You are on page 1of 10

ETIKA DALAM KAUNSELING DAN

PSIKOTERAPI
• ETIKA : satu sistem standard moral; standard
amalan
• BERETIKA : mematuhi standard moral
KEPENTINGAN ETIKA
• Menjaga kebajikan klien
• Memberikan khidmat berdasarkan skop kompetensi diri
• Tidak memberikan kesan buruk kepada profesion dan
klien
• Melindungi privasi dan kerahsiaan klien
• Bertindak secara beretika dan bertanggungjawab
• Mengelakkan eksploitasi
• Menjaga maruah profesion – standard amalan
profesional
MODEL MEMBUAT KEPUTUSAN

Kenalpasti masalah 1

Kenalpasti isu etika yg berkemungkinan 2

Rujuk Kod Etika Yang Relevan 3

Ketahui undang-undang yg berkaitan 4

Dapatkan konsultansi 5

Perimbangan tindakan yang boleh diambil 6

Jangkaan kesan pelbagai tindakan 7

Tentukan tindakan yang terbaik 8


MENGENALPASTI ISU-ISU ETIKA
YANG TERLIBAT

• Selepas maklumat dikumpul,senaraikan dan jelaskan


isu-isu yang kritikal serta tidak memasukkan isu yang
tidak relevan.
• Mempertimbangkan konteks keadaan budaya
termasuk dimensi budaya yang berkaitan dengan
situasi klien.
• Menilai hak, tanggungjawab dan kebajikan semua
orang yang dipengaruhi oleh keadaan.
• Menekankan 6 asas prinsip-prinsip moral iaitu
autonomi,non-maleficence, beneficence, justice,
fidelity dan veracity.
4. MENGETAHUI UNDANG-UNDANG DAN
PERATURAN-PERATURAN
• Dengan mengikuti perkembangan berkaitan Negeri dan
undang-undang Persekutuan yang mungkin berkenaan
dengan dilema etika. ini adalah penting terutamanya dalam
perkara-perkara yang menghalang atau melanggar
kerahsiaan, laporan kanak-kanak , berurusan dengan isu-isu
yang berkaitan dengan bahaya kepada diri sendiri atau
orang lain, hak-hak ibu bapa, penyimpanan rekod dan
penilaian.
• mendapatkan panduan daripada organisasi profesional
khususnya yang berkaitan dengan undang-undang.
• Selain itu, memahami Peraturan-peraturan semasa dan
peraturan agensi atau organisasi tempat bekerja.
5. MENDAPATKAN KHIDMAT NASIHAT

• Membuat rundingan dengan rakan-rakan sekerja


untuk mendapatkan perspektif yang berbeza
tentang masalah.
• Jika berkaitan dengan undang-undang, perlu
dapatkan khidmat nasihat guaman. Jika dilema
etika melibatkan pekerjaan dengan klien dari
budaya yang berbeza ,ia perlu dirunding dengan
orang yang mempunyai kepakaran dalam budaya
itu.
Isu 1
• Adam merupakan pelajar tingkatan 3 yang telah dibuang sekolah kerana
bertindak kurang ajar memaki, melawan guru dan bertindak agresif. Menurut
Adam beliau telah dimalukan oleh guru di hadapan rakan-rakan. Pihak sekolah
bersetuju untuk menerima Adam semula ke sekolah sekiranya beliau
mendapatkan perkhidmatan kaunseling. Setelah beberapa sesi kaunselor
mendapati banyak masalah berlaku dalam keluarga Adam. Adam menghadapi
stres yang tinggi di mana bapa tirinya selalu mendera. Manakala ibunya selalu
memarahi beliau. Adam mahukan seluruh ahli keluarganya menjalani sesi
kaunseling. Keluarganya menolak dan mengatakan itu adalah masalah Adam dan
sepatutnya Adam sahaja yang menerima kaunseling. Beberapa hari kemudian
ibu Adam menelefon sekolah untuk memaklumkan Adam tidak memerlukan
perkhidmatan kaunseling dan akan meneruskan pembelajaran di rumah.

• Berdasarkan isu di atas, bincangkan implikasi etika terhadap amalan profesional


kaunseling.
Contoh Kes.

• Meng telah berjumpa kaunselor dan menceritakan


masalahnya. Meng mengatakan terlalu kerap
dimarahi, dipukul oleh ibu bapanya disebabkan
kegagalannya dalam mata pelajaran tertentu. Bagi
mengelakkan daripada dipukul kembali Meng telah
mencuri satu set soalan ujian bulanan daripada
gurunya untuk mendapatkan keputusan yang baik
di dalam ujiannya. Dalam pada itu juga Meng
meminta kaunselor untuk tidak memberitahu
kepada pihak sekolah.

• Bagaimana kaunselor menangani masalah tersebut?

You might also like