You are on page 1of 5

Kesan Masalah Buli

Terhadap Masyarakat

Gangguan emosi
Kecederaan fizikal
Hilang keyakinan diri
Kesan negatif terhadap pembangunan Negara

Gangguan Emosi

Mangsa buli akan mengalami kesan negatif


dalam jangka panjang malah boleh menyebabkan
kejadian bunuh diri.
Di luar negara seorang murid membunuh diri
kerana diejek gemuk dan berambut kerinting,
malah ada yang membunuh rakannya kerana
tidak tahan dibuli setelah guru dan pihak sekolah
gagal mengambil tindakan intervensi.
Mangsa buli akan menjadi seorang dewasa yang
terlalu emosional sehingga menjejaskan
hubungannya dengan orang lain dan keluarga.
Malah kajian menunjukkan ada murid menjadi
pembuli akan bertindak agresif apabila dewasa

Kecederaan fizikal

Perlakuan buli terdiri daripada 2 jenis iaitu buli


fizikal dan buli mental. Buli fizikal merupakan buli
yang boleh mengakibatkan kecederaan fizikal
seperti pukul-memukul, memeras ugut,
menampar, menendang, menarik rambut,
menolak, mencubit, atau sepak teranjang yang
boleh mengakibatkan kecederaan.
Selain itu, buli fizikal juga boleh mengakibatkan
kematian.

Hilang keyakinan diri

Perbuatan buli ini akan memberi kesan sama ada


kepada pembuli ataupun mangsa buli. Kesan luaran
yang paling ketara yang akan dialami oleh pembuli
ialah pembuli akan mempunyai rekod yang buruk di
sekolah dan akan menjejaskan kehidupannya setelah
meningkat dewasa.
Mangsa buli juga akan mengalami kesan dalaman iaitu
masalah psikilogi. Mereka akan hilang keyakinan diri
serta tiada matlamat hidup dan mereka juga akan
berasa takut untuk hadir ke sekolah.
Selain itu, ada di antara mereka yang akan
mencederakan diri sendiri kerana merasakan diri
mereka tidak berguna lagi.

Kesan negatif terhadap


pembangunan negara

Melahirkan generasi yang memiliki sifat-sifat


ganas dan kehilangan rasa perikemanusiaan lalu
cenderung menindas orang lain sehingga
terbawa-bawa ke peringkat umur yang akan
datang.
Kesejahteraan rakyat dan keselamatan negara
terjejas bukanya dari anasir luar tetapi dari
generasi sendiri yang bakal menggantikan pucuk
pimpinan akan datang.

You might also like