You are on page 1of 21

TOPIK 6 :

KOS DAN PENGELUARAN


Jenis-jenis Kos
• Kos yg dilepaskan dalam ekonomi terdiri
drp dua jenis, iaitu:

– 1. Kos eksplisit - kos yang berlaku apabila


pembayaran sebenar dibuat.

– 2. Kos implisit – kos yg menunjukkan nilai


sumber yg digunakan dalam pengeluaran.
- Tidak melibatkan pembayaran sebenar.
- berlaku apabila firma menggunakan sumber
yg dimiliki sendiri atau pemilik firma
menyumbang kepada perniagaan firma
mereka.
Keuntungan Ekonomi vs. Keuntungan
Perakaunan
• Keuntungan Perakaunan –
perbezaan antara jumlah
hasil dan kos eksplisit.
• Keuntungan ekonomi -
perbezaan antara jumlah
hasil dengan jumlah kos
lepas, iaitu kos eksplisit dan
kos implisit.
Keuntungan Ekonomi dan
Perakaunan
Keuntungan Ekonomi Kosong
• Firma berkemungkinan memperolehi
keuntungan perakaunan positif dan
keuntungan ekonomi kosong
• Firma yang memperolehi keuntungan
ekonomi kosong dikatakan memperolehi
untung normal.
• Keuntungan ekonomi kosong bermaksud
pemilik firma memperolehi jumlah hasil yg
sekadar cukup untuk menutupi kos lepas.
Pengeluaran
• Proses menukar input (sumber) kepada
output (barang/perkhidmatan)
• Berhubungan dengan kos dan masa
• Pengeluaran memerlukan input yg boleh
dibahagikan kepada dua, iaitu:
– 1. input tetap
– 2. input berubah
Sambungan

• Input tetap – input yg • Input berubah - input


kuantitinya tidak boleh yg kuantitinya boleh
diubah jika output berubah jika output
berubah dalam jangka berubah dalam jangka
masa pendek. masa pendek.
• Kos yg berkaitan • Kos yg berkaitan
dengan input tetap dengan input berubah
dipanggil kos tetap. kos berubah. Kos
Kos tetap tidak berubah akan berubah
berubah sekiranya apabila output
output berubah. berubah.
Pengeluaran Jangka Masa Pendek
dan Jangka Masa Panjang
• Jangka masa pendek – tempoh masa di
mana kebanyakan input adalah tetap.
• Jangka masa panjang – tempoh masa di
mana semua input boleh berubah.
Tempoh Masa Pengeluaran, Input
dan Kos
Pengeluaran Dalam J/masa Pendek
• Jumlah output kadangkala disebut juga sebagai jumlah keluaran
fizikal (dalam jadual di bawah dikenali sebagai Q)
• Keluaran fizikal marginal = ∆ jum. keluaran fizikal
∆ Q i/p berubah
Input Tetap Input Berubah (Buruh) Kuantiti Output (Q) Keluaran Fizikal
(Modal) Marginal (MPP) Bg
Input Berubah

1 0 0 -
1 1 18 18
1 2 37 19
1 3 57 20
1 4 76 19
1 5 94 18
1 6 111 17
1 7 127 16
Sambungan
• Titik di mana keluaran fizikal marginal mula
berkurangan (iaitu drp 20 kpd 19) adalah
bermulanya pulangan marginal berkurangan
(diminishing marginal returns)
• Hukum pulangan marginal berkurangan
menyatakan sekiranya jumlah input berubah
ditambah secara banyak dan berterusan kepada
input tetap, akhirnya keluaran fizikal marginal
(MPP) bagi input berubah akan berkurangan.
• Kenapa?
Kos Pengeluaran

Jumlah kos tetap (TFC)


– kos yg berkaitan dgn input tetap
- kos yg tidak berubah apabila output berubah. Cth:
sewa kilang setiap bulan.

Jumlah kos berubah (TVC)


- Kos yg berkaitan dgn input berubah
- Kos yg berubah apabila output berubah
- Cth: bayaran upah pekerja
Jumlah Kos
Jumlah kos (TC) = jumlah kos tetap (TFC) +
jumlah kos berubah (TVC)

Keluk jumlah kos:


Kos Purata
Kos tetap purata (AFC) = Jumlah kos tetap (TFC)
kuantiti output (Q)

Kos berubah purata (AVC) =


jumlah kos berubah (TVC)
kuantiti output (Q)

Jumlah kos purata (ATC) = jumlah kos @ TFC + TVC


kuantiti output Q Q

@ AFC + AVC
Kos marginal (MC) = ∆ jumlah kos (TC)
∆ kuantiti output (Q)
@
∆TFC + ∆TVC
∆Q

memandangkan dalam jangka masa pendek


∆TFC = 0, maka MC = ∆TVC/∆Q.
Jumlah Kos, Kos Purata dan Kos
Margnal
(Sambungan)
Keluk Kos Marginal dan Kos Purata
Kos dan Pengeluaran Dalam J/masa Panjang

• Dalam j/masa panjang, terdapat hanya input


berubah dan tiada input tetap. Maka kos yang
terlibat adalah kos berubah dan tiada kos tetap.
• Oleh itu, dlm j/masa pjg, kos berubah adalah juga
jumlah kos.
• Keluk kos purata jangka panjang (LRTAC)
menunjukkan unit kos terendah di mana firma
boleh keluarkan tingkat output tertentu.
Sambungan
• Keluk kos purata jangkan panjang (LRTAC)
Ekonomi Bidangan, Ekonomi Tidak Ikut
Bidangan dan Pulangan Malar Mengikut Skala
• Ekonomi bidangan – keadaan di mana apabila input
ditambah sebanyak peratusan tertentu (100%) dalam
proses pengeluaran, hasil pengeluaran/output bertambah
melebihi peratusan input (>100%) menyebabkan kos
seunit pengeluaran akan berkurangan.
• Ekonomi tidak ikut bidangan – keadaan di mana apabila
input ditambah sebanyak peratusan tertentu (100%) dalam
proses pengeluaran, hasil pengeluaran/output kurang drp
peratusan tambahan dalam input (<100%) menyebabkan
kos seunit pengeluaran akan meningkat.
• Pulangan malar mengikut skala – peratusan tambahan
dalam input = peratusan tambahan dalam output. Maka,
kos seunit pengeluaran adalah konstan/malar. (Rujuk
Rajah7(b) dalam Arnold 8th Edtn, m.s 427)

You might also like