You are on page 1of 12

Definisi : Ringkasan cerita

yang merangkumi perkaraperkara penting dalam sesebuah


novel atau bab demi bab.
Sinopsis hendaklah ditulis dalam
bentuk ayat yang lengkap,
bukannya seperti rangka atau
nota ringkas.

Definisi : Persoalan pokok


atau idea utama yang
menjadi gagasan fikiran
kepada pengarang untuk
menghasilkan sesebuah karya
atau cerita. Hanya terdapat
satu tema dalam sesebuah
karya.

Definisi : Perkara-perkara
atau idea sampingan
yang berkaitan dengan
tema secara langsung yang
bertujuan unutk
menguatkan tema
sesebuah karya tersebut.

Definisi : Jalinan peristiwa atau


cerita dalam sesebuah cerita
yang terjadi atas sebab dan
akibat. Antara bab dengan bab
mesti mempunyai jalinan atau
pertalian. Antara plot biasa yang
digunakan ialah plot mendatar,
plot menegak, plot piramid
dan plot beralun.

Definisi : Manusia, binatang atau


makhluk yang menjadi pelakon
atau pelaku dalam cereka yang
dicipta oleh seseorang pengarang.
Watak baik digelar protagonis,
watak jahat digelar antagonis.
Watak biasanya terdiri daripada
watak utama dan watak-watak
sampingan.

Definisi : Sifat-sifat watak


dalam cerita termasuk
perangai atau tingkah laku dan
pola pemikiran. Perwatakan
seseorang watak dapat dikenali
melalui dialog, monolog dan
juga aksi watak itu.

Definisi : Tempat yang


menunjukkan lokasi dan
gambaran atau suasana
sesuatu peristiwa itu berlaku.
Latar dapat dibahagikan
kepada tiga jenis iaitu ; latar
masa, latar tempat dan
latar masyarakat.

Definisi : Cara pengarang menggunakan


bahasa dna unsur bahasa yang
dikuasainya untuk menyampaikan
ideanya dalam sesebuah cerita. Antara
unsur gaya bahasa yang sering digunakan
dalam novel ialah :
a) Diksi pemilihan dna penggunaan
sesuatu perkataan.
b) Dialek
c) Unsur bahasa seperti metafora, imejan,
hiperbola, personifikasi, simile, paradoks,
ironis dan sebagainya.

Definisi : Kedudukan pandangan


pengarang dalam menyampaikan
sesebuah cerita itu. Sudut
pandangan dapat dibahagikan
kepada tiga iaitu ;
a) Sudut pandangan orang pertama
b) Sudut pandangan orang ketiga
c) Sudut pandangan kesedaran

Definisi : Nilai murni ialah sifatsifat terpuji dan baik serta


positif yang terdapat dalam
sesebuah karya sama ada
dilakukan oleh watak atau
melalui pengucapannya atau
pemikirannya.

Pengajaran pula ialah iktibar,


pedoman atau teladan yang
hendak disampaikan oleh
pengarang. Pengajaran biasanya
mempunyai unsur didaktik.

You might also like