahun ini merupakan seorang murid yang sangat berketerampilan
dan berdedikasi. Dibesarkan dan dididik dalam sebuah keluarga yang penuh kasih sayang.
Tokoh ini dilahirkan pada 8 Mei 2011 di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah
oleh pasangan Encik d. Merupakan anak ketiga daripada 4 orang adik-beradik. Kedua ibu
bapa beliau adalah warga pendidik yang sentiasa menabur bakti dalam mendidik anak bangsa
tanpa jemu.

Beliau merupakan seorang yang pendiam dan pemalu. Namun kata orang diam-diam ubi,
lama-lama berisi. Dalam diam ada ketegasannya tidak mudah ditindas rakan sebaya. Waktu
lapangnya diisi dengan membaca.Minatnya ini mengasah ketajaman fikiran dan ketekunan
dalam pembelajaran sehingga, beliau dapat menunjukkan prestasi yang sangat cemerlang
sama ada dalam bidang kurikulum dan ko kurikulum. Kejayaan akademiknya sentiasa
konsisten sejak awal persekolahannya bermula dari Pra Sekolah. Menyimpan impian yang
besar bila dewasa nanti iaitu ingin menjadi seorang doktor yang sedia membantu merawat
insan-insan yang memerlukan.

Dari segi kurikulum, tokoh murid ini telah mendapat tempat terbaik dalam kelas sejak dari
tahun 1 sehingga tahun 6. Dalam kurikulum, tokoh murid ini telah mendapat 6 subjek terbaik
di dalam kelas semasa Ujian Akhir Sesi Akademik pada tahun ini. Bukan itu sahaja, beliau
juga mendapat keputusan yang cemerlang keseluruhan Pentaksiran Bilik Darjah.

Beliau merupakan Pengawas Sekolah. Mempunyai daya kepimpinan yang istimewa selain
menjadi pengawas yang bertangungjawab dan sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Dari segi Ko Kurikulum pula, beliau telah mewakili sekolah dalam kejohanan ragbi hingga
peringkat kebangsaan, menyertai aktiviti Pengakap hingga peringkat negeri , mewakili
sekolah bagi kejohanan bola jaring peringkat zon, dan menjadi Duta Malthai The Science
Mathematics peringkat Antarabangsa serta menyertai pelbagai pertandingan dan aktiviti
anjuran sekolah Tokoh murid ini juga pernah terpilih sebagai Olahragawati Kejohanan
Sukan Tahunan Sekolah 2023/2024.
Beliau juga merupakan murid yang rajin dan tekun dalam melakukan sesuatu tanggungjawab.
Ketokohan dan kewibawaan murid ini serta sikap menghormati guru-guru dan rakan-rakan
memberi impak yang sangat besar untuk penganugerahan ini sebagai Tokoh Murid Inspirasi
bagi tahun 2023/2024. Murid yang dimaksudkan ialah adik
Tahniah kami ucapkan.Semoga resepi kejayaan beliau menjadi rujukan kepada murid-murid
lain untuk memastikan kejayaan yang gemilang.
Dengan itu majlis berbesar hati menjemput dan mempersilakan kedua-dua ibu bapa kepada
adik untuk tampil menerima bersama-sama anugerah tersebut. Dipersilakan..

You might also like