You are on page 1of 20

1

PENGENALAN MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN 3

2.0 MERUNGKAI DSKP 4

3.0 INSTRUMENT PENTAKSIRAN 7

3.1 INSTRUMENT PENTAKSIRAN TAHAP PENGUASAN 3 MELALUI


KUIZ KEFAHAMAN 7

3.2 PENTAKSIRAN TAHAP PENGUASAN 6 MELALUI SENARAI


SEMAK PEMERHATIAN IBU BAPA 9

4.0 LAPORAN PRESTASI 12

5.0 PENUTUP 16

6.0 RUJUKAN 17

7.0 LAMPIRAN 18

2
1.0 PENGENALAN

Perkembangan murid secara holistik tidak akan tercapai sekiranya pengajaran yang diterima
hanya berfokus kepada peperiksaan semata-mata Kalai Selvan (2020). Hal ini kerana kaedah
peperiksaan akan menyebabkan pembelajaran dalam bilik darjah semakin tidak berfokus.
Murid perlu diberi peluang untuk lebih aktif di sekolah. Tahap perkembangan murid dapat
dilihat melalui aktiviti-aktiviti yang dilakukan Mazarul Hasan et al (2021). Definisi pentaksiran
proses merupakan pembelajaran merangkumi aktiviti menguji, mengukur, menghurai,
mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi makluman berkaitan dengan
pembelajaran seseorang murid. Melalui pentaksiran ini bahawa pentaksiran dalam pendidikan
merupakan proses berterusan untuk menginterpretasi maklumat yang diperolehi semasa dan
selepas aktiviti pengajaran dan pembelajaran Mohammad Azhar & Shahrir (2007).

Kecemerlangan pelajar secara holistik adalah merupakan matlamat kepada Falsafah


Pendidikan Kebangsaan dan merupakan inspirasi kepada matlamat Pendidikan Islam iaitu
melahirkan muslim yang berilmu, berketerampilan, beramal soleh dan berakhlak mulia
Tengku Sarina & Faridah (2008). Menurut Artika Rasul dan Hasmadi (2019), menyatakan
bahawa kecemerlangan seseorang pelajar dalam kurikulum dan sahsiah sangat berkait rapat
dengan sikap profesionalisme dan kompetensi guru dalam membina manusia secara
menyeluruh seperti jasmani, intelek, rohani dan emosi.

Bagi melengkap kerja kursus EDUP2122 Pentaksiran dalam Bilik Darjah, penulis
sebagai guru dikehendaki menghasilkan pelaporan prestasi bilik darjah melalui proses
merungkai dan merangkai standard bagi satu topik pengajaran dalam DSKP yang telah dipilih
melalui kursus PIMK2063R.

3
2.0 MERUNGKAI DSKP

Peringkat 1 : Hasil Diharapkan


Topik : Solat Tiang Agama

STANDARD KANDUNGAN :
4.4 Memahami dan mengamalkan solat fardu

STANDARD PEMBELAJARAN :
4.4.1 Menyatakan pengertian solat fardu dan hukum menunaikan
4.4.2 Menerangkan hukum kewajipan menunaikan solat fardu berdasarkan dalil naqli
4.4.3 Menghuraikan solat fardu dan waktu menunaikan
4.4.4 Menganalisis kepentingan menunaikan solat fardu
4.4.5 Mengaplikasikan solat fardu di awal waktu

Kefahaman : Soalan Penting :

Solat memberi impak terhadap kesihatan 1) Apakah konsep solat fardu di awal
manusia waktu?
2) Apakah dalil yang mewajibkan solat
fardu)
3) Bilakah solat fardu ditunaikan?
4) Apakah kepentingan menunaikan solat
fardu terhadap kesihatan?
5) Bagaimanakan ingin mengaplikasi solat
di awal waktu?

Pengetahuan : Kemahiran :

1) Kepentingan solat fardu dalam seharian. 1) Menyatakan


2) Mengamalkan solat secara berterusan 2) Menjelaskan
boleh menyihatkan tubuh badan. 3) Menganalisis

4
4) Merumus
5) Mengamalkan

Tahap Penguasaan :

TP3 : Murid menjelaskan konsep asas dan mengaplikasikan solat fardu dengan betul
dalam kehidupan seharian.

TP6 : Murid merumuskan konsep asas solat fardu dan mengamalkan di awal waktu
secara istiqamah menunaikan dalam kehidupan harian serta boleh dicontohi atau boleh
membimbing orang lain.

Peringkat 2 : Hasil Pentaksiran

Tugasan : Hasil Lain / Nilai :

1) Pemahaman mengenai konsep solat dan Senarai semak/instrument tentang tajuk.


cara mengaplikasi solat fardu dengan Nilai :
betul (Kuiz). 1) Berfikiran kreatif dalam memahami
2) Merumuskan konsep asas solat fardu dan soalan berkaitan solat melalui kuiz yang
mengamalkan di awal waktu secara diberikan.
istiqamah (Aktiviti pemantauan dari ibu 2) Menunjukkan perwatakan atau sahsiah
bapa) yang tertib sewaktu melakukan solat.
3) Berfikiran kritis dalam menganalisis
tatacara dan urutan solat dengan betul.
4) Menunjukkan komunikasi dan
berkolaborasi dengan baik ketika
melakukan solat di rumah.

Peringkat 3 : Pelan Pembelajaran


Aktiviti Pembelajaran :

TP3 : Murid menjelaskan konsep asas dan mengaplikasikan solat fardu dengan
betul dalam kehidupan seharian.

5
Aktiviti 1 : Kuiz kefahaman
Arahan :
1) Murid menjawab soalan kuiz yang disediakan oleh guru.
2) Murid menentukan bilangan rakaat dalam solat untuk diaplikasikan pada waktu
tertentu yang terdapat di dalam kuiz.
Instrument : Soalan Kuiz Google Form, JSU dan rekod penilaian.

TP6 : Murid merumuskan konsep asas solat fardu dan mengamalkan di awal waktu
secara istiqamah menunaikan dalam kehidupan harian serta boleh dicontohi atau
boleh membimbing orang lain.
Aktiviti 2 : Simulasi
Arahan :
1) Murid melakukan solat dirumah melalui pemantauan daripada ibu bapa.
2) Murid melakukan simulasi solat di dalam Kem Bestari Solat di surau sekolah.
Instrument : Borang pemerhatian, rubrik, senarai semak (pemerhatian) dan perekodan

6
3.0 INSTRUMENT PENTAKSIRAN

Pentaksiran akan dijalankan oleh guru dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
dan waktu persekolahan dijalankan secara bersemuka. Pembelajaran Ketika ini dibahagikan
kepada dua kumpulan iaitu kumpulan A dan kumpulan B. Maka pentaksiran ini dipilih dan
dilaksanakan pada murid tahun satu bagi kumpulan A selama satu minggu. Pentaksiran ini
dilaksanakan untuk mengukur tahap penguasaan 3 dan 6 bagi bidang ibadah dan guru
memilih tajuk solat tiang agama yang terdapat dalam Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran (DSKP).

3.1 INSTRUMENT PENTAKSIRAN TAHAP PENGUASAAN 3 MELALUI KUIZ


KEFAHAMAN

Dalam pentaksiran ini, guru menyasarkan murid seramai 12 orang iaitu enam orang dari
kalangan lelaki dan enam orang dari kalangan perempuan untuk dinilai bagi tahap penguasan
3 bagi pemahaman bagi solat tiang agama.

Untuk menguji aktiviti tahap penguasaan 3 bagi kefahaman mengenai solat tiang
agama ini, sebanyak 15 soalan kefahaman telah dibina berdasarkan JSU. Ini kerana soalan
dibuat mengikut aras rendah, sederhana dan tinggi. Selain itu ia mempunyai sub topik
antarannya adalah konsep, dalil, waktu solat, kepentingan solat, solat di awal waktu dan
sebab difardukan solat. Selepas itu kesemua soalan dirangka dan dibina serta dijalankan
melalui medium Google Form secara atas talian. Contoh jadual JSU dan soalan Google Form
boleh dirujuk dibahagian lampiran.

Setiap murid akan menjawab soalan berbentuk kuiz di atas talian dan hasil skor ujian
tersebut akan di masukkan ke dalam jadual yang telah disediakan oleh guru. Berikut contoh
templete jadual 1 dibawah yang akan diisi dan ditanda oleh guru. Dalam jadual ini
mengandungi bilangan murid, nama, skor diperoleh bagi setiap soalan dan markah
keseluruhan.

7
Jadual 1 : Contoh Tempelet penilai guru untuk skor Aktiviti Kuiz

Setelah ujian dijalankan, guru telah menerima dapatan skor ujian. Setiap skor yang
dijawab betul oleh murid berkenaan akan ditanda (√) dan jawapan yang salah akan ditanda
(X) oleh guru dan markah dikira satu soalan adalah wajaran dua markah bagi setiap soalan.
Berikut adalah jadual 2 di bawah yang menunjukkan penilaian secara keseluruhan yang
diambil dari skor melalui medium Google Form.

Jadual 2 : Rekod Penilaian Aktiviti Kuiz Bagi Tahap 3

Berdasarkan Jadual 2 diatas, skala 1-10 adalah diletakkan sebagai TP1, skala 11-20
pula diletakkan sebagai TP2 manakala skala 21-30 diletakkan sebagai TP3.

8
Jadual 3 : Rekod Penilaian Tahap Penguasaan Murid Bagi Aktiviti Tahap 3

Seterusnya Jadual 3 di atas menunjukkan rekod penilaian secara keseluruhan


daripada skor permakahan yang dijawab oleh 12 orang murid. Hasilnya seramai 4 orang murid
memperolehi TP3, 5 orang murid memperolehi TP2 dan 3 orang murid mendapat TP1. Secara
kesimpulannya kuiz ini dapat dijalankan dengan lancar dan guru telah menerima data-data
yang diperlukan untuk membuat laporan akhir. Laporan tersebut akan dipersembahkan dalam
bentuk graf pada bahagian laporan prestasi nanti.

3.2 PENTAKSIRAN TAHAP PENGUASAAN 6 MELALUI SENARAI SEMAK


PEMERHATIAN IBU BAPA

Bagi aktiviti mengukur tahap prestasi penguasan 4 hingga 6 pula, guru memilih satu aktiviti
tahap penguasan 6 iaitu pemantauan solat dari ibu bapa. 12 orang murid telah dipilih dalam
pentaksiran ini. Di bawah ini adalah Jadual 4 borang senarai semak yang disediakan kepada
ibu bapa untuk memantau aktiviti solat anak mereka masing-masing.

9
Jadual 4 : Borang Pemerhatian solat oleh Ibu Bapa

Jadual di atas menunjukkan dua contoh sampel borang pemerhatian yang telah diisi
oleh ibu bapa. Dalam borang ini mengandungi item-item yang perlu dinilai antaranya adalah
solat di awal waktu, Bacaan Surah al-Fatihah, Bacaan Tahiyyat Awal, Bacaan Selawat, salam
pertama dan tertib. Ibu bapa akan menilai anak mereka selama satu minggu bermula hari
isnin sehingga hari ahad.

10
Jadual 5 : Rubrik 6C Bagi Menilai Tahap Penguasaan 6

Ibu bapa memberikan tahap penguasan kepada anak mereka berdasarkan skala.
Skala tersebut pula adalah berdasarkan rubrik 6C. Bagi murid yang melakukan solat secara
istiqamah dan dapat mengajak ibu bapa mereka solat bersama-sama akan diberikan tahap
penguasaan tertinggi iaitu TP6 kerana mereka dapat menjadi tauladan kepada murid-murid
lain.

11
Seterusnya data yang diperolehi oleh ibu bapa tadi akan di rekod dan di analisis oleh
guru berkenaan untuk dinilai tahap penguasaan anak-anak mereka. Jadual 6 dibawah
menunjukkan data skor pemerhatian solat secara keseluruhan.

Jadual 6 : Data Skor Pemerhatian Solat Secara Keseluruhan (Tindakan Guru)

Berikut adalah jadual 6 diatas adalah merujuk kepada data keseluruhan yang telah
dipantau oleh ibu bapa selama seminggu. Seramai 4 orang murid berjaya mendapat TP6, 4
orang murid pula berjaya mendapat TP5 manakala 4 orang mendapat TP4. Secara
keseluruhannya hanya empat orang sahaja yang dapat tahap penguasan yang tinggi
selebihnya berada pada tahap yang sederhana.

4.0 LAPORAN PRESTASI

Hasil dari pentaksiran yang dilakukan terhadap 12 orang murid di Sekolah Kebangsaan
Sungai Ramal Dalam bagi bidang ibadah tahun 1 pada bab solat tiang agama yang dirujuk
pada DSKP menunjukkan tahap penguasaan murid yang diukur pada aktiviti TP3 hanyalah
seramai tiga orang sahaja yang berjaya mendapat skor markah yang tertinggi iaitu di antara
20 hingga 30 markah. Manakala seramai lima orang murid mendapat markah di antara 11
hingga 20 dan 4 orang mendapat markah 0 hingga 10 di dalam kuiz yang telah dijalankan
melalui atas talian melalui medium Google Form. Berikut graf 1 dibawah menunjukkan bentuk
graf yang menunjukkan markah yang berjaya diperolehi oleh 12 murid dalam menjawab kuiz
berkenaan.

12
Graf 1 : Skor Permakahan Murid Kuiz Solat Tiang Agama

Bagi aktiviti tahap penguasaan TP6 pula, hasil dari pemantauan daripada ibu bapa di
rumah untuk aktiviti solat anak mereka yang telah dilakukan selama satu minggu secara
keseluruhan menunjukkan tiga orang sahaja yang mendapat tahap penguasaan TP6.
Manakala dua orang mendapat tahap penguasan TP5. Empat orang mendapat tahap
penguasaan TP4 dan tiga orang mendapat tahap penguasaan TP3. Berikut jadual 7 dibawah
menunjukkan data yang telah dikumpulkan oleh guru dengan gabungan skor pemarkahan
ujian kuiz dan senarai semak yang di analisis pemarkahan bagi setiap murid. Hasilnya guru
meletakkan tahap penguasaan bagi setiap murid di dalam borang analisis sebagai perekodan
untuk pentaksiran dalam bilik darjah untuk tajuk pembelajaran mengenai solat tiang agama.

Jadual 7 : Borang Analisis Data Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)

13
Seterusnya selepas guru membuat perekodan tahap penguasan murid masing-
masing, salinan slip borang dilakukan bagi setiap murid dan di letakkan di dalam fail
pentaksiran bilik darjah murid masing-masing. Slip ini disimpan untuk kegunaan apabila
tibanya hari laporan rekod prestasi murid dan guru akan menunjukkan slip ini kepada ibu bapa
masing-masing untuk menunjukkan tahap penguasaan yang telah dilakukan oleh anak
mereka di dalam bidang ibadah mengenai solat tiang agama. Berikut contoh di bawah adalah
Borang 1 slip laporan murid untuk simpanan guru dan murid.

Borang 1 : Slip Laporan Mata Pelajaran Murid

14
Graf 2 dibawah menunjukkan tahap penguasaan murid secara keseluruhan. Untuk
mengukur tahap penguasan murid ini, guru menilai skor kuiz yang telah dijalankan secara
atas talian dan menggabungkan dengan tahap penguasaan yang telah ditanda oleh ibu bapa
dalam senarai semak berkaitan dengan aktiviti solat di rumah. Guru membuat perekodan dan
graf untuk jelas mengenali tahap penguasaan murid.

Graf 2 : Tahap penguasaan (TP) Keseluruhan Murid Untuk Solat Tiang Agama

Rumusan dari pentaksiran yang telah dilakukan oleh guru mengenai solat tiang agama
ini, menunjukkan tahap penguasaan murid dalam memahami solat tiang agama berada pada
tahap biasa sahaja. Jika dilihat pada jadual di atas ini empat orang mendapat tahap
penguasaan TP4 dan seramai tiga orang mendapat tahap penguasaan TP3. Tujuh dari 12
orang murid hanya mnendapat tahap penguasan sederhana sahaja mengenai solat.
Walaupun tiada murid yang mendapat tahap penguasan TP1 dan TP2 kerana murid
melakukan solat seperti biasa dirumah. Hasil tinjauan dari guru untuk memantapkan lagi
mengenai solat tiang agama dalam kalangan murid-murid ini, guru akan mengadakan Kem
Bestari Solat di sekolah untuk memberi pendedahan dan simulasi solat untuk murid-murid
berkenaan.

Dalam pelaporan prestasi ini dapatlah disimpulkan bahawa murid dapat menerapkan
elemen 6C di dalam pentaksiran ini. Murid dapat berfikiran kreatif (creative thinking) dan kritis
(critical thinking) dalam menjawab soalan kuiz seperti konsep solat fardu, dalil solat dan dapat
menjawab soalan aras mengaplikasi dan menilai. Seterusnya murid juga dapat memberi
komunikasi (communication) yang baik kepada ibu bapa dalam menunaikan solat di rumah

15
selama satu seminggu. Perwatakan (character) murid juga dapat dipersembahkan dengan
mengajak ibu bapa solat bersama-samanya dan murid juga dapat menunjukkan kolaborasi
(collaboration) yang baik dengan ibu bapa dalam tempoh penilaian murid mengenai solat tiang
agama.

5.0 PENUTUP

Kesimpulannya, pentaksiran ini telah berjaya mencapai objektifnya iaitu mengenal pasti
kefahaman solat tiang agama dalam kalangan murid yang dipilih. Namun begitu, masih
terdapat kelemahan dari segi pelaksanaan dan penguasaan murid terhadap konsep solat
fardu. Walaupun hanya segelintir murid yang masih berada tahap sederhana dalam
penguasaan solat fardu, namun langkah perlu di atasi segera kerana solat bukanlah perkara
mudah yang boleh diabaikan oleh murid sekolah. Maka guru membuat inisiatif dengan
mengadakan Kem Bestari Solat untuk memberi kefahaman secara terperinci mengenai solat
tiang agama.

16
6.0 RUJUKAN

Artika rasul dan Hasmadi. (2019). Tahap Kesediaan Guru Pendidikan Islam Dalam
Pentaksiran Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran Sekolah Rendah. Dlm.
International Journal of Humanities Technology and Civilization (IJHTC), Vol 1(6), hlm.
1-7.

Mazarul Hasan Mohamad Hapai, Norazaimah Zakaria & Suhaila Muner. (2021). Tahap
Kesediaan Guru Sekolah Rendah Di Daerah Klang, Selangor Dalam Pelaksaan
Pentaksiran Bilik Darjah Dari Aspek Pengetahuan. Dlm. International Journal of Modern
Education, Vol 3(9), hlm. 1-8.

Mohammad Azhar Ali & Shahrir Jamaluddin. (2007). Amalan Pentaksiran untuk Pembelajaran
di Sekolah Menengah. Dlm. Jurnal Pendidikan, Vol 21(1), hlm. 19-39.

Tengku Sarina Aini Tengku Kasim & Faridah Che Husain. (2008). Pendekatan Individu Dalam
Pengajaran Pendidikan Islam Sebagai Wahana Melahirkan Modal Insan Bertamadun.
Dlm. Jurnal Usuluddin, Vol 7(27), hlm. 141-156.

Kalai Selvan Arumugham. (2020). Kurikulum, Pengajaran dan Pentaksiran Dari Perspektif
Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah. Dlm. Asian People Journal, Vol 3(1), hlm. 152-
161.

17
8.0 LAMPIRAN

JSU PEMBINAAN SOALAN MENGENAI PEMAHAMAN SOLAT TIANG AGAMA BAGI


MENGUKUR TAHAP PENGUASAAN 3

Pembinaan soalan kuiz mengikut aras

18
Instrument kuiz kefahaman solat tiang agama yang dilaksanakan menggunakan Google
Form secara atas talian

Aktiviti Solat Murid Lelaki di Rumah (Pemantauan Ibu Bapa)

19
Aktiviti Solat Murid Perempuan di Rumah (Pemantauan Ibu Bapa)

Kem Bestari Solat

20

You might also like