You are on page 1of 2

TOKOH MURID INSPIRASI

Tokoh murid Inspirasi pada tahun ini merupakan seorang murid yang sangat berketerampilan
dan berdedikasi. Dibesarkan dan dididik dalam sebuah keluarga yang penuh kasih sayang.
Tokoh ini dilahirkan pada _______________________di Hospital
_________________________ oleh pasangan Encik
______________________________dan Puan. Merupakan anak kedua daripada 3 orang
adik-beradik.. Kedua ibu bapa beliau adalah warga pendidik yang sentiasa menabur bakti
dalam mendidik anak bangsa tanpa jemu.

Beliau merupakan seorang yang pendiam. Namun kata orang diam-diam ubi, lama-lama
berisi.Dalam diam ada ketegasannya tidak mudah ditindas rakan sebaya. Waktu lapangnya
diisi dengan membaca dan melukis. Minatnya ini mengasah ketajaman fikiran dan ketekunan
dalam pembelajaran sehingga, beliau dapat menunjukkan prestasi yang sangat cemerlang
sama ada dalam bidang kurikulum dan ko kurikulum. .Kejayaan akademiknya sentiasa
konsisten sejak awal persekolahannya bermula dari Pra Sekolah..Menyimpan impian yang
besar bila dewasa nanti iaitu ingin menjadi seorang __________ yang sedia membantu
merawat insan-insan yang memerlukan

Dari segi kurikulum, tokoh murid ini telah mendapat tempat terbaik dalam kelas sejak dari
tahun 1 sehingga tahun 6. Dalam kurikulum, tokoh murid ini telah mendapat 6 subjek terbaik
di dalam kelas semasa Ujian Akhir Sesi Akademik pada tahun ini. Bukan itu sahaja, beliau
juga mendapat keputusan cemerlang keseluruhan Pentaksiran Bilik Darjah

Beliau merupakan Pengawas Sekolah. Mempunyai daya kepimpinan yang istimewa selain
menjadi pengawas yang bertangungjawab dan sentiasa mematuhi peraturan

Dari segi Ko kurikulum pula, beliau telah mewakili daerah bagi Pertandingan kuiz sains
peringkatNegeri, mewakili sekolah bagi kejohanan bola jaring peringkat zon, mewakili zon
bagi kejohananbola baling peringkat daerah, mewakili sekolah dalam kejohanan futsal
peringkat daerah serta menyertai pelbagai pertandingan dan aktiviti anjuran sekolah serta
daerah. Tokoh murid ini juga pernah terpilih sebagai Olahragawati Kejohanan Sukan
Sekolah 2023/2024.
Beliau juga merupakan murid yang rajin dan tekun dalam melakukan sesuatu tanggungjawab.
Ketokohan dan kewibawaan murid ini serta sikap menghormati guru-guru dan rakan-rakan
memberi impak yang sangat besar untuk penganugerahan ini.sebagai Tokoh Murid Inspirasi
bagi tahun 2023/2024.
Murid yang dimaksudkan ialah adik _________________________________.

Tahniah kami ucapkan.Semoga resepi kejayaan beliau menjadi rujukan kepada murid-murid
lain untuk memastikan kejayaan yang gemilang.

You might also like