You are on page 1of 13

Kesilapan Bahasa dalam

Minit Mesyuarat
Penyediaan dan penulisan minit mesyuarat
bukanlah suatu perkara yang mudah. Hal
ini dikatakan demikian kerana seseorang
setiausaha atau pencatat minit perlu cekap
ketika mencatat perkara yang
dibincangkan dan mengolahnya semula
daripada bahasa verbatim kepada bahasa
minit. Gaya dan laras bahasa yang
digunakan juga mestilah sesuai dan betul.
Oleh itu, seseorang setiausaha atau
pencatat bertanggungjawab untuk
memastikan minit yang telah disiapkan
bukan sahaja betul dari segi format, isi,
malahan sifar daripada sebarang kesalahan
bahasa. Hakikatnya, penghasilan minit
mesyuarat yang berkualiti banyak
bergantung pada ketelitian dan kepakaran
seseorang setiausaha atau pencatat minit.
 Contoh:
 1. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul
12.30 tengahari.

 Kesalahan ejaan perkataan tengahari

 Kata majmuk ini perlu dieja secara terpisah


kerana perkataan ini tidak tergolong dalam 15
kata majmuk yang telah mantap (dieja secara
rapat sebagai satu perkataan).
 2. Puan A memaklumkan table of
contents telah dikemaskini mengikut
mesyuarat yang lepas.

 Kesalahan ejaan perkataan dikemaskini.

 Kata terbitan ini perlu dieja secara terpisah


kerana perkataan ini bukan terdiri daripada
imbuhan apitan di-…-kan.
 3. Pengerusi memulakan mesyuarat dengan
bacaan Al-Fatihah dan mengucapkan terima
kasih kepada ahli mesyuarat yang hadir.

 Kesalahan penggunaan tanda sempang (-) bagi


pembentukan kata pinjaman daripada bahasa
Arab. Awalan penentu al- sepatutnya ditulis
dengan huruf kecil kerana perkataan ini tidak
ditulis pada awal ayat.

 Kaedah yang betul untuk menulis awalan penentu


al- dengan tanda sempang di depan kata nama
khas ialah al-Quran, al-Rahman, dan al-Masih.
 4. KEHADIRAN
 Dr. Hasni bt Amir Shah
 Encik Muhd. Nabil b Hassim

 Tanda noktah tidak diletakkan selepas singkatan nama khas


yang berupa nama orang.

 Noktah diletakkan pada singkatan bin-binti, iaitu


kata bin disingkatkan menjadi b.; kata binti disingkatkan
menjadi bt.

Singkatan ini hendaklah disebut secara penuh, dan tidak


disebut huruf demi huruf walaupun ditulis dengan tanda
noktah.

 Contoh: Pn. Hasnina bt. Muhd. Saleh


 Dibaca: Puan Hasnina binti Muhammad Saleh
Kesalahan Frasa
5. KATA-KATA ALUAN PENGERUSI/KATA
ALUAN PENGERUSI

 Frasa yang betul ialah KATA ALU-ALUAN


PENGERUSI
 Perkataan di atas timbul daripada
perkataan mengalu-alukan yang bermaksud
menyambut ketibaan seseorang atau menyambut
baik sesuatu yang diberikan seperti bantuan,
tindakan, dan sebagainya.
 Frasa di atas juga boleh ditulis dengan frasa yang
sinonim dengannya, iaitu PERUTUSAN
PENGERUSI/UCAPAN PENGERUSI
 3.8 Mesyuarat mengambil maklum tentang
cadangan untuk
meletakkan banner dan pamphlet di ruang legar
aras 13 pejabat A.

 3.8 Mesyuarat mengambil maklum tentang


cadangan untuk meletakkan kain rentang
(banner) dan risalah (pamphlet) di ruang legar
aras 13 pejabat A.
 1.5 Pengerusi turut memaklumkan bahawa
kehadiran Pesuruhjaya di Mesyuarat
Suruhanjaya tidak perlu dilaporkan ke
dalam Laporan Tahunan 2017.

 1.5 Pengerusi turut memaklumkan bahawa


kehadiran Pesuruhjaya ke Mesyuarat
Suruhanjaya tidak perlu dimasukkan dalam
Laporan Tahunan 2017.
 5.1 Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri
Mesyuarat diberi maklum bahawa sambutan majlis
Hari Raya Aidil Fitri 2017 akan diadakan
selepas hari Raya ketiga dan mesyuarat khas
mengenai perkara tersebut hendaklah diadakan
dan dipengerusikan oleh Pengurus Besar.

 5.1 Majlis Hari Raya Aidilfitri


Majlis Hari Raya Aidilfitri 2017 akan diadakan
selepas hari raya ketiga dan mesyuarat khas
mengenai perkara tersebut hendaklah diadakan
dan dipengerusikan oleh Pengurus Besar.
 Terdapat kesalahan ejaan dan frasa yang
lewah.

 Penulisan lebih ringkas dan mudah difahami.


Sebagai kesimpulannya, penulisan minit mesyuarat
yang berkualiti hanya dapat direalisasikan sekiranya
setiausaha atau pencatat minit menguasai kemahiran
mencatat maklumat, mengarang, dan mengolah isi
perbincangan yang telah diputuskan dalam sesuatu
mesyuarat.

Selain itu, mereka juga perlu cekap dan tahu akan gaya
dan laras bahasa yang sesuai untuk diaplikasikan
dalam penulisan sesuatu minit mesyuarat.
Diharapkan dengan adanya semua kemahiran ini,
minit yang dihasilkan akan lebih mudah difahami,
tidak berjela-jela, dan menjadi dokumen rasmi yang
boleh dicontohi! Akhirnya, “Betulkan yang biasa,
biasakan yang betul!”

You might also like