You are on page 1of 6

BAB 6 :

PEMILIKAN PERNIAGAAN

CARA MEMULAKAN PERNIAGAAN


*1. Memulakan sendiri
• Menubuhkan sesuatu perniagaan
baru atas usaha sendiri.
• Usahawan perlu modal,
pengetahuan, pengalaman, minat
dan kebolehan.
• Usahawan bebas menguruskan
perniagaan mengikut gaya dan
kreativiti sendiri.
*2. Mengambil alih
• Membeli sesebuah perniagaan yang
sedia wujud.
• Perniagaan yang diambil alih
menguntungkan dan berpotensi
maju.
• Pengambilalihan perniagaan yang
berprestasi baik disebut ‘muhibbah’
(goodwill) dan perlu membayar
‘wang muhibbah’.
*3. Warisan
• Mewarisi perniagaan daripada ahli
keluarga.
• Diwarisi dari satu generasi kepada
generasi lain.
• Usahawan yang mewarisinya hanya perlu
menyumbang dan mengembangkan
perniagaan tersebut.
• Contoh kedai kain, Globe Silk Store
*4. Francais
• Hak atau kebenaran untuk menjual barang syarikat
lain yang sudah
• Terkenal dengan menggunakan jenama dan logonya.
• Syarikat yang diberi hak ialah francaisi.
• Syarikat yang memberi hak francais dikenali
francaisor.
• Francaisi dibantu dan dibimbing oleh francaisor
• Sebagai balasan francaisi dikehendaki membayar
royalti dan mematuhi syarat.
• Francais adalah perniagaan yang paling rendah risiko
kegagalannya.
• Contoh : Marrybrown, Mc Donald’s, Dunkin’ Donuts, 7
Eleven.
*5. Diundang
• Usahawan dijemput menyertai
sesebuah perniagaan sebagai rakan
• Kongsi atau pemegang saham
• Dijemput kerana kepakaran,
pengalaman, modal atau
keistimewaan yang diperlukan untuk
mengendalikan perniagaan.

You might also like