You are on page 1of 24

KATA TUGAS

Kata Tugas
 Semua golongan yang bukan kata nama,
kata kerja dan kata adjektif.

Perkataan yang hadir dalam binaan frasa


untuk mendukung sesuatu tugas sintaksis. 
Kata Tugas
• Terdiri daripada tiga jenis utama :
a) Kata penyambung ayat 
b) Kata praklausa 
c) Kata prafrasa 
Kata penyambung ayat
Perkataan yang bertugas untuk mengabungkan dua
atau lebih daripada dua binaan ayat.
 Dibahagikan kepada dua jenis, iaitu :
a) Kata Hubung Gabungan 
b) Kata Hubung Pancangan
Kata Hubung Gabungan
• Perkataan yang menghubungkan dua atau
lebih klausa yang sama tara seperti atau,
sambil, serta.
• Contoh:
- Kami akan pulang ke kampung pada hari ini
atau esok.
- Kakak memandu kereta sambil mendengar
radio.
Kata Hubung Pancangan
• Sejumlah perkataan yang digunakan bagi
menghubungkan klausa yang tidak setara
pada klausa utama dalam ayat majmuk
pancangan.
• Terbahagi kepada tiga jenis :
a) Kata hubung pancangan relatif
b) Kata hubung pancangan komplemen
c) Kata hubung pancangan keterangan
Kata hubung pancangan relatif
• Terdiri daripada perkataan ‘yang’ iaitu kata
yang berfungsi untuk menghubungkan klausa
utama dengan klausa kecil.

• Contoh:
Kakak memujuk adik yang sedang menangis
itu.
Kata hubung pancangan komplemen
• Terdiri daripada perkataan ‘bahawa’ dan ‘untuk’, 
• Menghubungkan klausa pelengkap kepada satu
klausa utama. 

• Contoh;
a) Kami percaya bahawa dia tidak bersalah.
b) Fairuz datang untuk menziarahi kawan baiknya. 
Kata hubung pancangan keterangan
• Menghubungkan klausa utama dengan klausa
yang menjadi keterangan.
• Semoga, ketika, sekiranya, sungguhpun, tatkala 

• Contoh; 
a) Saya berdoa semoga para pelajar saya berjaya.
b) Dia dirawat di hospital kerana kemalangan jalan
raya 
Kata Praklausa

 Perkataan yang berada di bahagian hadapan


klausa.
 Bertugas untuk menimbulkan seruan,
pertanyaan atau penerang pangkal klausa.
Kata Seru
•  Melahirkan berbagai-bagai perasaan.
• Menggunakan penanda seru pada akhir ayat.
• Contoh :
Kata Tanya
• Perkataan yang digunakan untuk menanyakan
sesuatu perkara atau seseorang.
• Sebahagian daripada predikat ayat dan jika
diletakkan pada pangkal ayat, kata ini
hendaklah disertai oleh partikel “-kah”.
• Contoh : Apa, Bagaimana, Siapa, Mengapa,
Bila, Berapa
Kata Pembenar

• Perkataan yang digunakan untuk


membenarkan sesuatu pernyataan.
• Contoh : benar, betul, ya
Kata Perintah

• Perkataan yang digunakan untuk


menyampaikan arahan, larangan, suruhan
atau permintaan.
• Contoh : harap, tolong, minta, jangan,
jemput, sila
Kata pangkal ayat

• Perkataan yang digunakan sebagai penanda


kesinambungan ayat dalam wacana dan
kedudukannya adalah pada bahagian hadapan
ayat.
• Contoh : adapun, maka
Kata Prafrasa
 Terletak di bahagian hadapan frasa seperti frasa nama, frasa
kerja dan frasa adjektif.
 Terbahagi kepada beberapa jenis berikut:
a) Kata bantu aspek
b) Kata penguat
c) Kata penegas
d) Kata nafi
e) Kata pemeri
f) Kata arah
g) Kata bilangan
h) Kata sendi nama
Kata bantu aspek
• Menimbulkan makna-makna tambahan dalam frasa
kerja.
• Terbahagi kepada dua jenis:
a) Kata bantu aspek
- menimbulkan suasana perbezaan masa.
- Cth: pernah, sudah, telah, sedang
b) Kata bantu ragam
- menerangkan ragam perasaan berkaitan perbuatan
yang dilakukan.
- Cth: harus, mahu, hendak, mesti
Kata Penguat
• Menguatkan maksud yang terkandung dalam kata adjektif.
• Terbahagi kepada tiga jenis:
a) Kata penguat hadapan
- terletak di hadapan kata adjektif.
- Cth: paling, terlalu, agak
b) Kata penguat belakang
- terletak di belakang kata adjektif.
- Cth: sekali, benar, nian
c) Kata penguat bebas
- terletak di hadapan atau belakang kata adjektif.
- Cth: sungguh, amat, sangat
Kata Penegas
• Memberikan penekanan pada bahagian
tertentu dalam ayat.
• Terbahagi kepada dua jenis :
a) Kata yang menegaskan frasa predikat
- Cth: -kah, -tah, -lah
b) Kata yang bersifat bebas
- Cth: hanya, lagi, memang, juga
Kata Nafi
• Menafikan atau menidakkan seseorang atau
sesuatu perkara.
• Contoh : bukan, tidak
Kata Pemeri
• Memberikan sesuatu hal atau sebagai
perangkai antara subjek ayat dengan frasa
utama dalam predikat ayat.
• Contoh:
a) ialah (hadir di hadapan frasa nama)
b) adalah (hadir di hadapan frasa adjektif dan
frasa sendi nama)
Kata Arah
• Menunjukkan hala atau jurusan sesuatu
perkara.
• Contoh: atas, bawah, tepi, belakang, sisi,
dalam, antara
Kata Bilangan
• Menunjukkan jumlah atau bilangan sesuatu
perkara, orang atau benda.
• Contoh:
a) Bilangan tertentu – dua, tiga, sepuluh
b) Bilangan tak tentu – beberapa, semua
c) Bilangan pisahan – masing-masing, tiap-tiap
d) Bilangan pecahan – separuh, setengah
Kata Sendi Nama
• Biasanya terdapat pada bahagian hadapan
frasa nama.
• Contoh : di, ke, pada, kepada, daripada, dari,
untuk

You might also like