You are on page 1of 52

SISTEM

PENGAIRAN
Pengenalan
 
Kebanyakan tanah di Malaysia tidak berupaya memegang air pada
tahap mencukupi untuk sepanjang tempoh pertumbuhan pokok.
Terdapat kawasan tanah pertanian tidak berupaya menyalurkan air
berlebihan keluar dari kawasan tersebut sehingga boleh menjejaskan
pertumbuhan tanaman.
Bagi mengatasi masalah di atas, maka pengurusan air merupakan
faktor penting yang perlu diberi perhatian bagi menjamin hasil
pengeluaran tanaman yang maksimum.
Aspek pengurusan air dalam bidang pertanian melibatkan dua aspek
utama, iaitu aspek teknologi pengairan dan saliran.
Pengairan & Sistem Pengairan

Definasi Pengairan

 Pengairan bermaksud satu usaha membekal air kepada tanah


supaya air dalam tanah sentiasa cukup untuk keperluan
pertumbuhan tanaman yang sempurna.
 Pengairan diperlukan apabila tahap kelembapan di dalam
tanah menurun hingga ke paras 50%.
 Dengan sistem pengairan yang sempurna, paras kelembapan
dalam tanah dapat ditingkatkan semula kepada 100% atau ke
tahap ‘ had basah tanah’.
Kebaikan mengwujudkan sistem pengairan yang
sempurna dalam sesuatu ladang;

a.  Mempastikan bekalan air kepada tanah sentiasa ada dan


mencukupi untuk digunakan pada bila-bila masa terutama
pada peringkat awal pertumbuhan tanaman.
b. Melembutkan lapisan tanah keras (soil hard pan) untuk
membolehkan pertumbuhan sistem perakaran yang baik dan
memudahkan kerja-kerja membajak tanah dilakukan.
c. Sistem pengairan yang terkawal berupaya membaiki
struktur tanah dengan menggalakan proses tindakbalas
kimia dan meningkatkan aktiviti organisma mikro yang
terdapat di dalam tanah.
Kebaikan mengwujudkan sistem pengairan yang
sempurna dalam sesuatu ladang;

d. Keadaan tanah sentiasa lembap meningkatkan


keberkesanan pengambilan nutrien dalam tanah oleh
tanaman.
e. Membantu melarutresapkan bahan garam dalam tanah.
f. Meningkat pengeluaran hasil tanaman.
g. Meningkatkan nilai hartanah kerana tanah menjadi lebih
subur berbanding dengan nilai hartanah yang kurang subur.
h. Menwujudkan aktiviti pertanian yang lebih berdaya maju
serta mampan kerana ianya boleh di jalankan sepanjang
masa tanpa menghadapi masaalah kekurangan bekalan air.
Pengairan / Irigasi

Pengairan / irigasi bermaksud satu usaha membekal air kepada


tanah supaya air dalam tanah sentiasa cukup untuk keperluan
pertumbuhan tanaman yang sempurna

(d) memberikan iklim mikro


(b) menghalang (c) mencegah
(a) untuk yang lebih baik dan
populasi rumpai serangan kulat
menambah sebagainya, sehingga
zat nutrien jumlah air yang diberikan
melebihi nilai
evapotranspirasi
Tiga langkah untuk meningkatkan kecekapan pengairan dalam
penerapan teknologi pengairan penjimatan air dalam proses
bidangusaha tanaman, supaya penggunaan air pengairan per
unit produk semakin kecil

Perancangan (optimasi)
pola tanam

Pengaturan
(penjadualan)
pemberian air pengairan

Penerapan teknologi
pengairan penjimatan air
Perancangan (pengoptimuman) Corak Tanaman

Pengotimuman corak tanaman merupakan integrasi dari


data iklim, sumber air, agronomi dan sosial ekonomi.
Analisis yang dapat meningkatkan produktiviti pertanian
serta pendapatan petani

Analisis terhadap Analisis terhadap


corak tanam yang corak tanam yang
sudah ada akan dicadangkan
Pengaturan (penjadualan)
pemberian air pengairan
 Tiga cara pemberian air pengairan/ irigasi

Continuous Irrigation : iaitu pemberian air


secara terus menerus dengan jumlah yang
diberikan berubah mengikut keperluan air
pengairan

Rotation Irrigation : iaitu pemberian air


dengan jumlah air yang tetap manakala selang
dan jangka masa pemberian berubah mengikut
keperluan air irigasi.

Supply On-demand Irrigation : iaitu


pemberian air dengan jumlah dan selang serta
lama pemberian air berubah sesuai keperluan
air pengairan.
Pengaturan (Penjadualan) Pemberian Air Irigasi
Fixed Interval : ipengairan diaplikasikan pada
selang waktu tetap tidak tergantung keadaan air
di daerah perakaran

Allowable Depletion Amount : pengairan


dilakukan apabila jumlah kadar air di bawah
muatan ladang yang telah ditentukan
habis/kosong
Allowable Daily Stress : pengairan
Kriteria dilakukan apabila evapotranspirasi
masa sebenar menurun di bawah potensi
evapotranspirasi
Allowable Daily Yield Reduction :
pengairan dilakukan bila tindakbalas hasil
Penentuan jadual sebenar menurun di bawah paras yang
telah ditentukan dari hasil maksimum.
pemberian air pengairan
bolih diasaskan kepada Allowable Fraction of Readily Available
kriteria masa dan jumlah Water (RAW) : pengairan dilakukan apabila
air pengairan penggunaan air di zon perakaran
melampaui paras RAW.

Fixed Depth : jumlah air pengairan yang


diberikan (setiap masa) tetap
Kriteria
jumlah Back to Field Capacity : air pengairan
diberikan dalam usaha untuk menaikkan
kadar air tanah pada keadaan muatan
ladang
Penerapan Teknologi Pengairan Jimat Air
Pengairan
permukaan
(surface irrigation),
meliputi sistem
banjir, border, dan
alur (furrow).

4 kaedah Pengairan
Pengairan titis teknologi bawah
(trickle irrigation) permukaan
aplikasi (sub-surface
Pengairan irrigation)

Pengairan
curah
(sprinkle
irrigation)
Teknologi Pengairan

Irigasi Permukaan Irigasi renjis/curah

Hidroponik NFT

Irigasi alur Irigasi titis


Penerapan Teknologi Pengairan Jimat Air

 SISTEM PENGAIRAN

Sistem
Pengurusan Penyaluran
Sumber Air
Teknologi Aplikasi Pengairan:
PERMUKAAN
•Banjir/genangan
•Border
•Furrow/alur
RENJIS/CURAH/SPRINKLE
TiTiS/TRICKLE
Lain-lain
SURFACE
IRRIGATION

Rooting Zone

Percolation
Sprinkling

SPRINKLE
IRRIGATIO
N

Uniformity Rooting Zone

Localized
TRICKLE
IRRIGATIO
N

Rooting Zone
Penerapan Teknologi Pengairan Jimat Air

 Secara teorinya, kecekapan pengairan curah


lebih tinggi daripada pengairan permukaan,
kerana pengairan curah dibuat untuk
mengelakkan kehilangan air dalam bentuk
perkolasi dan larian air permukaan

 Kecekapan pengairan titis lebih tinggi daripada


pengairan curah kerana selain mengelakkan
kehilangan air dalam bentuk perkolasi dan larian
permukaan, pengairan titisan hanya menyediakan
air pada zon akar.
1. Sistem Pengairan Curah/Renjis
 Sistem pengairan renjis adalah sistem pengairan dimana air disembur
sebagai renjisan pada tanaman dengan tekanan yang tinggi melalui kepala
perenjis yang dipasang pada paip tetingkat. Untuk menyembur air dibawah
tekanan, pam air digunakan.

 Sistem ini digunakan untuk


penanaman sayur-sayuran, dalam
kawasan semaian anak pokok hiasan
dan tanaman perladangan seperti
kelapa sawit dan getah.
 Kecekapan pengairan adalah diantara
70% - 80%.
 Kecekapan pengairan ialah peratus
air yang dibekalkan yang boleh
imanfaatkan oleh tanaman.
1. Sistem Pengairan Curah/Renjis
 Sistem pengairan renjis sesuai digunakan dalam
keadaan berikut ;
a. Tanah baru dibuka untuk tujuan pertanian dimana pengairan
perlu dipasang dengan segera untuk mengairi tanaman.
b. Tanah yang diusahakan mempunyai tekstur tanah berpasir
yang tidak berupaya memegang air dengan berkesan.
c. Tanah mempunyai topografi yang tidak rata.
d. Tanaman yang ditanam secara padat dan rapat.
e. Tanah yang curam dan terdedah pada hakisan tanah.
f. Tanah yang mempunyai sumber air yang terhad.
 
1. Sistem Pengairan Curah/Renjis
 Sistem pengairan renjis mempunyai beberapa
kebaikan tersendiri iaitu
a. Penyemburan air dilakukan secara seragam atau sekata pada
keseluruhan kawasan.
b. Sesuai digunakan pada kebanyakan jenis tanah terutama pada jenis
tanah yang telap air.
c. Kadar hakisan tanah rendah kerana larian air diatas permukaan tidak
berlaku berbanding dengan jenis sistem pengairan permukaan.
d. Komponen sistem yang dipasang dalam kawasan ladang tidak
menghalang aktiviti lain diladang.
e. Komponen sistem pengairan renjis boleh diubah ke lokasi lain, kerana
iannya mudah dibuka dan dipasang semula.
f. Sistem ini mempunyai kecekapan pengairan yang tinggi dan oleh itu
mengurangkan pembaziran sumber air.
g. Memerlukan kos penyediaan sistem pengairan yang murah kerana tidak
memerlukan persediaan infrastruktur yang mahal seperti binaan parit,
takungan air dan sebagainya.
1. Sistem Pengairan Curah/Renjis
 Sistem pengairan renjis mempunyai beberapa
kelemahan/kekurangan iaitu ;
a. Kos permulaan untuk membeli dan memasang komponen
sistem adalah tinggi.
b. Kos operasi dan penyelenggaraan tinggi seperti kos operasi
pam untuk jangka waktu yang lama, kos penyelenggaraan
pam dan sistem perpaipan.
c. Sebaran semburan air dipengaruhi oleh tiupan angin yang
kuat yang boleh menjejaskan sebaran air semburan.
d. Tanah terdedah kepada keadaan terlalu lembab jika tempoh
pengairan tidak dikawal dengan sempurna dan boleh
mendedahkan kepada bahaya serangan penyakit tanaman.
e. Tidak sesuai digunakan pada tanah yang berstruktur padat
dimana kadar penyerapan air adalah rendah.
f. Operasi sistem pengairan renjis tidak boleh digunakan
dengan serta merta selepas operasi semburan racun makhluk
perosak untuk mengelakkan kehilangan kesan racun.
1. Sistem Pengairan Curah/Renjis
 Komponen Pengairan Renjis/Curah

pam paip utama/mainline

sumbe
rair Paip
latera
l
sprinkler

Contoh pelan pengairan renjis (sprinkler)


1. Sistem Pengairan Curah/Renjis
 Komponen Pengairan Renjis/Curah
1. Sistem Pengairan Curah/Renjis
 Komponen utama sistem pengairan renjis adalah
seperti berikut ;
 
a. Sumber air - sungai, kolam, tangki air
dsbgnya dengan kuantiti yang cukupi,kualiti
air yang baik serta tidak kering semasa
kemarau yang panjang.
 b. Pengadang sampah - dipasang pada injab kaki
pam air untuk menghalang sampah dari
disedut bersama semasa air disedut oleh pam.
c. Sumber tenaga - Pam – sumber tenaga untuk
memindahkan dan menyalurkan air pada
tekanan tertentu ke ladang
d. Penapis -jenis penapis yang sesuai bergantung
kepada tahap kekotoran sumber air.
 
1. Sistem Pengairan Curah/Renjis
e. Tolok tekanan -untuk memberikan bacaan
tekanan yang dihasilkan oleh pam semasa
operasi kerja pam air. Tahap tekanan air
yang dikehendaki bergantung kepada jenis
sistem pengairan renjis.
f. Injab kawalan/lancar - injab kawalan utama
yang mengawal pengaliran air dari pam ke
semua sistem pengairan.
g. Saluran/Paip Utama -paip saluran utama yang
mengalirkan air dari paip utama ke setiap baris
susunan kepala perenjis dalam sistem
pengairan perenjis.
1. Sistem Pengairan Curah/Renjis
h. Saluran /Paip sisi -paip saluran sekunder yang
mengalirkan air dari paip utama ke setiap barisan
susunan kepala perenjis dalam sistem pengairan tersebut.
i. Paip tetingkat - menyalurkan air dari paip sisi ke kepala
perenjis dan menyokong kepala perenjis pada ketinggian
yang dikehendaki. Setiap paip tetingkat dipasang dengan
satu kepala perenjis.
j. Kepala perenjis – alat peranti yang menyembur air dalam
bentuk bulatan basah.
i. Pelbagai jenis penyambung paip seperti pemyambung “T:
dan sebagainya
1. Sistem Pengairan Curah/Renjis
 Terdapat dua jenis kepala perenjis yang biasa
digunakan iaitu ;
a. Sistem Kepala Berputar
b. Sistem Kepala Tetap
1. Sistem Pengairan Curah/Renjis
a. Sistem Pengairan Renjis Kepala Berputar

(Sistem Renjis Makro).


o Ianya digunakan untuk kawasan terbuka.
o Kepala perenjis dipasang diatas paip tetingkat
pada paras ketinggian yang bergantung
kepada keperluan serta ketinggian tanaman
o Air disembur melalui lubang yang terdapat
pada kepada perenjis
o Semasa proses penyemburan berlaku, kepala
perenjis akan berputar pada 360 darjah
o Air yang disembur berbentuk bulatan yang
basah (wetted circle).
o Jarak antara satu paip tetingkat dengan yang
lain adalah sama.
o Kadaralir air dan keperluan tekanan semasa
operasi untuk sistem ini adalah tinggi.
1. Sistem Pengairan Curah/Renjis
b. Sistem Pengairan Renjis Kepala Tetap.
(Sistem Pengairan Renjis Mikro)
o Sesuai digunakan untuk pengairan pokok
hiasan, tapak semaian, rumput turf, kawasan
halaman, rumah lindungan dan dusun.
o Kepala perenjis dipasang diatas paip tetingkat
pada paras yang rendah.
o Air disembur melalui lubang yang terdapat
pada kepala perenjis.
o Semasa proses penyemburan air, kepala
perenjis tidak berputar.
o Air yang disembur di pecahkan terlebih dahulu
‘deflector’ atau dipusingkan oleh ‘flipper’
sebelum membentuk bulatan basah.
o Jejari (radius) basah atau kawasan yang di
siram adalah lebih kecil dari jenis kepala
berputar.
o Kadaralir dan keperluan tekanan semasa
operasi untuk sistem ini adalah rendah.
1. Sistem Pengairan Curah/Renjis
 Pemilihan Kepala Perenjis (Sprinkler)
 Kapasiti pelepasan (Discharge capacity)
 Tekanan operasi (Dibaca pada manometer)
 Lain-lain:
 Sudut nozzle, ukuran titisan, jarak lemparan, dan corak
aplikasi disesuaikan dengan angin, tanaman, dan sistem yang
digunakan
 Sudut nozzle bergantung kepada kelajuan angin dan tinggi
tanaman
 Ukuran titisan halus sesuai untuk tanah terbuka, titisan kasars
 Prestasi Perenjis
o sesuai untuk kawasan berangin
Kadar Keluaran sprinkler
o Jarak lemparan
o Corak sebaran
o Purata aplikasi semburan
o Ukuran titisan (droplets)
1. Sistem Pengairan Curah/Renjis
 Kaedah Pemasangan Sistem Pengairan renjis (Sprinkler)

 Sistem Mudah Alih Pam,


 Paip Utama dan Paip Lateral yang boleh ubah
 Sesuai Untuk penanaman di kawasan kecil dan
sementara/sentiasa beralih-alih
 Sistem Separa Kekal
 Pam dan Paip Utama pada kedudukan tetap, Paip Lateral yang
boleh ubah
 Terdapat injap kawalan di cabang paip utama sebab paip
lateral sering ditanggalkan dan dialihkan
 Sistem Kekal
 Pam, Paip Utama dan Paip Lateral dipasang secara kekal
 Biasanya bagi penanaman intensif dan komersil
1. Sistem Pengairan Curah/Renjis
 Jaringan Paip Sistem Pengairan Renjis

o Paip Sisi (Lateral) -


merupakan paip tempat
mendirikan paip tetingkat
perenjis (sprinkler) untuk
merenjiskan ke tanah.
o Manifold, merupakan
tempat paip-paip lateral
dihubungkan

o Saluran Injap (Valve line), merupakan paip tempat diletakkan injap


air.
o Paip Utaman (Mainline), merupakan paip yang dihubungkan dengan
valve line.
o Saluran Bekalan (Supply line), merupakan paip yang menyalurkan air
dari sumber air.
1. Sistem Pengairan Curah/Renjis
 Jenis Paip dan peralatan penyambung paip

PVC paip Galvanized Steel paip


HDPE paip

Joiner PVC PVC faucet socket HDPE joiner DDPE elbow


Ball valve

HDPE tee
PVC end cap faucet thread HDPE Equal tee
PVC equal tee Pita PTFE

HDPE end cap HDPE faucet


PVC Male thread reducer Glu paip
Adapter socket
PVC
1. Sistem Pengairan Curah/Renjis
 Jenis Paip dan peralatan penyambung paip
1. Sistem Pengairan Curah/Renjis
 Jenis Paip dan peralatan penyambung paip
1. Sistem Pengairan Curah/Renjis
 Faktor Pertimbangan mereka-bentuk sistem pengairan renjis,
a. Peta kawasan
o Peta kawasan memberi maklumat mengenai keluasan dan topografi
tanah yang membolehkan pergiraan kehilangan turus tekanan,
membuat pilihan pam air, dan menentuknan susunatur perenjis.
b. Sumber air
o Perlu diambilkira untuk mengetahui lokasi, kuantiti dan kualiti air
serta kandungan bahan kimia yang terdapat dalam air.
 c. Keadaan cuaca/iklim
o Maklumat yang perlu diketahui ialah suhu harian, kelembapan
udara, taburan hujan dan halaju tiupan angin.
d. Jenis tanah
o Maklumat yang perlu diketahui ialah siri tanah, struktur dan tekstur
tanah, sifat pegangan air tanah dan kadar resapan air oleh tanah.
1. Sistem Pengairan Curah/Renjis
 Faktor Pertibangan mereka-bentuk sistem pengairan renjis,
 e. Jenis tanaman yang diusahakan.
o Maklumat yang pelu diketahui ialah kadar keperluan air harian
oleh pokok, jangka masa kematangan pokok,kedalaman zon
akar serta sistem penanaman yang diamalkan.
  f. Kuasa pam air
o Kuasa pam air perlu diketahui dari aspek kuasa kuda, kapasiti
pam air serta jenis sumber kuasa untuk menjalankan pam air
iaitu menggunakan kuasa elektrik atau pembakaran bahan api
seperti disel atau petrol.
g. Bahan komponen sistem
o Jenis bahan yang digunakan akan menentukan kos serta
susunatur sistem pengairan.
1. Sistem Pengairan Curah/Renjis
 Penyelenggaraan Komponen Sistem Pengairan Renjis.
Komponen-komponen berikut perlu diselenggara dari
masa ke semasa
o Injap kaki – pastikan ia tidak tersumbat dan sentiasa dibersihakan
dari sampah/kotoran. Pastikan ianya sentiasa berada dalam
kedudukan tergantung diatas dasar air.
o Enjin dan Pam – pastikan ianya diselenggarakan mengikut jadual.
o Saluran perpaipan – pastikan semua paip saluran tidak bocor,
pecah atau tersumbat.
o Penapis – pastikan penapis sentiasa dibersihkan dari masa
kesemasa.
o Kepala perenjis – pastikan lubang pada kepala perenjis tidak
tersumbat dan kadar semburan air seragam dan boleh berputar
jika jenis kepala berputar.
2. Sistem Pengairan Titis.
 Sistem pengairan titis adalah
kaedah pengairan dimana air
dibekalkan secara terus ke zon
akar pokok pada kadar air yang
rendah, perlahan serta kerap.
 Air dibekalkan kepada setiap
pokok menerusi alat yang
dinamakan sebagai penitis,
penyebar atau pemancar
(emitter) yang dipasangkan
pada paip poliethylene
 Sesuai digunakan untuk tanaman buah-buahan dan sayur-
sayuran yang menggunakan sistem penanaman secara
fertigasi, di kawasan berbukit di kawasan tanah jenis
bepasir dan di kawasan yang mempunyai kuantiti sumber
air yang terhad.
2. Sistem Pengairan Titis.
2. Sistem Pengairan Titis.

BallValve

Arrow dripper

Stop Valve

Nipple connector Start connector


2. Sistem Pengairan Titis.

EC (Conductivity)
pH meter

Saddle Clamp

LDPE 16mm
LDPE Micro tubing 6mm
2. Sistem Pengairan Titis.
 Komponen sistem pengairan titits dan fungsinya terdiri
daripada yang berikut:-
 Pam air dan enjin - untuk mengepam air dan menyalurkan ke
seluruh sistem pengairan titis pada tekanan air yang rendah.
 Penapis - untuk menapis kotoran dan sampah.
 Sistem perpaipan - untuk menyalirkan air dari pam air ke
seluruhan sistem melalui rangkaian sistem saluran paip
seperti saluran paip utama, sekunder dan sisi.
 Penitis (emitter) - untuk membekalkan air secara titisan yang
perlahan ke zon perakaran setiap pokok.
 Injab kelegaan - untuk menyalurkan air (Pressure relief
valve) keluar dari sistem apabila berlaku tekanan air
yang terlalu tinggi.
2. Sistem Pengairan Titis.
 Komponen sistem pengairan titits dan fungsinya terdiri
daripada yang berikut:-
 Injab pengawal- injab yang mengawal (Check valve)
pengaliran air ke setiap satu barisan susunan kepada penitis
dalam sistem pengarian titis.
 Injab pintu - injab yang digunakan (Gate valve) untuk
membolehkan bekalan air ke setiap saluran paip ditutup
atau dibuka.
 Injab kelegaan angin - injab yang digunakan (Air vacumn
valve) untuk melepaskan udara yang mungkin terperangkap
di dalam saluran paip.
 Penyuntik baja - komponen yang digunakan khusus untuk
sistem fertigasi yang fungsinya untuk menyuntik baja ke
dalam air yang sedang mengalir dalam saluran dan
seterusnya disebarkan ke setiap zon akar pokok.
2. Sistem Pengairan Titis.
Kebaikan sistem pengairan titits adalah ;
o Memerlukan tekanan air yang rendah
o Air dibekalkan terus ke zon akar pada setiap pokok dan ini
menjimatkan penggunaan air.
o Tiada kesan larian air diatas permukaan tanah atau kesan air
bertakung kerana air dibekalkan secara titisan yang
perlahan membolehkan ianya terus diresap ke dalam tanah.
o Mengekalkan kelembapan tanah dan seterusnya
membolehkan tanaman dapat mengambil nutrien secara
berterusan untuk pertumbuhan tanaman yang sempurna.
o Oleh kerana air hanya dibekalkan ke zon akar pokok, sistem
ini tidak mengganggu operasi kerja lain seperti merumput,
menyembur racun makhluk perosak dan sebagainya.
2. Sistem Pengairan Titis.
 Terdapat beberapa kelemahan pada sistem
pengairan titis iaitu ;

o Lubang keluar air pada alat penitis sangat halus dan


mudah tersumbat.
o Rangkaian sistem paip poliethylene yang dipasang diatas
permukaan tanah terdedah kepada kerosakkan seperti
boleh terputus kerana terpotong oleh mesin rumput
begalas atau digigit oleh tikus.
o Jika digunakan untuk tempoh yang lama akan
mengakibatkan berlaku kesan pengumpulan garam galian
pada zon akar yang boleh merosakan tanaman kerana air
dititiskan hanya pada kawasan tetentu sahaja setiap
masa.
Pelan Sistem Pengairan Titis
2. Sistem Pengairan Titis.
 Penyelenggaraan sistem pengairan titis adalah
sama seperti penyelenggaraan sistem Pengairan
renjis.
 Aspek yang paling utama yang perlu diberi perhatian
ialah kualiti air kerana saiz lubang penitis adalah
halus dan mudah tersumbat.
 
3. Sistem Pengairan Permukaan
 Sistem pengairan permukaan merupakan sistem pengairan yang
paling mudah, murah dan praktikal untukmengagihkan air ke
kawasan pengairan secara sekata dan seragam.
 Air dibekalkan secara graviti dari punca air samada dari sungai,
kolam, empangan, tali air dan sebagainya.
 Kecekapan pengairan adalah rendah iaitu antara 40% - 60%
 Sistem ini sesuai di amalkan dalam keadaan berikut:-
o Untuk jenis tanah yang boleh menakung air seperti tanah mineral dan tahan
gambut cetek. Ianya tidak sesuai untuk tanah berpasir seperti tanah bris.
o Tanah yang luas kawasannya dan rata.
o Untuk tanaman yang ditanam secara rapat dan bebaris (seperti sayur-
sayuran) serta tanaman padat (seperti padi).

 
3. Sistem Pengairan Permukaan
 Terdapat beberapa jenis sistem pengairan
permukaan iaitu:-

a. Pengairan banjir ( diamalkan untuk tanaman padi )


b. Pengairan sempadan.
c. Pengairan takung.
d. Pengairan alur antara batas-batas tanaman.
3. Sistem Pengairan Permukaan
3. Sistem Pengairan Permukaan

You might also like