You are on page 1of 59

ARUS

ULANG ALIK (AU)

1
ARUS ULANG-ALIK

Arus Ulang alik ialah arus yang


mengalir pada satu arah dan balik
semula pada arah bertentangan
dalam tempoh masa tertentu.

Arus Terus – mengalir pada satu arah sahaja.

2
Gelombang Sinus AU
 Gelombang sinus adalah satu cara bagi menggambarkan
bentuk Voltan / arus AU secara grafik daripada darjah
mekanik kepada darjah elektrik.
 Gelombang sinus adalah bentuk voltan atau arus yang
dihasilkan oleh pengalir yang memotong medan magnet.
 Perkataan gelombang sinus diperolehi daripada perkaitan
fungsi trigonometri yang digunakan dalam pergerakan
pengalir memotong medan magnet ( bentuk sinusodial ).
 Bekalan elektrik di rumah adalah satu contoh penggunaan
gelombang sinus AU.
 Gelombang ini dapat dilihat dengan menggunakan
osiloskop.

3
Kebaikan AU berbanding AT

 1. Tenaga yang dihasilkan oleh penjana AU


lebih tinggi berbanding dengan penjana AT.
 2. Penjanaan AU lebih cekap dan baik kerana
menggunakan slip ring. AT menggunakan
komutator yang boleh menyebabkan bunga api.
 3. Kecekapan lampu nyahcas lebih baik dengan
bekalan AU.
 4. Kawalan motor AU lebih mudah, ringan dan
murah.
 5. Binaan motor AU lebih kecil, ringan dan
tahan lasak.

4
Kebaikan AU berbanding AT
 6. Voltan / arus aruhan AU boleh ditinggikan atau
direndahkan mengikut kehendak pengguna –
guna pengubah.
 7. Arus AU boleh ditukarkan kepada AT- guna alat
penerus. AT sukar ditukarkan kepada AU.
 8. Penggunaan bekalan AT mudah dipengaruhi oleh
kakisan ( elektrokimia), tetapi hal ini tidak terjadi
pada bekalan AU.
 9. Binaan meter penyukat AU lebih ringkas
berbanding dengan meter AT.
 10. Sebahagian besar peralatan elektrik hari ini lebih
banyak menggunakan AU berbanding AT.

5
Contoh Penggunaan Arus Terus

 1. Pengecas bateri skunder


 2. Peralatan / komponen elektronik
 3. Proses elektrokimia - penyaduran
 4. Bekalan kuasa – lampu kecemasan
 5. Lampu yang memerlukan keamatan tinggi –
projektor
 6. Voltan pengujaan medan bagi penjana AU
(motor segerak )
 7. Bekalan elektrik dalam kereta, radio dan
sebagainya.
 8. Mesin di Lombong / keretapi yang
memerlukan kawalan kelajuan.

6
Istilah-istilah Berkaitan AU.

 1. Kitar ( Cycle ).
 Satu kitar ialah satu pusingan gelombang arus
AU yang lengkap sepenuhnya, dari 0º ke puncak
maksima positif dan balik ke sifar ( 180º )
kemudian ke nilai maksima negatif dan balik
semula ke 360º (seperti kedudukan asal ).
 Satu kitar bermaksud satu gelombang sinus yang
telah berputar lengkap 360º elektrik.

7
Istilah-istilah Berkaitan AU
 2. Frekuensi ( Ulangan ).
 Frekuensi ialah bilangan kitar lengkap yang dapat
diperolehi dalam 1 saat. Oleh itu frekuensi bagi
dge terjana bermakna bilangan kitaran yang
lengkap sesaat.
 50 Hz bererti terdapat 50 kitar dalam satu saat.
 Simbol Frekuensi = f
 Unit Frekuensi = Hertz ( kitar / saat )

 Perkataan ‘Hertz’ digunakan bagi mengenang jasa pencipta


gelombang radio – Heinrich Hertz.

8
Istilah-istilah Berkaitan AU

 3. Nilai Ketika ( time period ).


 Nilai ketika ialah nilai arus, voltan dan lain-lain
kuantiti pada suatu ketika.
 Nilai ini biasanya berbeza-beza mengikut suatu
Ketika.
 Simbol nilai ketika bagi voltan = “v”
 Simbol nilai ketika bagi arus = “i”

9
Istilah-istilah Berkaitan AU
 4. Nilai maksima / nilai puncak.
 Nilai maksima ialah nilai yang tertinggi yang
mampu di capai oleh satu gelombang sinus.
 Biasanya nilai ini akan tercapai sekali pada setiap
separuh kitar. Bagi setiap kitaran AU yang
lengkap terdapat dua nilai maksima / nilai
puncak, ½ kitaran positif dan yang satu lagi ½
kitaran negatif.
 Simbol bagi voltan maksima = ( Vm )
Arus maksima = ( Im ).

10
Istilah-istilah Berkaitan AU

 Nilai maksima bagi voltan atau arus ini lebih


kerap dipanggil “nilai puncak”.
 Perbezaan diantara nilai puncak positif dan nilai
puncak negatif disebut “ nilai puncak ke puncak”
bagi satu gelombang sinus.
 Nilai puncak ini juga dikenali sebagai jerayun
(amplitut).
 Simbol bagi Voltan puncak = ( Vp )
Arus puncak = ( Ip ).

11
Istilah-istilah Berkaitan AU
 5. Nilai Purata (min).
 Nilai purata ialah nilai yang diambil secara purata
bagi separuh kitaran gelombang sinus AU.
 Nilai purata bagi ½ kitaran semua gelombang
sinus ialah 0.637 daripada nilai maksima atau
puncaknya.
( Nilai ini diperolehi setelah mempuratakan semua nilai-
nilai ketika seketika ½ kitaran gelobang sinus. Jika diambil
satu kitar, ia akan membatalkan diantara satu sama lain
dan memberikan sifar (0) bagi arus ataupun voltan ).
 Simbol nilai purata bagi Voltan = V min
Arus = I min

12
Istilah-istilah Berkaitan AU

 6. Nilai Punca Min Kuasa Dua (pmkd).


 Nilai punca min kuasa dua (pmkd) ialah satu nilai
yang menyamai nilai arus terus (AT).
 Nilai ini berupaya melakukan kerja dalam masa
yang sama dengan arus terus pada beban
rintangan yang sama.
 Nilai pmkd juga dikenali sebagai nilai berkesan
atau nilai maya.
 Simbol bagi nilai pmkd bagi Voltan = Vpmkd
Arus = Ipmkd

13
Istilah-istilah Berkaitan AU
 7. Vektor / pemfasa.
 Vektor/pemfasa ialah skala yang digunakan untuk
menunjukkan jumlah atau nilai sesuatu kuantiti
( berat, saiz, ukuran dan sebagainya ) yang
mempunyai arah dan juga magnitud.
 Arahnya ditandakan dengan anak panah manakala
titik permulaannya pula bermula daripada 0.
 Vektor/pemfasa digunakan khusus untuk bidang
elektrik & elektronik sahaja bagi menunjukkan
gelombang sinus, perbezaan fasa, dan kuantiti-
kuantiti AU.

14
Istilah-istilah Berkaitan AU

 8. Fasa dan sudut Fasa.


 Fasa yang hendak dibincangkan ialah perkaitan di antara
arus (I) dengan voltan (V) bekalan bagi litar AU unggul/
tulen.
 Sekiranya arus (I) dan Voltan (V) yang sama frekuensi itu
meningkat daripada sifar ke maksima dan turun semula
kesifar pada arah jerayun dan masa yang sama, arus dan
voltan itu dikatakan – “sama fasa” .
 Terdapat juga litar AU yang menyebabkan arus dan voltan
yang sama frekuensi itu tidak mencapai nilai maksima dan
sifar pada masa yang sama, ketika ini arus dan voltan
dikatakan – “Tak sama fasa”.

15
Fasa dan sudut fasa

 Sudut fasa pula ialah sudut/ masa yang diambil


oleh arus atau voltan untuk mendulu atau
mengekor. Sudut fasa ini berbeza-beza mengikut
beban dan nilainya.
 Masa ini dinyatakan dalam darjah elektrik ( sudut
fasa ).
 Simbolnya sudut fasa = Ө

16
Fasa dan sudut fasa

 Terdapat tiga cara menunjukkan sudut fasa ini,


iaitu:
 1). Secara gambarajah - Gelombang Sinus.

v
I

90º

Sudut fasa`

17
Fasa dan sudut fasa

 2). Secara gambarajah – Pemfasa/ Vektor.

V
Ө = 90º

Arus mengekor Voltan 90º

18
Fasa dan sudut fasa

 3). Secara persamaan – Trigonometri.



Kos Ө = R
Z
Tan Ө = X Z
R X

Sin Ө = X
Ө
Z

19
Rintangan, Kearuhan & Kemuatan
dalam litar AU.
 (a). Rintangan Tulen.
 Rintangan tulen ialah rintangan yang diperolehi
daripada litar yang hanya mengandungi perintang
sahaja ( tanpa kearuhan ataupun kemuatan ).
 Dalam litar rintangan tulen, arus dan voltannya
dikatakan “sama fasa”.
 Pada litar yang sama fasa, arus dan voltannya
tidak mempunyai perbezaan sudut atau 0º.

20
Gambarajah Berkaitan - Rintangan Tulen

Gambarajah Gambarajah Gambarajah


Litar Sinus Vektor

R
v

I v I
I
Voltan dan Arus sefasa
Sudut fasa=0º
v

21
 (i). Formula Rintangan dalam litar AU.
 Oleh kerana rintangan dalam AU dan AT dianggap
sama. Maka rintangan dalam AU boleh dikira
dengan menggunakan Formula Hukum Ohm.

R = V
I

Di mana: R = Rintangan
V = Voltan
I = Arus

22
Rintangan, Kearuhan & Kemuatan
dalam litar AU.
 (b). Kearuhan tulen.
 Sebarang litar yang boleh mengeluarkan fluks magnet
dikatakan mempunyai kearuhan. Oleh kerana pengalir
yang membawa arus menghasilkan fluks magnet,
maka ia juga mempunyai nilai kearuhan.
 Biasanya litar kearuhan dibentuk daripada belitan
gegelung pengalir di atas bahan magnet, contohnya
kutub bagi penjana, motor, pengubah, pencekik dan
sebagainya.
 ( oleh kerana pearuh terdiri daripada gegelung dawai, kewujudan
rintangan dalam dawai tersebut tidak dapat dielakkan walau
bagaimanapun, dalam perbincangan ini kita menganggapkan bahawa
Pearuh tersebut adalah tulen tanpa sebarang nilai rintangan).

23
Rintangan, Kearuhan & Kemuatan
dalam litar AU.
 Unit bagi Kearuhan = Henry ( H ).
 Simbol kearuhan = L
 Dalam litar aruhan tulen, arus dan voltannya
menjadi tidak sefasa. Ini disebabkan oleh
kewujudan dge balik yang dipengaruhi oleh
perubahan fluks dan arus litar. Dge ini akan
menentang arus secara berterusan.
 Oleh itu, pearuh boleh digunakan untuk
memisahkan arus daripada voltan.

24
Gambarajah berkaitan - Kearuhan Tulen.

Gambarajah Gambarajah Gambarajah


Litar Sinus Vektor

v v
Ө=90º
I
I I
Arus mengekor
v Voltan 90º

25
 (i). Regangan Kearuhan.
 Penentangan terhadap aliran arus oleh pearuh ini
dipanggil “regangan berkearuhan”.
 Simbol bagi regangan berkearuhan = XL

26
 (ii). Formula Regangan berkearuhan:

XL = 2πfL

Di mana XL = Regangan berkearuhan


π = 3.14 ( pai )
f = Frekeunsi (Hz).
L = Aruhan ( Henry ).

27
Rintangan, Kearuhan & Kemuatan
dalam litar AU.
 (3). Kemuatan Tulen.
 Pemuat atau juga dikenali sebagai kapasitor /
kondenser ialah peranti yang digunakan untuk
menyimpan tenaga elektrik.
 Kebolehannya menyimpan tenaga elektrik dalam
bentuk cas dikenali sebagai kemuatan
(Kapasitan).
 Unit bagi Kemuatan = farad ( F )
 Simbol kemuatan = C

28
Gambarajah berkaitan – Kemuatan Tulen.

Gambarajah Gambarajah Gambarajah


Litar Sinus Vektor

C
I
v
Ө=90º
I
I v
Voltan mengekor
v Arus 90º

29
Rintangan, Kearuhan & Kemuatan
dalam litar AU.
 (i). Regangan berkemuatan.
 Penentangan arus ketika voltan bekalan mula
menurun di panggil “regangan berkemuatan”.
Penentangan ini terjadi sewaktu berlaku
perubahan voltan dan ianya berlawanan dengan
arah asal pengaliran arus.
 Nilai regangan ini berkadar songsang dengan
halaju sudut AU atau frekuensi dan nilai
kemuatan pemuat.
 Simbol bagi regangan berkemuatan = Xc

30
 (ii). Formula Regangan berkemuatan:

XC = 1
2πfc

Di mana Xc = Regangan berkemuatan


π = 3.14 ( pai )
f = Frekeunsi (Hz).
c = Kemuatan ( farad ).

31
Galangan dalam litar AU

 (a). Galangan.
 Galangan ialah gabungan jumlah kesan
Rintangan (R) oleh perintang dan regangan
oleh Pemuat (Xc) serta Pearuh (XL) dalam litar
AU. (jumlah rintangan dalam litar AU)
 Simbol bagi galangan = Z
 Unit bagi galangan = ohm

32
Galangan dalam litar AU

 (i). Formula bagi Galangan.

Z² = R² + ( XL - XC ) ²
ATAU

Z = √ R² + ( XL - XC ) ²

Dimana : Z = Galangan
R = Rintangan (ohm)
XL = Regangan berkearuhan ( Henry)
Xc = Regangan berkemuatan ( farad)

33
Faktor Kuasa & Kuasa dalam litar AU
 (a) Kuasa.

 Dalam litar AU & AT yang voltan dan arusnya sama


fasa – formula kuasa ialah P=VI.
 Tetapi dalam litar AU yang mempunyai regangan,
menyebabkan Arus dan Voltan tidak sama fasa
( terpisah ). Pemisahan ini mengurangkan kuasa
sebenar dalam litar dan ianya dipanggil kuasa ketara
(kVA).
 Nilai kuasa sebenar dalam litar AU boleh diperolehi
daripada pendarapan kuasa ketara dengan faktor
kuasa (kosinus sudut ).

34
Faktor Kuasa & Kuasa dalam litar AU ( sambungan )

 Formula kuasa sebenar:

Kuasa Sebenar = Kuasa ketara x F/kuasa


P = V I Kos θ

# Dalam litar AU terdapat 3 jenis kuasa:

i). Kuasa Sebenar (P) – wujud dalam litar sama fasa.


ii). Kuasa Ketara (VA) - Wujud dalam litar yang tak sama fasa.
iii). Kuasa Regangan (VAr) – wujud dalam litar yang tak sama
fasa.

35
Faktor Kuasa & Kuasa dalam litar AU

 (b). Faktor Kuasa.


 Faktor kuasa pula ialah nisbah diantara kuasa sebenar
terhadap kuasa ketara atau kos sudut fasa.
 Nilai Faktor kuasa diungkapkan dalam peratus atau nilai
pecahan. ( Contohnya: 80% = 0.8 dan 100% = 1 ).
 Nilai f/kuasa ini bergantung kepada bilangan fasa, jika
kuasa ketara sama dengan kuasa sebenar, iaitu VI=P
faktor kuasanya adalah uniti.
 Formula Faktor Kuasa:
P = V x I x Kos 90º

36
Contoh Soalan SPM

 SPM 1993, soalan 2:


 Nilai puncak bagi satu gelombang sinus ialah
7Amp. Hitungkan:
a). Nilai Purata.
b). Nilai punca min kuasa dua.

37
CONTOH JAWAPAN

 1) a) = 0.637 x nilai maksimum


= 0.637 x 7
= 4.459 amp

b) = 0.707 x nilai maksimum


= 0.707 x 7
= 4.949 amp

38
 SPM 1994, SOALAN 15
 Hitungkan jumlah kemuatan dalam

litar yang terdapat pada Rajah 1

39
 SPM 1995, Soalan 6
 Berpandukan Rajah 2, hitungkan

nilai galangan litar

40
 SPM 1993, Soalan 1
 Rajah 3 menunjukkan satu litar siri

a.u. Berpandukan litar itu, hitungkan


 I) Jumlah galangan
 II) Arus 1

 III) Kuasa sebenar

41
 SPM 1994, Soalan 4
 Berpandukan Rajah, hitungkan arus

IL yang melalui litar itu.

42
 Buku teks ting. 4, m/s 180
 Merujuk Rajah, hitungkan nilai

 I ) Regangan berkemuatan

 II) Arus yang mengalir

43
 Setara II, 2003
 Merujuk Rajah, hitungkan nilai

regangan berkearuhan dalam litar.

44
 2) Pemuat selari = 2µf + 2µf + 2µf
= 6µf

Jumlah kemuatan = 2µf x 6µf


2µf + 6µf
= 12µf
8µf
= 1.5µf

45
 3) Z = √ R² + XL²
= √ 30² + 40²
= √ 900 + 1600
= √ 2500
= 50 ohm

46
 4)I) Z = √X² + (XL-XC)²
= √40² + (300-60)²
= √40² + (240)²
= √1600 + 57600
= √59200
= 243 ohm

47
 II) I = V III) P = I²R
2 = 0.82² x 40
= 200 = 26.9 watt
243
= 0.82 amp

48
 5) XL = 2πfL
= 2 x 3.142 x 50 x 0.1
= 31.42 ohm

IL = V = 200 = 6.365 amp


XL 31.42

49
 6)a) XC = 1 = 1
2πfC 6.28x50x8x10ˉ6
= 1000 000
6.28 x 50 x 8
= 1000 000
2512
= 398.09 ohm

50
 B) I = V
XC
= 240
398.09
= 0.603 amp

51
 7) XL = 2πfL
= 2 x 3.14 x 50 x 0.2
= 62.8 ohm

52
2μf

2μf 2μf

2μf

25 V
50 Hz

53
 SPM 1994, SOALAN 15
 Hitungkan jumlah kemuatan dalam

litar yang terdapat pada Rajah 1

54
 3

R=10Ω xL=0.2H

250 V
50 Hz

55
 4)
XL=300 ohm R=40 Ω XC=60 ohm

II VL VR VC

200 V
50 Hz

56
 5)
0.1 H

IL

200V
50Hz

57
 6)

R=5Ω XC=8μf

240V
50Hz

58
 7)

R=10Ω XL=0.2H

200V
50Hz

59

You might also like