You are on page 1of 28

KHB TINGKATAN 1

PENGENALAPERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN


3.1.1 PERKEMBANGAN PERNIAGAAN DAN MASA DEPANNYA

PERKEMBANGAN PERNIAGAAN DAN MASA DEPANNYA


SISTEM PERNIAGAAN DAHULU DAN SEKARANG

A. B. C. D. E.

Sistem barter Sistem wang Alat pembayaran perniagaan masa kini Cara jualan masa kini Perniagaan akan datang di Malaysia

SISTEM PERNIAGAAN DAHULU DAN SEKARANG


A. SISTEM BARTER

Sistem pertukaran barang dengan barang tanpa menggunakan wang Tujuan untuk memenuhi keperluan dan kehendak manusia Sistem ini menimbulkan banyak masalah semasa urusniaga dijalankan.

A. SISTEM BARTER MASALAH SISTEM BARTER

Sukar mendapatkan kemahuan serentak Kesukaran menentukan kadar pertukaran Barang tidak tahan lama Kesukaran membahagikan barang kepada unit yang kecil Masalah membawa barang

B. SISTEM WANG Wujud kerana masalah sistem barter Wang adalah perantara yang diterima umum untuk menukar sesuatu barang dan perkhidmatan.

B. SISTEM WANG SIFAT WANG 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Diterima umum Tahan lama Nilai yang stabil dan tetap Senang dikenali Mudah dibahagi Mudah dibawa Mudah disimpan Serupa dan mempunyai bentuk piawai Sukar didapati atau diganti kerana tidak boleh dibuat sendiri

B. SISTEM WANG FUNGSI WANG

Ukuran nilai Perantaraan pertukaran Penyimpan nilai Piawaian bagi bayaran tertunda ( pembelian secara kredit)

C. ALAT PEMBAYARAN PERNIAGAAN MASA KINI


1. 2. 3. 4. 5. 6. Wang tunai Kad Kredit Cek Kad prabayar Kad pintar Pembayaran elektronik ( e-pay )

C. ALAT PEMBAYARAN PERNIAGAAN MASA KINI

WANG TUNAI
Paling mudah dan kerap digunakan dalam pembayaran

C. ALAT PEMBAYARAN PERNIAGAAN MASA KINI

KAD KREDIT
Pembelian tanpa menggunakan wang tunai Beliab yang dibuat akan dibayar oleh syarikat kad kredit kepada penjual. Pemegang kad kredit akan membuat pembayaran kepada syarikat kad kredit sama ada secara ansuran atau sekali gus.

C. ALAT PEMBAYARAN PERNIAGAAN MASA KINI

CEK
Surat perintah bayar Kemudahan yang diberikan oleh pihak bank kepada pemegang akaun semasa Pembelian barang/perkhidmatan boleh dibuat menggunakan cek Nilai barangan akan dibayar oleh pihak bank berdasarkan nilai yang tercatat pada cek

C. ALAT PEMBAYARAN PERNIAGAAN MASA KINI

KAD PRA BAYAR Membayar terlebih dahulu sebelum menggunakan barang atau perkhidmatan Contoh kad prabayar ialah kad prabayar caj telefon selular

C. ALAT PEMBAYARAN PERNIAGAAN MASA KINI

KAD PINTAR

Kad pelbagai fungsi Terdapat maklumat tentang pemiliknya. Boleh berfungsi sebagai kad ATM Contoh kad pintar ialah MY kad dan kad bank yang mempunyai teknologi cip.

C. ALAT PEMBAYARAN PERNIAGAAN MASA KINI

PEMBAYARAN ELEKTRONIK (e-pay) Pembayaran yang memerlukan pembeli mempunyai akaun bank dan kemudahan internet. Pembayaran boleh dibuat dengan melawat laman web peniaga Nilai belian akan ditolak daripada akaun pembeli secara automatik.

D. CARA JUALAN MASA KINI


1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Tunai Sistem barter berasaskan wang Jualan kredit Sewa-beli Prabayar Pesanan mel Mesin peruncitan automatik Jualan melalui internet

D. CARA JUALAN MASA KINI 1. TUNAI

Jualan tunai ialah barangan atau perkhidmatan yang dijual secara tunai Bayaran dilakukan apabila pembeli menerima barang atau perkhidmatan Dapat mengelakkan hutang lapok

D. CARA JUALAN MASA KINI 2. SISTEM BARTER BERASASKAN WANG

Cara jualan yang digunakan dalam perdagangan antarabangsa antara dua negara yang menggunakan mata wang yang berbeza. Contoh: Malaysia menjual kelapa sawit kepada jepun manakala Jepun menjual jentera kepada Malaysia secara pertukaran barang dan barang tersebut dinilai mengikut mata wang yang dipersetujui (biasanya dolar US)

D. CARA JUALAN MASA KINI 3. JUALAN KREDIT

Pelanggan membeli barang dan menangguhkan pembayaran ke suatu tempoh tertentu

D. CARA JUALAN MASA KINI 4. SEWA BELI

Perniagaan ini melibatkan barangan yang bernilai tinggi seperti rumah, kereta dan barangan elektrik. Pembeli akan membayar secara ansuran tetap bagi barangan yang dibeli sehingga harga barangan selesai dijelaskan.

D. CARA JUALAN MASA KINI 5. PRABAYAR

Banyak diamalkan oleh peniaga yang menyediakan perkhidmatan. Pembeli dikehendaki membayar terlebih dahulu nilai yang telah ditetapkan sebelum mendapatkan perkhidmatan. Contoh: pengusaha lebuh raya dan syarikat telekomunikasi.

D. CARA JUALAN MASA KINI 6 PESANAN MEL

Peniaga boleh mengiklankan barangan atau perkhidmatannya dalam media pengiklanan. Pembeli yang berminat boleh membuat pesanan melalui kad jawapan atau borang yang disertakan. Barang akan dihantar dengan menggunakan perkhidmatan kurier

D. CARA JUALAN MASA KINI


7. MESIN PERUNCITAN AUTOMATIK

Pembeli mendapatkan barang atau perkhidmatan dengan memasukkan sejumlah wang ke dalam mesin. Sesuai dijalankan di tempat yang menjadi tumpuan ramai seperti stesen bas, sekolah Antara barang atau perkhidmatan yang boleh djual dengan cara ini ialah minuman ringan, gula-gula, tiket komuter, dan mesin basuh layan diri.

D. CARA JUALAN MASA KINI 8. JUALAN MELALUI INTERNET

Penjual akan menyediakan laman web mereka sendiri dengan menyertakan barangan atau perkhidmatan yang dijual. Pesanan boleh dibuat melalui internet. Cara ini menjimatkan masa urusniaga.

E. PERNIAGAAN MASA AKAN DATANG DI MALAYSIA

Urusniaga melalui komputer Penggunaan kod dalam menentukan harga Cara pembayaran lebih mudah

E. PERNIAGAAN MASA AKAN DATANG DI MALAYSIA

Ciri-ciri: Lebih menyenangkan pelanggan Lebih cepat dan tepat Cara pembayaran yang lebih mudah

E. PERNIAGAAN MASA AKAN DATANG DI MALAYSIA


1. URUS NIAGA MELALUI KOMPUTER

Melalui internet, pengguna tidak perlu ke kedai untuk membeli barang dan perkhidmatan. Pesanan boleh dibuat melalui internet dengan melayari laman web peniaga Pembeli dapat menjimatkan masa dan kos Ramai peniaga menggunakan perkhidmatan kad ATM yang dikenali sebagai EFTPOS untuk memudahkan urusniaga.

E. PERNIAGAAN MASA AKAN DATANG DI MALAYSIA


2. PENGGUNAAN KOD DALAM MENENTUKAN HARGA DAN PENYENGGARAAN STOK

Penggunaan kod Bar memudah dan mempercepatkan penyenggaraan stok Urusan pembayaran lebih cepat kerana jurujual tidak pelu mangambil masa yang lama untuk mengira nilai barang yang dibeli.

E. PERNIAGAAN MASA AKAN DATANG DI MALAYSIA


3. CARA PEMBAYARAN YANG LEBIH MUDAH

Pengguna tidak perlu membawa wang tunai yang banyak kerana pembayaran boleh dilakukan dengan menggunakan kad ATM, Kad kredit dan Mykad. Pengguna juga boleh membuat pembayaran dengan menggunakan kemudahan Internet yang dikenali e-pay.

You might also like