You are on page 1of 15

Kami warga pendidik dan staf SJK

North, Miri dengan penuh tekad dan


iltizam berikrar dan berjanji akan
menumpukan seluruh usaha dan
tenaga kami untuk:
 Memastikan aktiviti gerak kerja kokurikulum berjalan pada masa
yang ditetapkan serta murid mendapat pendidikan kokurikulum
berkualiti.
 Memastikan penglibatan dalam bidang kokurikulum diikuti oleh
semua murid disekolah ini selaras dengan Falsafah Pendidikan
Negara.
 Menyediakan murid untuk pentaksiran PAJSK
 Memastikan maklumat / data dapat disalurkan kepada pelanggan,
lengkap, tepat, cepat dan terkini.
 Setiap murid yang layak dan berpotensi dalam pelbagai bidang
kokurikulum dikembangkan secara optimum diperingkat sekolah,
daerah, negeri dan kebangsaan.
 Setiap murid tahap dua mendapat peluang menyertai kegiatan
kokurikulum sekurang-kurangnya satu persatuan, satu kelab
beruniform dan satu aktiviti sukan permainan..
 Memastikan staf berkhidmat dengan penuh
komited, berdedikasi, berdisiplin, produktif
serta proaktif.
 Memastikan staf menawarkan perkhidmatan
cekap, ikhlas, amanah dan berkesan serta
menepati keperluan semasa.
 Memasatikan pejabat sekolah sentiasa peka
dan responsif kepada kehendak pelanggan
 Memastikan semua maklumat berkaitan
kokurikulum iaitu kemenjadian diri murid
secara keseluruhan dari segi penglibatan
kokurikulum terutama bagi pelaksanaan
pemarkahan PAJSK disampaikan secara
berterusan kepada warga sekolah terutama
murid dan ibubapa
 Memberi kerjasama erat kepada semua
aktiviti kemasyarakatan
 Memberi maklum balas kepada semua surat
arahan daripada stakeholder sekurang-
kurang 3 hari sebelum tarikh akhir.
 Ketetapan kokurikulum ini menjadi garis
panduan yang jelas kepada setiap warga
sekolah
 Memantapkan pengurusan kokurikulum di
peringkat sekolah
 Memenuhi keperluan Standard Kualiti
Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMG2)
 Menyediakan dan menyelaraskan program
pendidikan termasuk kurikulum dan kegiatan
kokurikulum yang merangkumi semua
pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur
kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu
perkembangan seseorang murid dengan
sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental
dan emosi serta menanam dan mempertingkatk
nilai moral yang diingini dan mengembangkan
kesemua aspek kecerdasan Pelbagai.
 Ketetapan Kokurikulum Sekolah (KKoS) yang
diwartakan mestilah selari dengan Dasar
Pendidikan Kebangsaan dan juga Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015
 Aktiviti Kokurikulum yang dialaksanakan
mestilah memenuhi kehendak dan SOP
(“Standard Operating Procedure”) KPM
 Semua guru mestilah mempertingkatkan
kemahiran kejurulatihan secara berkala dalam
ketiga-tiga bidang utama:- Pasukan Badan
Beruniform, Kelab Persatuan dan Sukan
Permainan
 Mesyuarat Jawatankuasa Kokurikulum
mestilah dilaksanakan sekurang-kurangnya
empat kali setahun bagi membincangkan
pengurusan dan pelaksanaan , masalah dan
isu-isu berkaitan aktiviti dan penglibatan
kokurikulum dalam semua peringkat.
 Pengurusan mesyuarat mestilah mematuhi
prosedur dan pekeliling yang ditetapkan
 Setiausaha Jawatankuasa dilantik dalam
kalangan guru
 Agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat
wajib dilaksanakan
 Semua perkara yang telah dibincangkan dan
diputuskan di dalam mesyuarat Jawatankuasa
Kokurikulum mestilah dimaklumkan dan
dibincangkan pelaksanaannya di dalam
mesyuarat kecil setiap unit berkaitan dan
maklum balas yang sewajarnya mestilah
disampaikan kepada Jawatankuasa Induk
Pengurusan.
 Jawatankuasa Induk akan sentiasa membuat
pemantauan dan penilaian impak terhadap
pelaksanaan kokurikulum dalam peringkat
sekolah hingga ke peringkat tertinggi dan
semua guru dipertanggungjawabkan
sepenuhnya untuk memastikan
pelaksanaannya
 Pengurusan Kokurikulum juga mestilah mematuhi
arahan-arahan SPI semasa yang dikuatkuasakan oleh
KPM
 Kejayaan murid dalam kepelbagaian aspek
penglibatan kokurikulum serta sukan adalah berkait
rapat dengan kesediaan murid serta ibubapa,
pendedahan dan latihan secukupnya dalam bidang
yang diceburi , motivasi dan bakat adalah berkait
rapat dengan latihan kemahiran dalam sekolah dan
secara kendiri. Oleh itu semua unit kokurikulum dan
sukan hendaklah berfungsi secara optimum untuk
saling bekerjasama, saling membantu , berkongsi
fikiran, pengalaman dan kepakaran.
 Setiausaha Kokurikulum,Setiausaha Sukan,
Penyelaras Kokurikulum dan Guru Penasihat
hendaklah menyelaraskan pengemaskinian
fail-fail semua unit yang berkaitan dengan
Kokurikulum dan semua minit atau laporan
mesyuarat, surat menyurat dan rekod-rekod
yang berkaitan dengan diselia oleh Penolong
Kanan Kokurikulum

You might also like