You are on page 1of 102

BAB 5 :

KOMPONEN
UTAMA SISTEM
KERAJAAN
MALAYSIA
NORMAIZURA MD ZAIN
PEMBENTUKAN SISTEM
KERAJAAN MALAYSIA
 Bentuk pentadbiran Inggeris
 Sistem Pengasingan Kuasa (Teori Pengasingan
Kuasa)
 Teori dikemukan oleh Montesqiue – corak
pemerintahan perlu diasingkan
 Malaysia :

Badan Kuasa
Eksekutif (Pentadbiran) Bertanggungjawab menjalankan hal
ehwal pentadbiran negara
Legislatif (Perundangan) Berkuasa membentuk rang undang-
undang
Judisiari (Kehakiman) Berkuasa menjalankan kuasa keadilan
KOMPONEN UTAMA SISTEM
KERAJAAN MALAYSIA

MAJLIS RAJA-RAJA

BADAN BADAN
BADAN KEHAKIMAN
PENTADBIRAN PERUNDANGAN
Majlis Raja-raja – Kedudukan
yang paling tinggi
Bidang tugas utama MRR
 Memilih Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan
Yang di-Pertuan Agong
 Memberi persetujuan atau penolakan tentang
adat istiadat agama Islam bagi seluruh
Persekutuan T. Melayu, kecuali Sabah & Sarawak
 Memberi persetujuan atau enggan memberi
persetujuan kepada mana-mana undang-
undang atau memberi nasihat tentang
pelantikan mana-mana jawatan yang
memerlukan persetujuan Majlis Raja-raja
 Memikirkan tentang polisi negara dan apa jua
perkara yang difikirkan patut untuk
pembangunan negara
Majlis Raja-raja perlu berunding dalam perkara
pelantikan sebelum dilantik oleh YDPA atas
nasihat PM :
a) Pelantikan Ketua Hakim Negara, dua
orang Hakim Besar dan Hakim Mahkamah
Agung serta dua orang Hakim Mahkamah
Tinggi
b) Pelantikan Ketua Audit Negara
c) Pelantikan pelbagai ahli Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam dan Suruhanjaya
Pilihan Raya yg merupakan suruhanjaya
bebas
Budi bicara MRR meliputi perkara berikut :
a. Memilih atau memecat YDPA dan Timbalan
YDPA
b. Memberikan nasihat ttg apa-apa pelantikan
c. Mempersetujui atau tidak mempersetujui
apa-apa undang-undang yang mengubah
sempadan sesuatu negeri serta menyentuh
keistimewaan, kedudukan dan kemuliaan
atau kebesaran raja-raja
d. Mempersetujui atau tidak mempersetujui
supaya apa-apa perbuatan, amalan atau
upacara agama Islam meliputi seluruh
Semenanjung Malaysia
YDPA

 Ketua Negara & Ketua 3 cabang kerajaan


 Dilantik 5 tahun sekali dari kalangan 9 org raja-raja Melayu,
dipilih oleh Majlis Raja-raja (MRR)
 Tugas YDPA :
a. Tugas mengikut nasihat
b. Tugas mengikut budi bicara
c. Pemerintah tertinggi angkatan tentera
d. Memperkenankan rang undang-undang
e. Pengisytiharan darurat
f. Kuasa pengampunan
 Bidang eksekutif - Ketua Negara / Ketua Persekutuan
- Segala urusan kerajaan atas nama baginda
- bertindak atas nasihat Jemaah Menteri dan seorang
menteri
 Melantik Perdana Menteri – mengikut peraturan demokrasi
berparlimen iaitu hendaklah dari kalangan ahli Dewan
Rakyat (mendapat sokongan majoriti), dan merupakan ketua
parti yang memenangi pilihan raya umum sebelum ini
 Melantik Jemaah Menteri – dimulakan dgn
pelantikan PM + diikuti oleh Jemaah Menteri
dgn nasihat PM
 Mempersetujui atau tidak mempersetujui
pembubaran Parlimen
 Kuasa budi bicara terhad – nasihat PM, Yang
Dipertua Negeri - MB atau Ketua Menteri
Perkara yang tidak boleh dilakukan
oleh YDPA :

 Tidak boleh menjalankan tugas sbg raja di


negeri baginda, kecuali tugas2 baginda sbg
ketua agama Islam
 Tidak boleh memegarang sesuatu jawatan
 Tidak boleh terlibat dalam perusahaan
BADAN EKSEKUTIF

 Kerajaan Persekutuan

Jemaah Menteri/ Kabinet

Perdana Menteri

Menteri

Timbalan Menteri

Menteri-menteri Kabinet
TUGAS UTAMA

- Menggubal dan menjalankan


dasar tertinggi negara

- Diketuai oleh PM dan diikuti oleh


menteri-menteri lain
BADAN EKSEKUTIF

 Peringkat Negeri

Raja/ Sultan/ Yang Dipertua Negeri

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri

Dewan Undangan Negeri


 Dijalankan oleh Sultan/ Raja/ Yang Dipertua
Negeri
 Budi bicara raja dalam tugas2 berikut :
a) melantik Menteri Besar
b) tidak mempersetujui permintaan
membubarkan DUN

- Raja berkuasa memperkenankan pelantikan


MB/Ketua Menteri
- Raja juga akan memperkenankan pelantikan
ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO),
Jemaah Menteri atas nasihat MB/Ketua Menteri
EXCO/JEMAAH MENTERI

 Raja melantik MB / Ketua Menteri (dari kalangan ahli


DUN)
 Atas nasihat MB, Raja lantik tidak lebih 8 atau tidak
kurang 4 orang ahli (dari kalangan ahli DUN)
 Peranan EXCO – sama dgn peranan kabinet
peringkat Persekutuan
 Beri nasihat kpd Raja dalam pemerintahan
 3 orang anggota perkhidmatan awam negeri turut
menjadi anggota EXCO sbg ex-officio iaitu –
Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-
undang dan Pegawai Kewangan Negeri
 EXCO – bertanggungjawab kpd DUN
 Ahli EXCO – tidak boleh ambil bahagian dlm apa-
apa aktiviti perdagangan, perniagaan atau
profesion yg ada kaitan dgn jabatan2 tertentu
PENTADBIRAN PERINGKAT NEGERI
 Pentadbiran – Perlembagaan Negeri
 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan
perkara-perkara berikut iaitu agama, pertanian,
pendidikan perhutanan, pentadbiran tanah, air dan
sbgnya yang berkepentingan
 Dasar kerajaan dibentuk oleh DUN
 Penyelarasan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan
Negeri
 Kemudian, tanggunjawab diserahkan kpd Pejabat
Daerah – penentu kpd pembangunan daerah
 Peringkat daerah – diketuai oleh Pegawai Daerah +
beberapa orang penolong
 Dibantu juga oleh Perbadanan Kemajuan Ekonomi
Negeri dan jabatan2 lain
 Di Sarawak diketuai oleh Ketua Menteri , dibantu
oleh Timbalan dan Ahli Majlis Tertinggi
 Struktur pentadbiran Sarawak :
a) Bahagian – Residen
b) Daerah – Pegawai Daerah
c) Daerah Kecil – Pegawai Anak Negeri
d) Kampung – Penghulu
o Sabah :
a) Daerah – Pegawai Daerah (dibantu oleh Ketua
Anak Negeri)
b) Kampung – Ketua Kampung (dibantu oleh
orang tua)
 Pentadbiran kerajaan tempatan
- Diketuai oleh Yang Dipertua Majlis , terdiri
daripada Pegawai Daerah
- Ketua Pentadbir sesebuah Majlis Tempatan
ialah Setiausaha Majlis Tempatan
- Dilaksanakan oleh Majlis Daerah dan Majlis
Bandaran

Fungsi :
- Untuk memajukan kawasan pekan/bandar
shj
BADAN LEGISLATIF

YDPA

MAJLIS RAJA-RAJA

PARLIMEN

Parlimen – peranan penting iaitu dalam proses


penggubalan rang undang-undang
STRUKTUR PARLIMEN MALAYSIA

PARLIMEN

DEWAN DEWAN
NEGARA RAKYAT
PARLIMEN –
• Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan
kuasa perundangan kpd YDPA, Dewan Negara &
Dewan Rakyat

DEWAN NEGARA –
• Keanggotaan DN : mempunyai 69 orang ahli atau
senator
• Tempoh jawatan senator : 3 tahun
• Seorang senator : tidak boleh memegang
jawatan lebih drp 2 penggal
• Seorang senator : 30 tahun ke atas
DEWAN RAKYAT –
• Keanggotaan : 195 orang ahli (182 ahli dari negeri2
dalam Malaysia), 10 org dari Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur, 1 orang dari W.P. Labuan
• Umur : 21 tahun ke atas

Seseorang itu HILANG KELAYAKAN utk memegang jawatan dalam


Dewan Negara dan Dewan Rakyat adalah :
1. Kurang siuman
2. Bankrap atau muflis
3. Memegang jawatan bergaji
4. Mungkir utk menghantar penyata perbelanjaan pilihan raya bagi
Parlimen/Dewan Negeri dalam tempoh yang ditetapkan iaitu 33
hari selepas keputusan pilihan raya disiarkan
5. Disabitkan melakukan kesalahan jenayah
6. Memperoleh kewarganegaraan asing dengan kerelaan sendiri
Fungsi & Kuasa Parlimen
 Fungsi Parlimen :
- Kuasa perundangan : kuasa membuat,
meminda/memansuhkan undang-undang
- Mengenakan cukai2 baharu, tambahan atau
memansuhkan mana-mana cukai
- Meluluskan belanjawan negara bagi satu-satu tahun
tertentu

 Parlimen mempunyai kuasa undang-undang dgn


cara Dewan Negara dan Dewan Rakyat meluluskan
sesuatu undang-undang serta dipersetujui oleh YDPA
 Setiap rang undang-undang yang diluluskan
oleh sesebuah Majlis Parlimen akan melalui :

A. Bacaan Pertama
B. Bacaan Kedua
C. Perbincangan Peringkat Jawatankuasa
D. Bacaan Ketiga
Rang Undang-
undang
dikemukakan oleh Rang Undang-
Bacaan Pertama undang akan
seseorang
menteri secara dibahas
ringkas mengenai
kesankpd rakyat
Bacaan Kedua dan negara

Rang Undang-
undang dibuat Peringkat Jawatankuasa
pengubahsuaian
jika perlu Rang Undang-
undang dibawa
Bacaan Ketiga
ke Dewan Rakyat
untuk diluluskan
jika perlu
KEISTIMEWAAN PARLIMEN
 Keabsahan apa-apa perjalanan dalam
Majlis Parlimen atau mana-mana
jawatankuasa tidak boleh didakwa dalam
mana-mana mahkamah
 Mana-mana ahli Parlimen timbulkan isu
sensitif boleh didakwa di bawah Akta
Hasutan 1948
KUASA PERUNDANGAN NEGERI
• Badan Perundangan Negeri –
Raja/Sultan/Yang Dipertua Negeri & DUN

KEANGGOTAAN DEWAN UNDANGAN NEGERI


(DUN)
• Sebilangan ahli yang dipilih
• Peranan Raja / Sultan / YDPN : hadir pada masa-masa
khas shj seperti pembukaan DUN
• Tugas utama Raja / Sultan / YDPN : memanggil DUN
supaya bermesyuarat, memberhentikan dan
membubarkan
• Raja / Sultan / YDPN : Tidak boleh membiarkan jarak 6
bulan antara persidangan yang terakhir dlm 1 penggal
dgn tarikh yg ditetapkan utk mesyuarat pertamanya dlm
penggal seterusnya
• Raja / Sultan / YDPN : memberikan persetujuan kpd
undang-undang negeri yg telah diluluskan oleh DUN
KELAYAKAN MENJADI AHLI DEWAN
UNDANGAN NEGERI (DUN)
• Berumur 21 tahun ke atas
• Bermastautin di negeri berkenaan

ANTARA PERKARA YANG MENYEBABKAN


SESEORANG HILANG KELAYAKAN :
a) Didapati / diisytiharkan sbg seorang yang tidak sempurna
akal
b) Bankrap
c) Memegang jawatan berpendapatan
d) Tidak menghantar apa-apa perbelanjaan pilihan raya
e) Disabitkan kesalahan oleh sesebuah mahkamah di
Persekutuan dan dihukum penjara dalam tempoh tidak
kurang dari 1 tahun atau didenda tidak kurang drp RM5000
dan tidak mendapat keampunan
f) Dengan sengaja memperoleh kewarganegaraan lain
 DUN akan berjalan selama 5 tahun, akan
terbubar dengan sendiri
 Apabila DUN dibubarkan – suatu pilihanraya
peringkat negeri akan diadakan dalam tempoh
60 hari di Semenanjung Malaysia & 90 hari di
Sabah dan Sarawak
 Seseorang tidak boleh menjadi ahli DUN bagi
lebih drp 1 bahagian pilihan raya pada suatu
masa
Menjalankan Kuasa Perundangan
 Kuasa DUN – meluluskan undang2 &
dipersetujui oleh YDPA
 Keistimewaan DUN

 Sahnya apa-apa perjalanan dalam DUN


tidak boleh didakwa di mahkamah
Pindaan Perlembagaan Negeri

 Perkara
yang tidak boleh dipinda oleh Badan
Perundangan Negeri – warisan takhta kerajaan
dan kedudukan para pembesar pemerintah &
pembesar adat Melayu
Penyata Kewangan Tahunan
 Sultan mengarahkan agar dibentang dlm DUN –
penyata anggaran pendapatan & perbelanjaan bg
negeri utk tahun tersebut. Anggaran perbelanjaan
harus ada perkara berikut :
- Jumlah wang yg dikehendaki utk membiayai
perbelanjaan yg dipertanggungkan kpd Kumpulan
Wang Yang Disatukan
- Jumlah wang yg dikehendaki utk membiayai
perbelanjaan lain yg dicadangkan utk dibayar kpd
Kumpulan Wang Yang Disatukan
 Kumpulan wang ini tidak termasuk :
a) Jumlah wang pinjaman
b) Jumlah wang atau bunga
c) Jumlah wang yang dipegang oleh negeri
 Juga tidak termasuk zakat, fitrah dan baitulmal atau
hasil mengikut agama Islam
BADAN
JUDISIARI
(KEHAKIMAN)
SEJARAH PERUNDANGAN DI
MALAYSIA
 Semenanjung T. Melayu – Undang2 Adat Melayu
 Sabah & Sarawak – Undang2 Adat Bumiputera
 Dipengaruhi oleh unsur Hindu dan Islam

 Zaman Tradisional – Adat Perpatih & Adat


Temenggung (Hukum Kanun Melaka & Undang2
Laut Melaka)

 Kedatangan British – Common Law dan Kaedah-


kaedah Ekuiti
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
(5 PUNCA) :

A) Undang-undang Bertulis, iaitu


Perlembagaan dan
Perundangan Persekutuan
dan Negeri
B) Keputusan2 Mahkamah
C) Undang2 Inggeris
D) Undang2 Islam
E) Undang2 Adat
KUASA KEHAKIMAN DI
MALAYSIA
♫ Kuasa kehakiman di Malaysia diperuntukkan
dalam Perkara 121 (1) Perlembagaan
Persekutuan Malaysia
♫ Sistem mahkamah sbg kuasa besar dalam
bidang perundangan dan pentabiran
KEBEBASAN BADAN
KEHAKIMAN

o Kedudukan yang tidak memihak dan bebas drp


kawalan 2 cabang kerajaan yg lain iaitu
perundangan dan pentadbiran
Kebebasan badan kehakiman pada
perkara-perkara berikut :
(a) Seseorang hakim (Mahkamah Agung dan Mahkamah
Tinggi) apabila telah dilantik tidak boleh dilucutkan
jawatannya oleh Yang di-Pertuan Agong sebelum mencapai
umur bersara (65 tahun), kecuali jika didapati kelakuannya
tidak baik ataupun kerana tidak berupaya, disebabkan tubuh
atau otaknya kecuali jika didapati kelakuannya tidak baik
ataupun kerana tidak berupaya, disebabkan tubuh atau
otaknya telah uzur atau sebab-sebab lain bagi
menyempurnakan tugas jawatannya dengan sepatutnya,
maka barulah dia boleh dipecat dengan syor sebuah tribunal
(atas nasihat Perdana Menteri) yang dilantik oleh Yang di-
Pertuan Agong. Tribunal ini terdiri daripada lima atau lebih
daripada lima orang hakim yang sedang memegang
jawatan dan atau hakim yang telah bersara dari Malaysia
atau mana-mana negara Komanwel
(b) Saraan hakim mestilah diperuntukkan oleh Akta
Parlimen dan saraan tersebut hendaklah dibayar
daripada Kumpulan Wang Disatukan

(c) Saraan hakim dan syarat-syarat jawatan yang lain


(termasuk hak pencen) tidak boleh diubah

(e) Kelakuan hakim tidak boleh dibincangkan dalam


mana-mana Majlis Parlimen, kecuali perkara itu telah
dikemukakan oleh tidak kurang daripada satu
perempat ahli Dewan Rakyat atau Dewan Negara
tersebut.
PELANTIKAN HAKIM
 Pelantikan hakim – oleh YDPA setelah
berunding dgn Majlis Raja-raja, dan mendapat
nasihat PM
 PM perlu berunding dgn Ketua Hakim Negara
 Pelantikan Hakim Besar T. Melayu – PM berunding
dgn dua orang Hakim Besar Mahkamah Tinggi
 Pelantikan Hakim Besar Borneo – PM berunding
dengan Ketua Menteri Sabah & Sarawak
 Pelantikan Hakim Mahkamah Agung – PM berunding
dgn 2 orang Hakim Besar
 Pelantikan Hakim Mahkamah Tinggi – PM berunding
dengan Hakim Besar Mahkamah yg berkenaan sbg
tambahan kpd Ketua Hakim Negara
 Hakim Mahkamah Sesyen dilantik oleh YDPA atas
cadangan Hakim Besar
 Majistret Kelas Pertama bg Wilayah Persekutuan
dilantik oleh YDPA
 Majistret Kelas Kedua bg Wilayah Persekutuan
dilantik oleh YDPA dan
 Bagi negeri-negeri dilantik oleh Sultan/ Raja/
Gabenor tanpa penglibatan Hakim Besar
SISTEM DAN CORAK KEHAKIMAN
DI MALAYSIA
Mahkamah :
a) Mahkamah Persekutuan
(Mahkamah Atasan, Mahkamah
Rendah dan Mahkamah Khas)
b) Mahkamah Negeri
(Mahkamah Syariah dan Mahkamah
Adat)
JENTERA
PENTADBIRAN
NORMAIZURA MD ZAIN
KABINET

KEMENTERIAN
JENTERA
PENTADBIRA
N SURUHANJAY
A
BADAN
BERKANUN
KABINET
Tugas & jawatan sama
seperti seorang menteri

Beberapa buah jabatan


SISTEM AHLI kerajaan di bawah sistem ini
(1951)

Berakhir – pilihan raya umum


diadakan iaitu Ogos 1955

Kabinet pra-merdeka
(Tunku Abdul Rahman)
Sistem Kabinet
 Diasaskan di Britain
 Kerajaan berkabinet : kerajaan yang ditadbirkan
oleh segolongan manusia yang mendapat
sokongan majoriti dalam pilihan raya
 Kabinet / jemaah menteri – badan tertinggi
menjalankan kuasa eksekutif

Perdana Menteri – 18 hingga 23 orang menteri


(kementerian)

 PM – Ketua Jemaah Menteri


 Kabinet – membentuk dan melaksana dasar
tertinggi negara
PM memperkenalkan dasar untuk :
a)Meningkatkan prestasi perkhidmatan awam
b)Mengubah sikap pegawai perkhidmatan awam
c) Merapatkan hubungan sektor kerajaan dan swasta

Contoh-contoh dasar :
a)Dasar Bersih, Cekap dan Amanah
b)Dasar Penswastaan
c) Dasar Pandang ke Timur
d)Dasar Penerapan Nilai- nilai Islam
KEMENTERIAN
 Tugas menteri – dilaksanakan oleh sebuah badan iaitu
kementerian
MENTERI
Badan-badan
Berkanun
TIMBALAN TIMBALAN 1. LPP
MENTERI MENTERI 2. LKIM
3. BPM
4. MARDI
KETUA SETIAUSAHA 5. FAMA
IBU PEJABAT 6. MADA
7. KADA
8. LPN

JABATAN JABATAN JABATAN JABATAN


PERTANIAN PERIKANAN PERKHIDMATA PARIT
N AWAM TALI AIR
JABATAN PERDANA MENTERI
OBJEKTIF :
A) merancang, merumus dan menyelaras segala
dasar dan maklumat negara untuk pelaksanaan
dan pencapaian matlamat dasar-dasar kerajaan
B) Menentukan segala pentadbiran kerajaan,
personel, penyelarasan pelaksanaan projek
pembangunan, pemodenan organisasi kerajaan,
istiadat dan protokol, hal ehwal agama Islam serta
pengurusan persidangan antarabangsa yang
dianjurkan oleh kerajaan Malaysia dilaksanakan
mengikut dasar dan peraturan-peraturan yg
ditentukan dari semasa ke semasa
FUNGSI :
1. Polisi kerajaan
2. Menyelaras aktiviti bahagian-bahagian dan
jabatan-jabatan di bawahnya
3. Menyediakan khidmat urus setia kpd
beberapa jawatankuasa kabinet dan
jawatankuasa kebangsaan
KEMENTERIAN KEWANGAN

OBJEKTIF :
 Gubal dan laksana dasar kewangan
 Memperkukuh daya saing dan ketahanan ekonomi
negara
 Pengurusan kewangan secara berhemah dan berkesan
 Menjamin kekayaan negara diagihkan – saksama
FUNGSI KEMENTERIAN
1. Dasar kewangan dan ekonomi, pengagihan serta
pengurusan sumber kewangan
2. Prosedur, prinsip & tatacara sistem pengurusan kewangan
3. Sediakan dan pantau belanjawan tahunan
4. Pinjaman utk kerajaan & memberi pinjaman utk agensi-
agensi kerajaan dan projek-projek penswastaan
5. Susun semula syarikat-syarikat milik Menteri Kewangan
Diperbadankan (MKD)
6. Memantau syarikat-syarikat di bawah MKD
7. Memantau pengurusan kewangan – kementerian, jabatan
dan badan2 berkanun
8. Gubal dan tadbir dasar berkaitan pengurusan perolehan
kerajaan
9. Memberi kelulusan – perolehan kerajaan
10. Gubal dasar dan uruskan pinjaman perumahan bagi
kakitangan sektor awam
11. Menerima, memantau aduan terhadap aktiviti2 berkaitan
dengan perbendaharaan dan menyelesaikannya
KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM
NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN

OBJEKTIF :

Menggalakkan pembangunan perdagangan


dalam negeri dan meningkatkan keberkesanan
perlindungan pengguna
KEMENTERIAN SUMBER ASLI
DAN ALAM SEKITAR

Bertanggungjawab menguruskan sumber-sumber asli


negara seperti tanah, marin, sungai, alam sekitar,
perhilitan, galian dan hutan.
PERKHIDMATAN AWAM

NAMA-NAMA PERKHIDMATAN DALAM JABATAN


PERKHIDMATAN AWAM

BIL NAMA JABATAN

1. ANGKATAN BERSENJATA

2. PERKHIDMATAN PERUNDANGAN DAN KEHAKIMAN

3. ANGKATAN POLIS

4. PERKHIDMATAN KERETA API

5. PERKHIDMATAN AWAM BERSAMA

6. PERKHIDMATAN AWAM NEGERI

7. PERKHIDMATAN PENDIDIKAN
 Perkhidmatan awam telah mengalahkan
ancaman komunis dan konfrontasi
 Memberi kesinambungan pentadbiran dan
kestabilan politik
 Membantu kerajaan menggubal dan
melaksanakan dasar-dasar
 Memastikan pembangunan ekonomi negara
berlaku dengan adil dan seimbang
 Pendapatan berasaskan cukai
 Bertanggungjawab memberikan perkhidmatan
kepada semua rakyat Malaysia
 Kedudukan perkhidmatan awam adalah
tetap walaupun berlaku pertukaran kerajaan
yang memerintah
 Anggota perkhidmatan awam memegang
jawatan selama diperkenankan oleh negeri
 Perkara 132 – pegawai persekutuan
memegang jawatan selama diperkenankan
oleh YDPA dan pegawai negeri selama
diperkenankan oleh sultan/ raja atau Yang
Dipertua Negeri
 Cara anggota perkhidmatan awam boleh
dibuang kerja atau mengambil tindakan
tatatertib iaitu melalui peraturan Perintah Am
 Pencen – dilindungi oleh perlembagaan
BADAN-BADAN
BERKANUN
 Badan berkanun terletak di bawah sesuatu
kementerian
 74 buah badan berkanun Persekutuan dan 86 buah
badan berkanun negeri
 Merupakan salah satu cabang perkhidmatan awam
yang penting dan memerlukan pengurusan yang
baik
 Contoh :

- Bank Negara Malaysia


- Lembaga Hasil Dalam Negeri
- Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)
- Lembaga Getah Malaysia (LGM)
- Pertubuhan Berita Nasional (BERNAMA)
- Dan sebagainya
SURUHANJAYA

SURUHANJAYA SURUHANJAYA
TETAP SEMENTARA

- SURUHANJAYA PILIHAN
RAYA Ditubuhkan untuk menyiasat
- SURUHANJAYA atau menyelesaikan masalah
PERKHIDMATAN dan perkara semasa
 Ahli-ahlisuruhanjaya dilantik secara khas oleh
YDPA selepas berunding dengan Majlis Raja-
raja. Antara suruhanjaya peringkat Persekutuan :

a) Suruhanjaya Perkhidmatan Awam


b) Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan
c) Suruhanjaya Pasukan Polis
d) Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan
Undang-undang
PERLEMBAGAAN
PERSEKUTUAN
DAN
PERUNTUKAN-
PERUNTUKAN
ISTIMEWA
MERANGKUMI TOPIK-TOPIK
BERIKUT :
Latar Belakang Pembentukan
Perlembagaan Persekutuan
Perlembagaan Persekutuan Dan
Negeri
Sistem Pemerintahan Negara
Peruntukan-peruntukan Istimewa
Latar Belakang Pembentukan
Perlembagaan Persekutuan
 Merupakan prinsip-prinsip asas yg menentukan
DEFINISI PERLEMBAGAAN
bagaimana sesebuah negeri itu diasaskan dan
diperintah seperti yang termaktub dalam undang-
undang, adat atau peraturan yang lazim dipakai

• Undang-undang tertinggi
• Menyelaraskan pemerintahan sesebuah negara
• Garis panduan pembentukan undang-undang
• Memberi jaminan dan perlindungan kepada
pemerintah atau rakyat
• Dokumen undang-undang dan peraturan asas negara
SEJARAH PEMBENTUKAN
PERLEMBAGAAN MALAYSIA

 Abad ke-19 – penjajah British


 Penentangan Malayan Union 1946
 Perjanjian Persekutuan 1948
 Hasil : Perlembagaan baharu bagi T. Melayu 1948
 Kemenangan Parti Perikatan 1955 dalam pilihan raya
 Suruhanjaya bebas – Suruhanjaya Reid
 Menggunakan cadangan Parti Perikatan sebagai
asas pembentukan Perlembagaan Persekutuan T.
Melayu
 Draf – Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
1957
 Pindaan – Akta Malaysia yang diluluskan 1963
TUJUAN PERLEMBAGAAN
 Mewujudkan satu bentuk pemerintahan yang adil
– agama dan bahasa
 Mengelakkan penyalahgunaan kuasa oleh
pemerintah – peruntukan khas YDPA serta
sultan/raja/Yang Dipertua Negeri
 Mengawal Pergerakan Kerajaan dan Rakyat –
kebebasan asasi dan hak istimewa orang Melayu
 Alat untuk menyelesaikan masalah –
penggubalan undang-undang, hukuman dsb
 Menjamin riwayat negara bangsa – hala tuju
 Menjamin keamanan dan kestabilan negara –
sekatan dan kawalan
BENTUK-BENTUK
PERLEMBAGAAN
PERLEMBAGAAN PERLEMBAGAAN
BERTULIS TIDAK BERTULIS

- Disusun dalam sebuah


dokumen
- Ada 3 sifat iaitu :
a) Kukuh & sukar dipinda
b) Parlimen boleh buat - Tidak disusun dalam sebuah
undang2 yg terkandung dokumen
dalam perlembagaan tetapi - Contoh : Akta Parlimen dan
tidak boleh buat undang2 keputusan-keputusan
yg bertentangan dgn makamah
kebebasan asasi
c) Mahkamah ada kuasa
mentafsir undang2 dan
melindungi perlembagaan
Perlembagaan Persekutuan
Dan Negeri
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
NEGARA
PERSEKUTUAN KETERTINGGIAN
PERLEMBAGAAN
RAJA
BERPELEMBAGAAN
KEBEBASAN UNDANG-
UNDANG
DEMOKRASI
BERPARLIMEN
PENGASINGAN KUASA

AGAMA ISLAM
AGAMA RASMI
KETERTINGGIAN
PERLEMBAGAAN
PARLIMEN

PERLEMBAGAAN

KEDUDUKAN YDPA

KUASA PERUNDANGAN

KUASA ASASI
PINDAAN PERLEMBAGAAN
 PERKARA-PERKARA YANG PERNAH
DIPINDA :

A) PEMISAHAN SINGAPURA
B) MENGENAI GENDER
C) KEKEBALAN RAJA
D) PENGURUSAN BEKALAN AIR
E) KES ROGOL
PERLEMBAGAAN NEGERI
 Tiap-tiap Perlembagaan Negeri mesti mempunyai
peruntukan tetap
 2 peruntukan utama iaitu :
a) peruntukan tetap dan peruntukan kewangan
b) peruntukan sementara
 Peruntukan tetap :
a) Raja/Yang Dipertua Negeri
b) Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
c) Pihak Berkuasa Perundangan Negeri
d) Dewan Undangan Negeri
 Perhubungan antara kerajaan Persekutuan
dengan kerajaan negeri iaitu terdapat 7 bab :

a) Pembahagian kuasa-kuasa perundangan


b) Pembahagian kuasa-kuasa pemerintah
c) Pembahagian beban kewangan
d) Tanah
e) Pembangunan negara
f) Agihan persekutuan kepada negeri
g) Majlis Negara bagi kerajaan tempatan
PINDAAN PERLEMBAGAAN
NEGERI
Cont..
Antara peruntukan yang tidak boleh dipinda :
 Warisan takhta kerajaan dan kedudukan para
pembesar Melayu
 Sesuatu rang undang-undang bagi membuat
apa-apa pindaan kepada Perlembagaan Negeri

Perkara berikut tidak boleh diluluskan oleh DUN


kecuali rang undang-undang disokong pada
bacaan kali kedua dan ketiga, dan memperoleh
undi 2/3 drp jumlah ahli
SISTEM PEMERINTAH NEGARA
FEDERALISME
RAJA BERPERLEMBAGAAN
DEMOKRASI BERPARLIMEN
FEDERALISME
 Pembahagian kuasa berdasarkan wilayah
 Terdapat sebuah kerajaan pusat mewakili wilayah2 lain
 Ciri-ciri penting sebuah negara Persekutuan :
(a) Perlembagaan bertulis
(b) Pembahagian kuasa antara kerajaan negeri dan
Persekutuan
(c) Rakyat tertakluk kepada dua buah kerajaan – kerajaan
negeri dan kerajaan Persekutuan
(d) Pembahagian kuasa – eksekutif, legislatif dan judisiari
(e) Perlembagaan tegas
(f) Badan kehakiman yang bebas
RAJA BERPERLEMBAGAAN
KUASA YDPA
 Pemerintahan mengikut perlembagaan
 Kuasa tertinggi dalam pentadbiran negara
 Meliputi kuasa menentukan :
- pelantikan ketua negara secara bergili-gilir dari
kalangan raja-raja Melayu
- segala keputusan dan tindak tanduk harus
selari dengan Perlembagaan
- Kerajaan pusat merupakan kerajaan
berperlembagaan
FUNGSI KETUA MENTERI
 Kuasa pemerintahan pada peringkat
negeri – Sultan/ Raja sebagai Ketua
Negeri
 Sabah, Sarawak, P. Pinang dan Melaka –
Yang Dipertua Negeri
DEMOKRASI BERPARLIMEN
KONSEP DEMOKRASI
 Berasal drp perkataan Greek iaitu demos dan
kratos.
Demos – rakyat
Kratos – pemerintahan
DEMOKRASI DI MALAYSIA
 Pemilihan pemimpin melalui sistem pilihan
raya yang dijalankan pada 5 tahun sekali
 Dijalankan oleh Suruhanjaya Bebas iaitu
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
 Prinsip utama Demokrasi Berparlimen di
Malaysia – sistem parlimen, pemerintahan
secara perwakilan, pengiktirafan kebebasan
minoriti, persamaan, corak pemerintahan,
kebebasan asasi dan pilihan raya
LATAR BELAKANG PEMBENTUKAN PARLIMEN
 Kesinambungan Majlis Persekutuan (1909) bagi
NNMB
 Selepas Perang Dunia Ke-2 : digantikan dengan
dengan Malayan Union 1946
 1948 – wujud Majlis Perundangan Persekutuan
dan Majlis Raja-raja Melayu
 1 Feb 1951 – Sistem Ahli
 Julai 1955 – pilihan raya pertama di Tanah
Melayu
STRUKTUR DAN KEANGGOTAAN PARLIMEN
 Parlimen sebagai pemegang kuasa perundangan
Persekutuan Malaysia – YDPA, Dewan Negara dan
Dewan Rakyat

DEWAN NEGARA
• 2 anggota dari setiap negeri DEWAN RAKYAT
• 2 anggota dari Wilayah • Keahlian DR 222 orang iaitu
Persekutuan KL 209 dari negeri2 dalam
• 1 daripada Wilayah Malaysia, 11 WPKL, 1 WPL
Persekutuan Labuan dan 1 WP Putrajaya
• 40 anggota – rekod • DR – penggubal undang-
cemerlang dalam undang
perkhidmatan awam dsb • DN – tempat membahas
• Kesemua anggota dilantik dan meluluskan undang2
oleh YDPA, kecuali anggota • YDPA – memperkenan
yg mewakili negeri rang undang2
• 69 orang ahli / senator
PILIHAN RAYA
 Cara memilih wakil ke DR dan DUN melalui
undi
 Mana-mana individu atau parti yang
menang akan menjadi pemerintah

PARTI POLITIK
 Kumpulan dalam negeri yang ahli-ahlinya
bergabung untuk menerajui pilihan raya
 Parti pemerintah, parti pembangkang dan
parti bebas
KEBEBASAN ASASI
AUTOKRASI BERPRESIDEN

SISTEM
MONARKI DIKTATOR
PEMERINTAHAN

REPUBLIK
TENTERA
PERUNTUKAN ISTIMEWA
PERLEMBAGAAN
BAHASA MELAYU KEDUDUKAN ISTIMEWA
RAJA-RAJA MELAYU

1. SEJARAH
KEDUDUKAN 2. FUNGSI UTAMA
BAHASA MELAYU MRR
3. KUASA BUDI
BICARA
4. KEAHLIAN DAN
MESYUARAT
ISLAM SEBAGAI AGAMA PERSEKUTUAN
KEWARGANEGARAAN
DAN KEDUDUKAN AGAMA-AGAMA
LAIN

Latar Belakang Sejarah

Kewarganegaraan :
1. Kuatkuasa Undang-
Bidang Tugas undang
Majlis Kebangsaan Hal Ehwal 2. Pendaftaran
Agama Islam 3. Naturalisasi
4. Percantuman Wilayah

Kehilangan
Kewarganegaraan

Prosedur Perlucutan
Kewarganegaraan
HAK ISTIMEWA
ORANG MELAYU, BUMIPUTERA
HAK ASASI
DAN HAK KAUM-KAUM LAIN

• Definisi
• Suruhanjaya Hak Asasi
Manusia (Suhakam)
Perkhidmatan • Kebebasan Diri
• Keabdian Dan Kerja Paksa
Awam • Perlindungan Undang-
Ekonomi undang Jenayah
• Kesamarataan Di Sisi
Pendidikan Undang-undang
• Larangan Buang Negeri
Dan Kebebasan Bergerak
• Kebebasan Bercakap,
Berhimpun Dan
Menubuhkan Persatuan
• Kebebasan Beragama
• Kesamarataan Dalam
Pelajaran
• Hak Untuk Harta
DEMOKRASI BERPARLIMEN
&
PROSES PILIHAN RAYA
DEMOKRASI BERPARLIMEN &
PROSES PILIHAN RAYA
DEMOKRASI
BERPARLIMEN
PROSES PILIHAN RAYA

PILIHAN RAYA

SURUHANJAYA DAN
PERJALANAN PILIHAN
RAYA
DEFINISI PILIHAN RAYA

• Boleh dijalankan dalam mana-mana


organisasi sama ada swasta atau
syarikat, kesatuan sekerja untuk
memilih wakil mereka
• Menyelesaikan satu-satu masalah
dasar atau badan atau institusi
kerjajaan
• Digunakan untuk memimilih
pemimpin dan menentukan satu isu
Fungsi pilihan raya

1. Menubuhkan sebuah kerajaan demokrasi


2. Mengekalkan pucuk pimpinan
3. Pemilihan calon bagi mengisi jawatan
tertinggi kerajaan
4. Menguatkan kestabilan dan legitimasi
dalam sesebuah organisasi dan komuniti
politik
SPR DAN PERJALANAN PILIHARAN RAYA

• SPR ditubuhkan pada 4 September 1957


• Antara fungsi SPR

1. Mengkaji dan membuat persempadanan


bahagian-bahagian pilihan raya
2. Menjalankan urusan pendaftaran pemilih
dan penyemakan daftar pemilih
3. Menjalankan pilihan raya umum dan
pilihan raya kecil
• Pelantikan ahli SPR oleh YDPA selepas berundingan
Majlis Raja-raja
• Ahli : Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan 3 orang ahli
lain yang membantu SPR
• Syarat kelayakan SPR :

1. Berumur tidak lebih 65 tahun


2. Seorang yang tidak muflis
3. Tidak memegang jawatan bergaji yang lain
4. Bukan mana-mana ahli politik dari mana-mana Majlis
Parlimen dan DUN
Petisyen pilihan raya

• Sesuatu keputusan pilihan raya boleh dicabar


mahkamah atas sebab-sebab berikut :

a) Sogokan, peras ugut atau sebarang salah laku yang


mungkin telah menjejaskan pilihan raya
b) Ketidakpatuhan undangan dan peraturan pilihan raya
oleh mana-mana pihak
c) Perbuatan rasuah atau perbuatan menyalahi undang-
undang yang dilakukan oleh calon dan ejen-ejen
d) Calon atau ejen-ejen didapati tidak layak menyertai
pilihan raya
PENYATA PERBELANJAAN PILIHAN RAYA

• Seseorang calon adalah layak


membelanjakan wang bagi pilihan raya
tetapi tidak boleh melebihi :

a) RM200 000 DEWAN RAKYAT


b) RM100 000 DEWAN UNDANGAN NEGERI

You might also like