You are on page 1of 7

MOFORLOGI DAN SINTAKSIS

 Morfologi adalah bidang ilmu bahasayang mengkaji struktur, bentuk


dan penggolongan kata.

 Struktur kata bermaksud susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang yang menjadi
unit bahasa yang bermakna.

 Bentuk kata ialah unit tatabahasa sama ada bentuk tunggal atau hasil daripada proses
pengimbuhan pemajmukan dan penggandaan.

 Penggolongan kata pula adalah proses mengkategorikan perkataan berdasarkan


keserupaan bentuk dan latar fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama.
PROSES PEMBENTUKAN KATA

 Menerangkan cara sesuatu kata itu terbentuk sehingga


menghasilkan ayat dan ujaran dalam sesuatu bahasa.

 pembentukan kata yang terdapat dalam bahasa Melayu tidak


sama dengan pembentukan kata dalam bahasa lain misalnya
bahasa Inggeris.

 Terdapat empat bentuk kata asas dalam bahasa Melayu iaitu
bentuk kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk, dan kata
ganda.
BENTUK KATA TUNGGAL

Kata Tunggal ialah perkataaan yang tidak mengalami sebarang


proses pembentukan imbuhan kata dasar lain.

Kata tunggal merupakan bentuk kata dasar dan bentuk inilah


yang mendirikan perkataan itu sendiri. Kebanyakan kata tunggal
boleh diperluas untuk membentuk kata terbitan. Namun
demikian, terdapat juga kata tunggal yang tidak menerima
sebarang imbuhan seperti ini, itu, sini, situ dan sana.
CONTOH
SATU SUKU KATA
Skrip, am, bank, graf

DUA SUKU KATA


Ini, air, anda, asli

TIGA SUKU KATA


asrama, keluar, antara, akibat

EMPAT SUKU KATA


keluarga, peristiwa, bijaksana, sentiasa
BENTUK KATA TERBITAN
Kata dasar yang telah menerima sekurang- kurangnya satu
imbuhan akan membentuk kata terbitan. Kata terbitan ialah hasil
daripada penggabungan kata dasar dengan imbuhan-imbuhan
awalan, akhiran, apitan dan sisipan. Dengan kata lain, kata
terbitan ialah proses menggandingkan imbuhan pada kata
dasar. 
CONTOH
•Kata Berawalan –
Pembawa, pelajar, ketua, pesara, prasejarah, juruatih, tatacara

•Kata Berakhiran-
Pakaian, seniman, sultanah, jauhi, hadiran, usahawan

•Kata Berapitan-
Pelaksanaan, pengesahan, pelajaran, pembinaan

•Kata Bersisipan-
Gemilang, selerak, serabut, sinambung
 

You might also like