You are on page 1of 20

PENDEKATAN PENGAJARAN DAN

PENTAKSIRAN DALAM
PENDIDIKAN NILAI DAN MORAL
(SGDV 5213)

MODEL-MODEL
PENTAKSIRAN
DISEDIAKAN OLEH: SHARIFAH BT. HUSIN (822461)
PENSYARAH: DR. YUS AIMAN B. JUSOH @ YUSOFF
MODEL-MODEL PENTAKSIRAN

Model-Model
Pentaksiran

Konsep

Model Model Model Kajian


Saintifik Kemanusiaan Tindakan
PENGENALAN

 Model Pentaksiran dalam Pendekatan Pengajaran dan Pentaksiran dalam


Pendidikan Nilai dan Moral terbahagi kepada tiga iaitu Model Saintifik, Model
Kemanusiaan dan Kajian Tindakan.
 Ketiga-tiga model ini merujuk kepada dimensi moral iaitu penaakulan moral,
emosi moral dan tingkah laku moral.
 Seperti dasar intelektual kontemporari dan dinamik (Alias Azhar & Rahimin
Affandi Abdul Rahim, 2010), kecerdasan dan kematangan jiwa manusia sejagat
dan tingkah laku moral yang mencerminkan penonjolan gelagat luaran manusia.
KONSEP MODEL & PENTAKSIRAN

 Model-: Latin iaitu Mold (cetakan atau pola)


 Hubungan antara aktiviti dengan aspek-aspek lain yang
berkaitan (Alias Mahmud, 2012).
 Satu bentuk kitaran yang menerangkan dimensi konseptual berdasarkan
pengalaman, maklumat kukuh dan refleksi.
 Idea pemikiran, konsep persekitaran, objek atau inovasi manusia (Sarliaji,
2014).
 Pentaksiran:- Pentaksiran adalah proses mengumpul data, mengukur,
mentaksir dan membuat keputusan terhadap penilaian yang dibuat (Habibah
Mat Rejab, 2016).
 Mengukur proses penilaian berdasarkan prosedur yang sistematik bagi
membuat inferens terhadap karakter atau ciri sesuatu objek.
 Hasil daripada proses pentaksiran ini dapat memberi makluat kepada pihak
tertentu dan menggambarkan potensi pencapaian.
MODEL SAINTIFIK

Model ilmiah atau model inkuiri, Sikap seseorang yang boleh


konsep inspirasi dan pemikiran diukur, keterampilan, kriteria
berdasarkan teori. dan pengetahuan tertentu.

Pemikiran kritikal, penangguhan


pengadilan, persandaran kepada Sikap saintifik ini yang boleh
bukti, kejujuran, keobjektifan dan diukur dengan menggunakan
kesediaan untuk menukar instrumen sama ada soal selidik,
pandangan. pemerhatian atau andaian.
ELEMEN MODEL SAINTIFIK
- Pendekatan Induktif - Pendekatan Deduktif

LANGKAH MODEL SAINTIFIK


Mengelola
Mengamati Menyoal Mencuba Komunikasi
Maklumat
TUJUAN MODEL SAINTIFIK

1. Kepekaan dan kebolehan menyelesaikan masalah atau isu yang timbul.


2. Kebolehan menghasilkan produk baru menggunakan ilmu sains dan
teknologi.
3. Kebolehan mentafsir, menjangka, mengimaginasikan dan
mengenalpasti.
4. Kemampuan menghasilkan hipotesis dan membuktikannya.
MODEL KEMANUSIAAN

Kemanusiaan:- Mempunyai kaitan


Dapat membentuk peribadi manusia
nilai murni kerana dalam aspek
beretika, bermoral dan berakhlak
kemanusiaan terdapat nilai murni
dan mempunyai matlamat hidup
yang perlu dipraktikkan oleh
yang jelas.
semua orang.

Model Kemanusiaan berkisar


tentang aspek bertingkah laku
baik, peradaban, tatasusila
perhubungan sesama manusia,
alam sekitar dan Tuhan.
ELEMEN MODEL KEMANUSIAAN
 Fitrah - Al-fathr yang membawa maksud pencipta atau kejadian sesuatu objek,
benda, makhluk dan sebagainya. Menjelaskan tentang kebenaran dan
keluhuran yang menolak perkara remeh atau negatif.

 Individu - Nafs yang mendorong manusia untuk mengenal potensi diri dan
membuat perbandingan. Elemen individu ini perlu dikenal pasti supaya dapat
menerapkan kaedah atau keperluan diri seseorang yang sepadan dengannya.

 Sosial - Merupakan komunikasi dan kerjasama dalam suatu kumpulan. Manusia


perlu menjalinkan hubungan di samping membentuk satu ikatan kebersamaan
dalam kumpulan melalui persahabatan, kekeluargaan, organisasi atau pasukan.
 Susila - Konsep susila dalam aspek kemanusiaan adalah dapat menghargai
sesuatu perkara dengan memberi label seperti cukup, baik atau kurang
sebagai tanda berpuas hati. Konsep susila juga mempunyai kaitan dengan
perkembangan moral dari dimensi kognitif dan emosional

 Keagamaan - Kecenderungan untuk setia dan patuh kepada Tuhan yang


disembah. Keagamaan amat penting kepada manusia sebagai kuasa ghaib
yang memberi dorongan spiritual untuk melakukan kegiatan harian tanpa
melampaui batas perundangan.
LANGKAH MODEL KEMANUSIAAN
 Membentuk Sahsiah
Membentuk sahsiah pelajar merupakan satu kemahiran yang perlu ada pada
seorang guru supaya dapat menyuntik nilai-nilai murni dan kemanusiaan dalam
diri pelajarHal ini demikian kerana guru yang menguasai pengetahuan luas
dalam kurikulum dan pedagogi dapat menerapkan nilai murni yang berkesan
supaya dapat membentuk pelajar yang bermoral, sahsiah dan prihatin yang
tinggi.

 Kemahiran Pemudahcara
Mengelakkan pelajar berasa bosan dan mengurangkan kemerosotan pencapaian
pelajar dalam bidang akademik. Bagi kemahiran pemudahcara, guru perlu
mempunyai pemahaman yang kukuh terhadap nilai kemanusiaan yang ingin
diterapkan kepada pelajar.
 Motivasi
Motivasi berperanan memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar
semasa proses pembelajaran berlangsung. Motivasi dapat membentuk sahsiah
pelajar melalui Model Kemanusiaan kerana dapat menghindarkan para pelajar
dengan perkara yang negatif.
TUJUAN MODEL KEMANUSIAAN
- Aspek nilai kemanusiaan adalah sebahagian daripada pelajaran yang perlu diberikan
kepada pelajar sama ada di sekolah atau di rumah kerana nilai kemanusiaan ini adalah
teras dalam kehidupan manusia.

- Kesemua nilai kemanusiaan saling berkaitan dan tidak dapat dipisahkahkan. Sebagai
contoh, jika nilai kasih sayang itu hilang maka, seseorang itu tidak mempertimbangkan
nasib orang lain dan lebih bersikap pentingkan diri sendiri. Oleh itu, sikap tolong
menolong dan kebajikan terhadap golongan yang kurang bernasib baik akan terabai.

- Berkaitan dengan self- realization yang ada dalam diri setiap insan dan perlu dipupuk
supaya wujud perubahan dalam diri seseorang itu untuk mengambil pengajaran. Nilai
kemanusiaan adalah bersifat positif yang kukuh dalam setiap pegangan yang dijadikan
sebagai pendekatan untuk memahami diri sendiri dan masyarakat.

- Membentuk wawasan secara bersepadu supaya proses belajar menjadi lebih panjang dan
bermakna
MODEL KAJIAN TINDAKAN

Model Kajian Tindakan ialah konsep yang melibatkan pengumpulan


dan penterjemahan data untuk memudahkan pemahaman
seseorang tentang sesuatu fenomena atau gejala.

Model Kajian Tindakan adalah menjurus kepada matlamat


menjalankan penyelidikan tindakan iaitu membaiki amalan dan
melihat perubahan berdasarkan tindakan tersebut.

Model Kajian Tindakan merupakan satu pendekatan untuk guru


membuat refleksi terhadap masalah yang timbul di sekolah,
mengutip dan menganalisis data serta melaksanakan perubahan
terhadap amalan mereka berdasarkan maklumat yang diperoleh.
ELEMEN MODEL KAJIAN TINDAKAN

REFLEKSI

MERANCANG

BERTINDAK

MEMERHATI
TUJUAN MODEL KAJIAN TINDAKAN
• Model Kajian Tindakan merupakan proses sosial iaitu penyelidik meneroka perhubungan
antara individu dengan orang lain.

• Model Kajian Tindakan adalah untuk meneliti cara kemahiran, kefahaman, nilai dan
pengetahuan amalan yang dipraktikkan oleh tenaga pengajar.

• Model Kajian Tindakan yang dilaksanakan adalah bersifat praktikal dan kolaboratif.
Kajian tindakan ini anggap praktikal kerana penyelidik meneroka aspek-aspek seperti
komunikasi, penghasilan pengetahuan, struktur organisasi untuk mengurangkan perkara
negatif.

• Model Kajian tindakan adalah bersifat refleksi kerana memberi tumpuan kepada
perubahan dalam sesuatu amalan. Sebagai contoh, apabila guru membuat refleksi
tentang peranan pendidik di sekolah, mereka akan cuba bertindak dengan membuat
penelitian sehingga mendapat hasil memuaskan.
KESIMPULAN

 Model Pentaksiran dalam Pendidikan Nilai dan Moral seperti Model Saintifik,
Model Kemanusiaan dan Model Kajian Tindakan merupakan komponen yang
penting untuk membina kognitif, afektif dan perlakuan pelajar secara
berperingkat.

 Kesemua model ini dapat memberi juga menjadi rujukan kepada guru untuk
membentuk jati diri, sahsiah dan peribadi pelajar secara konsisten
RUJUKAN

Alias Mahmud, Konsep dan model Penilaian dalam pelaksanaan kurikulum, Prosiding Seminar
Penyelidikan Pendidikan dan Pembangunan Sumber Manusia (PPPSM, 2013),
Universiti Putra Malaysia, Februari 28-29, 2012

Alias Azhar & Rahimin Affandi Abdul Rahim. (2010). Aplikasi elemen pemikiran saintifik
dalam Pengajian Syariah. Journal of Fiqh, 7:1-28

Habibah Mat Rejab. (2016). Amalan pentaksiran dalam pengajaran dan pembelajaran Insya’
Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Tesis Ijazah Doktor Falsafah, FakultiPendidikan,
Universiti Malaya, Kuala Lumpur

Sarliaji Cayaray. (2014). Model Layanan Perpustakaan Sekolah Luar Biasa. Tesis Pasca
Sarjana, Universiti Pendidikan Indonesia, Bandung, Indonesia

You might also like