You are on page 1of 41

Identify Residential Building Roofing

System Installation Requirement


Objektif
1. Menyatakan definisi dokumen kontrak

2. Menyenarai dan menerangkan isi kandungan dokumen kontrak:

3. Membezakan jenis lukisan yang telah diluluskan

4. Menyenaraikan jenis penutup bumbung

5. Menyenaraikan jenis-jenis bumbung

6. Menyenaraikan jenis struktur bumbung

7. Mengenalpasti jenis roofing system shop drawing


Definisi Dokumen Kontrak
• Ditakrifkan sebagai dokumen bertulis yang mengandungi
perkara-perkara perjanjian pihak-pihak berkontrak.
• Ia berfungsi untuk menetapkan dan menghuraikan termasuk
peranan, tanggungjawab dan perihal terperinci mengenai kerja
atau perkhidmatan seperti lukisan, spesifikasi, prosedur, apa-apa
syarat lain, dan sebagainya.
Kepentingan Dokumen Kontrak
• Kewajipan am kontraktor ialah untuk melaksanakan kerja dengan
memenuhi kehendak dokumen kontrak.
• Untuk menyelesaikan segala percanggahan isu yang timbul dalam
sesebuah projek
• jika apa-apa percanggahan atau kekeliruan, hendaklah dirujuk kepada
arkitek atau jurutera bagi pihak majikan, untuk mendapatkan putusan
• jika timbul percanggahan antara dokumen-dokumen, keutamaan diberi
kepada syarat-syarat kontrak (dokumen bercetak).
Isi Kandungan kontrak
lukisan

Tempoh Spesifikasi
Isi
kandungan
kontrak

Senarai
Kos
kontrak
Isi Kandungan Kontrak
• Lukisan
 Ia terdiri dari lukisan-lukisan yang dirujuk semasa penyediaan senarai bahan atau
sebagai penentuan skop kerja bagi kontrak tanpa mengguna senarai bahan dan adalah
terdiri dari lukisan tender yang asal.

• Spesifikasi
 Spesifikasi mengandungi huraian mengenai bahan-bahan dan mutu kerja bagi setiap
jenis kerja yang perlu dilaksanakan. Ianya menjadi rujukan bagi tahap kualiti yang
dikehendaki. Tahap kualiti yang dikehendaki lazimnya mengikut kod-kod amalan dan
standard seperti British Standards, SIRIM dan seumpamanya
• Senarai kuantiti
 Senarai Kuantiti atau Bill Of Quantity (BQ) adalah
senarai bahan yang dihasilkan oleh Juruukur Bahan
melalui pengukuran yang dibuat ke atas lukisan yang
disediakan oleh perunding Arkitek atau Jurutera
Awam.
 Senarai Kuantiti (BQ) mengandungi perkara-perkara
penerangan seperti 'Kerja-kerja Awalan',
'Speksifikasi', Wang Kos Prima, Wang Peruntukan
Sementara, Wang Luar Jangka dan lain-lain.
• Kos
Wang kos prima
-adalah anggaran jumlah pukal yang dimasukkan ke dalam senarai bahan untuk
kerja-kerja yang akan dilaksanakan oleh subkontraktor dinamakan atau untuk bahan-
bahan yang dibekal oleh pembekal dinamakan

Wang peruntukan
-adalah jumlah sementara yang dimasukkan ke dalam senarai bahan untuk kerja-
kerja yang tidak dapat ditetapkan di waktu menender

Wang luar jangkaan


-adalah peruntukan yang dimasukkan ke dalam senarai bahan sebagai perbelanjaan
bagi kerja-kerja yang di luar jangkaan atau tidak ternampak semasa penyediaan
dokumen tender, walaupun telah disediakan dengan teliti
• Tempoh masa
 Tempoh siap kerja seperti yang ditetapkan mengikut perjanjian
tender dan terma-terma yang dipersetujui antara pihak kontraktor
dan pihak kerajaan. Sekiranya pihak kontraktor tidak mematuhi
tempoh penyiapan seperti yang ditetapkan ia perlu mengemukakan
permohonan perakuan kelambatan dan lanjutan masa penyiapan
dengan alasan yang berpatutan
LUKISAN PEMBINAAN YANG DILULUSKAN
• Lukisan mekanikal dan elektrik
• Lukisan Bangunan
– Pelan struktur
– Pelan arkitek
 Pelan lantai
Mengandungi Pelan Tingkat Bawah, Tingkat Atas dan seterusnya serta Pelan Bumbung
 Pelan pandangan
Menunjukkan dengan jelas pandangan rupa bentuk bangunan yg dilukis seperti Pandangan Hadapan, Belakang,
Kiri & Kanan.
 Pelan keratan
Menunjukkan keratan bangunan yg dibina bagi menunjukkan ruang dalaman sesebuah bangunan yang di bina
 Pelan lokasi
Menunjukkan secara kasar kedudukan tapak projek didalam lingkungan taman perumahan atau kawasan
kediaman berhampiran di mana pelan akan ditunjukkan dalam skala 1: 1200, 1:1300, 1:1500 dan sebagainya.
 Pelan kunci
Menunjukkan secara kasar kedudukan tapak projek atau tapak pembinaan yg selalunya dalam radius 5km dari
tapak projek.
 Pelan tapak
Mengandungi perincian yg lebih jelas berkenaan tapak rumah serta bangunan berhampiran dengan skala
kebiasaan 1:200, 1:300.
• Pelan perpaipan dalaman
PENGENALAN SISTEM BUMBUNG
• Bumbung adalah merupakan satu daripada
bahagian-bahagian yang terpenting bagi satu-
satu bahagian bangunan kerana ia digunakan
untuk melindungi penghuninya daripada
hujan, panas dan cahaya matahari.
Struktur bumbung

i. Kerangka Bumbung
ii. Kekuda Bumbung
iii. Penutup Bumbung.
Fungsi Bumbung
• Melindungi bangunan daripada dimasuki hujan,
panas, angin dan habuk
• Menstabilkan suhu dalam bangunan
Ciri-ciri pemilihan jenis bumbung

i. Kestabilan

ii. Perlindungan Daripada Cuaca Iaitu Matahari, Angin Dan Hujan


iii.Tahan Lasak

iv. Rintangan Terhadap Haba

v. Bekalan Cahaya Dan ganti Udara


vi.Kecantikan
Faktor-faktor yang mempengaruhi reka bentuk bumbung

i. Angin
• Pembinaan moden yang menggunakan bahan-bahan ringan menghadapi ancaman daripada angin
kencang yang menyebabkan bumbungnya terangkat. Oleh itu, bumbungnya harus dipasakkan dengan
kekal dan kukuh bagi kerangka dan penutupnya.

ii. Penebatan
• Haba dalam sesebuah bangunan boleh dikawal dengan pembinaan bumbung yang sesuai.
• Bunyi titisan air hujan boleh dikurangkan dengan menempatkan bahan-bahan penebatan di antara
bumbung dan siling.

iii. Ganti udara


• Fungsi bumbung ialah mengelak cahaya masuk ke dalam bangunan dan ganti udara boleh dikawal
dengan membina bumbung palsu, siling palsu atau tingkap yang tinggi supaya mengawal ganti udara
dalam bangunan.
iv. Serangga
• Kelawar, burung, tikus dan binatang-binatang kecil yang lain selalu memasuki ruang bumbung melalui
lubang-lubang kecil diantara penutup bumbung dengan beroti. Binatang-binatang kecil ini
mengganggu ketenteraman penghuni dan bau najis yang kurang menyenangkan serta meninggalkan
tompok-tompok kotoran pada siling. Oleh itu, kaedah mengatasi masalah ini ialah memasang jejaring
dawai (eave filler) hendaklah dipasang pada sekeliling penjuru bumbung untuk menghalang
kemasukan binatang-binatang kecil ini.

v. Kilat
• Bangunan yang mengalami hujan panas di kawasan tropika, terutama sekali bangunan yang
berasingan dan yang dibina di tempat yang tinggi perlu dipasang pengalir kilat (lighting conductor).

vi. Air hujan


• Kemudahan untuk mengalirkan air hujan yang paling berkesan ialah mengadakan longkang di
sekeliling bangunan supaya air hujan dari bumbung disalurkan ke longkang ini.
Penentuan jenis bumbung
• Saiz dan bentuk bangunan
• Rekabentuk
• Segi ekonomi/ kos
• Nilai estetika
• Keadaan iklim
Jenis penutup bumbung
• Penutup bumbung mestilah terdiri daripada bahan-
bahan yang kalis air. Bahan-bahan yang digunakan
adalah mengikut jenis dan kecerunan bumbung. Pada
dasarnya penutup bumbung dibahagikan kepada dua
kumpulan iaitu bagi bumbung rata dan bumbung
curam.
Jenis penutup bumbung
JENIS PENUTUP BUMBUNG GAMBAR

Genting tanah Liat (clay)

Kepingan Zink Bergelugur

Kepingan Asbestos Bergelugur


Metal Deck

uPVC

Konkrit

Slate
Kaca

Shingles
Bahan-bahan yang sesuai digunakan untuk menutup
bumbung rata

• Lapisan bitumen
• Kepingan logam yang terdiri daripada kuprum,
plumbum, tembaga, zink dan aluminium
• Plastik
• Papak konkrit. Jenis asbestos Jarak maksimum antara gulung-gulung

• Kepingan asbestos, Kepingan kecil 0.9 m


Kepingan besar 1.35 m
Kepingan berombak sudut 1.35 m
Bahan-bahan tradisi yang digunakan bagi
penutup bumbung curam
• i. Genting tanah liat,
• ii. Kepingan batu (slate)
• iii.Kepingan papan.
• iv. Genting konkrit
Antara jenis genting yang biasa digunakan ialah :
– Genting Manca Curam,
– Genting Biasa,
– Genting Roman,
– Genting Roman Kembar,
– Genting Manca S,
– Genting Manca Rata
Jenis-jenis bumbung
i. Bumbung Rata konkrit
• Binaan bumbung rata konkrit bertetulang adalah seperti berikut:
a. Bumbung rata konkrit bertetulang biasanya digunakan pada rentang yang kecil antara
dua dinding atau tembok.
b. Lapisan kalis lembab diletakkan antara lapisan papak konkrit dengan lepaan. Lapisan
ini juga diletakkan di atas permukaan lepa.
c. Bumbung jenis ini juga boleh digunakan sebagai tempat meletak tangki air atau ruang
rekreasi.
d. Beban yang ditanggung oleh bumbung biasanya kurang berbanding lantai. Oleh itu
ketebalannya kurang daripada ketebalan lantai.
e. Kecuraman bumbung dibentuk dengan satu lapisan lepa 20 mm hingga 25 mm
bertujuan larian air.
ii. Bumbung Pisang Sesikat
a. Biasanya digunakan dalam pembinaan bangunan
tambahan seperti garaj, ruang dapur dan sebagainya.
b. Bahagian atas hujung kasau disokong sama ada
dengan cara memasukkan ke dalam tembok,
disangga, dipasang braket keluli atau plat tembok.
c. Bahagian bawah kasau disokong oleh tutup tiang.
Gambar bumbung pisang sesikat
Bumbung curam
• -bumbung yang mempunyai kecuraman melebihi 10 darjah dari ufuk.
• pelbagai reka bentuk:Limas,Minang Kabau dsb.
Lain-lain Fakta:
• Bumbung curam untuk bangunan saiz sederhana dan berbentuk
sekata.
• Bumbung Rata untuk bangunan berbentuk tidak sekata dengan curam
tidak melebihi 10 darjah.
• Reka bentuk: nilai semulajadi.
• Ekonomi : Berdasarkan Kos bina dan kos selenggara.
jenis-jenis struktur bumbung
• Struktur keluli ringan
• Struktur kayu
• Struktur keluli
• Struktur konkrit
Struktur keluli ringan

Kekuda bumbung keluli ringan adalah pembangunan teknologi bumbung baru


menggunakan pembinaan keluli yang kukuh. Struktur keluli ringan menjadi pilihan
terbaik untuk kebelakangan ini. Pemilihan keluli ringan adalah kerana:
• Struktur keluli secara umumnya tidak memerlukan penyelenggaraan. Jadi untuk jangka
masa yang panjang ia menjimatkan kos kerana tidak perlu kerap menggantikannya.
• Dari segi kekuatan bumbung, ia jauh lebih ringan dari genting biasa dan didatangkan
dengan saiz yang besar. Ia bukan sahaja mengurangkan berat pada struktur bumbung
malah skali lagi menjimatkan wangdengan membeli material yang tidak terlalu banyak.
• Ianya tahan hakisan dan cuaca
• Perlindungan tahan lama dan mantap tanpa kelihatan tompok-tompok karat dalam
jangka pendek kerana teknologi terkini yang mampu menawarkan jaminan antikarat
(corrosion resistance) dengan salutan aluminium dan zink yang tahan lama.
Struktur kayu

• Jenis kayu yang digunakan biasanya terdiri daripada kayu sederhana keras
berukurannya berubah-ubah mengikut anggota struktur dan jarak rentang ianya
dipasang.
• Kayu jenis ini mempunyai rintangan yang baik terhadap cuaca dan serangan kulat
• Saiz Kasau antara 100 x 38, 100x 50mm - 150mm x 50.
• Saiz kerangka seperti gulung-gulung antara 175mm x 50mm – 225mm-75mm
bergantung kepada jarak gulung-gulung dan kecuraman bumbung
• Saiz beroti antara 38mm x 25mm- 50mmx 25mm (Rentang antara 450mm
600mm)
ROOFING SYSTEM SHOP DRAWING
• Shop drawing atau Lukisan kedai adalah lukisan atau
set lukisan teknikal yang dihasilkan oleh kontraktor
yang digunakan untuk rujukan dalam menjalankan
kerja.
• Imej-imej terperinci yang berfungsi sebagai garis
panduan untuk kontraktor menyiapkan projek.
Lukisan Pandangan Atas (Plan View)
• Menunjukkan Bentuk Bumbung Dari Pandangan Atas.
• Menunjukkan Dimensi Bumbung (Panjang Dan
Lebar).
• Menunjukkan Jarak Antara Setiap Kekuda.
• Menunjukkan Kedudukan Beam (Untuk Pemasangan
L-Braket).

You might also like