You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI JASA SEPAKAT

Kg. Batu Puteh, Simpang Lima, Tel : 074164976


83020 Batu Pahat, Johor Darul Takzim Faks : 074164976

MINIT CURAI

Nama Guru : Pn. Noridah binti Bohari


Tarikh : 8 & 9 Mei 2019
Perkara : Kursus Orientasi DSKP KSSR Bahasa Arab Tahun 4 2019
Masa : 8.00 - 2.00 petang
Tempat : Dewan Ibnu Sina Sk Seri Puteri Batu Pahat

Laporan:

8 Mei 2019 - Rabu:


Ustaz Mohd Hairi bin Masud ( Jurulatih Utama Bahasa Arab)

1. DSKP merupakan dokumen yang perlu ada pada setiap guru. Glosari di bahagian
belakang DSKP merupakan perkataan baru yang perlu di ketahui.
2. Awalan DSKP ditulis dalam bahasa ibunda sama seperti negara lain.
3. Ia digubal mengikut FPK dan tidak mengikut FPI kerana ada murid bangsa lain
yang belajar bahasa Arab.
4. DSKP sentiasa berubah kerana berlaku perubahan terkini contoh KBAT.
5. Lughatul Fasli perlu digunakan dalam PdPc atau pada awal PdPc.
6. Gunakan bahasa yang mudah untuk pemahaman murid-murid
7. Semua perkataan daripada tema-tema dalam DSKP mesti dikuasai (dihafal) untuk
penguasaan bahasa yang lebih baik dalam komunikasi.

8. Fokus KSSR Bahasa Arab kepada mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
9. CEFR membahagi kecekapan pembelajaran asing kepada 3 kumpulan:
a) A: permulaan
b) B: pertengahan
c) C: tinggi

10. Tahap kecekapan pengguna Bahasa Arab KSSR: (rujuk DSKP awalan)
a) A1 (tahun 1, 2 dan 3)
b) A2 (tahun 4, 5 dan 6)

11. Mahaakat (mengajuk) merupakan satu KBAT.


12. Fungsi CEFR sebagai alat untuk mengukur kecekapan pembelajaran bahasa
asing dan digunakan untuk mempelajari bahasa asing di negara masyarakat
multilingual.

13. Strategi pengajaran dan pembelajaran:


a) berasaskan inkuiri
b) kooperatif
c) sumbang saran
d) simulasi
e) tunjuk cara
f) permainan
g) berasaskan projek
h) luar bilik darjah

14. EMK:
a) Bahasa
b) Kelestarian alam sekitar
c) Nilai murni
d) Sains dan teknologi
e) Patriotisme
f) Kreativiti dan inovasi
g) Keusahawanan
h) TMK
i) Kelestarian global
j) Pendidikan kewangan

15. PBD merupakan proses mendapatkan maklumat tentang perkembangan murid


yang dirancang, dilaksana dan dilapor oleh guru.
16. PBD dilaksanakan secara formatif dan sumatif seiring dengan proses PdPc.
17. Tahap penguasaan murid sekurang-kurangnya TP 3.
18. Tahap penguasaan umum adalah penyataan pencapaian yang menunjukkan
perkembangan pembelajaran murid (TP 1- TP6). Guru boleh mencatat
perkembangan murid dalam BRM, buku latihan, buku catatan, senarai semak, jadual
atau lain-lain yang sesuai.

19. Tahap penguasaan keseluruhan adalah penyataan pencapaian matapelajaran


yang ditentukan pada akhir tahun. Ia merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran
dan nilai.

20. Kemahiran bahasa:


a) Mendengar
b) Bertutur
c) Membaca
d) Menulis

21. Ta’yin: menentukan (murid boleh sebut tanpa berikan sebab atau alasan)
22. Tahdid : menetapkan (murid boleh berikan sebab atau alasan betul atau salah)
23. Tamyiz : membezakan (murid visualkan menggunakan peta i-think atau
sebagainya)

24. 3 aktiviti dalam Pdpc dan perlu ada dalam RPH


a) Obejktif
b) Aktiviti
c) Pentaksiran

25. PBD untuk tahun 4, 5 dan 6 tiada template gabungan daripada BPK.
Ustazah Aishah binti Kaab (Jurulatih Utama Bahasa Arab)

1. Tujuan mengekalkan pengajaran HURUF di Tahun 4 adalah untuk meraikan


fonetik.
2. Pengajaran fonetik melibatkan:
a) Huruf hijayiah
b) Sout /aswat (sebutan)
c) Huruf qamariah dan syamsiyah
d) Guru sebut, murid dengar dan sebut.

3. Standard pembelajaran:
a) Mahaakat : mengajuk sebutan guru
b) Tahdid : mengenasl pasti (murid boleh bezakan sebab kepada jawapan)
c) Tasnif : memahami
d) Tamyiz : membezakan setiap perkataan yang didengar
e) Intaj : mencipta sebutan perkataan lain daripada perkataan yang didengar
4. Mahaakat: ajuk atau tiru. Merupakan satu proses yang perlu dilalui oleh murid.
5. Guru menekankan makhraj huruf dalam pengajaran bunyi huruf dan pengajaran
nabar.
6. Penambahan pada Standard kandungan 1.4. (jumlah mutanasiqah)
7. Jumlah mutanasiqah bermaksud ayat yang mempunyai keselarasan dan
kesinambungan.

9 Mei 2019 -Khamis:


Ustaz Aishah binti Kaab (Jurulatih Utama Bahasa Arab)

1. Mahaaratul Qiraah: Kemahiran membaca mesti ada perkataan yang mengandungi


huruf Qamariah dan Syamsiah

2. Standard kandungan 2.1:


(Membaca perkataan bertema yang mengandungi huruf Qamariah dan Syamsiah:

Standard pembelajaran:
2.1.1. Boleh mengajuk sebutan huruf qamariah dan syamsiah
2.1.2. Boleh membaca perkataan qamariah dan syamsiah
2.1.3. Boleh menetapkan perkataan qamariah dan syamsiah
2.1.4. Boleh membezakan sebutan perkataan qamariah dan syamsiah
2.1.5. Boleh menulis/membentuk perkataan huruf qamariah dan syamsiah

3. Standard kandungan 2.2:


( Membaca perkataan bertema dengan bacaan yang betul:

Standard pembelajaran:
2.2.1. Boleh mengajuk bacaan guru dengan tekanan suara
2.2.2. Boleh menetapkan perkataan yang dibaca
2.2.3. Boleh mengklasifikasikan perkataan yang dibaca
2.2.4. Boleh membezakan perkataan yang dibaca
2.2.5. Boleh menghasilkan (buku skrap, poster) perkataan yang dibaca

4. Standard kandungan 2.3:


( Membaca ayat mudah bertema dengan bacaan yang betul)
Standard pembelajaran:
2.3.1. Boleh mengajuk bacaan ayat mudah dan mengulang
2.3.2. Boleh membaca ayat mudah dengan tekanan suara dan intonasi
2.3.3. Boleh mengingat ayat mudah yang telah dibaca kemudian mendengar
semula
2.3.4. Boleh menyusun perkataan menjadi satu susunan ayat yang mudah
kemudian boleh membaca
2.3.5. Boleh memberi contoh lain yang mudah kemudian boleh membaca
2.3.6. Boleh menghasilkan (buku skrap/poster) perkataan yang dibaca

5. Standard kandungan 2.4:


( Membaca ayat yang mempunyai kesinambungan (yang mudah) berdasarkan tema
dengan bacaan yang betul)

Standard pembelajaran:
2.4.1. Boleh mengajuk ayat berkesinambungan dengan membaca dan
mengulanginya.
2.4.2. Boleh membaca ayat berkesinambungan dengan tekanan suara dan intonasi
2.4.3. Boleh melakonkan ayat berkesinambungan dengan membaca dan
mengingatinya.
2.4.4. Boleh menyusun ayat berkesinambungan daripada ayat mudah kemudian
membacanya.
2.4.5. Boleh membentuk ayat berkesinambungan daripada ayat mudah kemudian
membacanya.

6. Mahaaratul Kitabah: Kemahiran menulis


7. Standard kandungan 3.1:
( Menulis perkataan bertema yang mengandungi alif lam Qamariah dan Syamsiah
dengan tulisan yang betul)

Standard pembelajaran:
3.1.1. Boleh menulis perkataan bertema yang mengandungi alif lam Qamariah dan
Syamsiah dengan tulisan yang betul.

Standard kandungan 3.2:


( Menulis perkataan bertema dengan tulisan yang betul)

Standard pembelajaran:
3.2.1. Boleh menulis perkataan dengan cara yang betul
3.2.2. Boleh menulis perkataan pada tempat kosong

Standard kandungan 3.3:


( Menulis ayat mudah bertema yang dicadangkan dengan tulisan yang betul)

Standard pembelajaran:
3.3.1. Boleh menulis ayat mudah

Standard kandungan 3.4:


( Menulis ayat mudah yang berkesinambungan bertema dengan tulisan yang betul)
Standard pembelajaran:
3.4.1. Boleh menulis ayang berkesinambungan dengan betul
3.4.2. Boleh menghasilkan (buku skrap) yang mengandungi ayat
berkesinambungan

Ustaz Mohd Hairi bin Masud (Jurulatih Utama Bahasa Arab)

Pembelajaran Modular:

1. Kandungan: penyusunan bidang/ tajuk/ kemahiran/ nilai dalam bentuk unit kecil
2. Pedagogi:
a) menyampaikan kandungan mengikut turutan dan spesifikasi kurikulum
b) menyusun atur SK/SP

3. Prinsip pelaksanaan kurikulum modular


a) Pdpc berpusatkan murid
b) Kesepaduan bidang/ tajuk/ kemahiran/nilai yang berkaitan dalam MP antara MP
c) Liner / non linear
d) Fleksibel (masa,kandungan kaedah,strategi)

Catatan/Perkara yang perlu diambil:

1. Buat in house training di sekolah bersama guru Bahasa Arab.


2. Buat minit curai

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

………………………………… ………………………………..
(NORIDAH BINTI BOHARI ) ( )

You might also like