You are on page 1of 31

SYAIR

DAN
GURINDAM
ASAL USUL SYAIR
• Syair dikatakan diambil daripada perkataan
“shi’r’” yang bermaksud puisi atau sajak dalam
bahasa Arab
• Namun ianya bukanlah puisi dari Arab atau Parsi
• Dalam konteks masyarakat Melayu,syair
bukanlah puisi atau sajak kerana ianya
mempunyai unsur yang tersendiri
• Merupakan ciptaan asli masyarakat Melayu
• Berkemungkinan berasal daripada puisi
Melayu- Indonesia yang asli

• Syair Melayu dicipta oleh Hamzah Fansuri


beracuankan puisi Arab- Parsi - Syed Naquib
al-Attas
APAKAH YANG DIKATAKAN SEBAGAI
SYAIR?
• merupakan sejenis puisi berlagu
• berasal dari Parsi dan telah dibawa masuk ke
Nusantara bersama-sama dengan kedatangan Islam.
• diubahsuaikan mengikut kesesuaian Bahasa Melayu
Klasik
• A. Teeuw berpendapat bahawa syair merupakan puisi
Melayu lama yang telah sedia wujud tetapi namanya
telah ditukar
• telah wujud sebelum kejatuhan Kerajaan Melaka

• kata-kata yang tertulis pada sebuah batu nisan


tua yang telah di-jumpai di Minye Tujuh, Acheh

• Za'aba pula mendakwa bahawa syair berasal


daripada perkataan "syir" yang membawa maksud
perasaan serta pengenalan dengan pancaindera
yang selalunya membangkitkan pelbagai perasaan
dan pengalaman serta mempunyai bahasa yang
indah dan menarik.
• Syair disampaikan dalam bentuk rangkap

• Syair tidak mempunyai pemilik atau penulis yang


khusus

• dianggap milik bersama oleh masyarakat Melayu


lama.

• Fungsi syair adalah untuk menyampaikan cerita


dan pengajaran dan digunakan juga dalam
kegiatan-kegiatan yang berunsur keagamaan.
CIRI-CIRI SYAIR
• terdiri daripada 4 baris serangkap (tetapi
sesetengah syair boleh juga dihasilkan dalam 2
atau 3 rangkap).
• syair tidak mempunyai pembayang maksud
(berbeza dengan pantun).
• Tergolong dalam jenis puisi kata (word verse)
• bilangan perkataan dalam setiap baris adalah
sama iaitu 4 perkataan dan 8-12 suku kata dalam
satu baris.
• Memakai skema rima a-a-a-a, rima akhir tidak
rima dalaman
• Dalam suatu baris ,terdapat suatu hentian
(pause) kerana itu adanya kolon sepertimana
dalam sebaris pantun
• setiap baris dalam syair mempunyai makna
yang berkaitan dengan baris-baris terdahulu.
• Seluruh empat baris merupakan satu kesatuan
idea; ertinya tidak terbahagi dua kepada
sampiran dan mkasud sepertimana seuntai
pantun
• Suatu rangkap syair perlu diikuti oleh rangkap-
rangkap lain untuk membina suatu idea yang
lengkap, sesuai dengan isi dan tujuannya.

• Syair perlu dilagukan untuk membentuk


nyanyian

• syair mengungkapkan pengajaran dan


pemberitaan

• maka lagu memberikan ciri, rasa, dinamika,


asal-usul, dan kebersamaan
CONTOH- CONTOH KARYA SYAIR
• Syair Bidasari
Sebuah syair romantis yang mengisahkan tentang
Bidasari yang rupawan menjadi mangsa cemburu
Permaisuri Indrapura.

• Syair surat al-qiyamah


Disalin pada tahun 1306H. [1888M.]
Sebuah syair berbentuk keagamaan yang
menceritakan tentang keadaan hari kiamat, nikmat di
syurga dan seksa di neraka.
• Syair Siti Zubaidah
Sebuah syair bercorak romantis yang mengisahkan
tentang kesetiaan, ketabahan dan keberanian
seorang wanita bernama Siti Zubaidah yang telah
berusaha sedaya upaya untuk menjejaki dan
membebaskan suaminya yang di dalam tawanan.

• Syair Sultan Abdul Muluk


Disalin oleh Morset Subinder Malun Rabflis di
Kampung Lebach (?), Kolombo, [Sri Lanka]. Kitab
asal ditulis oleh Raja Ali Haji. Menceritakan
bagaimana Sultan Abdul Muluk yang ditawan oleh
Sultan Hindustan diselamatkan oleh isterinya, Siti
Rafiah
• Syair Pertuanan Alif
Disalin oleh Muhammad Yusuf pada hari Jumaat,
bulan Rabiulakhir. Sebuah syair berbentuk
keagamaan yang antara lainnya membicarakan
mengenai makrifat Islam

• Syair Burung Merpati


Sebuah syair yang menerangkan mengenai ilmu
tauhid, merangkumi rukun iman dan amalan-
amalan yang perlu dilakukan. Penerangan
dilakukan melalui perbualan pelbagai jenis
burung.
CONTOH SYAIR
DEFINISI GURINDAM
• Puisi lama yang terdiri daripada dua
baris ayat atau kalimat.

• Dalam baris pertama tersimpul fikiran


yang berupa soalan.

• Dalam baris kedua pula termuat


jawapan atau ketegasan bagi baris
pertama tadi.

• Tiap-tiap baris terpancar suatu fikiran


yang lengkap
DEFINISI ;
MENURUT ZA’BA 1962,ILMU MENGARANG MELAYU.

Perkataan gurindam itu daripada


bahasa Sanskrit menerusi bahasa Tamil.
Ertinya biasa difahamkan
“rangkap yang telah menjadi bidalan” atau
sebutan biasa pada orang ramai, ataupun,
“sesuatu pepatah berangkap yang disebutkan
berpadanan dengan tempatnya.
KESIMPULAN DEFINISI
Gurindam terdiri daripada dua baris ayat
yang rima akhirnya sama. Dalam kedua-dua
baris ayat itu tersimpul satu fikiran lengkap
berupa nasihat.

• Istilah ‘gurindam’ sebagai istilah teknis :


 puisi dimulakan oleh Raja Ali Haji.
karyanya “Gurindam Dua Belas”,1846.
BEZA SYAIR & GURINDAM
MENURUT RAJA ALI HAJI :

Adalah beza antara gurindam dengan syair itu aku nyatakan


pula: bermula erti syair Melayu itu perkataan yang bersajak yang
serupa dua berpasang pada akhirnya dan tiada berkehendak
pada sempurna perkataan pada satu-satu pasangannya,
bersalahan dengan gurindam. Adapun erti gurindam itu perkataan
yang bersajak juga pada akhir pasangannya, tetapi sempurna
perkataannya dengan satu pasangan sahaja. Jadilah seperti
sajak yang pertama itu syarat dan sajak yang kedua itu jadi
seperti jawab.
Raja Ali Haji memberikan contoh syair dan gurindam :

Bermula inilah rupanya syair :


Dengarkan tuan suatu rencana
Mengarang di dalam gundah-gulana
Barangkali gurindam tiada kena
Tuan betulkan dengan sempurna

Inilah erti gurindam yang di bawah syair ini :


Persimpangan yang indah-indah
Iaitu ilmu yang memberi faedah

Aku hendak bertutur


Akan gurindam yang teratur
CIRI-CIRI GURINDAM
1. Ciri-ciri bentuk Gurindam
a. Merupakan puisi bebas atau tidak terikat
b. Rangkap : Mempunyai 2 baris dalam serangkap atau beberapa baris
dalam serangkap. Setiap baris dalam rangkap merupakan isi atau
maksud dan perlu bersambung dengan baris-baris dalam rangkap
berikutnya untuk membawa makna yang lengkap.
Baris pertama dikenali sebagai “syarat” dan baris kedua dikenali sebagai
“jawab”. Baris pertama “syarat” menyatakan sesuatu fikiran atau
peristiwa dan baris kedua pula menyatakan keterangan atau
menjelaskan apa yang telah dinyatakan oleh baris atau ayat pertama
tadi.
c. Perkataan : jumlah perkataan sebaris juga tidak tetap.
d. Sukukata : julah sukukata juga tidak tetap.
e. Rima : rima akhirnya juga tidak tetap
CIRI-CIRI GURINDAM
MENURUT ZA’BA (1962).
• Bahasanya seperti menyanyi atau sekurang-kurangnya
membawa imbas-imbas nyanyi, serta menunjukkan
ada kesempatan boleh melengah-lengahkan masa
dan menyuka-nyukakn hati.

• Perkataan banyak menggambarkan keindahan alam


dan mengambil perbandingan daripada keindahan itu
seolah-olah untuk melukiskan isinya dengan warna
yang cantik.

• Perasaan di dalamnya kebanyakan perasaan suka


dan terkadang perasaan bermain-main dan jenaka.
• Isinya dan maksudnya terus-menerus sahaja seperti
syair, tidak ada apa-apa yang boleh dikatakan
pembayang maksud.

• Gurindam tua-tua yang telah tetap tersusun


semenjak beberapa lama telah jadi seolah-olah
bidalan iaitu diketahui dan lancar di mulut
orang ramai.
JENIS GURINDAM
• Gurindam mengandungi dua baris ayat atau
lebih bagi serangkap.
• Isinya mengandungi kias, ibarat, pengajaran
dan nasihat.
• Gurindam dibahagikan kepada tiga jenis:
i. Gurindam serangkap dua baris
ii. Gurindam serangkap empat baris
iii. Gurindam bebas
i. Gurindam serangkap dua baris
• Berbentuk asli
• Baris pertama menjadi buah fikiran kepada
buah fikiran seterusnya dalam baris kedua.
• Nasihat yang baik dan indah terbentuk
daripada irama akhir sama.
• Contoh gurindam serangkap dua baris:

Apabila banyak berkata-kata,


Di situlah jalan masuk dusta.

Apabila mendengar akan khabar,


Menerimanya itu hendaklah sabar.
ii. Gurindam serangkap empat baris
• Empat baris kalimat atau ayat
• Bilangan perkataan tiap-tiap baris tidak tetap.
• Rima akhir seperti puisi pantun abab
• Isinya tentang nasihat
• Contoh gurindam serangkap empat baris:

Tiada siapa yang besar,


Tiada siapa yang tinggi,
Tetap sama sedasar,
Tidaklah berbeza lagi.

Jangan takut dan gentar,


Mati hanya sekali,
Jangan bertukar berkisar,
Tetap di lapangan mengendali.
iii. Gurindam bebas
• Bilangan baris ayat pada rangkap tidak terhad
• Persamaan rima akhir tidak dipentingkan
• Isinya tetap mempunyai nasihat
• Contoh gurindam bebas:

Pangkalnya sama dipupuk,


Pucuknya sama digentis,
Buahnya sama ditarik,
Ke bukit sama didaki,
Ke lurah sama dituruni,
Ke laut sama direnangkan.
CONTOH GURINDAM

You might also like