You are on page 1of 25

LAPORAN

AKHIR PROJEK
INOVASI

MOHD TAJUDIN B JAMALUDIN


ISI KANDUNGAN

1.0 PENDAHULUAN
1.1 Tajuk Projek
1.2 Ahli Kumpulan
1.3 Nama Ketua Projek
2.0 CADANGAN PROJEK
2.1 Latar Belakang Projek
i. Latar Belakang Masalah
ii. Analisis Masalah
2.2 Aspek Pembinaan Projek
i. Panduan Pembinaan Aktiviti
ii. Keistimewaan Modul
3.0 POTENSI PASARAN
3.1 Aspek Pasaran
i. Sasaran Modul
ii. Sasaran Pasaran
4.0 PELAN PELAKSANAAN PROJEK
4.1 Carta Gantt dan Milestone
4.2 Prosedur Projek
5.0 KOS PROJEK
5.1 Anggaran Kos dan Bahan
6.0 FAEDAH PROJEK
6.1 Kepentingan Projek
7.0 KAJIAN RINTIS
7.1 Analisis Soal Selidik Guru
7.2 Analisis Soal Selidik Murid
8.0 PERBINCANGAN

RUJUKAN
LAMPIRAN
1.1 Tajuk Projek

Tajuk projek yang dilaksanakan adalah projek pembinaan Modul E-RPH


(JAWI) dalam vle-frog. Modul ini merupakan modul pembelajaran yang
dikhususkan untuk pengaplikasian E-RPH jawi dalam vle-frog. Skop projek
bagi pembinaan modul pembelajaran adalah modul ini mengandungi
koleksi aktiviti yang dapat membina persekitaran pembelajaran sama ada
dalam mahupun di luar bilik darjah. Bukan itu sahaja, kandungan aktiviti
yang dibina ini dapat mengasah pelbagai kemahiran murid seperti
kemahiran kepimpinan, kemahiran interpersonal dan kemahiran
berkomunikasi. Objektif projek ini ialah membina modul pembelajaran yang
mengandungi koleksi aktiviti untuk dilaksanakan di dalam atau di luar bilik
darjah bagi mengukuhkan pengetahuan asas statistik di samping mengasah
kemahiran insaniah murid.

1.2 Ahli Kumpulan

Projek pembinaan modul pembelajaran ini mempunyai seramai empat


orang ahli kumpulan. Empat orang ahli tersebut ialah En Mohd Nazib, En
ZUlkifli bin Zainal, Pn Hafizah Tajul Rahim dan Pn Siti Norazami binti Arifin.

1.3 Nama Pensyarah

Projek pembinaan pembelajaran ini dibimbing oleh dua orang


pensyarah Universiti Teknologi Malaysia dan dua orang tersebut ialah Dr.
Shaharuddin Md. Saleh dan Dr. Norazrena binti Abu Samah.
2.1 Latar Belakang Projek

i. Latar Belakang Masalah

E-RPH adalah Rancangan Pengajaran Harian dan ia


merupakan satu rekod khas yang disediakan lebih awal oleh guru
sebelum menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran di bilik
darjah. Rancangan Pengajaran Harian ini dibina sebagai panduan
kepada para guru untuk mengajar dengan lebih sistematik dan efektif
serta mampu untuk mencapai objektif pengajaran. Menulis RPH, guru
mula merancang dan memahami cara-cara untuk

i. Dokumen ini sangat penting dan berguna supaya guru dapat


menyampaikan input pembelajaran kepada para murid
dengan teratur.

ii. Selain itu RPH adalah bahan bukti bahawa guru telah membuat
perancangan rapi terlebih dahulu sebelum melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran di blik darjah.

iii. Rancangan Pengajaran Harian yang dibina perlu merujuk


kepada Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT), Sukatan
Pelajaran (SP) dan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP). Maklumat
yang perlu dicatatkan dalam RPH adalah hari dan tarikh, mata
pelajaran dan kelas, masa, tajuk dan objektif, kemahiran yang
ingin dicapai, aktiviti yang dijalankan serta impak atau refleksi.
Guru boleh merujuk kepada SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.
3/1999 bagi tujuan penyediaan RPH untuk memenuhi
keperluan pekeliling tersebut.

Penyediaan RPH dalam kalangan guru dapat


mengelakkan penyelewengan atau terkeluar daripada topik
atau sub topik semasa pengajaran dilakukan. Oleh kerana
pengalaman dan penguasaan isi kandungan guru adalah
berbeza antara satu sama lain maka dengan adanya RPH,
persamaan daripada segi maklumat yang disampaikan akan
dapat dilakukan.

ii. Analisis Masalah

Matematik merupakan subjek yang kurang dijalankan di luar bilik


darjah kerana guru menganggap bahawa “practice and drill” adalah
strategi yang lebih sesuai digunakan untuk menguasai topik-topik dalam
subjek matematik. Bruner (1961) telah mencadangkan pelajar melibatkan diri
secara aktif dengan bahan pembelajaran supaya dapat mengingat
maklumat yang diperlukan. Mayer (2004) mencadangkan pelajar perlu aktif
secara kognitif. Pelajar yang terlibat dengan aktif dalam proses
pembelajaran mampu menyelesaikan masalah, mengemukakan cadangan,
memberi pengertian baru kepada sesuatu topik, dan berkebolehan untuk
menghubung kait apa yang telah dipelajari kepada konteks yang baru.

Dalam meniti abad ke-21, kemahiran pedagogi menuntut seseorang


guru memiliki kemahiran pembelajaran dan inovasi agar dapat melahirkan
pelajar abad ke-21 yang celik dari segala-galanya tidak kira dalam teknologi
maklumat mahupun akademik. Antara aspek yang perlu dimiliki oleh pelajar
adalah seperti :
i. Pelajar berupaya membuat hubung kait di antara subjek yang
dipelajari dengan keadaan sekeliling.
ii. Bijak menyoal guru ketika berada di dalam bilik darjah.
iii. Yakin untuk berkomunikasi terutamanya kepada guru dan rakan-
rakan di dalam bilik darjah.
iv. Berani untuk mengambil risiko untuk belajar dan membuat kerja
yang diberikan oleh guru dan juga berani mencuba.
2.1 Aspek Pembinaan Projek
i. Panduan Pembinaan Aktiviti
ii. Keistimewaan Modul

Elemen utama yang penting dalam pembinaan modul pembelajaran


ini adalah penyediaan aktiviti. Bagi membina aktiviti yang bertepatan
berdasarkan matlamat dan objektif pembinaan modul ini maka garis
panduan dalam membina aktiviti telah disediakan. Garis panduan adalah
seperti berikut :
• Kenal pasti hasil pembelajaran topik statistik tingkatan dua dan
tiga berdasarkan huraian sukatan pelajaran.
• Mengambil kira faktor masa bagi satu sesi antara 40-45 minit dan
dua sesi antara 80-90 minit.
• Mengutamakan penggunaan strategi pembelajaran
berpusatkan murid.
• Aktiviti adalah selaras untuk semua pelajar tanpa mengambil
kira pencapaian akademik mereka.
• Panduan kepada guru untuk melaksanakan aktiviti di dalam
dan luar bilik darjah.

Garis panduan ini digunakan sebelum membina aktiviti yang bertujuan


untuk mendapatkan gambaran awal ciri-ciri aktiviti yang diingini. Bukan itu
sahaja, garis panduan ini juga dirujuk kembali selepas membina aktiviti untuk
memastikan aktiviti yang dibina adalah bertepatan dengan objektif
pembinaan modul ini.

ii. Keistimewaan Modul

Modul pembelajaran aktif Matematik yang khusus hanya pada topik


Statistik yang bakal diterbitkan ini merupakan sebuah modul yang
mempunyai keaslian tersendiri dan tidak diciplak dari mana- mana pihak.
Semestinya terdapat banyak modul bagi subjek Matematik yang telah
dihasilkan oleh pelbagai pihak, namun bagi modul ini, hanyalah menekankan
dan fokus pada topik Statistik tingkatan 2 dan 3 sahaja.
Modul ini mengandungi pelbagai aktiviti menarik yang disediakan khas
untuk membantu para guru untuk mengajar topik Statistik kepada setiap
murid. Tidak seperti modul Matematik yang lain, modul ini tidak bercampur
dengan soalan- soalan langsung tentang topik Statistik seperti yang di dapati
di dalam buku teks. Tetapi keseluruhan isi kandungan modul ini
hanyalah terdiri daripada projek dan aktiviti di luar bilik darjah yang mana
berkait dengan topik.

Selain itu, aktiviti modul ini juga akan dilaksanakan di luar bilik darjah.
Tidak seperti modul lain yang memerlukan murid untuk menulis dan
membaca di bilik darjah. Jadi, murid tidak perlu merujuk kepada buku teks
apabila menjalankan aktiviti yang diarahkan oleh guru.
3.1 Aspek Pasaran
i. Sasaran Modul

Modul pembelajaran ini adalah untuk kegunaan para guru Matematik


dalam membantu memantapkan pengetahuan asas statistik murid melalui
aktiviti yang disediakan. Bukan itu sahaja, modul ini juga boleh dijadikan
sebahagian daripada proses pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas.
Selain itu, modul ini adalah untuk kegunaan murid tingkatan dua dan tiga
sahaja. Penggunaan modul ini diutamakan untuk para guru sahaja manakala
murid akan melaksanakan aktiviti dalam modul berdasarkan soalan dan
arahan guru.

ii. Sasaran Pasaran

Modul pembelajaran ini mempunyai nilai komersial yang tinggi


terutamanya dalam bidang pendidikan kerana modul ini dibina adalah
sebagai panduan guru Matematik dalam mengajar topik statistik. Bukan itu
sahaja, modul ini juga membantu guru dari segi pengawalan masa
pengajaran dan memberikan guru idea dalam melaksanakan aktiviti. Selain
itu, modul ini boleh digunakan sebahagian daripada proses pembelajaran
dan pengajaran. Modul ini juga dibina bersesuaian dengan pembelajaran
abad ke-21 yang dapat melahirkan produk murid seperti yang terkandung
dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
5.0 KOS4.1 Carta Gantt dan Milestone
PROJEK

M1 M2 M3 M4 M5 M6 M7 M8 M9 M10 M11 M12 M13


Analisis
Strategi
Bahan
Kertas
Kerja
Kajian
Rintis
Penilaian
Analisis
Data
Produk
Laporan
Akhir

Milestone 1: Penghantaran Kertas


Kerja Tarikh : 29 April 2015

Milestone 2: Selesai kajian


rintis Tarikh : 7 Mei 2015

Milestone 3: Hasil produk


lengkap Tarikh : 14 Mei 2015

4.2 Prosedur Projek

Projek dalam membina Modul Pembelajaran Aktif Matematik


(Statistik) memerlukan beberapa prosedur. Prosedur pertama yang diambil
adalah dengan melakukan analisis terhadap skop projek, latar belakang
masalah dan analisis masalah. Prosedur ini dijalankan bagi mengenal pasti
masalah yang sering dialami oleh murid di sekolah menengah. Ianya juga
adalah bertujuan ini membantu guru dalam mempelbagaikan proses PdP di
5.0 KOS PROJEK
sekolah di samping menarik minat murid untuk menerima mata pelajaran
matematik sebagai salah satu mata pelajaran yang menarik dan seronok.
Masalah-masalah yang sering dialami sama ada dari kalangan murid atau
guru adalah pembelajaran yang membosankan, guru kekurangan idea
untuk memikirkan kaedah pembelajaran dan kekurangan masa untuk
mencari dan berfikir idea yang menarik. Segala aspek tersebut di ambil kira
dalam menghasilkan modul ini kerana modul ini adalah sebagai panduan
kepada guru untuk melaksanakan aktiviti di luar bilik darjah, bukan modul
yang diberikan kepada murid.
Prosedur kedua adalah mengenal pasti hasil pembelajaran topik
statistik bagi Tingkatan 2 dan Tingkatan 3. Hasil pembelajaran ini penting
sebagai asas kepada pencetusan idea aktiviti dan strategi pembelajaran
yang sesuai digunakan. Strategi pembelajaran yang dipilih adalah strategi-
strategi yang bersifat pembelajaran aktif seperti pembelajaran berasaskan
permainan (games based learning), pembelajaran berasaskan projek
(project based learning) dan pembelajaran berasaskan masalah (problem
based learning). Strategi-strategi ini juga dapat membantu meningkatkan
penaakulan murid dalam kemahiran matematik dan meningkatkan pemikiran
yang kreatif dan kritis.

Prosedur seterusnya adalah kajian rintis yang akan dijalankan ke atas


modul yang telah dihasilkan Temu bual akan dilakukan kepada dua pihak
iaitu guru matematik sekolah menengah dan murid Tingkatan 4. Temu bual
yang dijalankan ini bertujuan bagi memastikan kesesuaian tempoh masa dan
penerimaan guru terhadap aktiviti-aktiviti yang terkandung di dalam modul
tersebut. Kajian ini juga adalah bagi memastikan keberhasilan dalam
mencapai objektif utama penghasilan modul ini iaitu bagi mewujudkan
pembelajaran aktif di luar bilik darjah bagi topik statistic. Hasil temu bual akan
dianalisis bagi meningkatkan mutu modul ini. Segala perubahan akan
dilakukan mengikut saranan dan komen yang diberikan oleh guru-guru mata
pelajaran matematik. Temu bual ke atas murid pula adalah untuk mengenal
pasti penerimaan dan keterujaan mereka apabila menjalankan proses PdP di
luar bilik darjah. Murid tingkatan 4 digunakan kerana mereka telah
5.0 KOS PROJEK
mempelajari topik ini dan dapat memberi komen yang wajar berdasarkan
pengalaman yang lalu. Prosedur terakhir adalah penghasilan modul yang
terbaru setelah di naik taraf berdasarkan penilaian dan analisis data yang
dilakukan.
5.0 KOS PROJEK

5.1 Anggaran Kos dan Bahan

Bahan Kuantiti Kos (RM)

Kertas
1. Muka depan (saiz A4 - 120gsm) 2 2.00
2. Kandungan (saiz A4 - 80 gsm) 40 4.00

Reka bentuk muka depan 50.00


1

Percetakan (muka depan - warna ) 1 2.00


Percetakan (kandungan - hitam ) 40
8.00
Binding
1 20.00

Jumlah 82.00
6.0 FAEDAH PROJEK

6.1 Kepentingan Projek

Sesebuah projek yang ingin dijalankan semestinya mempunyai faedah


dan kepentingan yang tersendiri. Bagi modul pembelajaran aktif Matematik
yang khusus hanya pada topik Statistik ini bakal menekankan konsep
pemahaman terhadap semua murid Tingkatan 2 dan 3. Para guru
bertanggungjawab untuk menjalankan aktiviti yang telah disediakan di
dalam modul dan setiap murid akan terus memahami apa yang dikehendaki
oleh soalan berdasarkan aktiviti dan permasalahan yang diberikan. Secara
tidak langsung, dengan menyelesaikan masalah dalam aktiviti tersebut, murid
terus dapat memahami setiap konsep dan rumus di dalam topik Statistik
tersebut.

Modul ini juga mengambil kira tentang suasana persekitaran sewaktu


pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Suasana di dalam bilik darjah
yang menjadi kebiasaan bagi setiap murid dan guru boleh menjejaskan
mood dan tahap penerimaan ilmu oleh seseorang murid. Dalam erti kata lain,
murid akan merasa bosan dan lebih tertekan jika berterusan belajar subjek
Matematik di dalam bilik darjah. Tambahan pula, subjek Matematik
merupakan satu subjek yang memerlukan kefahaman yang mendalam bagi
setiap murid. Dengan melakukan aktiviti di luar bilik darjah seperti di dalam
dewan sekolah, padang sekolah, tapak perhimpunan, mahupun di kantin
sekolah, minda setiap murid akan lebih terbuka. Mereka dapat
menyelesaikan masalah yang diberi oleh guru berdasarkan persekitaran di
luar bilik darjah. Ini dapat memberangsangkan minda para murid untuk lebih
aktif sewaktu mempelajari topik Statistik di samping melahirkan perasaan
yang lebih teruja ketika belajar di luar bilik darjah.

Di samping itu, melalui modul ini juga, guru dapat mengesan masalah
berkaitan topik statistik yang dihadapi oleh setiap murid. Melalui aktiviti yang
dijalankan, proses pembelajaran akan bertambah mudah apabila setiap
guru melihat sendiri masalah murid apabila menjalankan aktiviti, dan bukan
hanya bergantung kepada menyelesaikan soalan berdasarkan buku teks
semata. Seperti contoh, pembelajaran berasaskan masalah (Problem based
learning) dapat membantu para guru untuk melihat kelemahan setiap murid
dalam menyelesaikan masalah di dalam modul tersebut berbanding
memberi soalan untuk diselesaikan oleh murid yang berkemungkinan murid
akan meniru jawapan rakan yang lain. Hal ini membuatkan guru
beranggapan semua murid telah faham apa yang diajar.
8.0 KAJIAN RINTIS

Bukan itu sahaja, modul yang bakal diterbitkan ini juga dapat
mencungkil daya kreativiti seseorang murid. Pembelajaran berasaskan projek
dan berasaskan penyelesaian masalah dapat membuat setiap murid
sentiasa berfikir kaedah atau cara untuk menyelesaikan setiap permasalahan
di dalam soalan dan juga untuk menyiapkan sesuatu projek yang diarahkan
oleh guru. Secara tidak langsung, murid akan menjana kreativiti mereka
dalam menyelesaikan masalah berkaitan topik statistik sewaktu di dalam
kelas mahupun sewaktu peperiksaan.

Modul bagi topik Statistik ini turut berpeluang melahirkan kemahiran


insaniah dalam kalangan murid. Murid dapat bekerjasama di dalam satu
kumpulan bagi menjalankan aktiviti dan projek yang diberikan oleh guru. Sifat
kepimpinan dan tolak ansur juga dapat disemaikan dalam diri setiap murid di
mana sifat sedemikian amat penting untuk mereka di masa hadapan.
8.1 Analisis Soal Selidik Guru

Latar belakang demografi responden terbahagi kepada tiga iaitu


jantina, pengalaman dan kategori sekolah. Seramai tiga orang guru
perempuan dan seorang guru lelaki dijadikan responden dalam soal selidik
ini. Dua orang guru mempunyai pengalaman mengajar melebihi lima tahun
dan dua orang guru mempunyai pengalaman mengajar kurang dari lima
tahun. Soal selidik ini diedarkan kepada dua orang guru yang mengajar di
sekolah bandar dan dua orang guru yang mengajar si sekolah luar bandar.

Keempat-empat orang guru menyatakan aktiviti yang dibina atau


dicadangkan bersesuaian dilaksanakan dalam kawasan sekolah. Mereka
menyatakan bahawa aktiviti sesuai dilakukan di bawah pengawasan guru,
melibatkan aktiviti yang berkaitan matematik, bahan yang digunakan
terdapat di sekolah dan mudah untuk dikendalikan oleh guru.

Bagi soalan kedua, mereka bersetuju bahawa aktiviti ini membantu


pemahaman murid terhadap konsep statistik. Mereka menyatakan bahawa
murid akan memahami konsep jika murid berjaya melakukan aktiviti. Selain
itu, guru perlu memantau rumusan yang dibuat dan memberi penerangan
supaya konsep yang dibina adalah betul.

Modul ini juga dapat membantu memberi idea kepada guru untuk
mempelbagaikan aktiviti dalam bilik darjah. Ini kerana kepelbagaian aktiviti
dalam bilik darjah dapat mewujudkan suasana yang kondusif semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran matematik. Tambahan pula, aktiviti yang
terkandung di dalam modul tidak melibatkan buku teks sepenuhnya.

Berdasarkan soal selidik, modul ini mempunyai beberapa kekuatan


tersendiri seperti pelbagai aktiviti yang menarik dan kreatif, membantu
pemahaman konsep statistik murid, mengandungi kepelbagaian idea serta
membantu meningkatkan minat murid untuk mempelajari mata pelajaran
matematik. Namun begitu, soal selidik ini juga perlu dilakukan beberapa
penambahbaikan seperti guru perlu menerangkan kepada murid secara
lebih terperinci. Terdapat juga soalan yang diberikan perlu diperbaiki kerana
8.0 KAJIAN RINTIS
penerangannya yang kurang jelas dan tidak berfokus. Selain itu, terdapat
juga pendapat yang menyatakan bahawa aktiviti-aktiviti yang dibina adalah
lebih kurang sama.
8.2 Analisis Soal Selidik Murid

Latar belakang demografi responden terbahagi kepada tiga iaitu


jantina, tingkatan dan kategori sekolah. Seramai 6 orang murid lelaki dan 6
orang murid perempuan terdiri daripada murid Tingkatan 3 telah menjawab
soal selidik yang diberikan. Soal selidik diedarkan kepada 6 orang murid dari
sekolah kategori luar bandar dan selebihnya dari sekolah kategori bandar.

ADAKAH TUGASAN ATAU PROJEK


MEMBEBANKAN MURID
■ Ya ■ Tidak

Seorang responden (8%) menyatakan bahawa tugasan atau projek


yang diberikan adalah menambah bebanan dan tekanan sedia ada murid.
Manakala 11 responden (92%) tidak merasakan tugasan atau projek yang
diberikan sebagai satu bebanan kepada mereka. Projek atau tugasan yang
diberikan ini dikatakan dapat menjimatkan masa, mengaitkan dengan
kehidupan seharian, menambah pengalaman, menguasai konsep, menarik
minat, memberi keseronokan bekerja dalam kumpulan, penggunaan
teknologi dalam pengumpulan data dan tempoh masa yang diberikan
mencukupi untuk menyelesaikan tugasan yang diberi.
ADAKAH AKTI VI TI BERM AI N SAM BI L BELAJAR
MENYERONOKKAN
s Ya

Semua responden (100%) menyatakan bahawa aktiviti bermain sambil


belajar memberikan keseronokan kepada murid kerana aktiviti seperti ini
dapat menarik minat dan mengurangkan tekanan mereka. Selain itu, aktiviti
seperti ini juga dapat menambahkan kefahaman murid dalam topik Statistik.
Tambahan pula, murid dapat berfikir secara aktif dan berkongsi idea di
antara ahli kumpulan.

ADAKAH PEMBELAJARAN MATEMATIK DILUAR


BILIK DARJAH MEMBERI KESERONOKAN
■ Ya ■ Tidak

Hasil soal selidik mendapati seramai 9 responden (75%) bersetuju


bahawa pembelajaran Matematik di luar bilik darjah memberi keseronokan
kepada mereka. pembelajaran di luar bilik darjah ini dapat mengurangkan
tekanan, mewujudkan suasana pembelajaran baru, menambah kefahaman,
memberi peluang kepada mereka untuk mengaplikasi teori yang telah
dipelajari dan memberi semangat kepada murid untuk belajar. Manakala 3
responden (25%) tidak bersetuju jika pembelajaran dilaksanakan di luar bilik
darjah kerana pembelajaran ini mengganggu perhatian murid ketika sesi
pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, pembelajaran di luar bilik
darjah ini turut membebankan murid.
9.0 PERBINCANGANA D A K A H
TUGASAN MEMBANTU DALAM
MENGAITKAN PENGETAHUAN STATISTIK DALAM
KEHIDUPAN SEHARI AN

■ Ya ■ Tidak Pasti

9 responden (75%) bersetuju bahawa tugasan atau projek seperti yang


terkandung di dalam modul dapat membantu murid mengaitkan
pengetahuan Statistik dengan kehidupan seharian. Murid berpendapat
tugasan ini memberi peluang kepada murid untuk mengaplikasikan teori
yang terkandung dalam topik Statistik. Tambahan pula, projek atau tugasan
ini akan meningkatkan kemahiran Matematik dalam kalangan murid. Walau
bagaimanapun, 3 responden (25%) tidak pasti akan keberkesanan tugasan
atau projek dalam membantu murid membina perkaitan di antara
kandungan Statistik dengan kehidupan seharian.

Berdasarkan hasil soal selidik daripada murid ini boleh dirumuskan


bahawa aktiviti pembelajaran yang dilakukan menggunakan pembelajaran
aktif di luar mahupun di dalam bilik darjah memberikan keseronokan dalam
mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran. Majoriti murid menyatakan
aktiviti yang dijalankan di dalam suasana yang berlainan dari biasa
membantu mereka menguasai topik dengan mudah dan mengurangkan
tekanan yang mereka alami.
Penambahbaikan modul dilakukan selepas mendapat komen
daripada responden. Berdasarkan analisis komen daripada responden
didapati bahawa responden kurang memahami penggunaan strategi
pembelajaran di dalam modul ini. Sebagai contoh, guru menganggap
strategi pembelajaran berasaskan masalah memerlukan murid
menyelesaikan masalah tersebut sedangkan menurut Hmelo-Silver & Barrows
(2006) menyatakan bahawa pembelajaran berasaskan masalah ini tidak
semestinya mempunyai satu jawapan yang tepat dan seharusnya
memerlukan penglibatan murid dalam mencari kepelbagaian jalan
penyelesaian.

Terdapat juga responden yang menyatakan bahawa soalan yang


terkandung dalam modul ini tidak memfokuskan kepada satu pembelajaran
yang dikehendaki. Namun begitu, keutamaan soalan yang diberikan adalah
untuk mewujudkan kemahiran meta kognitif murid
kerana kemahiran ini merupakan piawaian yang perlu ada dalam
pembelajaran berasaskan masalah (Barrows, 2002). Responden juga
memberikan komen terhadap hasil pembelajaran yang perlu dicapai dalam
setiap aktiviti adalah tidak relevan dengan tempoh masa yang
diperuntukkan. Walau bagaimanapun, pembinaan aktiviti yang terkandung
dalam modul ini menggabungkan hasil pembelajaran yang relevan yang
dirujuk Huraian Sukatan Pelajaran.

Modul ini mengutamakan pembelajaran berpusatkan murid dan guru


bertindak sebagai fasilitator. Walker & Laery (2009) menyatakan bahawa
pembelajaran berpusatkan murid dapat memberikan galakan kepada murid
mengenal pasti apa yang mereka perlu faham dan tahu dengan
mengeluarkan dan mengesan kata kunci daripada masalah yang mereka
hadapi. Bukan itu sahaja, mereka juga akan mendalami dan memperoleh
maklumat tambahan.
9.0 PERBINCANGAN

Kesimpulannya, modul ini telah diubahsuai selepas menjalankan kajian


rintis terhadap guru dan murid. Pelbagai komen sama ada positif mahupun
negatif telah membantu penghasilan modul yang lebih baik.

RUJUKAN
Barrows, H.S. (2002). Is it Truly Possible to Have Such a Thing as dPBL? Distance
Education, 23(1), 119-122.

Ewell, P. T. (1997b). Organizing for learning: A point of entry. Draft prepared for
discussion at the 1997 AAHE Summer Academy at Snowbird. National
Center for Higher Education Management Systems (NCHEMS).
Retrieved from
http://www.intime.uni.edu/model/learning/learn_summary.html

Hmelo-Silver, C.E., & Barrows. H.S. (2006). Goals and strategies of a problem-
based learning facilitator. The interdisciplinary Journal of Problem-
Based Learning, 7(1). 21-39.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2011). Huraian Sukatan Pelajaran


Matematik Tingkatan 2. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Mel Silberman (2009). Pembelajaran Aktif: 707 Strategi untuk Mengajar Apa
Jua Subjek. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad

Walker, A. & Leary, H. (2009). A Problem Based Learning Meta Analysis:


Differences Across Problem Types, Implementation Types, Disciplines,
and Assessment Levels. Interdisciplinary Journal of Problem-Based
Learning, 3(1). 12-43.

You might also like