You are on page 1of 13

Gejala Buli di Sekolah

_________________________________________________________________________

DDDG 5022

SEKOLAH DAN MASYARAKAT (SET 31)

SESI 2023/2024

TULISAN ILMIAH
(GEJALA BULI DI SEKOLAH)

NAMA PENSYARAH

DR MOHAMAD JOHDI BIN SALLEH

NAMA PELAJAR:
LUKMAN HAKIM BIN ZUHARI
(P136639)

1
Gejala Buli di Sekolah
_________________________________________________________________________

GEJALA BULI DI SEKOLAH

LUKMAN HAKIM BIN ZUHARI

ABSTRAK

Kajian ini menfokuskan konsep buli dan kesan buli kepada mangsa. Buli merupakan satu
gelaja sosial yang negatif dan sering berlaku di kawasan sekolah. Buli ialah perbuatan yang
berulang daripada orang yang lebih berkuasa secara fizikal atau psikologi kepada orang
yang lemah mental dan fizikalnya. Ciri-ciri tertentu yang selalunya dimiliki oleh mangsa buli
memudahkan pembuli mengesan dan bertindak membuli mereka. Apabila mangsa dikasari,
mereka biasanya cemas, tidak selamat, terlalu berhati-hati, kurang harga diri dan tidak
berupaya membela diri. Dan secara tidak langsung, masalah buli ini, akan memberi kesan
yang negatif kepada pelajar dan seterusnya akan membantutkan pembangunan negara.

Kata kunci: Buli, mangsa buli, pembuli, pembangunan negara, psikologi, mental, fizikal,

PENGENALAN

Sekolah rendah dan sekolah menengah merupakan sesebuah institusi yang sangat penting
untuk negara tidak kira dari segi pembangunan dan juga dari segi pembangunan modal
insan yang baik untuk seluruh rakyat Malaysia (Berita Harian, 2023). Di institusi yang
bernama sekolah ini lah yang akan membantu anak-anak Malaysia untuk mendapatkan
pendidikan dengan baik dan teratur. Tanpa sekolah, anak-anak Malaysia tidak akan
mendapat ilmu yang cukup dan seterusnya akan membuatkan Pembangunan sesebuah
negara itu akan terbantut.

Namun begitu terdapat beberapa gejala yang boleh melemahkan semangat pelajar
untuk belajar (Musbar et.al, 2022). Gejala sosial yang negatif ini sangat membimbangkan
pihak sekolah, guru dan ibu bapa khususnya (Ibrahim et.al, 2018). Ini di sebabkan oleh
gejala ini akan memberi kesan yang buruk keatas pelajar dan anak-anak. Antara contoh
gejala sosial yang boleh menganggu fokus dan semangat pelajar untuk belajar ialah gejala
buli, vadalisme, samseng dan penyalahgunaan dadah di kalangan pelajar sekolah. Namun,
gejala yang paling popular dari zaman dahulu sehingga zaman persekolahan kini ialah
gejala buli (Yung et.al, 2019).

2
Gejala Buli di Sekolah
_________________________________________________________________________

HASIL DAN PEMBAHASAN

JENIS GEJALA BULI DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH

A) Buli Lisan
Sebagai menurut Amelia et.al (2019), gejala buli biasanya bermula dengan buli lisan.
Ini bermaksud, pembuli yang tidak suka akan mangsa buli, pertama sekali mereka
akan mengejek dahulu sebelum meneruskan ke jenis beli yang kedua iaitu buli
fizikal. Contohnya pembuli akan memanggil mangsa buli dengan ejekan, panggilan
nama dan cemuhan yang akan mengguris hati mangsa buli. Selepas sahaja pembuli
sudah merasa bosan dengan buli mengejek, pembuli ini akan terus menyasarkan
fizikal mangsa buli pula.

B) Buli Fizikal
Buli fizikal ialah buli yang menfokuskan tentang fizikal atau tubuh badan pelajar. Buli
fizikal ini biasanya berlaku apabila seseorang pembuli itu mempunyai fizikal yang
kuat dan besar serta pembuli yang bertubuh besar ini akan menyasarkan pelajar
yang bertubuh kecil daripadanya. Perkara ini dilihat tidak adil kerana perbezaan
fizikal yang sangat ketara antara kedua-dua pembuli dan mangsa buli ini. Menurut
Amelia et. al (2019), buli fizikal termasuk tindakan seperti memukul, menggigit,
menyepak, mencubit, menendang, menampar, dan sebagainya. Buli fizikal boleh
memberikan kesan buruk kepada fizikal pelajar tersebut. Sebagai contohnya, badan
mangsa akan lebam dan semakin buruk jika terus di buli oleh pembuli. Dan hasil
daripada lebam ini boleh menyebabkan kematian mangsa kerana luka atau berlaku
perdarahan di dalam badan.

C) Buli Mental
Menurut Amelia et. al (2019), buli mental ialah satu jenis serangan psikologi, iaitu
melalui perbuatan seperti menyebarkan fitnah, pemulauan, pengasingan dan
pemboikotan di dalam kelas. Selain itu, tindakan tubuh seperti mencebik mulut,
senyum sinis dan menjegilkan mata juga termasuk dalam kategori buli mental atau
psikologi. Pelajar yang dibuli secara psikologikal sering mengalami tekanan dan
kehilangan harga diri sebagai akibat daripada menceritakan kisah dan gosip tentang
diri mereka kepada orang ramai. Hasil daripada buli mental ini akan menyebabkan
mangsa buli berseorangan dan merasa diri mereka tidak berguna. Tindakan ini jika di
biarkan, boleh mengundang kepada kes bunuh diri.

3
Gejala Buli di Sekolah
_________________________________________________________________________

D) Buli Siber
Namun pada era globalisasi ini, teknologi pun turut meningkat seiring dengan kes
pembulian. Pada zaman in terdapat buli yang menggunakan internet di panggil buli
siber. Buli siber juga melibatkan penyalahgunaan teknologi seperti komputer dan
telefon bimbit. Contoh pembulian secara siber termasuk menyebarkan fitnah melalui
media sosial dan mel elektronik, menghantar pesanan ringkas yang mengandungi
ugutan atau kata-kata kesat, dan menyebarkan video yang bertujuan untuk
menjatuhkan maruah mangsa buli (Luqmanul et. al, 2023). Oleh kerana maklumat
boleh diakses di seluruh dunia, buli siber sangat sukar untuk dikawal. Perkongsian di
dalam internet adalah cepat dan mudah dan tidak terhad dari segi jarak dan masa,
yang menyumbang kepada aktiviti jenayah.

KESAN GEJALA BULI DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH

A) Kesan Kepada Fizikal


Mangsa buli menghadapi banyak cabaran akibat daripada ini. Selain itu, kajian
mendapati bahawa mangsa buli juga mengalami masalah kesihatan fizikal dan
kesihatan seperti lebam pada badan dan berkemungkinan mengalami tulang yang
patah akibat di buli dengan pembuli yang lebih kuat daripada mangsa buli. Mereka
juga mengalami masalah psikosomatik seperti pening kepala, sakit kepala, sakit
perut, masalah tidur, dan kemungkinan berkeinginan untuk merokok (Mohammad et
al., 2018). Mangsa buli juga menunjukkan simptom keresahan dan kemurungan,
yang menyebabkan mereka tidak mahu pergi ke sekolah kerana kesakitan fizikal dan
mental.

B) Kesan Kepada Mental


Menurut Mohammad et al. (2018), mangsa buli mengalami satu atau lebih kesan
negatif yang berkaitan dengan mereka sendiri, seperti penurunan prestasi akademik,
ketidakhadiran ke sekolah, kesunyian, peningkatan perasaan untuk menentang dan
rasa disingkirkan dari kelas. Mangsa buli juga lebih cenderung untuk mencederakan
diri sendiri dan membunuh diri. Selain itu, mangsa buli mengalami perasaan malu,
malu, sedih, diejekan sehingga mereka merasa diri mereka tiada keyakinan, mudah
tersinggung, murung, takut dan tidak suka pergi ke sekolah. Di sebabkan perkara ini

4
Gejala Buli di Sekolah
_________________________________________________________________________

boleh memberi kesan negatif kepada pembangunan negara dan pembangunan


modal insan diri pelajar

C) Kesan kepada Persekolahan dan Pembelajaran


Mohammad et.al (2018) menyatakan bahawa mangsa buli yang dibuli dengan teruk
oleh pembuli akan sering merasa ketakutan dan tidak mahu untuk pergi ke sekolah.
Hal ini di katakan demikian kerana, jika mereka masih pergi ke sekolah,
berkemungkinan besar pembuli akan kembali membuli dan menyederakan mangsa
buli tidak kira kecederaan fizikal mahupun mental mangsa buli.
Mohamad et al. (2018) juga menyatakan mangsa buli akan lebih memilih
untuk ponteng sekolah. Hal ini akan membimbangkan pihak sekolah dan juga ibu
bapa kerana jika mangsa buli lebih memilih untuk ponteng sekolah, penerimaan ilmu
dan juga akademik mangsa buli juga akan terus merosot.

FAKTOR GEJALA BULI DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH

A) Menurut Berita Sinar Harian (2021), faktor berlakunya gejala buli di dalam kalangan
pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah ialah berpunca daripada masalah di
dalam rumah pembuli. Hal ini di katakan demikian kerana kanak-kanak tidak sesuai
berada dalam persekitaran rumah yang berbahaya. Sebagai contoh, kanak-kanak
yang dianiaya oleh saudara-mara mempunyai kemungkinan yang lebih tinggi untuk
melakukan gejala buli di sekolah khususnya. Ini disebabkan apabila adik-beradik
mereka membuli mereka di rumah, mereka tidak dapat bertindak kerana jurang
fizikal yang agak besar berbanding adik beradik yang lain. Oleh itu, mereka
melepaskan amarah mereka kepada orang yang lemah secara fizikal dan mental
dengan cara yang kejam dan berulang kali sehingga pembuli merasa puas.

B) Berita Sinar Harian (2021) menyatakan bahawa faktor kedua berlakunya gejala buli
ialah berpunca daripada populariti ataupun “trend”. Hal ini di katakan demikian
kerana Banyak filem di dalam Malaysia dan juga di luar negara yang menunjukkan
adegan membuli orang adalah perkara yang "cool" dan sering dibuat oleh pelajar
yang popular. Oleh itu, sesetengah pelajar yang mudah terpengaruh dengan adegan
ini akan merasa terpengaruh dan menggunakan akan membuli pelajar lain untuk
mendapatkan populariti antara kawan-kawan dan perempuan. Ini kerana populariti
mempunyai kuasa untuk memberi kesan yang negatif kepada orang lain. Oleh itu,

5
Gejala Buli di Sekolah
_________________________________________________________________________

pelajar-pelajar percaya bahawa buli boleh memberi mereka populariti, iaitu


mendapatkan pengaruh dan nama di sekolah.

C) Berita Sinar Harian (2021) menulis, faktor yang seterusnya yang menjadi sebab
kenapa buli ini sangat popular di sekolah ialah berpunca daripada tekanan daripada
rakan mereka sendiri. Hal ini di katakan demikian kerana pelajar ini akan tertekan
dengan tekanan rakan mereka sendiri, dan kadangkala mereka merasa tidak
mempunyai pilihan selain melakukan perkara yang sama untuk membuli orang lain
yang lebih lemah daripada mereka. Ini kerana terdapat individu yang berpendapat
bahawa menjadi pembuli adalah lebih baik daripada menjadi mangsa pembuli. Di
sebabkan itu, ramai pembuli yang di cipta tanpa sengaja dan pembuli ini akan
merasa sangat puas apabila boleh membuli seseorang yang lemah daripadanya.

D) Membuli untuk tindakan balas dendam juga merupakan salah satu faktor berlakunya
gejala buli dalam kalangan pelajar-pelajar di sekolah (Berita Sinar Harian, 2021). Hal
ini di katakan demikian kerana, apabila pelajar-pelajar dibuli, mereka mungkin lebih
cenderung untuk membuli pelajar lain sebagai cara untuk membalas dendam tentang
perkara yang di lakukan oleh orang lain kepada diri mereka. Hal ini di katakan
demikian kerana, pelajar yang menjadi mangsa buli ini akan memberontak dan
mencari mangsa Baharu yang lebih lemah daripadanya. Kes ini sebenarnya sangat
biasa kerana kanak-kanak ini sering menganggap perbuatan mereka baik dan
berasa lega apabila mereka boleh membuli orang lain. Di sini dapat dilihat bahawa
gejala buli ini boleh merebak dengan cepat jika tidak di bendung dari awal.

E) Sinar Berita Harian (2021) menyatakan bahawa faktor kurang rasa kasihan kepada
orang lain juga menjadi sebab kenapa gejala buli ini terus meningkat dalam kalangan
pelajar-pelajar di sekolah. Hal ini di katakan demikian kerana kanak-kanak ini tidak
mempunyai rasa empati dan sesetengah daripada mereka sangat menyukai
perbuatan membuli. Ini kerana mereka tidak tahu betapa sakitnya fizikial dan mental
mangsa buli. Mereka akan lebih cenderung untuk membuli kerana mereka tidak
faham perasaan mangsa buli. Oleh itu, ibu bapa mesti sentiasa mengawasi dan
mengawasi perkembangan emosi anak mereka tanpa mengabaikan mereka. Untuk
membina hubungan yang lebih baik dengan orang lain, adalah penting untuk
mengambil kira perasaan mereka.

6
Gejala Buli di Sekolah
_________________________________________________________________________

F) Pelajar yang kurang kasih sayang dan kurang perhatian juga menjadi salah satu
faktor gejala buli merebak dengan cepat dalam kalangan pelajar-pelajar di sekolah
(Sinar Berita Harian, 2021). Seperti sedia maklum bahawa kanak-kanak memerlukan
perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa mereka sendiri. Mereka perlu
mengalami perkara itu dengan harapan kanak-kanak mendapat kasih sayang yang
cukup dari kedua orang ibu bapa mereka. Jika tiada kasih sayang yang cukup yang
diberikan oleh ibu bapa mereka kanak-kanak ini boleh menjadi ganas dan
memberontak serta berupaya membuli pelajar lain yang lebih lemah apabila mereka
fikir diri mereka "tidak wujud" di dalam keluarga merea. Keadaan akan menjadi lebih
buruk jika perbuatan buli menjadi senjata untuk menarik perhatian ibu bapa mereka.
Oleh itu, ibu bapa perlu memberi kasih sayang yang cukup untuk kanak-kanak agar
anak mereka akan mempunyai sikap empati dengan orang sekeliling terutamanya
rakan sekolah mereka.

G) Sinar Berita Harian (2021) juga menyatakan bahawa, bersikap pemikiran stereotaip
merupakan punca berlakunya gejala buli di sekolah. Sebenarnya, buli yang
disebabkan oleh stereotaip dan boleh berlaku di mana-mana sahaja. Ini mungkin
berlaku di sekolah atau di media sosial kerana kepercayaan bahawa kumpulan
tertentu adalah lebih baik daripada yang lain.
Semua orang ingin merasa istimewa, dan apabila kanak-kanak percaya
mereka lebih baik daripada orang lain kerana status sosial mereka atau sebab lain,
ini membawa kepada tingkah laku yang negatif, seperti membuli orang yang lebih
lemah daripada mereka. Hal ini berlaku kerana, pembuli ingin mengekalkan jolokan
“aku lebih baik dari dia” telah menjadikan seseorang pembuli itu lebih cenderung
untuk membuli seseorang yang lebih lemah daripadanya. Jika pelajar ini
mengekalkan konsep “Jadilah seperti Padi” iaitu selalu bersifat merendah diri,
pemikiran stereotaip untuk membuli ini dapat di elakkan dengan jayanya.

7
Gejala Buli di Sekolah
_________________________________________________________________________

LANGKAH MENGATASI GELAJA BULI DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH

A) Isa et, al. (2020) menyatakan, langkah untuk mengatasi masalah atau gejala buli di
kalangan pelajar-pelajar di sekolah rendah dan juga sekolah menengah ialah dengan
bantuan guru disiplin. Hal ini di katakan demikian kerana, guru disiplin yang akan
mengambil tindakan keatas pembuli ini. Sekiranya siasatan yang di lakukan oleh
guru disiplin ini mendapati bahawa terdapat kes buli yang cukup jelas, hukuman
yang dikenakan adalah seperti yang dinyatakan dalam pekeliling atau peraturan
denda yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Pihak sekolah
mungkin perlu menutup sekolah atau membuang asrama sekiranya kes buli itu
terlalu serius.
Pada mulanya, tindakan ialah denda, tetapi jika perlu, guru akan merotan
pembuli ini dengan harapan mereka akan Insaf dan tidak akan mengulangi
perbuatan buli ini. Kemudian, jika kesnya agak berat, pembuli akan digantung dan
jika terlalu berat, pembuli ini akan di buang sekolah dengan kadar segera. Hal ini di
katakan demikian kerana, jika mereka ataupun pembuli ini tidak di buang sekolah,
hal ini akan merungsingkan pihak sekolah kerana gejala buli ini boleh merebak
dengan cepat. Di sebabkan itulah, pihak sekolah khususnya unit disiplin akan
mencantas masalah utama dalam kes buli ini iaitu pembuli itu sendiri.

B) Azwa (2019) menyatakan langkah untuk mengatasi masalah buli di kalangan pelajar-
pelajar di sekolah ialah pada diri sendiri. Pelajar sendiri adalah penting untuk
menangani gejala buli yang menular dalam kalangan pelajar. Semua ini berlaku
kerana pelajar mempunyai pemahaman yang kukuh tentang diri mereka dan faktor-
faktor yang menyumbang kepada buli. Jika pelajar menjadi mangsa buli, mereka
sepatutnya bertindak dengan tenang dan berfikiran positif. Ini disebabkan oleh fakta
bahawa perbuatan jahat sepatutnya dibalas dengan cara yang baik untuk
mengelakkan ia menjadi lebih teruk dan untuk menunjukkan bahawa individu itu
mempunyai keupayaan untuk menangani isu dengan bijak dan tidak tergesa-gesa.
Pelajar juga mesti melengkapkan diri dengan pengetahuan agama dan keupayaan
untuk mengawal emosi untuk mengelakkan gejala buli. Pelajar juga harus berfikiran
positif dalam situasi di mana mereka berhadapan dengan pembuli atau menjadi
mangsa buli. Ini menunjukkan bahawa pelajar harus bertenang, berfikiran positif dan
mendapatkan pengetahuan agama untuk mengelakkan gejala buli di sekolah.

8
Gejala Buli di Sekolah
_________________________________________________________________________

C) Azwa (2019) juga menyatakan bahawa antara langkah yang perlu di ambil untul
mengelakkan gejala buli ini tumbuh dengan pesat di kalangan pelajar ialah dengan
bantuan semua guru dalam sekolah. Dalam menangani gejala tersebut, guru
seharusnya menjalankan tanggungjawab yang diberikan sebaik mungkin. Selain itu,
guru mesti menanamkan prinsip ini dalam diri pelajar mereka sama ada dalam bilik
darjah atau di luar bilik darjah. Orang ramai belajar melalui pengamatan, menurut
Azwa (2019). Dalam kes ini, pendidik menerapkan nilai-nilai murni dalam tingkah
laku seharian mereka, yang akan dicontohi oleh pelajar secara tidak langsung
kerana mereka melihat pendidik melaksanakan nilai-nilai ini setiap hari. Akibatnya,
pelajar akan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian mereka,
sekaligus mengurangkan kadar kes gejala buli sekolah.
Guru juga perlu mengawasi dan membantu pelajar mengelakkan buli. Ini
menunjukkan bahawa guru boleh mengatasi gejala buli dengan berkesan. Ini
termasuk mengekalkan sikap yang tegas, menerapkan prinsip moral dalam
pengajaran dan pembelajaran, dan mengawasi tingkah laku pelajar dengan teliti.

D) Azwa (2019) juga menyatakan bahawa pihak sekolah juga memainkan peranan yang
penting untuk mengatasi masalah buli di sekolah. Seperti yang kita ketahui, sekolah
adalah tempat di mana kebanyakan kes buli pelajar bermula. Ini disebabkan oleh
fakta bahawa pelajar menganggap diri mereka berkuasa terhadap pelajar lain dan
mempunyai kumpulan yang unik dari yang lain. Oleh itu, sekolah memainkan
peranan yang sangat penting dalam menghentikan buli pelajar daripada menjadi
semakin biasa. Sekolah boleh melakukan pelbagai aktiviti untuk meningkatkan
sahsiah pelajar dan mendedahkan dan menyedarkan pelajar tentang buli. Aktiviti
seperti ini boleh membantu pelajar memahami bahawa buli adalah perkara yang
tidak sihat dan harus dicegah segera.
Langkah yang kedua yang boleh di ambil oleh pihak sekolah ialah Selain itu,
sekolah harus mempromosikan pencegahan buli melalui Program Intervensi Sosial
dan Model Pemulihan Citizens Responsibility yang berkait rapat dengan gejala buli
pelajar yang memerlukan kerjasama ibu bapa. Tetapi Model Pemulihan Citizens
Responsibility Program menunjukkan kepada pembuli bahawa buli adalah sesuatu
yang tidak boleh dibiarkan berlaku di sekolah. Oleh itu, sekolah mesti memainkan
peranan penting dalam memerangi gejala buli pelajar dengan mengadakan program
yang mendedahkan bahaya perilaku buli yang biasa di kalangan pelajar.

9
Gejala Buli di Sekolah
_________________________________________________________________________

E) Azwa (2019) turut menyatakan langkah seterusnya ialah melalui guru kaunseling.
Peranan guru kaunseling di sekolah adalah penting untuk mengurangkan keruntuhan
moral dan disiplin pelajar. Sebagai hasil daripada kajian, terapi "sand tray" adalah
salah satu intervensi yang berpotensi untuk mengurangkan gejala buli pelajar. Kajian
menunjukkan bahawa terapi sand tray boleh meredakan kemarahan pelajar. Hal ini
berlaku kerana pelajar tidak perlu bertindak agresif untuk menyatakan emosi negatif
mereka. Ini menunjukkan bahawa sand tray terapi boleh membantu pelajar dengan
masalah tingkah laku.

F) Langkah yang seterunya ialah melalui ibu bapa (Azwa, 2019). Ibu bapa juga
bertanggungjawab untuk menangani buli pelajar yang kerap berlaku. Oleh itu, ibu
bapa mesti bekerjasama dengan sekolah dan sentiasa mengambil berat tentang
pendidikan anak-anak mereka. Selain itu, ibu bapa mesti mengambil kira sensitiviti
emosi anak-anak mereka untuk memahami dan memahami apa yang mereka alami.
Azwa juga mencadangkan bahawa ibu bapa harus mengajar anak-anak mereka cara
menjaga keselamatan diri di sekolah agar mereka mampu mengelakkan menjadi
mangsa buli. Jadi, jelas bahawa ibu bapa harus bekerjasama dengan sekolah
mengenai hal ehwal anak-anak, mengambil berat tentang emosi mereka, dan
memastikan anak-anak selamat di sekolah daripada terdedah kepada gejala buli.

G) Azwa (2019) juga menyatakan bahawa dengan bantuan pihak Kementerian


Pendidikan Malaysia (KPM) menjadi salah satu langkah untuk menghapuskan gejala
buli di sekolah. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga bertanggungjawab
untuk menghentikan buli dalam sistem pendidikan negara. Azwa menyatakan
bahawa KPM boleh melakukan banyak perkara untuk mengurangkan atau
menghapuskan masalah buli. Antaranya, KPM boleh menganjurkan Program
Integrasi Tangani Anti Sosial (PINTAS), bergabung dengan Yayasan Pencegahan
Jenayah Malaysia (MCPF) untuk menubuhkan Kelab Pencegahan Jenayah,
menyebarkan pekeliling ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Bil 8/2010 (Garis
Panduan Mencegah dan Menangani Perbuatan Buli dalam Kalangan Murid di
Sekolah) dan menjual buku Panduan Pengurusan Buli di Sekolah. Ini menunjukkan
bahawa aktiviti ini mungkin secara tidak langsung mengurangkan buli pelajar.

10
Gejala Buli di Sekolah
_________________________________________________________________________

KESIMPULAN

Oleh itu, perilaku buli ditakrifkan sebagai perbuatan kekerasan yang boleh mencederakan
mangsa dan akhirnya membawa kepada kematian. Pada masa ini, buli semakin meningkat
dan menular dalam kalangan pelajar. Ini menunjukkan bahawa gejala buli adalah serius dan
di atasi dengan kadar segera. Ibarat pepatah mengatakan, jika tidak ada angin, pokok tidak
akan bergoyang.

Perilaku buli ini tidak berlaku tanpa sebab. Rakan sebaya, ibu bapa, sekolah,
komuniti, media dan diri mereka sendiri adalah antara pelbagai sebab yang telah dikenal
pasti mendorong gejala buli di sekolah dalam kalangan pelajar. Faktor yang paling biasa
yang menyumbang kepada gejala buli adalah masalah dengan diri sendiri. Oleh itu, untuk
menghentikan perilaku buli daripada tersebar luas, perhatian yang lebih besar harus
diberikan kepada pelajar dan rakan mereka sendiri. Guru, diri mereka sendiri, sekolah, guru
kaunseling, guru displin, ibu bapa, dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah
antara pelbagai pihak yang bertanggungjawab untuk menangani gejala buli. Tanggungjawab
untuk menangani gejala buli pelajar terletak pada bahu setiap individu.

Oleh itu, semua pihak mesti bekerjasama untuk menangani gejala buli agar usaha
untuk menghilangkan gejala itu dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan. Oleh itu,
gejala atau kes buli mesti dihentikan dari akar umbi untuk memastikan masa depan negara
yang lebih cerah dengan adanya rakyat yang tidak bersifat kasar dan berilmu pengetahuan.
Ini bermakna pelajar harus mampu mencorakkan masa depan negara untuk menjadi negara
maju yang boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara maju lain.

11
Gejala Buli di Sekolah
_________________________________________________________________________

RUJUKAN

‌Al, A., Shafie, H., Athahiri Bin Anuar, A., Bt, N., Rozudi, C., Ahmad, W., Kamaruddin, Z., &
Mohamad, (2018). MANGSA BULI DAN KESAN BULI Bully Victims and the Effects of
Bullying. SAINS ISLAM MALAYSIA Journal of Islamic Social Sciences and
Humanities https://oarep.usim.edu.my/jspui/bitstream/123456789/5278/1/MANGSA
%20BULIDANKESANBULI.pdf
‌ARIF ABIYYU MUSBAR. (2022, January 23). MELIHAT GEJALA SOSIAL YANG ADA DI
MASYARAKAT PADA ERA COVID-19. ResearchGate; unknown.
https://www.researchgate.net/publication/358055944_MELIHAT_GEJALA_SOSIAL_Y
ANG_ADA_DI_MASYARAKAT_PADA_ERA_COVID-19
Azwa Kamarudin. (2019, April 19). Konvensyen Kaunseling Kebangsaan Kali Ke 21.
ResearchGate; unknown.
https://www.researchgate.net/publication/332514832_Konvensyen_Kaunseling_Keba
ngsaan_Kali_Ke_21
Ibrahim, H., Mustapha, M., Joki Perdani Sawai, & Ahmad. (2018, December 24). Peranan
dan Tanggungjawab Ibu Bapa dalam Pengasuhan Anak dan Remaja. ResearchGate;
Secholian Publication.
https://www.researchgate.net/publication/346850328_Peranan_dan_Tanggungjawab_
Ibu_Bapa_dalam_Pengasuhan_Anak_dan_Remaja
Isa, Mohd Sobri Ismail, & Amelia Mohd Noor. (2019, December). Masalah buli dalam
kalangan murid: apakah kata guru? Bullying problems among students: what do
teachers say? ResearchGate; unknown.
https://www.researchgate.net/publication/338548186_Masalah_buli_dalam_kalangan_
murid_apakah_kata_guru_Bullying_problems_among_students_what_do_teachers_s
ay
‌Isa, Hussin, M., Rahim, A., Nur, W., Nur, Nurhafiza, F., & Najiha Mohbob. (2020). Gejala
Membuli dalam Kalangan Pelajar Sekolah. Journal of Humanities and Social
Sciences, 2(1), 22–33. https://doi.org/10.36079/lamintang.jhass-0201.100
Muhamad Luqmanul Hakim, Dang Ra’il Zulaikha, Nur Amirah Sahira, Wan Nursyakira
Najwa, Farwizah Yusrin, & Mohamad Nur Hafizudin. (2023). Kesan Buli Siber
terhadap Psikologi Individu: Kajian Kes Mahasiswa UTHM. Human Sustainability
Procedia, 3(1), 85–96.
https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/hsp/article/view/12418

12
Gejala Buli di Sekolah
_________________________________________________________________________

MUKHRIZ MAT HUSIN. (2023, July 6). Pelajar dibuli boleh alami gangguan mental neurosis.
Sinar Premium; Sinar Premium.
https://premium.sinarharian.com.my/article/227700/fokus/semasa/pelajar-dibuli-boleh-
alami-gangguan-mental-neurosis
Pembangunan modal insan: Mengapakah ia penting? (2023, January 27). Berita Harian;
Berita Harian.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/01/1056535/pembangunan-modal-
insan-mengapakah-ia-penting
‌webadmin. (2021, November 7). 7 punca anak-anak jadi pembuli, ibu bapa mesti tahu. Sinar
Bestari; Sinar Bestari. https://sinarbestari.sinarharian.com.my/komuniti/7-punca-anak-
anak-jadi-pembuli-ibu-bapa-mesti-tahu
‌Yung, N. Y. (2019). Gejala Buli Secara Fizikal yang Semakin Berleluasa di
Sekolah. International Journal of Humanities, Management and Social Science, 2(1),
65–75. https://doi.org/10.36079/lamintang.ij-humass-0201.24

13

You might also like