You are on page 1of 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,

SK Parit Kudus,
JKR/P/2164, 82000 Pontian,
Johor Darul Ta’zim.
Email: jba6022@moe.edu.my Tel/Faks: 07-6864844

Ruj. Kami : SKPK.600-3/6/7( )


Tarikh : 6 Julai 2022

Kepada,
Pegawai Pendidikan Daerah,
Pejabat Pendidikan Daerah Pontian,
JKR1927P, Jalan Alsagof,
82000 Pontian, Johor.
(u.p: En Arif bin Raban)

Tuan,

PERMOHONAN PENGIKTIRAFAN PERINGKAT DAERAH PERKHEMAHAN UNIT


BERUNIFORM 2022

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan menganjurkan Perkhemahan Unit


Beruniform Peringkat Daerah Pontian 2022 sepertimana ketetapan yang berikut:

Tajuk : Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform Peringkat Daerah


Pontian Anjuran SK Parit Kudus
Tarikh : 6,7 dan 8 Okt 2022
Masa : 10.00 pagi (6 Okt 2022) hingga 10.00 pagi (8 Okt 2022)
Tempat : NurJannah Camp & Eco Resort Johor.
Penyertaan : 11 buah sekolah rendah,
230 orang murid dan
20 orang guru

3. Sehubungan itu, pihak sekolah ingin memohon pengiktirafan peringkat daerah untuk program
tersebut. Bersama-sama dengan ini disertakan brosur dan maklumat mengenai lokasi yang dipilih.

4. Besar harapan kami agar pihak tuan dapat mempertimbangkan dan meluluskan permohonan
kami ini. Kerjasama dan perhatian dari pihak tuan amatlah kami hargai dan diucapkan ribuan terima
kasih.

Sekian.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

………………………………

You might also like