You are on page 1of 36

PENGUKURAN

NAMA AHLI KUMPULAN:


KIRTANAH
MING YING
VIVIAN
AGNESS
DIVYESHREE
PENGUKURAN
Pengukuran adalah satu proses di mana satu nombor diberikan kepada ciri

contohnya panjang, berat,


(attribute)(

kapasiti, luas, isipadu, suhu dan masa)


sesuatu objek atau peristiwa. Kebolehan mengukur terbentuk daripada
pengalaman, pengelasan,perbandingan dan turutan.
Proses aktiviti pengukuran biasanya perlu melibatkan kanak-kanak
merekodkan ukuran, membandingkan ukuran dan menceritakan ukuran
yang dilakukan. Dua jenis unit boleh digunakan dalam pengukuran iaitu;

Arbitrari (arbitrary) contohnya: jengkal, paper clip, tapak kaki, langkah.


Unit piawai seperti;
sentimeter- panjang
liter- isipadu
kilogram berat
meter persegi- luas
darjah celcius- suhu
meter padu- isipadu

Terdapat beberapa peringkat untuk mengajar pengukuran iaitu:

Mengenalpasti ciri (attribute) dengan membandingkan objek secara:

Pilih satu unit sama ada unit arbitrari atau unit piawai. Kemudian bandingkan objek dengan unit
yang dipilih.
Cari bilangan unit seperti;

Persepsi perbandingan persepsi tentangpanjang (bandingkan dua objekyang mana lebih panjang atauadakah ia
sama panjang)

Secara langsung guru menyediakan beberapa bahan konkrit seperti klip kertas,krayon, thumbtack dan lain-
lain. Kemudian ukur secara terus dan buat perbandingan.

Secara tidak langsung berasaskan sesuatu rujukan, murid menggunakan tali untuk mengukur bahan panjang.
Tali bertindaksebagai bahan pengukur.

Pilih satu unit sama ada unit arbitrari atau unit piawai. Kemudian bandingkan objek dengan unit yang dipilih

Cari bilangan unit seperti;

Membilang menggunakan instrumen tertentu seperti pembaris, jangka suhu, penimbang dan kalendar.

Menggunakan rumus (formula).

Laporkan bilangan unit.


Ukuran Panjang

Panjang ialah jarak antara dua titik yang diukur sepanjang garis lurus.
Dua ukuran panjang boleh dibandingkan secara terus dengan
meletakkannya secara sebelah menyebelah.
Panjang juga boleh dibandingkan secara tidak langsung dengan
membandingkannya dengan panjang ketiga.
Perbandingan ukuran panjang sebenarnya boleh diukur dengan menggunakan alat
pengukur seperti pembaris dan pita pengukur.

Unit bukan piawai ialah sebarang ukuran panjang abitrari yang digunakansebagai
unit.

Contohnya:
(a) bahagian badan seperti jengkal, tapak kaki dan panjang lengan; dan
(b) objek seperti pen, klip kertas, rod, lidi dan sebagainya
Dahulu kala, bahagian badan menjadi ukuran untuk mengukur
unit panjang , contohnya:

Hasta daripada siku ke hujung jari hantu.

Jengkal daripada hujung ibu jari ke hujung jari kelengkeng


yang diluaskan pembukaan jari.

Depa daripada hujung jari hantu ke hujung jari hantu sebelah


tangan lagi satu.

Genggam-semua jari ditutup dan dari tepi tapak tangan ke tepi


ibu jari (masih lagi digunakanuntuk mengukur tinggi kuda).
Kaki membahagikan ukuran kepada 12 inci, dan ukuran
asalnya berdasarkan kepada panjang kaki.
Unit piawai ukuran panjang telah diterima di peringkat antarabangsa.

Contohnya :
(a) ela (b) batu (c) inci (d) milimeter (e) sentimeter (f) meter dan (g) kilometer.

Unit-unit seperti ela, batu dan inci dikenali sebagai unit Imperial. Manakala unit
milimeter, sentimeter,meter dan kilometer dikenali sebagai unit Metrik. Walau
bagaimanapun, kurikulum sekolah di Malaysiahanya menyentuh unit Metrik sahaja
Aktiviti : Penganggaran dan pengukuran panjang dalam unit bukan piawai
Hasil Pembelajaran: Menganggar dan mengukur panjang dengan unit bukan piawai.
Bahan: Pen, wang syilling.
Prosedur:
1. Guru mempekenalkan unit bukan piawai (contoh pen atau syilling)
2. Murid dalam kumpulan kecil menganggar panjang meja mereka dengan unit
bukan piawai
3. Murid menyemak anggaran dengan mengukur panjang meja dengan unit bukan
piawai.
4. Bincang idea pengukuran dan penggunaan unit bukan piawai untuk mengukur
panjang meja.
5. Bincang masalah penggunaan unit bukan piawai dan keperluan unit piawai.
Timbangan Berat

Dalam sains, terminologi untuk jisim dan berat adalah dua pengertian yang
berbeza.
Jisim ialah ukuran jumlah jisim dalam suatu objek manakala berat ialah
tindakan graviti ke atas jisim.
Walau bagaimanapun, kedua-dua penggunaan terminologi ini agak longgar
tetapi pada bahasa maksudnya adalah sama.
Biasanya proses berat objek merujuk kepada jisim.
Jika dibandingkan dengan panjang, konsep jisim adalah lebih sukar untuk difahami
kerana jisim tidakboleh dilihat, tetapi boleh dipegang dan dirasa.

Dengan kata lain berat dua objek tidak boleh dibandingkan dengan melihat. Berat
objek tidak kadar terus dengan saiz. Ketulan besi yang kecil mungkin lebih berat
bungkusan besar kapas.

Maka adalah penting untuk memberi kesedaran kepada murid bahawasaiz objek yang
besar tidak semestinya lebih berat daripada objek bersaiz kecil.
Unit bukan piawai berat ialah sebarang ukuran berat abitrari yang
digunakan sebagai unit.

Contoh objek yang biasa digunakan adalah kekacang, biji getah, klip
kertas, paku tekan dan batu kelikir. Unit ukuran berat yang diterima di
peringkat antarabangsa, contohnya ialah kilogram, pound, auns and
gram. Unit-unit seperti pound dan auns ialah unit Imperial bagi berat
manakala kilogram dan gram ialah unit Metrik.
Aktiviti : Saiz dan Berat Objek
Hasil pembelajaran: Membandingkan berat dua objek secara langsung. Sedar dengan
kenyataan yang saiz yang besar tidak semestinya lebih berat.
Bahan: 2 objek dengan berat yang jauh berbeza. 2 objek saiz yang besar tetapi
ringan; saiz yang kecil tetapi berat.
Prosedur:
1. Tunjukkan 2 objek yang berat jauh berbeza kepada murid. Tanya soalan berikut:
Lihat kedua-dua objek ini. Mana satu yang anda fikir lebih berat? ringan?
Bagaimana kita ketahui?
Apa yang boleh kita katakan tentang saiz dan berat objek?

[Jangkaan jawapan: Objek besar lebih berat daripada objek kecil.]

2. Ulangi prosedur (a) dengan dua objek lain yang berbeza saiz iaitu objek saiz besar
lebih ringan daripada saiz objek kecil.

[Jangkaan jawapan: Berat objek tidak semestinya bergantung kepada saiz objek.
Objek besar mungkin lebih ringan daripada objek kecil.]
STANDARD KANDUNGAN & STANDARD
PEMBELAJARAN MENGENAI KONSEP MASA DAN
WAKTU DALAM KSPK
KONSEP MASA
Masa adalah satu konsep yang abstrak dan tidak dapat dilihat
dengan mata kasar.
Konsep masa berkait rapat dengan turutan atau seriasi.
Turutan peristiwa seperti akhir, pertama, selepas, sebelum dan
di antara menunjukkan idea kedudukan seperti pertama,
kedua dan ketiga.
Masa boleh diukur dengan dua cara iaitu;
Tempoh masa (peristiwa yang mengambil kira masa ia
berlaku).
Waktu ia berlaku (ketika waktu itu berlaku).
STANDARD KANDUNGAN & STANDARD
PEMBELAJARAN MENGENAI KONSEP MASA DAN
WAKTU DALAM KSPK
CONTOH AKTIVITI
UNTUK MENYEDARI
KONSEP MASA DAN
WAKTU
AKTIVITI MENYUSUN GAMBAR

Objektif Untuk mengetahui konsep masa.


Bahan Gambar-gambar yang bersiri yang menceritakan sesuatu cerita (hadkan supaya
tidak lebih daripada 3 hingga 4
gambar dalam satu siri), kad manila, gam, gunting.
Prosedur:
1. Gunting gambar-gambar dan lekatkan ke atas kad manila untuk menguatkannya.

2. Berikan satu set gambar kepada setiap kanak-kanak.


3. Susun gambar mengikut urutan masa.
4. Setelah siap disusun, suruh mereka menceritakannya mengikut susunan gambar mereka.
CERITA BERSIRI
Objektif: Untuk memahami urutan aktiviti mengikut masa.
Bahan : Gambar-gambar komik, gunting, gam, kad manila

Prosedur :
1. Gunting gambar-gambar komik dan lekatkan ke atas kad manila yang telah dipotong sama saiz dengan gambar-
gambar itu.
2. Minta kanak-kanak memilih satu siri gambar komik dan menceritakan apa yang terdapat di dalam gambar-gambar
itu.
AKTIVITI MENANAM TAUGE
Objektif Untuk memahami konsep masa.
Bahan Benih kacang hijiau, besen, kapas, air.
Prosedur :
1. Isikan besen dengan kapas dan basahkan kapas dengan air ke atasnya.
2. Taburkan benih kacang hijau ke atas kapas.
3. Minta kanak-kanak bergilir-gilir menyiram ke atas kapas untuk mengelakkannya menjadi kering.
4. Suruh kanak-kanak melihat apa yang berlaku dan buat catatan sperti ukuran tinggi setiap hari.
AKTIVITI BERMAIN DENGAN JAM
Objektif: Untuk memahami waktu dengan melihat jam.
Bahan : Jam mainan, kertas, krayon, gam, gunting, kalendar terpakai.
Prosedur :
1. Tunjukkan jam dan nombor-nombor serta jarum panjang dan pendek yang terdapat pada muka jam.
2. Bincangkan tentang fungsi jarum pendek untuk menunjukkan waktu, iaitu pukul berapa.
3. Gerakkan jarum ke beberapa nombor dan minta kanak-kanak menyebutkan waktunya.
4. Kemudian ubahkan perhatian kanak-kanak ke jam dinding yang menunjukkan waktu sebenarnya dan
gerakkan jarum-jarum jam mainan untuk menunjukkan waktu yang sama.

5. Beri kanak-kanak kertas dan krayon untuk melukis gambar jam.

6. Nombor-nombor boleh digunting daripada kalendar-kalendar terpakai dan lekatkan nombor-nombor ke


atas lukisan jam.
HARI INI, KELMARIN, ESOK
Objektif Untuk memahami masa dengan berbual
mengenai tarikh dan hari.
Bahan Papan hitam, kapur, pemadam, kad-kad yang
bertulis dengan hari dalam seminggu, pita selofan
Prosedur :
1. Lakukan aktiviti ini setiap pagi sebelum memulakan aktiviti-aktiviti lain.
2. Suruh kanak-kanak duduk di atas lantai di hadapan papan hitam.
3. Berpandukan tarikh dan hari sebelumnya, tanya kanak-
kanak tarikh dan hari pada hari itu:
a) Kelmarin (semalam) ialah 4 hari bulan, hari ini berapa hari bulan?
b) Esok berapa hari bulan?
c) Kelmarin (semalam) ialah hari Selasa, hari ini hari apa?
4. Suruh kanak-kanak bergilir-gilir menuliskan tarikh di papan hitam setiap pagi, dan memilih kad hari yang sesuai
untuk dilekatkan pada papan hitam.
MEMAHAMI MASA
Objektif Untuk memahami masa dengan mengaitkan aktiviti dengan masa.
Bahan Gambar-gambar yang menunjukkan aktiviti-aktiviti yang berlaku setiap hari seperi
bangun tidur, pergi sekolah, makan bersama keluarga dan tidur
Prosedur :
1. Tunjukkan gambar satu persatu dan minta kanak-kanak menyebutkan apa yang berlaku di dalam gambar. Ikuti
dengan soalan seperti:
a) Bilakah masa tidur?
DEFINISI

Dikaitkan dengan jisim, isipadu dan keluasan


Tujuan konsep ; untuk memastikan kanak-kanak memahami ketekalan jisim
dan isipadu walaupun diletakkan, disusun atau diatur di tempat atau keadaan
yang berbeza.
Kanak-kanak perlu memahami konsep pengekalan supaya dapat kemahiran
untuk menyelesaikan masalah dalam matematik.
3 ARAS PENGEKALAN

1. Kanak-kanak menganggap sebagai semulajadi untuk bentuk atau bahan


nombor bertukar atau kepelbagaian mengikut susunannya, bentuk atau
kedalam bekas yang boleh dimasukkan.
2. Semasa aras seterusnya, sebahagian pengekalan kelihatan dan kanan-kanak
membina idea bahawa jumlah sesuatu perkara akan kekal sama walaupun
disusun dengan cara yang berlainan.
3. Apabila mencapai usia tujuh tahun atau lapan tahun, kanak-kanak berupaya
mengekalkan kuantiti, jumlah, menyambungkan kuantiti dan kepelbagaian.
Contoh situasi 1

A B

Guru mengisi bekas A dengan 300ml cecair .


Kemudian, guru memindahkan cecair tersebut
ke dalam bekas B yang mempunyai bentuk
yang berbeza.

Soalan : Adakah cecair di dalam bekas B


tersebut mempunyai jumlah kuantiti yang
sama dengan A ?
Contoh situasi 2

2 biji bola plastisin yang mempunyai bentuk dan saiz yang sama ditunjukkan
kepada murid.
Mereka akan menyatakan bola-bola itu mempunyai plastisin yang sama
banyak.
Apabila salah sebiji bola itu diuli menjadi
bentuk bujur, murid-murid akan
menyatakan kuantitinya sekarang tidak
sama dengan bentuk bola yang bulat.
Bentuk baru itu mengaburi fikiran tentang kuantiti bola itu.
Selepas dilatih oleh guru, kanak-kanak tidak mudah keliru dengan masalah
seperti ini.
Kanak-kanak pada peringkat ini sedar bahawa kuantiti plastisin itu kekal sama
walupun bentuknya berubah-ubah
Terdapat pengekalan kuantiti plastisin itu di dalam ingatan mereka.
RUJUKAN
http://brpppgkch.blogspot.my/p/pengukuran_10.html
http://sitizaharahisnan.blogspot.my/p/seni-persembahan.html

You might also like