You are on page 1of 22

PLANET-PLANET DALAM

SISTEM SURIA
PLANET UTARID
Merupakan planet yang terletak paling hampir
dengan matahari.

Ini menyebabkan, planet ini mempunyai suhu


yang tinggi, iaitu 430 darjah celcius pada waktu
siang dan -170 darjah celcius pada waktu malam.
Mempunyai permukaan yang kering, berlubang
dan berkawah.
Tidak mempunyai atmosfera, udara atau air.
Oleh itu ia tidak sesuai untuk sebarang hidupan.
PLANET ZUHRAH
• Merupakan planet yang terletak kedua hampir dari matahari.

• Planet ini juga terletak paling hampir dengan Bumi.


• Mempunyai saiz dan jisim yang hampir sama dengan Bumi.
• Walau bagaimanapun, Zuhrah tidak menampung hidupan
seperti Bumi.
• Ini adalah kerana atmosferanya tidak mengandungi oksigen
tapi terdiri daripada gas karbon dioksida dan awan asid
sulfurik yang beracun.
• Dilitupi oleh awan putih yang tebal.
• Awan ini memantulkan cahaya matahari, menyebabkan planet
ini kelihatan cerah di langit.
• Mempunyai permukaan yang berbatu-batan, berlava dan
mempunyai suhu setinggi 470 darjah celcius pada waktu siang.
• Planet ini tidak mempunyai sebarang satelit yang bergerak
mengelilinginya.
PLANET BUMI
• Merupakan planet yang ketiga hampir dari matahari dan didiami oleh manusia, haiwan
dan tumbuhan.

• Antara planet-planet dalam sistem suria, hanya Bumi yang boleh mennampung
kehidupan.
• Ini dalah kerana Bumi mempunyai oksigen yang banyak dalam atmosferanya, kawasan
berair yang luas, dan suhu yang sederhana.
• Bumi mempunyai bentuk yang bulat tetapi agak mendatar di kutub utara dan kutub
selatan serta membonjol di kawasan khatulistiwa.
• Bumi mempunyai atmosfera yang mengandungi gas oksigen, nitrogen, karbon dioksida,
dan gas-gas lain.
• Permukaan Bumi adalah tidak rata dan dilitupi oleh air.
• Mempunyai daya tarikan graviti yang menyebabkan j asad berada di permukaannya dan
gas-gas kekal dalam atmosferanya.
• Atmosfera Bumi adalah penting kerana mengandungi gas yang diperlukan oleh benda-
benda hidup, mencegah sinaran ultraungu dari matahari menyinari Bumi dalam kuantiti
yang membahayakan serta mencegah meteorit terhempas ke permikaan Bumi.
• Bumi bergerak mengelilingi matahari dalam orbitnya sendiri.
• Masa yang diambil oleh Bumi untuk membuat satu edaran lengkap adalah satu tahun,
iaitu 364 1/4 hari.
• Bumi juga berputar di atas paksinya dan satu putan lengkapnya mengambil masa 24
jam, iaitu bersamaan dengan satu hari.
• Dikelilingi oleh satu satelit semulajadi, iaitu bulan.
• Bulan boleh mengelilingi Bumi dalam orbitnya kerana terdapat daya tarikan graviti
Bumi.
PLANET MARIKH
Merupakan planet yang terletak keempat
hampir dari matahari.

• Dikenali sebagai “planet merah” kerana


mempunyai permukaan yang terdiri daripada besi
oksida yang berwarna merah.
• Permukaan planet ini juga adalah berkawah.
• Mempunyai lapisan atmosfera yang nipis.
• Atmosferanya terdiri daripada gas karbon
dioksida dan karbon monoksida.
• Suhu di Marikh adalah 30 darjah celcius pada
waktu siang dan -60 darjah celcius pada waktu
malam.
• Mempunyai 2 bulan yang mengelilinginya.
PLANET MUSYTARI
• Merupakan planet yang terletak kelima
hampir dari matahari.

• Ia merupakan planet yang terbesar dan


mempunyai diameter kira-kira 11 kali ganda
diameter Bumi.
• Hampir seluruh permukaan planet ini terdiri
daripada hidrogen dan helium cair.
• Mempunyai dua gelang yang terdiri daripada
ketul-ketul ais.
• Planet ini juga mempunyai 16 bulan yang
mengelilinginya.
PLANET ZUHAL
• Zuhal merupakan planet yang keenam dari Matahari
dan planet kedua terbesar di dalam Sistem Suria,
selepas Musytari. Zuhal, bersama-sama dengan
Musytari, Uranus dan Neptun, diklasifikasikan sebagai
sebuah planet gergasi bergas.

• Zuhal mempunyai satu sistem gelang atau cecincin


yang utama terdiri kebanyakannya dari air batu dengan
sejumlah kecil serpihan batuan dan debu. Sebanyak
enam puluh bulan-bulan mengorbit planet berkenaan.
Titan, bulan Zuhal yang terbesar (selepas Ganymede),
yang merupakan bulan yang lebih besar dari planet
Utarid dan ia merupakan satu-satunya bulan di dalam
Sistem Solar yang mempunyai kemudahan atmosfera.
PLANET URANUS
• Merupakan planet yang terletak ketujuh
hampir dari matahari.

• Permukaannya kelihatan hijau kerana


atmosfera Uranus dilitupi oleh metana.
• Di samping itu atmosfera Uranus juga terdiri
daripada gas hidrogen dan helium.
• Permukaan Uranus dilitupi oleh lapisan ais.
• Mempunyai gelang dan dikelilingi oleh 15
bulan.
PLANET NEPTUN
Merupakan planet yang terletak kelapan hampir dari
matahari.

• Planet ini mempunyai jisim dan saiz yang hampir sama


dengan Uranus.
• Permukaan planet ini berwarna hijau kebiruan dan
atmosferanya terdiri daripada gas metana, hidrogen,
dan helium seperti Uranus.
• Dilingkari oleh gelang dan mempunyai permukaan yang
dilitupi oleh lapisan ais.
• Neptun mempunyai 8 bulan yang mengelilinginya.
• Satelit semulajadi atau bulan yang paling besar
mengelilinginya dikenali sebagai Triton.
• Triton merupakan bulan yang mempunyai atmosfera
berwarna kebiru-biruan.
CIRI-CIRI PLANET
DALAM SISTEM
SURIA
PLANET UTARID
• JARAK DARI MATAHARI ( JUTA KM)- 57.9
• JISIM RELATIF : 0.055
• DIAMETER (KM): 4879
• KETUMPATAN (g cm-3) : 5.4
• Tarikan graviti (ms-2); 3.7
• Purata suhu permukaan (celsius): 167
• Masa mengilingi matahari (waktu di bumi): 88hari
• Masa memebuat satu putaran lengkap pada paksi ( waktu
di bumi): 59hari
• Halaju putaran pada paksi (km/j): 10.89
• Bilangan satelit semula jadi atau bulan: 0
• Kandungan utama atmosfera planet: tiada atmosfera
• Keadaan permukaan planet: tidak berwarna,terdapat
kawah diliputi oleh habuk halus, terdapat dataran, gunung
dan lembah
Planet zuhrah
• JARAK DARI MATAHARI ( JUTA KM)- 108.2
• JISIM RELATIF : 0.815
• DIAMETER (KM): 12104
• KETUMPATAN (g cm-3) : 5.2
• Tarikan graviti (ms-2): 8.87
• Purata suhu permukaan (celsius): 457
• Masa mengilingi matahari (waktu di bumi): 224.7hari
• Masa memebuat satu putaran lengkap pada paksi ( waktu
di bumi): 243
• Halaju putaran pada paksi (km/j): 6.52
• Bilangan satelit semula jadi atau bulan: 0
• Kandungan utama atmosfera planet:96.5% karbon dioksida
;3.4% nitrogen; 0.1 argon,helium,neon,sulfur dioksida,wap
air
• Keadaan permukaan planet: berwarna jingga, berpasir dan
berbatu,terdapat daratan , daratan besar, gunung berapi
dan kawah yang luas

You might also like