You are on page 1of 14

GURU MERADANG MAKLUMAT PERIBADI

DIDEDAHKAN

KUALA LUMPUR Beratus-ratus guru di Selangor meradang apabila maklumat peribadi dan sulit mereka didedahkan kepada umum oleh Jabatan Pelajaran. Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) yang mewakili guru berkenaan, bimbang dengan perkembangan itu kerana ia adalah tidak beretika dan jelas sekali melanggar kod etika profesion perguruan. Setiausaha Agungnya, Lok Yim Pheng memberitahu Bernama beliau berharap Kementerian Pelajaran akan menghentikan tindakan itu secepat mungkin. Beliau menjelaskan masalah itu timbul selepas Pejabat Pelajaran Negeri Selangor mengedarkan pekeliling pada 25 Mei, mengarahkan semua sekolah mengutip yuran dari guru untuk Persatuan Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pendidikan (PSKPP).

Surat ingatan kedua akan dikeluarkan pada 2 Julai ini Beliau berkata, apa yang menjengkelkan guru tersebut apabila salah sebuah daerah di Selangor, Pejabat Pelajaran Daerah Petaling Perdana telah bertindak keterlaluan apabila mengumpulkan senarai guru yang mempunyai tunggakan. Senarai itu mengandungi nama, kad pengenalan, gaji, nombor telefon dan tunggakan bagi setiap guru, telah disebar secara meluas di semua sekolah. Ini jelas telah melanggar etika profesion perguruan dan kita menuntut Kementerian Pendidikan menjalankan siasatan berhubung tindakan tersebut, tambah beliau lagi. Yuran PSKPP adalah RM3 setahun bagi guru yang berpendapatan kurang dari RM1,000 sebulan dan RM5 setahun bagi guru yang berpendapatan lebih daripada RM1,000 sebulan, katanya. Lok berkata, sepanjang pengetahuan kesatuan itu, keanggotaan PSKPP tidak diwajibkan. Tetapi tindakan yang dilakukan oleh jabatan pelajaran untuk mengumpulkan yuran itu menunjukkan ia adalah wajib bagi semua guru menjadi ahli, katanya. Lok berkata lagi bahawa keadaan ini sekali lagi bertentangan dengan prinsip keadilan,

GURU SUNYI NODA PELAJAR


KUANTAN Mungkin kerana kesunyian akibat berjauhan dengan isteri, seorang guru gagal mengawal nafsunya lalu merogol pelajarnya sendiri berusia 15 tahun selepas mempelawa mangsa datang ke rumahnya dengan alasan mengulang kaji pelajaran. Kejadian berlaku di rumah guru berusia 33 tahun itu iaitu di kuarters sebuah sekolah menengah di Jerantut pada kira-kira jam 3.30 petang, Khamis lalu. Menurut sumber, sebelum kejadian guru terbabit dikatakan menghubungi ibu mangsa dan mempelawa mangsa datang ke rumahnya dengan alasan mahu membantunya belajar dan tawaran itu diterima baik ibu mangsa tanpa sebarang prasangka. Katanya, mangsa pergi ke rumah gurunya itu yang terletak tidak jauh dari rumahnya dengan ditemani rakan, namun rakannya terus pulang selepas menghantarnya. Pada mulanya guru itu mengajar mangsa tugasan sekolah, namun dipercayai gagal mengawal nafsunya dan terus memeluk mangsa dari belakang sebelum merogolnya.

DUA BERADIK MELECUR DI SETERIKA

MUHAMMAD AL-HAKIM (kanan) menunjukkan kecederaan pada lengan adiknya, Muhammad Fairuz akibat diseterika guru mereka ketika ditemui di Kampung Anak Keranji, Slow Machang, Kelantan semalam.

PASIR MAS Dua beradik antara 11 pelajar yang melecur akibat tindakan melampau seorang guru menggunakan seterika panas bagi mengejutkan mereka supaya menunaikan solat Subuh barubaru ini. Kejadian berlaku di asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bunut Susu dekat sini pada 12 Oktober lalu ketika Muhammad Al-Hakim Mat Nawi, 16, dan adiknya, Muhammad Fairuz, 14, nyenyak tidur.

Dalam kejadian pada pukul 6.15 pagi itu, kedua-dua mereka melecur masing-masing pada tapak kaki dan lengan kiri selepas guru tersebut yang juga warden asrama menggunakan seterika untuk mengejutkan mereka. Turut mengalami nasib yang sama ialah sembilan lagi pelajar lain. Menurut Muhammad Al-Hakim, biasanya mereka akan bangun pukul 6 pagi untuk bersiap menunaikan solat Subuh.

Bagaimanapun, pada hari tersebut, sebahagian besar pelajar di dalam dom asrama itu nyenyak tidur. Ketika nyenyak tidur, saya terkejut apabila terasa panas pada kaki. Apabila tersedar, saya nampak cikgu tersebut berdiri sambil memegang seterika panas yang digunakan untuk mengejutkan kami. Ketika itu dalam dom kami ada 14 pelajar tetapi tiga daripadanya telah bangun lebih awal menyebabkan mereka terselamat daripada dikenakan tindakan oleh cikgu tersebut, katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Anak Keranji, Slow Machang dekat sini semalam. Sumber: Kosmo

GURU DIBENARKAN BERPOLITIK


KUALA LUMPUR: Bermula 1 Ogos ini, pegawai pendidikan perkhidmatan siswazah Gred DG41 hingga DG48 akan dibenarkan melibatkan diri dalam politik, demikian diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan. Langkah itu dikuat kuasa 1 Ogos untuk siswazah Gred DG41 hingga DG48 Menurut Mohd Sidek, langkah itu berlandaskan hakikat bahawa guru suatu masa dahulu memain peranan penting dalam memimpin masyarakat dalam senario politik negara. Masanya sudah tiba mereka dibenar aktif semula dalam politik, katanya dalam satu kenyataan semalam. Bagi tujuan itu, beliau berkata pindaan Peraturan 21 PeraturanPeraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin. Tindakan sedang diambil untuk mewartakan pindaan peraturan tersebut, tambahnya.

Sebelum ini, Peraturan 21(2) peraturan tersebut menetapkan hanya pegawai dalam Kumpulan Sokongan boleh bertanding atau memegang jawatan atau dilantik ke dalam apa-apa jawatan dalam suatu parti politik dengan syarat terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis Ketua Pengarah Perkhid- matan Awam atau Ketua Setiausaha kementerian ber-kenaan. Di bawah peraturan baru ini, pegawai pendidikan, selain pengetua atau guru besar di institusi pendidikan dan pegawai yang memegang apa-apa jawatan pentadbiran dalam mana-mana agensi kerajaan, perlu mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran terlebih dahulu.

Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran tidak boleh mewakilkan kuasanya untuk memberikan kelulusan bertulis itu kepada mana-mana orang lain dan apa-apa keputusan Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran adalah muktamad, kata Mohd Sidek. Beliau berkata syarat-syarat ketat akan dikenakan agar tugas dan fokus utama golongan itu iaitu mendidik tidak terjejas dengan peng-libatan mereka dalam politik. Katanya mereka yang di-benarkan terlibat dalam po-litik kelak hendaklah me- matuhi sepenuhnya PeraturanPeraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, termasuk batasan tugas mereka sebagai pegawai perkhidmatan pendidikan dengan aktiviti dalam politik. Bernama

GURU SENTUH PAYUDARA 11 ORANG MURID

AMPANG Sebelas pelajar perempuan tingkatan 4 sebuah sekolah menengah di sini mendakwa guru disiplin di sekolah itu melakukan gangguan seksual terhadap mereka. Kejadian itu berlaku kira-kira jam 7.30 pagi Jummat lalu di dalam bilik guru sekolah berkenaan. Mangsa mendakwa guru berkenaan menyentuh di bahagian atas payu daranya dengan alasan mahu memeriksa denyutan nadi sebelum dihukum rotan. Guru itu juga dikatakan menyentuh peha pelajar terbabit untuk memeriksa sama ada pelajar itu membawa telefon bimbit. Seorang bapa mangsa berkata, anaknya bersama pelajar lain termasuk dua pelajar lelaki dibawa seorang pengawas berjumpa guru disiplin itu kerana kesalahan tidak menghadiri perhimpunan pagi itu. Anak kami ketika itu berada dalam kelas kerana menyiapkan kerja sekolah, namun pengawas berkenaan membawa pelajar terbabit berjumpa guru disiplin, katanya pada sidang media di Pejabat Ahli Undangan Negeri (ADUN) Teratai, Jenice Lee, semalam.

Dia berkata, anaknya memberitahu kejadian menimpa pelajar perempuan itu berlaku selepas empat guru wanita yang berada dalam bilik guru keluar daripada bilik itu.

Kejadian itu hanya menimpa pelajar perempuan, berikutan insiden itu, ibu bapa pelajar mengambil keputusan untuk berjumpa pengetua sekolah itu Isnin ini (hari ini) bagi mendapat penjelasan pihak sekolah, katanya. Sementara itu, seorang mangsa berkata, guru itu juga merakam gambar dada, kaki dan bahagian belakang badan pelajar berkenaan secara sembunyi.
Berikutan itu, kami berasa takut dan malu, kami mahu mempertahankan diri kami namun bimbang apa-apa akan berlaku ke atas kami. Disamping itu, kami mendapat tahu guru terbabit merakam gambar kami apabila mendengar bunyi sesuatu daripada telefon bimbit yang dipegangnya, katanya.

Jenice Lee berkata, pembantu pejabatnya bersama ibu bapa pelajar berkenaan membuat laporan polis di Balai Polis Pandan Indah. Disiplin di sekolah penting, bukan saja pelajar, malah guru juga harus menunjukkan disiplin yang baik. Pengetua harus menyiasat segara apabila berlaku sesuatu kejadian di sekolah, katanya. Beliau berkata, seorang peguam sudah dihubungi untuk membantu ibu bapa mangsa mengendalikan kes itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan kes masih disiasat.

You might also like