You are on page 1of 9

Bahasa Inggeris :

Penggunaan Lagu Kanak-kanak


Meningkatkan Penguasaan Kosa Kata Bahasa Inggeris
Murid Tahun 2 Bestari

Panitia Bahasa Inggeris


SK Taman Universiti 3, Johor Bahru

Abstrak

Kajian tindakan ini dijalankan untuk menilai sejauh manakah teknik penggunaannyanyian Lagu Kanak-
kanak dalam PdPc dapat meningkatkan penguasaan kosa kata Bahasa Inggeris murid-murid Tahun 2.
Responden dalam kajian ini terdiri daripada murid-murid Tahun 2 Bestari SK Taman Universiti 3, Johor
Bahru iaitu seramai 6 orang murid. Dalam kajian yang dijalankan, pengkaji telah menggunakan teknik
nyanyian dengan perkataan Bahasa Inggeris dalam meningkatkan kemahiran murid menguasai kosa kata
dalam Bahasa inggeris untuk keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Merujuk kepada dapatan kajian yang dilakukan, maka dapat disimpulkan bahawa teknik nyanyian lagu
kanak-kanak dengan perkataan Bahasa Inggeris ini dapat membantu murid yang lemah untuk menguasai
kosa kata Bahasa Inggeris.

1. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu

Daripada proses PdPc, pengkaji dapati terdapat pelbagai masalah telah berlaku semasa proses
pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Pengkaji telah mengenal pasti bahawa majoriti murid-murid
Tahun 2 Bestari tidak dapat menguasai kosa kata Bahasa Inggeris walaupun kosa kata itu banyak kali
diulang semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah mereka. Walaupun mereka
selalu menyebut sesuatu kosa kata, namun mereka tidak memahami apakah maksud kosa kata tersebut.
Murid-murid sering menghadapi masalah apabila diminta untuk mengingati pelajaran Bahasa
Inggeris yang telah dipelajari. Murid-murid juga tidak dapat menyebut perkataan-perkataan yang telah
dipelajari dalam pelajaran lepas. Sering kali pengkaji terdengar mereka berkata, “Ala, cikgu, saya
lupalah”, “Saya tak tahu” dan kadang-kala murid-murid hanya mendiamkan diri sambil memandang ke
arah guru (pengkaji) mengharapkan jawapan apabila tidak dapat menjawab pertanyaan dalam Bahasa
Inggeris.

Penggunaan Bahasa Inggeris murid-murid berbangsa Melayu sangat lemah terutamanya dalam
kalangan murid-murid prasekolah dari segi perbendaharaan kata dan juga perbualan mudah. Kegagalan
menguasai kedua-dua aspek ini perlu ditangani dengan lebih awal agar masalah ini tidak bertambah dan
berlarutan sehingga mereka menjejakkan kaki ke kelas arus perdana.
2. FOKUS KAJIAN / ISU KEPRIHATINAN

Berdasarkan refleksi pengajaran dan pembelajaran, walaupun pengkaji telah mengesan


beberapa masalah yang dihadapi oleh murid-murid Tahun 2 Bestari ini dalam pengajaran Bahasa
Inggeris, namun pengkaji akan fokuskan kajian ini kepada masalah penguasaan kosa kata Bahasa
Inggeris sahaja. Ini adalah kerana penguasaan kosa kata Bahasa Inggeris adalah tunjang utama dalam
Bahasa Inggeris sebelum murid dapat menguasai perbualan mudah dan kemahiran-kemahiran lain.

Dalam kajian yang akan dijalankan ini, Bahasa Inggeris merupakan bahasa kedua kepada subjek-
subjek kajian. Bahasa pertama bagi keenam-enam subjek adalah Bahasa Melayu. Subjek menggunakan
Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di rumah mahupun di sekolah. Mungkin faktor ini
menyebabkan mereka sukar dan tidak fasih berbahasa Inggeris sebagai bahasa kedua walaupun dengan
menggunakan bahasa mudah.

Mungkin latar belakang keluarga, masalah keluarga, kurangnya perhatian daripada ibu bapa juga
menyebabkan mereka tidak dapat menguasai Bahasa Inggeris dengan baik. Mungkin mereka tidak
menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di rumah yang menyebabkan mereka masih
tidak menguasai perkataan-perkataan Bahasa Inggeris yang mudah.

Justeru, ekoran daripada masalah ini pengkaji telah mengambil inisiatif untuk menjalankan
penyelidikan tindakan terhadap masalah yang dihadapi oleh subjek agar masalah ini dapat diatasi.
Pengkaji telah menjalankan penyelidikan tindakan dengan penggunaan lagu kanak-kanak untuk
meningkatkan penguasaan kosa kata Bahasa Inggeris dalam kalangan murid-murid Tahun 2 Bestari.

3. OBJEKTIF KAJIAN
Selepas kajian ini selesai dijalankan, murid-murid diharap akan mencapai objektif berikut:

3.1 Objektif Umum


Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan kosa kata Bahasa Inggeris murid-murid Tahun 2
Bestari.

3.2 Objektif Khusus


Objektif khusus kajian ini dijalankan adalah untuk;

(i) Mengetahui tahap penguasaan kosa kata Bahasa Inggeris murid-murid Tahun 2 Bestari selepas
penggunaan lagu kanak-kanak.
Meningkatkan penguasaan kosa kata Bahasa Inggeris murid-murid Tahun 2 Bestari dengan penggunaan
lagu kanak-kanak.
4. KUMPULAN SASARAN
Jadual 1 di bawah adalah butiran berkaitan dengan kumpulan sasaran dalam penyelidikan ini;

Jadual 1: Kumpulan sasaran penyelidikan

Jadual 1: Kumpulan sasaran penyelidikan tindakan

Bilangan sasaran 6 daripada 28(dipilih secara rawak mudah)


Jantina 3 orang lelaki
3 orang perempuan
Umur 7 tahun
Prestasi akademik - Pasif dalam slot PdPc Bahasa Inggeris
- Mempunyai masalah penguasaan kosa kata
Bahasa Inggeris yang terhad

5. PELAKSANAAN KAJIAN
5.1 Tinjauan Masalah
Bagi memastikan tahap penguasaan murid terhadap kosa kata mudah dalam Bahasa Inggeris, pengkaji
akan menggunakan dua alat kajian iaitu pemerhatian dan temu bual secara individu dengan subjek
sebagai tinjauan awal menggunakan borang senarai semak. Jadual 2 di bawah adalah cara tinjauan
masalah dalam penyelidikan ini:

Jadual 2: Cara Tinjauan Masalah

Langkah Cara tinjauan masalah Kumpulan sasaran Tujuan


Langkah 1 Pemerhatian 28 orang murid- - Melihat penggunaan kosa
catatan pemerhatian murid Tahun 2 kata Bahasa Inggeris dalam
menggunakan Borang Bestari kalangan murid
Rekod Pemerhatian pada - Melihat respon murid
Lampiran A semasa P&P slot Bahasa
Inggeris
Langkah 2 Tinjauan awal 6 orang subjek yang - Mengenal pasti dan
menggunakan Senarai terlibat mengetahui tahap
Semak pada Lampiran B penguasaan kosa kata
Bahasa Inggeris subjek

5.2 Analisis Tinjauan Masalah


Hasil daripada analisis pemerhatian semasa tinjauan awal yang telah dijalankan, terdapat 6 orang murid
mengalami masalah dalam penguasaan kosa kata Bahasa Inggeris. Masalah ini menyebabkan aktiviti
P&P slot Bahasa Inggeris sedikit terganggu kerana murid tidak memahami apa yang diperkatakan oleh
guru. Jadual 3 di bawah adalah hasil pemerhatian tinjauan awal terhadap subjek.
Jadual 3: Hasil pemerhatian tinjauan awal terhadap subjek

Sampel Pemerhatian / Kekerapan kosa kata Bahasa Inggeris Jumlah


kekerapan
2 3 4
A 1 2 0 1 0 4
B 2 1 0 1 1 5
C 0 0 1 0 0 1
D 1 0 1 0 0 2
E 1 1 0 2 0 4
F 0 0 0 1 1 2

Kenam-enam subjek telah dikenal pasti kurang aktif semasa sesi PdPc slot Bahasa Inggeris dijalankan
kerana masing-masing hanya menuturkan 2 kosa kata Bahasa Inggeris ke bawah sahaja dalam setiap slot
P&P Bahasa Inggeris. Selepas 5 kali pemerhatian dibuat, jumlah kosa kata Bahasa Inggeris yang
dituturkan oleh subjek B adalah 5 kosa kata, subjek A dan E 4 kosa kata, subjek D dan F dengan 2 kosa
kata dan subjek C dengan 1 suku kata.

Jadual 4 di bawah adalah hasil analisis daripada senarai semak yang dijalankan pada tinjauan awal.

Jadual 4: Hasil analisis tinjauan awal terhadap subjek

Sampel A B C D E F
Jumlah 2/18 3/18 0/18 1/18 5/18 6/18
jawapan
yang betul
Peratusan 11.11 16.67 0 5.56 27.78 33.33
(%)

Hasil analisis mendapati subjek F hanya dapat menjawab 6 soalan dengan tepat daripada 18 soalan yang
telah diajukan iaitu sebanyak 33.33%. Subjek E 27.78%, subjek B 16.67%, subjek A dengan 11.11% dan
subjek D dan C masing-masing memperoleh 5.56% dan 0%. Oleh itu, keenam-enam subjek ini
mengalami masalah kosa kata Bahasa Inggeris yang terhad kerana hanya mencapai 33.33% ke bawah
sahaja iaitu min sebanyak 15.74% sahaja.

Inggeris dijalankan. Subjek kurang memberikan perhatian dan hanya mendiamkan diri sepanjang PdPc
dijalankan. Subjek mempunyai kosa kata Bahasa Inggeris yang terhad. Oleh itu, latihan demi latihan
perlu dilakukan bagi meningkatkan tahap penguasaan kosa kata subjek.

5.3 Melaksanakan Tindakan

Aktiviti 1 : Penggunaan lagu kanak-kanak (Nursery rhymes)


Unit 7 & 8 : Look at Me (7) and Stay Clean, Be Happy (8)
Lagu : i. Head, Shoulders, Knees and Toes
ii. I can, I can, I can (Action Song)
iii. This Is The Way
1.1 Murid diajar menyanyikan lagu kanak-kanak menggunakan carta lagu bergambar sehingga
murid
benar-benar dapat menghafal 2 lagu tersebut.

1.2 Murid diajar menyanyikan lagu kanak-kanak dengan iringan muzik untuk mendapatkan rentak
dan
tempo yang betul.

1.3 Beberapa perkataan yang dipilih diberi penekanan yang lebih. Murid diterangkan dengan
maksud
atau pengertian dalam Bahasa Melayu setiap perkataan yang ingin diuji.

1.4 Bagi perkataan-perkataan yang menunjukkan ‘verb’, murid melakukan simulasi untuk
menunjukkan
maksud perkataan tersebut.

1.5 Lagu kanak-kanak ini dinyanyikan sebagai salah satu rutin dalam Tahun 2 Bestari iaitu seperti
pada
waktu Perbualan Pagi, waktu Rehat atau dalam waktu PdPc

Pemerhatian
i. Lirik lagu difotostat dan dilaminet bagi setiap murid yang terlibat.
ii. Murid dapat menyebut dan menghafal hampir 80% lirik lagu.
iii. Murid dapat menulis sekurang-kurangnya 5 perkataan ‘verb’ dalam setiap lagu yang dinyanyikan
dan memahami maksudnya.(menjawab soalan secara lisan)
iv. Murid dapat melakukan simulasi bagi perkataan ‘verb’

Refleksi

Perubahan murid dapat dilihat dari segi penggunaan kosa kata dari lagu yang diajar. Murid juga dilihat
gembira menjalankan aktiviti seperti ini.

Aktiviti 2 : Wheel of Sounds


2.1 Murid membuang dadu. Berdasarkan nombor dadu yang terpapar, murid merujuk kepada
sektor yang terdapat pada “Wheel of Sounds”.
2.2 Murid membentuk perkataan yang ada pada sektor. Pada sektor berkenaan, terdapat huruf-
huruf dan gambar sebagai panduan kepada murid untuk membentuk perkataan.
2.3 Murid mengeja dan menulis perkataan yang dibentuk pada kad yang disediakan.

Pemerhatian
Murid memberikan respon yang positif dan memberangsangkan terhadap aktiviti ini. Semua murid
bersungguh-sungguh untuk mengambil bahagian dalam membina perkataan. Ini menunjukkan bahawa
perasaan malu dan rendah diri murid-murid berkenaan telah berkurangan.
Refleksi
Hasil dari aktiviti ini, kemahiran murid dalam membentuk perkataan telah meningkat. Aktiviti ini juga
membantu murid-murid yang terlibat menulis perkataan dengan huruf dan ejaan yang betul.
5.4 Penilaian

1. Keputusan ujian Pra (Jadual 4).


2. Keputusan ujian Post. (Jadual 5)
3. Kerja tulis murid.
4. Terdapat murid yang masih mendapat markah rendah tetapi boleh diperbaiki lagi.
5. Murid mula rajin dan aktif dalam P&P.

Jadual 5: Hasil analisis Ujian Post terhadap subjek

Sampel A B C D E F
Jumlah 12/18 10/18 8/18 8/18 9/18 14/18
jawapan
yang betul
Peratusan 66.7 55.6 44.4 44.4 50.0 77.8
(%)

Refleksi Kajian
Pencapaian murid dalam Ujian Pra dan Ujian Pos menunjukkan peningkatan yang agak ketara. Hasil
dapatan kajian menunjukkan bahawa Teknik Nyanyian dan Aktiviti Permainan banyak membantu
murid meningkatkan keyakinan diri, daya ingatan dan kefahaman terhadap apa yang dipelajari
disamping menjadikan suasana PdPc lebih ceria dan menyeronokkan.

6. Cadangan untuk kajian seterusnya


Untuk kajian seterusnya, pihak Panitia Bahasa Inggeris telah bercadang untuk menjalankan kajian
berkaitan “Memupuk minat murid membaca bahan-bahan dalam Bahasa Inggeris”. Fokus kajian
adalah untuk membantu murid-murid menambah perbendaharaan kata dan membina keyakinan untuk
melibatkan diri secara aktif dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris di sekolah.
7. Rujukan

Akhiar Pardi, Shamsina Shamsuddin. (2010). Pengantar Penyelidikan Tindakan: dalam Penyelidikan
Tindakan. Bangi: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Chua Y. P. (2006). Kaedah Penyelidikan Buku 1. McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.

Helen Bee, D. B. (2007). The Developing Child, 8th Edition. Boston: Pearson Education, Inc.

Hidayatul Akmal Hashim, N. M. (2010, Ogos 11). Cara Pemerolehan Bahasa Kedua. Didapatkan Mac 6,
2011, daripada Retibasa: http://retibasa.blogspot.com/2010/08/cara-pemerolehan-bahasa-
kedua_11.html

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2009). Kurikulum Standard Tahun 1 Bestari Kebangsaan. Putrajaya:
Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Mok S.S. (2009). Perkembangan Kanak-kanak. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Nani Menon. (2005). Permainan, Lagu & Puisi Kanak-kanak. Bentong: PTS Profesional Publishing Sdn.
Bhd.
8. Lampiran

LAMPIRAN A

BORANG
REKOD PEMERHATIAN

Di bawah ini adalah borang rekod pemerhatian bagi merekod kekerapan kosa kata Bahasa Inggeris yang
dituturkan oleh subjek di dalam bilik darjah. Sila isikan kekerapan kosa kata Bahasa Inggeris yang
dituturkan pada ruang yang disediakan. Sila catat jumlah kekerapan kosa kata di dalam kotak yang telah
disediakan.

Nama subjek : ...............................................................................................................


Tarikh : ...............................................................................................................

PEMERHATIAN: 1 2 3 4 5
(Bulatkan nombor mengikut pemerhatian)

WAKTU PEMERHATIAN KOSA KATA BAHASA ANALISIS


INGGERIS YANG
DITUTURKAN

Masa :…………………………..

Jumlah Kekerapan
LAMPIRAN B

SENARAI SEMAK
UJIAN TAHAP PENGUASAAN KOSA KATA BAHASA INGGERIS

UJIAN FASA* 1 2
(Bulatkan nombor mengikut fasa)

Nama : ........................................................................................................
Tarikh : ........................................................................................................
Masa : ........................................................................................................

Aktiviti:
(i) Murid menulis dan menyebut perkataan yang diberikan dalam Bahasa Inggeris.
(ii) Guru menandakan pada kotak yang disediakan sama ada jawapan murid betul atau salah.
Jika salah, tuliskan jawapan yang diberikan pada ruangan catatan.
(iii) Murid membuat pembetulan di dalam buku tulis.

Bil Perkataan / Objek Jawapan Catatan


Betul Salah
1 Kepala
2 Bahu
3 Lutut
4 Kaki
5 Mata
6 Hidung
7 Mulut
8 Telinga
9 Melompat
10 Berlari
11 Berjalan
12 Membasuh
13 Gosok
14 Tikar
15 Paip
16 Semut
17 Peta
18 Duduk
JUMLAH

* Ujian Fasa 1 - Tinjauan Awal 2 – Selepas Intervensi

You might also like