You are on page 1of 6

WK002 KOKURIKULUM

TOPIK 3 : PENGURUSAN
NAMA PENSYARAH : PN NUR AFIFAH BINTI MOHMED NOR
PERANCANGAN & PENGURUSAN
ORGANISASI
 Perancangan ialah melibatkan perletakan matlamat, merangka strategi-strategi dan
membangunkan pelan-pelan untuk menyelaraskan aktiviti kerja.

 DEFINISI PENGURUSAN
“Pengurusan adalah proses preancangan, penyusunan, pengarahan dan pengawalan
usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan semua sumber organisasi untuk mencapai
matlamat organisasi.

 DEFINISI ORGANISASI
“Organisasi adalah himpunan individu (dua @ lebih) yang menjalankan tugas tersendiri
mengikut unit kerja yang kemudiannya diselaraskan bagi mencapai sesuatu matlamat
yang telah ditetapkan.
TATACARA PENUBUHAN JAWATANKUASA

1) Merancang mesyuarat pertama bersama ahli-ahli yang telah bersetuju untuk


menubuhkan sesuatu jawatankuasa program/aktiviti.
2) Mesyuarat pertama :-
 Membuat lantikan Jawatankuasa Induk seperti Ketua Program, Tim. Ketua Program,
Bendahari, Setiausaha dan ketua setiap jawatankuasa.
 Lantikan mestilah mendapat sokongan majoriti ahli-ahli jawatankuasa.
 Minit mesyuarat pertama perlulah dicatat oleh Setiausaha.
 Ketua Program perlu menjelaskan setiap fungsi dan tugas setiap jawatankuasa
berdasarkan keperluan program/aktiviti yang dirancang.
BIDANG TUGAS JAWATANKUASA

 KETUA PROGRAM
 Memastikan gerak kerja semua JK berjalan lancar.
 Merangka carta Gant untuk melicinkan proses pengurusan dan
pelaksanaan.
 Membentangkan kertas kerja program kepada HEP untuk mendapatkan
kelulusan.
 Timbalan Ketua Program
 Membantu tugas kerja Ketua Program.

 Bendahari
 Merangka bajet anggaran perbelanjaan keseluruhan program yang dirancang.
 Mencari syarikat-syarikat yang berpotensi untuk memberikan sumbangan kepada
program yang dirancang. (sekiranya perlu)

 Setiausaha
 Mencatat minit dan kehadiran semua ahli pada mesyuarat.
 Membuat surat menyurat yang diperlukan untuk program.
 Menyediakan kertas kerja program.
PENYEDIAAN KERTAS KERJA

 Guna format rasmi Kolej bagi penyediaan Kertas Kerja.

1. Tujuan
2. Pendahuluan
3. Matlamat
4. Objektif
5. Tema (sekiranya ada)
6. Organisasi Jawatankuasa program
7. Anjuran & Kerjasama (sekiranya ada)
8. Butiran Program
9. Belanjawan
10. Penutup
11. Lampiran (sekiranya ada)

You might also like