You are on page 1of 54

BAB 6:

PEMBANGUNAN EKONOMI DALAM


KONTEKS HUBUNGAN ETNIK
 Melihat sejauh mana pentingnya
pembangunan ekonomi
 Memahami kepentingan adanya
keseimbangan ekonomi dalam etnik yg
bersifat majmuk
 Memahami dasar-dasar kerajaan dalam
memperbaiki ,memodenisasikn
pembangunan ekonomi negara
 Pembangunan dan pertumbuhan ekonomi
tidak dapat dipisahkan daripasa konteks
sosial.
 Sebagai negara yang majmuk,isu
pembangunan ekonomi sangat berkait rapat
dengan isu sosial terutama isu kemiskinan
dan agihan pendapatan menurut golongan
etnik.
 Dasar Pecah dan Perintah
 Wujud ekonomi dualisme/ ‘Dwiekonomi’
◦ Di bandar berkembang aktiviti ekonomi perdagangan
manakala di kawasan luar bandar kekal dengan pertanian
bersifat keperluan keluarga.
 Pengenalan ekonomi mengikut kaum- kegiatan
ekonomi yang berbeza antara kaum & antara
kawasan

 IMPAK TERBESAR?
 Jurang Antara Kaum –Politik, ekonomi dan sosial

4
 Di Malaysia ,isu agihan ini dapat dilihat dari
dua sudut:
*Kelas sosial yang berbeza
*Kelompok etnik yang berbeza
 Isu ini cuba diatasi oleh Dasar Ekonomi Baru
 Peranan orang Cina dalam mengembangkan
dan memesatkan ekonomi negara adalah
antara sumbangan terpenting.
 Hal ini diakui sejak awal-awal kedatangan
golongan imigran Cina.
 Mengikut Francis Light –orang Cina
merupakan aset terpenting dan dapat
menjana pendapatan tanpa perbelanjaan dan
usaha luar biasa kerajaan British.
 Menurut Dr.Mahathir Mohamad,masyarakat
Cina ialah pembayar cukai tertinggi di
Malaysia di mana ia penting untuk
pembangunan negara.
 Manakala masyarakat India telah
menyumbangkan tenaga mereka dalam
pembangunan negara dalam sektor
perladangan getah .
 Mereka juga memainkan peranan
terpenting dalam penyediaan prasana
negara khususnya membina jalan raya dan
kereta api.
 Tambahan mereka juga menyumbangkan
melalui kegiatan profesional sama ada
doktor,peguam ataupun pentadbir.
Membasmi Penyusunan
semula
Kemiskinan masyarakat

DASAR
EKONOMI
BARU
 Dasar ekonomi dan politik yang diamalkan
oleh pihak British menyebabkan
pembangunan yang tidak seimbang antara
kawasan bandar dan luar bandar ,dan
selanjutnya terdapat jurang perbezaan
ekonomi kelompok etnik.
 Banci penduduk 1970 menunjukkan
bahawa 49.3 % daripada semua keluarga di
Semenanjung Malaysia menerima
pendapatan di bawah garis kemiskinan .
 Daripada jumlah semua keluarga miskin,
sebanyak 86% berada di kawasan luar
bandar dan 14% di kawasan bandar.
 Dilihat daripada sudut pembahagian
pekerjaan pada tahun 1970 pecahan
mengikut kelompok etnik turut menunjukkan
ketidakseimbangan.

 Dalam sektor pertanian, etnik Melayu


merupakan majoriti dengan meliputi 67.6 %,
etnik Cina hanya meliputi 19.9 %, manakala
etnik India berjumlah 11.5 %, dan lain-lain
kelompok sebanyak 1 %.
 Dalam sektor perlombongan, etnik Cina
mendominasi dengan jumlah 58.7 %, etnik
Melayu hanya meliputi 32.1 %, etnik India
sebanyak 8.5 % dan lain-lain kelompok
sebanyak 0.7 %.

 Dalam sektor perniagaan, perdagangan,


pentadbiran awam, pendidikan, pertahanan
dan kemudahan awam, etnik Melayu meliputi
42.6 %, etnik Cina 45.5 %, etnik India 10.7 %
dan lain-lain kelompok sebanyak 1.2 %
 Ketidaksamarataan ekonomi menjadi sebab
utama berlakunya kecemburuan sosial sehingga
mencetuskan Peristiwa 13 Mei 1969.
 Menyedari kedudukan ketidakseimbangan sosial
ekonomi itu, kerajaan telah mengusahakan
supaya satu pendekatan baru dalam rancangan
pembangunan negara yang melibatkan program
20 tahun iaitu daripada 1971-1990 yang
dikenali sebagai Dasar Ekonomi Baru.
 Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan suatu
dasar yang diperkenalkan dengan tujuan untuk
menyelesaikan masalah perbezaan ekonomi
antara sektor dan etnik agar kestabilan ekonomi
 Dasar Ekonomi Baru mempunyai dua sasaran,
iaitu,
◦ mengurang dan seterusnya membasmi kemiskinan
dengan memperbanyakkan peluang-peluang pekerjaan
kepada semua rakyat tanpa mengira etnik
◦ menyusun semula masyarakat untuk mengurangkan
dan seterusnya menghapuskan pengenalan etnik
mengikut fungsi-fungsi ekonomi.

 Antara matlamat DEB ialah menyusun semula


pemilikan harta dengan meningkatkan
pemilikan saham Bumiputera sehingga
sekurang-kurangnya 30 % menjelang tahun
1990.
Usaha yang dirangka untuk menyelesaikan
masalah
sosial ekonomi dan projek pembangunan :

 Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua


golongan rakyat yang menganggur.
 Menambah daya pengeluaran dan pendapatan.
 Memberi peluang perpindahan orang yang
bekerja di sektor yang rendah daya
pengeluarannya kepada sektor yang lebih
lumayan.
 Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan
antara kelompok etnik, antara kawasan bandar
dan luar bandar dan antara wilayah.
 Memodenkan kehidupan di luar bandar.
 Mewujudkan kumpulan perusahaan dan
perdagangan Bumiputera.
 Mengadakan suasana pekerjaan yang
mencerminkan komposisi kelompok etnik di
Malaysia.
 Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat
melalui pelajaran, latihan, kesihatan,
kemudahan-kemudahan infra-struktur dan lain-
lain
 Meninggikan daya pengeluaran dan taraf
kehidupan golongan miskin melalui proses
memodenkan kawasan luar bandar.
 Mengurangkan keadaan yang tidak seimbang
dalam struktur guna tenaga.
 Menambahkan dengan lebih cepat lagi bilangan
rakyat Malaysia dalam pemilikan modal dalam
stok syarikat dan pertumbuhan ekonomi.
 Membentuk sebuah masyarakat perdagangan dan
perindustrian di kalangan orang Melayu dan
golongan Bumiputera supaya dapat membentuk
dan memiliki 30% ekonomi dalam tahun 1990
 Menubuhkan beberapa agensi seperti MARA,
Bank Pembangunan, Bank Bumiputera, Amanah
Saham Nasional.
 Memajukan negeri dan kawasan yang dianggap
mundur melalui pembangunan wilayah baru
seperti DARA, KESEDAR, KEJORA dan sebagainya.
 Dasar Ekonomi Baru bermatlamatkan perpaduan
negara dan dilaksanakan melalui proses
pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula
masyarakat di dalam konteks keselamatan
negara yang kukuh.

 Usaha ini memerlukan bukan sahaja usaha yang


gigih daripada pihak kerajaan dan
kakitangannya, malah ia memerlukan perubahan
sikap, tenaga dan pemikiran seluruh rakyat,
termasuk daripada sektor swasta.
 Perlu disedari bahawa Dasar Ekonomi Baru
hanya mensasarkan 30 % pemilikan saham
oleh golongan Bumiputera dan bukannya 100
% pemilikan saham.

 Oleh yang demikian, tidak wajar untuk


mengatakan bahawa Dasar Ekonomi Baru
sebagai suatu dasar yang bersifat
diskriminatif
 Kebanyakan syarikat milik usahawan bukan
Melayu telah mempunyai pengalaman yang
lebih lama dan luas, maka mereka lebih
berkemampuan untuk menghadapi krisis
ekonomi.

 Syarikat-syarikat milik golongan Bumiputera,


yang kebanyakannya lahir daripada Dasar
Ekonomi Baru dan Dasar Penswastaan,
terpaksa berhempas pulas untuk bertahan.
 Krisis kewangan 1985-1986 terjadi akibat
kejatuhan harga komoditi.
 Krisis kewangan negara 1997-98 berpunca
daripada kejatuhan nilai ringgit yang mendadak
pada ketika itu. Kerajaan tidak berkesempatan
mempertahan dan menstabilkan nilai ringgit
apabila mata wangnya.
 Pada pertengahan 1998, terdapat lebih 25, 000
syarikat dalam kategori industri kecil dan
sederhana (IKS) yang mengalami masalah dan
terdapat 191 buah syarikat yang majoriti sahamnya
dimiliki golongan Bumiputera telah muflis.
 Rancangan pembangunan lima ini dilaksanakan
sejak 1950 bagi memperbaiki kedudukan ekonomi
yang terjejas akibat perang dunia kedua
 Terdapat dua rancangan pembangunan yang
digubal oleh British
◦ Draf Rancangan Pembangunan (1950-1955)
◦ Rancangan 5 tahun Malaya Pertama (1956-1960)
Draf Pembangunan
Rancangan Malaysia Rancangan Malaysia
Lima Tahun (1950-
Kelima Keenam
1955)

Rancangan Lima
Rancangan Malaysia Rancangan Malaysia
Tahun Malaya Pertama
Keempat ketujuh
(1956-1960)

Rancangan Lima
Rancangan Malaysia Rancangan Malaysia
Tahun Malaya Kedua
Ketiga kelapan
(1961-1965)

Rancangan Malaysia Rancangan Malaysia Rancangan Malaysia Rancangan Malaysia


Pertama (1966-1970) Kedua (1971-1975) kesembilan kesepuluh
 Rancangan ini memberi tumpuan pada
pembangunan luar bandar terutama untuk
memulihkan perusahaan getah supaya dapat
bersaing dengan getah tiruan.
 dua matlamat utama berikut;
i. Membangunkan sektor ekonomi di luar bandar
bagi merapatkan jurang perbezaan pendapatan
antara penduduk luar bandar dan bandar.
ii. Mengurangkan kadar kemiskinan dalam
kalangan masyarakat luar bandar.
 Agensi perlaksana yang ditubuhkan adalah
Lembaga Kemajuan Perusahaan Luar Bandar (RIDA)
dan Lembaga KemajuanTanah Persekutuan (LKTP)
 Rancangan Malaya kedua memberi tumpuan untuk
menyediakan lebih banyak kemudahan asas dan
mempelbagaikan ekonomi di kawasan luar bandar
menekankan matlamat berikut
Mengurangkan jurang perbezaan taraf hidup
antara kawasan
 Mewujudkan peluang pekerjaan untuk penduduk
di luar bandar
 Menyediakan pelbagai kemudahan asas seperti
kemudahan kesihatan pelajaran dan perumahan
untuk penduduk di luar bandar.
. Mempelbagaikan kegiatan pertanian dengan
menekankan pengeluaran pertanian yang lain
sebagai tambahan kepada tanaman getah.
 Rancangan Malaysia Pertama memberi tumpuan
pada pembangunan negara secara menyeluruh
yang meliputi semua bidang ekonomi.

 Program pembangunan negara melalui Rancangan


ini berasaskan satu rancangan bersepadu berikutan
kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam
persekutuan Malaysia.
 Matlamat utama Rancangan Malaysia Pertama
adalah

Mempelbagaikan kegiatan ekonomi dalam sektor


perindustriaan untuk mengurangkan
kebergantungan kepada getah dan bijih timah.
 Mengadakan peluang pekerjaan sebagai usaha
untuk mengurangkan penggangguran
 Meningkatkan pendapatan dan penggunaan
sumber dalam rakyat berpendapatan rendah.
 Mempercepat integrasi dalam kalangan
penduduk dan negeri di Malaysia
 Rancangan Malaysia Kedua dilaksanakan untuk
memperbaiki kedudukan ekonomi yang tidak
seimbang antara kawasan dan kaum yang dianggap
sebagai punca pencetus Peristiwa 13 Mei 1969.
 Rancangan Malaysia Kedua merupakan siri
pertama dalam rancangan pembangunan DEB.
 Matlamat DEB adalah untuk mencapai perpaduan
negara yang dilaksanakan melalui serampang dua
mata antaranya :
Mengurangkan dan seterusnya membasmi
kemiskinan
Mempercepatkan proses penyusunan semula
masyarakat Malaysia
 Usaha-usaha membasmi kemiskinan
 Mewujudkan peluang pekerjaan dalam pelbagai
sektor untuk diisi oleh semua kaum.
Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan
antara kaum dan wilayah.
 Meningkatkan daya pengeluaran dan
pendapatan dengan menambahkan kemudahan
untuk semua golongan miskin di bandar dan luar
bandar.
 Memperbaiki taraf hidup dan kualiti kehidupan
melalui pelajaran, latihan, kesihatan dan
kemudahan infrastruktur.
 Mewujudkan suasana pekerjaan yang
menggambarkan komposisi kaum.
 RMK ke 3 merupakan peringkat kedua DEB. Buat
pertama kali rancangan pembangunan wilayah
diperkenalkan dalam rancangan pembangunan
negara.

 Tujuan utama diberikan kepada penanaman getah


dan kelapa sawit untuk tujuan eksport. Isu
perpaduan masih menjadi perhatian utama dalam
pembangunan ekonomi.
 Rancangan Malaysia keempat adalah rancangan
untuk memperkemas langkah dan program yang
terkandung dalam Rancangan Malaysia Kedua dan
Rancangan Malaysia Ketiga untuk mencapai
sosioekonomi DEB.
 Program pembangunan masih diteruskan dengan
memberi keutamaan kepada sektor perusahaan
dan pertanian. Penekanan diberikan kepada
perusahaan berat berasaskan pelaburan modal dan
penggunaan teknologi tinggi serta keperluan
tenaga pekerja yang mahir.
 RMK ke 5 masih meneruskan pembangunan sektor
pertanian dan dilaksanakan melalui penggunaan
tanah dengan lebih cekap, memaksimunkan
sumber tenaga manusia dan menambahkan
peluang latihan kemahiran dalam sektor awam dan
swasta.
 Usaha mempercepatkan perkembangan sektor
perusahaan diperkenalkan dengan;
i. Meningkatkan peranan sektor swasta dan
kecekapan pengurusan dalam kalangan agensi
kerajaan.
ii. Mempergiat perusahaan pembuatan dengan
menubuhkan Perusahaan Otomobil Nasional
Berhad iaitu perusahaan membuat kereta nasional
 Rancangan Malaysia Keenam digubal untuk
mengekalkan pembangunan dan menguruskan
kejayaan ekonomi negara supaya pembangunan
seimbang dapat dicapai selaras dengan objektif
yang ditetapkan oleh Dasar Pembangunan
Nasional.

 Strategi yang digariskan untuk mencapai matlamat


RMK ke 6
i. Meningkatkan Kecekapan dan daya saing
ekonomi dengan menggalakkan penglibatan sektor
swasta dalam mengembangkan ekonomi negara.
ii. Mengurangkan penyertaan secara langsung
sektor awam dengan meningkatkan keupayaan
sedia ada sektor swasta untuk melaksanakan
 iii. Mengekalkan dasar liberalisasi dan pelonggaran
peraturan undang-undang untuk memperbaiki
iklim pelaburan dalam negara menggalakkan
pertumbuhan sektor swasta dan pelaburan asing.
iv. Menggalakkan pertumbuhan pesat proses
perindustrian dengan menggunakan teknologi yang
lebih canggih bagi menghasilkan keluaran yang
berkualiti untuk memenuhi keperluan pasaran di
negara maju.
v. Mengukuhkan perkembangan pasaran kewangan
dan modal supaya tabungan dalam negara dapat
ditingkatkan dan disalurkan secara
 RMK 7 digubal seiring dengan hasrat negara
menyokong dan mengekalkan proses
pembangunan. Teras RMK 7 adalah untuk
meningkatkan pertumbuhan potensi keluaran,
memesatkan peralihan struktur dan pembangunan
seimbang.
 Tumpuan Rancangan adalah untuk meningkatkan
produk dan kecekapan, terutama melalui
pemberian insentif kepada sektor swasta
 Menekankan unsur kaum, penyusunan semula
masyarakat dan pembangunan yang seimbang
masih menjadi strategi utama Dasar Wawasan
Negara.

 RMK 8 merupakan rancangan pembangunan


pertama dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang.
Dasar Wawasan Negara yang terkandung dalam
RRJP3 berperanan menentukan arah pembangunan
negara dalam dekad pertama abad ke 21.
 Rancangan Malaysia Kelapan menggabungkan
strategi, program dan projek yang dirangka bagi
mencapai objektif Dasar Wawasan Negara, iaitu
menjamin pertumbuhan mapan dan pengukuhkan
daya tahan ekonomi negara serta mewujudkan
masyarakat yang bersatu dan saksama.

 Dasar Wawasan Negara menggabungkan teras dan


dua dasar pembangunan terdahulu, iaitu Dasar
Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional
dengan objektif utamanya untuk mencapai
perpaduan nasional. Pembasmian kemiskinan
tanpa mengira
 Rancangan Malaysia Kesembilan merupakan
peringkat kedua pelaksanaan RRJP3 dan fasa kedua
pelaksanaan Wawasan 2020. Penekanan diberikan
kepada pembangunan insaniah yang melibatkan
penggunaan secara optimum pembangunan fizikal
yang telah disediakan.

 Rancangan ini menggariskan enam cabaran;


i. Meningkatkan prestasi dan kemampuan Malaysia
ii. Mengukuhkan daya saing dan daya tahan
ekonomi negara dan meningkatkan kegiatan
inovasi
iii. Meningkatkan daya pengeluaran dan tahap
pengetahuan dalam ekonomi.
iv. Membangunkan sumber manusia.
v. Memperhebat langkah pembasmian kemiskinan.
vi. Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan
berkualiti tinggi melalui sistem yang cekap dan
Pembangunan
Ekonomi dan
Hubungan Etnik
Dalam Rancangan
Malaya Pertama
(1956-1960) dan
Kedua (1961-
1965)
Persekutuan Tanah Melayu ingin wujudkan
perpaduan rakyat dan juga mewujudkan integrasi
antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Selain
itu, Ingin mengurangkan kadar pengangguran,
membangunkan ekonomi luar bandar dan
mempelbagaikan ekonomi supaya tidak
bergantung kepada getah dan bijih timah.
 Tragedi 13 Mei 1969 menyedarkan kerajaan
timbulnya masalah perbalahan kaum adalah
disebabkan ketidakseimbangan dalam
pembangunan ekonomi antara kaum
 Pembahagian buruh seperti yang disaksikan pada
zaman penjajahan berterusan pada tahun-tahun
1960an. Adalah didapati golongan yang paling
menganggur ialah orang Melayu dan ini diikuti oleh
orang India. Dalam sektor pelaburan didapati
orang Melayu hanya memiliki 1% pelaburan dalam
perniagaan berdaftar.
 Dalam usaha kerajaan membantu ekonomi orang Melayu di
luar bandar kerajaan telah menubuhkan pelbagai agensi
antaranya :

 RIDA (Rural Industrial Development Authority) berfungsi


untuk memajukan masyarakat luar bandar melalui
pembangunan sosial, ekonomi dan infrastruktur.

 FELDA (Federal Land Development Authority) pada 1956


untuk membuka dan memajukan tanah baru secara besar-
besaran bagi pertanian dan penempatan
Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar pada
1959, satu Kementerian yang secara khusus menjaga hal-
ehwal luar bandar ditubuhkan.
FAMA (Federal Agricultural Marketing Authority) pada 1965.
 Pada tahun1961 Jawatankuasa Pembangunan
Kampung ditubuhkan bagi melibatkan orang
Melayu secara langsung dalam proses perancangan
dan pelaksanaan program pembangunan.

 Bank Bumiputera ditubuhkan pada 1965 dengan


modal sebanyak RM20 juta untuk berperanan
sebagai institusi yang boleh membekalkan kredit
serta khidmat nasihat kepada peniaga bumiputera.
Amanah Saham MARA dilancarkan pada 1967
untuk menggembling tabung simpanan Melayu.
Dewan Perniagaan Melayu Bersekutu ditubuhkan
pada 1967 sebagai urursetia bagi golongan
kapitalis Melayu.
 Kedudukan ekonomi Cina amat teguh selepas
merdeka disebabkan kemahiran orang Cina
berdagang dan juga sumbangan persatuan-
persatuan Cina untuk mengumpul modal.
 Konsep perniagaan ala kongsi telah membantu
kaum Cina mengumpul modal dan mengukuhkan
modal di kalangan komuniti mereka.
 Keadaan ini juga dibantu oleh lokasi orang Cina di
bandar yang telah mendedahkan mereka dengan
satu sistem pendidikan yang baik.
 Dasar kerajaan yang baru merdeka untuk
mengambilalih ladang-ladang milik pengusaha
asing mempunyai kesan yang serius ke atas buruh
eset.
Pengusaha Barat mula menjual ladang-ladang
mereka dan meninggalkan negara.

 MIC telah cuba menyelamatkan nasib buruh-buruh


India dengan membeli ladang-ladang kecil dengan
menubuhkan National Land Finance-Co-operative
Society Lmtd (NLFCS) pada 1960. MIC dan NLFCS
telah mendesak kerajaan menggubal undang-
undang untuk mengawal penjualan estet yang
luasnya melebihi 100 ekar.
 Tun Razak menyedari bagi membangunkan
ekonomi negara, kerajaan harus mengelakkan
perbalahan kaum.

 Untuk itu parti Perikatan diperluaskan dan pada


1974 Barisan Nasional (BN) dibentuk dan ia
menyaksikan penyertaan lebih banyak parti politik
dan mengurangkan politiking.

 Tujuan utama rancangan ini adalah untuk


memperteguhkan sokongan orang Cina. Ia adalah
strategi politik yang digelar sebagai “ethnic
corporatism”.
 Yang seterusnya Kerajaan ingin memodenkan
kehidupan masyarakat luar bandar dan
mempertingkatkan penyertaan kaum bumiputera
dalam bidang perusahaan dan perniagaan.

 Objektif ini mengalami sedikit perubahan pada


tahun-tahun 1980-an apabila dinyatakan satu lagi
objektif adalah untuk menggalakkan penyertaan
sektor swasta dalam pembangunan negara.

 Kerajaan memperkenalkan DEB dan ia


menyedarkan orang Cina betapa perlunya
bekerjasama dengan orang Melayu untuk
mendapat faedah ekonomi.
 Kaum Cina mula mengubah strategi perniagaan
mereka daripada berniaga sebagai individu kepada
kumpulan.

 Pada 1989 kerajaan telah menubuhkan Majlis


Perundingan Ekonomi Negara untuk melahirkan
rasa kebimbangannya dengan nasib kaum India
yang ketinggalan di bawah DEB dan ingin
mengemukakan cadangan bagi merangkakan dasar
ekonomi bagi tempoh 1991-2000.

 Majlis ini telah menyeru supaya kerajaan


mengambil tindakan untuk memajukan nasib orang
India dibawah Dasar Pembangunan Nasional yang
akan menggantikan DEB.
 DPN digubal berlandaskan wawasan 2020 untuk
menjadikan Malaysia sebuah negara maju
menjelang 2020.

 Wawasan 2020 menekankan 9 cabaran yang perlu


dihadapi oleh rakyat Malaysia untuk muncul
sebagai negara berteknologi tinggi menjelang abad
ke-21
 Dasar-dasar yang menggantikan DEB cuba
mewujudkan landasan yang baik bagi
memajukan kesemua kaum di Malaysia.
Namun begitu, dari segi perlaksanaan DEB
memang mempunyai kelemahan.
 Menjadi tanggungjawab kerajaan dan semua
pihak bagi memastikan apa sahaja dasar yang
diperkenalkan membawa faedah kepada
semua lapisan masyarakat tanpa
meminggirkan mana-mana komuniti.

You might also like