You are on page 1of 16

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS tengku ampuan afzan


27200 kuala lipis, pahang

CABARAN DAN ISU SEMASA DUNIA


GCI 1022

Perubahan harga komuditi utama dunia


PETROLEUM KOMODITI UTAMA DUNIA

• Petroleum adalah komoditi utama dan terpenting di dunia.


• Menyumbang kepada perkembangan pelbagai industri.
• Sumber petroleum semakin berkurangan menyebabkan harganya
meningkat.
• Faktor sumber berkurang :
1. Permintaan melebihi sumber yang ada.
2. Cuaca buruk di negara pengeluar (Arab Saudi,Russia)
3. Keadaan yang tidak stabil di beberapa negara OPEC
• Apabila harga petroleum meningkat, harga barang di seluruh negara
turut meningkat.
• Apabila harga barang meningkat, kuasa pembeli dan pengguna
berkurangan.
KESAN-KESAN PERUBAHAN HARGA PETROLEUM

1. Beban kepada mereka khususnya yang berpendapatan rendah.

2. Pengeksploitan peniaga terhadap pengguna.

3. Industri perumahan mengalami beban dalam perbelanjaan.

4. Inflasi.
LANGKAH MENGATASI

• Memperbaiki kedudukan kewangan negara dan mutu sistem


pengangkutan awam.

• Penyediaan produk dan servis yang berpatutan untuk para pengguna


(peniaga skala kecil dan sederhana).

• Menggiatkan kursus dan latihan keusahawanan.

• Bijak berbelanja.
KESAN KENAIKAN HARGA PETROLEUM
TERHADAP PERBELANJAAN NEGARA

• Kos untuk membina sekolah semakin meningkat dan sukar untuk


membangunkan sekolah-sekolah pedalaman kerana memakan berjuta
kos .
• Perbelanjaan pendidikan per satu anak semakin tinggi kerana harga
buku, perbelanjaan pengangkutan dan bahan pembelajaran juga tinggi.
• Banyak projek terbengkalai kerana tidak mempunyai peruntukan yang
mencukupi.
• Kemunduran dari segi ICT bagi sekolah pedalaman. Kemahiran ICT
kurang berbanding pelajar di sekolah bandar yang mempunyai banyak
kemudahan.
• Ibu bapa tidak mendorong anak-anak untuk meneruskan pengajian
hingga ke peringkat tertinggi kerana kos yang mahal.

• Kegagalan pelancaran dasar pendidikan berlandaskan ekonomi (e-


knowledge)

• Infrastruktur institusi tidak dapat dilengkapi

• Kegagalan melahirkan generasi muda yang berminda kelas pertama

• Kegagalan untuk menampung elaun golongan pendidik 


•  
RM ditutup lemah kesan harga minyak jatuh

• Pada 1 Disember 2014, ringgit ditutup lemah berbanding dolar Amerika


Syarikat, kesan kejatuhan berterusan harga minyak.
• Ringgit terjejas akibat kejatuhan harga minyak kerana Malaysia selaku
negara pengeksport komoditi tersebut akan mencatat penurunan
pendapatan daripada sektor berkenaan.
• Ringgit juga diniagakan rendah berbanding kebanyakan mata wang
utama.
• Unit tempatan itu jatuh berbanding dolar Singapura kepada
2.6237/5280 daripada 2.5932/5963 pada Jumaat dan rendah
berbanding  yen pada 2.8969/8004 daripada 2.8614/8644.
• Ia juga turun berbanding pound British kepada 5.3725/2785 daripada
5.3075/2125 dan menyusut berbanding euro kepada 4.2701/1749
daripada 4.2053/1100.  
• Mata wang Malaysia merosot sehingga 3.4375 - yang paling lemah
sejak Februari 2010.

• Menurut Jonathan Cavenagh, pakar strategi kanan FX dengan Westpac


di Singapura, dia mengesyaki bahawa sehingga minyak stabil, ringgit
berdepan risiko terus jatuh.

• Berpandukan kadar penurunannya, ada pihak penganalisis meramalkan


tidak mustahil akan mencecah pertukaran RM4=AS$1.

• Bulan lepas, ringgit menjunam ke paras RM3.9125 berbanding dollar


Amerika, paling rendah dalam 17 tahun sekali gus menyaksikan Indeks
komposit Bursa Malaysia kehilangan 30.92 mata.

• Ringgit, mata wang Asia paling teruk di segi prestasi, kehilangan 9.8%
berbanding dollar Amerika, baht-Thailand sebanyak 6.4%, peso-Filipina
sebanyak 2.2% dan rupiah-Indonesia kehilangan 8.4%.
KESAN PENURUNAN MATA WANG TERHADAP
SISTEM DAN PERBELANJAAN PENDIDIKAN
PELAJAR DI LUAR NEGARA

 Memandangkan ramai kalangan pelajar yang menuntut ke luar negara


dengan biaya sendiri bertindak menangguhkan pembayaran yuran
semata-mata untuk menunggu nilai ringgit kembali pulih.
 pelajar Malaysia di United Kingdom dan juga Amerika Syarikat
kemungkinan besar sedang menghadapi masalah kewangan
berikutan kejatuhan ringgit Malaysia.
 Pelajar Malaysia di Mesir JUGA mengakui ramai di kalangan rakan
mereka yang bertindak menangguhkan pembayaran yuran kerana
yakin ringgit akan kembali kukuh.
 "Pelajar yang paling terasa ialah yang dibiayai sendiri ibu bapa. Dua
tahun lepas kadar tukaran RM24,789 dan tahun lepas RM26,140.
Tahun ini RM29,938," jelas Ezwan Rafizi, salah seorang pelajar di
Mesir.
 Kata pelajar Universiti Mansoura tersebut, yuran terbabit melibatkan
jurusan perubatan, pergigian dan farmasi yang ditetapkan pada
AS$8,000 (RM30,400).
 Data pada tahun 2013 menganggarkan sekitar 12,000 pelajar Malaysia
menuntut di peringkat pengajian tinggi di Mesir.
 Daripada jumlah itu, separuh melanjutkan pengajian dalam bidang
sains kesihatan.
 Begitupun, penantian mereka untuk melihat pemulihan ringgit menjadi
sia-sia apabila ringgit berada di paras lebih rendah berbanding paras
tambatan pada 1998 pada RM3.80 untuk setiap dolar.
 Tapi ringgit semakin turun (nilai) dan akhirnya mereka terpaksa bayar
lebih banyak.
 Matawang ringgit jatuh ke paras terendah pada Isnin ke paras sebelum
ia ditambat dengan dolar Amerika pada September 1998.
KESAN ISU-ISU DUNIA SEMASA TERHADAP
PENDAPATAN NEGARA
• Hasil kerajaan dari sumber petroleum berkurangan dengan penurunan
harga minyak, yang akan mempengaruhi perbelanjaan kerajaan.
• Sekiranya harga minyak terus menunjukkan trend tidak stabil pada
tahun depan, ia boleh diimbangi dengan pelepasan bebanan subsidi
yang ditanggung kerajaan selama ini.
• sumber pendapatan negara akan berkurangan. Tetapi jumlahnya
tidaklah sebanyak yang disangkakan kerana Malaysia bukanlah negara
pengeksport minyak yang utama di dunia. Sebaliknya, kita lebih banyak
mengimport minyak mentah dan petroleum berbanding dengan
mengeksport produk tersebut.
• Pada 2014, minyak mentah yang diimport adalah berjumlah RM92.5
bilion berbanding dengan jumlah yang dieskport iaitu sebanyak RM87.6
bilion.
• Oleh yang demikian, kehilangan sumber pendapatan negara ekoran
kejatuhan harga minyak akan ditampung melalui kos operasi kerajaan
(seperti subsidi minyak) yang berkurangan.
• Pertama, hanya 22% sumber ekonomi Malaysia berasaskan minyak
dan gas (bukannya 40% sebagaimana yang digambarkan oleh
sesetengah pihak).
• Kedua, Malaysia adalah negara pengimport bersih minyak/petroleum,
bukannya negara pengeskport bersih.
• Ketiga- yang paling penting, sektor minyak dan gas hanya
menyumbang 1% daripada jumlah keseluruhan pekerjaan di Malaysia.
Oleh itu impak terus dari sudut pengangguran amat rendah jika
dibandingkan dengan sektor pembuatan dan perkhidmatan yang
menyumbang 87% jumlah pekerjaan.
• Kesimpulannya, ekonomi negara mempunyai asas yang kukuh untuk
menangani situasi harga minyak rendah.
• Kerajaan masih mampu menampung kos perbelanjaan pendidikan para
pelajar di Malaysia.
REFLEKSI KEPENTINGAN SUMBER ALAM
TERHADAP PEMBANGUNAN NEGARA

• Menyediakan peluang pekerjaan. Penemuan petroleum dan gas asli di


luar perairan Terengganu, Sabah & Sarawak memberi peluang
pekerjaan kepada penduduk sebagai jurutera petroleum, penggerudi
minyak, dan pemandu lori tangki minyak. 

• Menyumbangkan pendapatan eksport kepada negara. Hasil petroleum


dan gas asli dieksport ke negara Singapura.

•  Bahan mentah. Penerokaan sumber mineral seperti petroleum telah


membangunkan industri petrokimia di Kerteh dan Miri kerana telah
menyediakan bahan mentah iaitu petroleum kepada industri-industri ini.
Contohnya industri membuat cat, plastik dan farmaseutikal.
SEKIAN,
TERIMA KASIH

You might also like