You are on page 1of 72

1.

1 PENGENALAN PERNIAGAAN

Aktiviti jual beli barang b) Elemen Definisi Perniagaan


dan perkhidmatan dengan • Aktiviti jual beli
menggunakan wang atau
• Barang niaga dan
alatan lain bagi memenuhi
perkhidmatan
keperluan dan kehendak
pelanggan pada harga, • Keperluan dan kehendak
masa dan tempat yang • Konsep keuntungan
sesuai bagi mendapatkan
keuntungan, faedah dan • Konsep faedah dan
kepuasan. kepuasan
1.1 PENGENALAN PERNIAGAAN
c) PROSES
PERNIAGAAN

KEUNTUNGAN JUALAN OUTPUT

PROSES TRANSFORMASI
FAKTOR
(PROSES PENGELUARAN/
INPUT
PROSES TAMBAH NILAI)
1.1 PENGENALAN PERNIAGAAN

c) PROSES
PERNIAGAAN
1.1 PENGENALAN PERNIAGAAN
c) Proses Perniagaan

Merangkumi:
Faktor Input - ialah sumber-sumber yang dikenali sebagai
faktor pengeluaran yang diperlukan di dalam proses
pengeluaran.

• Contohnya, bagi pengeluaran kain/tekstil, pengilang


memerlukan kapas (bahan mentah) untuk diproses,
manusia (tenaga buruh/pekerja) untuk
menyelenggarakan mesin, wang (modal) untuk membeli
bahan mentah, mesin dan membayar upah pekerja serta
kemahiran (keusahawanan) untuk mengagih sumber-
sumber tersebut.
1.1 PENGENALAN PERNIAGAAN
c) Proses Perniagaan
Proses transformasi

Ia merupakan proses menukarkan input kepada


output.
●Proses ini memberikan nilai tambah kepada
barangan yang diproses.
● Kerja-kerja pemprosesan dan pengeluaran dilakukan
menggunakan mesin yang diselenggarakan oleh pekerja-
pekerja mahir.
● Contohnya dalam pengeluaran tekstil, setelah bahan
mentah, tenaga kerja, mesin dan peralatan dikumpulkan,
bahan mentah tersebut akan diproses atau ditukarkan
menjadi kain yang dikehendaki menggunakan kepakaran
pekerja dan teknologi tertentu.
1.1 PENGENALAN PERNIAGAAN
c) Proses Perniagaan

Output - ialah hasil yang diperolehi daripada proses


pengeluaran.

• Output dihasilkan mempunyai ciri-ciri tertentu


yang memenuhi kehendak dan citarasa pengguna.
Kualiti output mestilah memenuhi piawaian yang
ditetapkan.

• Contohnya, dalam pengeluaran tekstil, output


yang dihasilkan mungkin berbentuk kain kapas,
sutera dan polister yang menepati piawaian
tertentu.
1.1 PENGENALAN PERNIAGAAN
c) Proses Perniagaan

Jualan - merupakan aktiviti menawarkan


hasil pengeluaran /output kepada
pembeli untuk tujuan mendapat
keuntungan dan memberi kepuasan.

Contohnya; dalam pengeluaran tekstil, output


seperti kain kapas, kain sutera, dll boleh dijual
kepada pembeli yang berminat.
1.1 PENGENALAN PERNIAGAAN
c) Proses Perniagaan
Keuntungan
Keuntungan merupakan
sejumlah hasil daripada pendapatan menjual barangan dan
perkhidmatan setelah ditolak kos pengeluaran, pemasaran,
pentadbiran dan pengedaran serta kos-kos lain yang
terlibat.

Keuntungan merupakan sumber utama pendapatan kepada


syarikat.
Keuntungan yang diperolehi boleh digunakan untuk
membeli semula bahan input untuk proses pengeluaran
akan datang.
1.1 PENGENALAN PERNIAGAAN
d) Objektif Keuntungan
● Merupakan sejumlah wang hasil daripada
pendapatan menjual barangan dan perkhidmatan
setelah ditolak kos pengeluaran, pemasaran,
pentadbiran dan pengedaran serta lain-lain kos
yang terlibat.
● Menjadi matlamat utama semua jenis perniagaan
untuk mendapatkan wang supaya perniagaan
terus wujud dan dapat bersaing di pasaran.
● Contoh: Harga jualan RM 20 seunit. Kos sebanyak
RM 15, jadi untung bagi setiap unit adalah
sebanyak RM 5.
● Menjadi sumber modal
Keuntungan yang diperolehi membolehkan
peniaga membeli aset dan keperluan
perniagaan.

● Membolehkan perniagaan berkembang


maju
Cawangan baru dapat dibuka dan dapat
menambah operasi ke luar negara apabila
keuntungan meningkat. Contohnya
Syarikat KFC mengembangkan perniagaan
di Malaysia melalui francais.
● Meningkatkan penggunaan teknologi
baharu
Keuntungan yang semakin bertambah
mendorong Syarikat Samsung untuk terus
menghasilkan telefon yang menggunakan
teknologi terkini seperti Samsung Galaxy S9
dan S9+.
http://www.samsung.com

● Sebagai kayu pengukur prestasi kewangan


Prestasi kewangan yang positif menunjukkan
perniagaan semakin maju dan sebaliknya. Juga
menggambarkan usaha peniaga dalam
menghasilkan keuntungan.
● Sebagai dorongan kepada pemilik
perniagaan untuk terus maju
Peniaga akan sentiasa berusaha untuk
terus maju bila keuntungan semakin
bertambah. Misalnya Syarikat DHerbs
bermula dengan menjual di pasar malam
sehingga berjaya membina empayar
perniagaan yang besar.

https://ms.wikipedia.org/wiki/Aliff_Syukri_Kamarzaman
Memenuhi Meningkatkan
keperluan peluang
masyarakat pekerjaan

1.2 (a) KEPENTINGAN


PERNIAGAAN KEPADA
PIHAK BERKEPENTINGAN

Memenuhi Meningkatkan
kehendak pembangunan
ekonomi dan
peluang global
negara
1.2 KEPENTINGAN PERNIAGAAN

1.

Peniaga cuba memenuhi keperluan dan


kehendak masyarakat dengan
menyediakan pelbagai barangan dan
perkhidmatan yang bermutu dengan
harga, masa dan tempat yang sesuai
kepada pelanggan.
1.2 KEPENTINGAN PERNIAGAAN

2.
1.2 KEPENTINGAN PERNIAGAAN

3.

❖ Perniagaan dapat meningkatkan pertumbuhan


ekonomi negara dengan mengeksport keluaran
yang dihasilkan ke luar negara seterusnya
menambahkan pendapatan negara.

❖ Perniagaan juga akan menyuarakan kepada pihak-


pihak tertentu untuk memperbaiki infrastruktur
sesebuah tempat. Secara tidak langsung memberi
kesan dalam membangunkan kawasan serta
masyarakat sesebuah tempat yang terlibat dengan
perniagaan.
1.2 KEPENTINGAN PERNIAGAAN

4. Memenuhi Kehendak Peluang Global

❖Peluang perniagaan tidak terhad dalam negara


sahaja tetapi meliputi ke luar negara seperti
Amerika Syarikat dan Jepun.

❖Setiap negara berpeluang menikmati pelbagai


produk dari pelbagai negara.

❖Ilmu perniagaan perlu ditingkatkan supaya


mampu bersaing dengan syarikat-syarikat
antarabangsa.
1.3 a) FUNGSI-FUNGSI PERNIAGAAN

i. PENGELUARAN

❖ Pengeluaran didefinisikan sebagai suatu


proses menukarkan sumber-sumber
pengeluaran kepada barangan siap atau
barangan separa siap.
❖ Perkhidmatan juga dianggap sebagai produk
dan sebarang penyediaan kemudahan
perkhidmatan dianggap sebagai pengeluaran.
❖ Pengeluaran mencipta nilai tambah kepada
input supaya output yang dihasilkan memberi
kepuasan kepada pengguna.
1.3 a) FUNGSI-FUNGSI PERNIAGAAN

ii. PEMASARAN

❖ Pemasaran ialah satu sistem aktiviti perniagaan


yang dibentuk untuk merancang dan
melaksanakan konsep produk, penentuan
harga, promosi dan pengedaran sesuatu
produk.
❖ Aktiviti pemasaran akan menggalakkan
berlakunya pertukaran antara barang dengan
wang, yang dapat memenuhi keperluan
pengguna dan mencapai objektif organisasi.
1.3 a) FUNGSI-FUNGSI PERNIAGAAN

iii. KEWANGAN
1.3 a) FUNGSI-FUNGSI PERNIAGAAN

iv. SUMBER MANUSIA


PIHAK PERSEKITARAN UMUM
BERKEPENTINGAN
Masyarakat Ekonomi

Pelabur / Pemodal Teknologi

Pembiaya Sosiobudaya

Pekerja Politik dan


Pelanggan Undang-undang

Pembekal Global

Pesaing Fizikal / Semulajadi

Kerajaan
1.4 PERSEKITARAN PERNIAGAAN
a)Pihak Berkepentingan (persekitaran
tugas)
Masyarakat
➔ Tidak menjual barang yang bertentangan
dengan kepercayaan agama dan budaya
masyarakat.
➔ Menjaga alam sekitar semasa penghasilan
barangan dan semasa pembuangan sisa.
➔ Mewujudkan peluang pekerjaan dan
memajukan ekonomi setempat.
➔ Melaksanakan tanggungjawab sosial.
➔ Meningkatkan kemudahan infrastruktur.
1.4 FUNGSI-FUNGSI
PERSEKITARAN PERNIAGAAN
a)Pihak Berkepentingan (persekitaran
tugas)
Pelabur/ Pemodal
❑ Pemilik yang menyumbangkan modal dalam
perniagaan bagi mendapatkan keuntungan. Mereka
membeli saham syarikat dan inginkan pulangan
dalam bentuk dividen. Pelabur terdiri daripada
individu, syarikat, institusi dan badan-badan yang
ditubuhkan oleh kerajaan.
❑ Perniagaan akan dapat diperluaskan hasil
sumbangan modal pelabur.
❑ Kedudukan kewangan syarikat yang kukuh memberi
keyakinan kepada pelabur untuk membuat pelaburan
ke dalam syarikat.
1.4 FUNGSI-FUNGSI
PERSEKITARAN PERNIAGAAN
a)Pihak Berkepentingan (persekitaran
tugas)
PEMBIAYA
❑ Pihak yang mengeluarkan dan membiayai modal
sesebuah perniagaan.
❑ Pembiaya akan memastikan syarikat perniagaan
yang ingin dibiayai mempunyai prestasi yang
baik dan berpotensi mendapat untung. Contoh
pembiaya : bank, syarikat kewangan, dan
sebagainya.
❑ Pembiaya mendapat keuntungan dengan
mengenakan kadar faedah tertentu kepada
peniaga (peminjam).
1.41.4FUNGSI-FUNGSI PERNIAGAAN
PERSEKITARAN PERNIAGAAN
a) Pihak Berkepentingan (persekitaran tugas)
PEKERJA
❑ Individu yang menyumbang kemahiran untuk
melaksanakan aktiviti syarikat dan mendapat upah
sebagai ganjaran.
❑ Pekerja terdiri dari golongan mahir, separuh mahir dan
tidak mahir.
❑ Semangat kerjasama pekerja membantu perniagaan
mencapai matlamat yang ditetapkan.
❑ Gelagat pekerja mempengaruhi kejayaan dan kegagalan
syarikat serta menggambarkan imej sesebuah
perniagaan.
❑ Pekerja yang berkemahiran, berpengetahuan dapat
menyumbang kepada pertumbuhan perniagaan.
1.41.4FUNGSI-FUNGSI PERNIAGAAN
PERSEKITARAN PERNIAGAAN
a) Pihak Berkepentingan (persekitaran tugas)
PELANGGAN
❑ Pengguna adalah individu yang membeli dan
menggunakan sesuatu produk.
❑ Keputusan pembelian pelanggan mempengaruhi
kejayaan dan kegagalan sesebuah perniagaan.
❑ Perubahan citarasa pengguna mempengaruhi jenis
keluaran, harga dan kualiti keluaran.
❑ Citarasa pengguna yang berbeza menyebabkan
mereka membuat keputusan untuk mereka membeli
pelbagai barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan
di pasaran.
❑ Perubahan citarasa juga menggalakkan inovasi
perniagaan.
1.4 FUNGSI-FUNGSI
PERSEKITARAN PERNIAGAAN
a) Pihak Berkepentingan (persekitaran tugas)
PEMBEKAL
❑ Pembekal merupakan pihak yang menawarkan
segala keperluan kepada sesebuah perniagaan
misalnya bahan mentah, pekerja dan pengangkutan.
❑ Perniagaan harus menjalinkan perhubungan yang
baik dengan pembekal supaya bekalan dapat
dihantar kepada peniaga apabila diperlukan pada
harga yang berpatutuan. Ini juga untuk menjamin
operasi syarikat tidak terganggu dan operasi
perniagaan dapat berjalan dengan lancar.
❑ Sekiranya bekalan yang dibekalkan adalah berkualiti,
imej perniagaan akan meningkat dengan produk
berkualiti di pasaran.
1.4 FUNGSI-FUNGSI
PERSEKITARAN PERNIAGAAN
a) Pihak Berkepentingan
PERSEKITARAN TUGAS (persekitaran tugas)

PESAING
❑ Merupakan perniagaan lain yang mengeluarkan produk
yang sama atau hampir sama dalam satu industri yang
sama.
❑ Tindakan atau strategi pesaing boleh mempengaruhi harga
dan kualiti produk yang dihasilkan.
❑ Memerlukan perniagaan melakukan inovasi untuk
mengatasi persaingan.
❑ Strategi dan perancangan yang dibentuk untuk mengatasi
persaingan membolehkan perniagaan menjadi lebih
kompetitif.
1.4 PERSEKITARAN PERNIAGAAN
a) Pihak Berkepentingan (persekitaran tugas)
Kerajaan
★ Mematuhi undang-undang dan kod etika
perniagaan yang diwartakan oleh
kerajaan untuk kesejahteraan
masyarakat.
★ Membayar cukai keuntungan kepada
kerajaan untuk digunakan bagi
pembangunan negara.
a) Pihak Berkepentingan (persekitaran tugas)
Kerajaan
★ Menggunakan sumber-sumber
pengeluaran dengan optimum dan cekap
serta tidak membazir.
★ Membantu menjaga hak asasi manusia
dengan memberikan ganjaran yang adil
kepada penggunaan tenaga kerja.
★ Menyumbang ke arah pembangunan
negara dengan mewujudkan peluang-
peluang pekerjaan.
1.4 FUNGSI-FUNGSI
PERSEKITARAN PERNIAGAAN
b) PERSEKITARAN
UMUM
EKONOMI
❑ Merujuk kepada situasi ekonomi dalam dan luar
negara.
❑ Kestabilan ekonomi sesebuah negara akan menjamin
perkembangan sesebuah perniagaan tetapi jika
berlaku kemelesetan ekonomi, perniagaan akan
mengalami masalah kerana kuasa beli pengguna yang
menurun.
❑ Jika permintaan meningkat, keuntungan syarikat juga
meningkat. Begitu juga jika permintaan menurun maka
keuntungan syarikat juga akan menurun.
1.4 FUNGSI-FUNGSI
PERSEKITARAN PERNIAGAAN
PERSEKITARAN UMUM
TEKNOLOGI
❑ Merujuk kepada kaedah baru untuk melakukan
sesuatu kerja.
❑ Perkembangan teknologi memberi kesan di
mana perniagaan yang menggunakan teknologi
terbaru dapat meningkatkan produktiviti,
menjimatkan masa pengeluaran dan
mengurangkan kos perniagaan.
❑ Sesebuah perniagaan mestilah peka dengan
perkembangan teknologi semasa bagi menjamin
kemandirian perniagaan yang dijalankan.
1.4 FUNGSI-FUNGSI
PERSEKITARAN PERNIAGAAN
b) PERSEKITARAN
UMUM
SOSIOBUDAYA
❑ Merujuk kepada satu set nilai norma yang
dipegang dan diamalkan oleh sesuatu
kelompok masyarakat.
❑ Setiap individu mempunyai corak kehidupan
budaya yang berbeza dari segi agama, adat
resam dan cara hidup.
❑ Corak sosiobudaya sesebuah masyarakat
memaksa perniagaan menyesuaikan barangan
dan perkhidmatan mengikut kehendak
masyarakat tersebut.
1.4 FUNGSI-FUNGSI
PERSEKITARAN PERNIAGAAN
b) PERSEKITARAN
UMUM & UNDANG-UNDANG
POLITIK
❑ Politik: Sistem dan parti yang memegang
tampuk pemerintahan sesebuah negara.
❑ Undang-undang: Peraturan dan dasar
yang dibuat oleh kerajaan yang
memerintah.
❑ Keadaan politik yang stabil dapat
membentuk dasar dan undang-undang
yang akan menjamin aktiviti sesebuah
perniagaan berjalan dengan lancar.
1.4 FUNGSI-FUNGSI
PERSEKITARAN PERNIAGAAN
b) PERSEKITARAN
UMUM & UNDANG – UNDANG
POLITIK
❑ Kerajaan menggubal undang-undang dan
peraturan untuk kepentingan semua untuk
memastikan wujud persaingan yang sihat di
kalangan perniagaan, melindungi pengguna dan
mengawal aktiviti perniagaan daripada melakukan
penyelewengan.
❑ Undang-undang dan peraturan sesebuah negara
seperti Malaysia menetapkan Akta Jualan
Langsung 1993, Akta Barangan Kawalan, Akta
Kontrak dan sebagainya.
1.4 FUNGSI-FUNGSI
PERSEKITARAN PERNIAGAAN
b) PERSEKITARAN
UMUM
GLOBAL
❑ Global: Persekitaran dunia yang merangkumi politik,
undang-undang dan ekonomi dunia yang
mempengaruhi sesebuah perniagaan.
❑ Perniagaan perlu bersaing di peringkat
antarabangsa.
❑ Melalui perniagaan global membolehkan peniaga
sentiasa mementingkan kualiti dan menjaga imej
syarikat serta negara.
❑ Dasar buka pintu yang diamalkan oleh sesebuah
negara membolehkan peniaga menjalankan
perniagaan di negara asing.
1.4 FUNGSI-FUNGSI
PERSEKITARAN PERNIAGAAN
b) PERSEKITARAN
UMUM
FIZIKAL/SEMULAJADI
❑ Meliputi semua sumber semula jadi seperti bahan
galian , hasil tanaman, air, udara dan lain-lain
sumber asli yang diperlukan sebagai input untuk
pengeluaran barangan.
❑ Pemasar perlu menyedari pelbagai tren dalam
persekitaran semulajadi iaitu kekurangan bahan
mentah, peningkatan harga sumber input ,
peningkatan populasi dan campur tangan
kerajaan dalam pengurusan sumber semulajadi.
06/02/11
1.4 (c) MENGHURAI PENGARUH PIHAK
BERKEPENTINGAN DAN PERSEKITARAN
UMUM TERHADAP PERNIAGAAN (KESAN
KEPADA PERNIAGAAN)
➢ Sesebuah perniagaan akan menghadapi 2 faktor
persekitaran iaitu persekitaran umum dan
persekitaran tugas.
➢ Faktor persekitaran umum akan mempengaruhi
pengurusan sesebuah perniagaan secara tidak
langsung.
➢ Pihak pengurusan perlu peka terhadap
perkembangan faktor ini.
➢ Contohnya keadaan ekonomi yang meleset akan
menjejaskan operasi sesebuah perniagaan.
1.4 (c)
❏ Persekitaran tugas merujuk kepada pihak
berkepentingan iaitu pelanggan, pembekal,
pemodal/pelabur, pesaing, kerajaan, pekerja dan
masyarakat.
❏ Pihak-pihak ini mempunyai hubungan
berkepentingan secara langsung dengan
perniagaan.
❏ Contohnya pelanggan yang sentiasa bertambah
akan memberi peningkatan hasil kepada
perniagaan.
1.4 (c)
★ Hubungan pihak berkepentingan dan
persekitaran umum adalah positif, iaitu kesan
positif yang dihadapi sesebuah perniagaan
disebabkan faktor persekitaran umum akan
memberi akan memberi kesan positif kepada
persekitaran tugas.
★ Walaubagaimanapun, jika sesebuah
perniagaan menghadapi kesan negatif yang
disebabkan oleh persekitaran umum, ia akan
memberi kesan negatif kepada persekitaran
tugas.
1.4 (c)
★ Contohnya akibat kemelesetan ekonomi,
pelanggan akan mengurangkan permintaan
terhadap produk tetapi persekitaran tugas
boleh dikawal oleh perniagaan secara
langsung dengan mengurangkan
pengeluaran produk bersesuaian dengan
jumlah permintaan pelanggan.
CIRI-CIRI MILIKAN TUNGGAL
i. Perniagaan milikan tunggal dimiliki oleh seorang
sahaja.
ii. Modal perniagaan disumbang oleh pemilik sendiri atau
pinjaman dari saudara mara, rakan-rakan dan institusi
kewangan.
iii. Liabiliti pemilik adalah tidak terhad iaitu jika berlaku
kebankrapan, penyelesaian hutang akan melibatkan
harta peribadi.
iv. Cukai yang dikenakan terhadap keuntungan
perniagaan adalah berdasarkan cukai pendapatan
individu.
v. Perniagaan ini didaftarkan dengan Suruhanjaya
Syarikat Malaysia(SSM).
CIRI-CIRI MILIKAN TUNGGAL
vi. Perniagaan ini terikat dengan Akta Perniagaan
1956
vii. Penubuhan perniagaan ini adalah mudah iaitu
tidak melibatkan prosedur yang rumit.
viii.Pengurusan ini diurus oleh pemilik sendiri dan
beliau bebas membuat keputusan berkaitan
perniagaannya.
ix. Jangka hayat perniagaan tidak kekal dan terbubar
disebabkan kematian pemilik, kerugian dan
sebagainya.
x. Laporan kewangan tidak perlu didedahkan kepada
sesiapa dan hanya untuk kegunaan pemilik sendiri.
Bentuk-bentuk
I. 5 a) M I L I K A N T U N G G Entiti Perniagaan
AL
Perniagaan milikan tunggal merupakan entiti perniagaan
yang paling banyak beroperasi di mana-mana negara. Ciri-
ciri perniagaan ini yang mudah dan ringkas menyebabkan
ianya sangat digemari oleh individu yang ingin menjalankan
perniagaan.
1.5 a) PERKONGSIAN
Perkongsian merupakan perniagaan yang dibentuk
secara gabungan dan persetujuan antara dua atau lebih
individu dengan tujuan mendapat keuntungan.
Perniagaan ini sukar dikenalpasti, melainkan dengan
merujuk kepada daftar perniagaan.
CIRI-CIRI PERNIAGAAN PERKONGSIAN
i. Perniagaan perkongsian dimiliki oleh 2-20 orang.
ii. Modal perniagaan disumbang oleh rakan kongsi
dan pinjaman dari institusi kewangan.
iii. Liabiliti pemilik adalah tidak terhad iaitu jika
berlaku kebankrapan, penyelesaian hutang akan
melibatkan harta peribadi.
iv. Cukai yang dikenakan terhadap keuntungan
perniagaan adalah berdasarkan cukai
pendapatan individu.
v. Perniagaan ini didaftarkan dengan Suruhanjaya
Syarikat Malaysia(SSM).
CIRI-CIRI PERNIAGAAN
PERKONGSIAN
vi. Perniagaan ini terikat dengan Akta Perniagaan
1956 dan Akta Perkongsian 1961.
vii. Penubuhan perniagaan ini adalah mudah iaitu
tidak melibatkan prosedur yang rumit.
viii.Pengurusan ini diurus secara bersama oleh rakan
kongsi dan keputusan perniagaan adalah
keputusan bersama.
ix. Jangka hayat perniagaan tidak kekal dan mudah
terbubar jika berlaku perubahan dalam daftar
perniagaan.
x. Laporan kewangan hanya perlu didedahkan
kepada rakan kongsi sahaja .
1.5 a) SYARIKAT (SENDIRIAN BERHAD DAN
BERHAD)
Perniagaan berbentuk syarikat dapat dikategorikan kepada
dua iaitu syarikat sendirian berhad dan syarikat berhad.
Kedua-dua jenis entiti ini mempunyai banyak persamaan
tetapi berbeza dalam beberapa aspek.
CIRI-CIRI SYARIKAT (SYARIKAT SDN BHD DAN BHD)
i. Syarikat Sendirian Berhad dimiliki oleh 2-50 orang dan
Syarikat Berhad dimiliki oleh 2 orang dan lebih
bergantung kepada jumlah saham yang diterbitkan.
ii. Modal perniagaan disumbang oleh pelabur melalui
terbitan saham dan liabiliti dari terbitan bon dan
pinjaman dari institusi kewangan.
iii.Liabiliti pemilik adalah terhad iaitu jika berlaku
kebankrapan, penyelesaian hutang tidak melibatkan
harta peribadi dan terhad kepada jumlah saham yang
dilaburkan sahaja.
iv. Cukai yang dikenakan terhadap keuntungan perniagaan
adalah berdasarkan cukai syarikat.
v. Perniagaan ini didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat
Malaysia(SSM).
CIRI-CIRI SYARIKAT(SYARIKAT SDN BHD DAN BHD)
vi. Perniagaan ini terikat dengan Akta Syarikat 1965.
vii. Penubuhan perniagaan ini adalah rumit iaitu
melibatkan prosedur yang rumit.
viii.Pengurusan ini diurus pengurus yang dibayar gaji
dan halatuju syarikat ditentukan oleh Ahli
Lembaga Pengarah Syarikat.
ix. Jangka hayat perniagaan lebih kekal dan sukar
terbubar
x. Laporan kewangan syarikat sendirian berhad
didedahkan kepada pelabur sahaja dan untuk
syarikat berhad ianya didedah kepada pelabur
dan kepada umum.
1.5a) KOPERASI

Koperasi ialah perniagaan yang dijalankan oleh


sekumpulan individu secara sukarela untuk
menjaga kebajikan ahli-ahlinya.
CIRI-CIRI KOPERASI
i. Koperasi dimiliki oleh 100 orang dan lebih
bergantung kepada jumlah saham yang diterbitkan.
ii. Modal perniagaan disumbang oleh yuran ahli dan
pinjaman dari institusi kewangan.
iii. Liabiliti ahli koperasi adalah terhad iaitu jika berlaku
kebankrapan, penyelesaian hutang tidak melibatkan
harta peribadi dan terhad kepada jumlah yuran ahli
yang dilaburkan sahaja.
iv. Cukai yang dikenakan terhadap koperasi adalah
berdasarkan keuntungan koperasi.
v. Perniagaan ini didaftarkan dengan Suruhanjaya
Koperasi Malaysia.
CIRI-CIRI KOPERASI
vi. Perniagaan ini terikat dengan Akta Koperasi 1993
vii. Penubuhan perniagaan ini adalah rumit iaitu
melibatkan prosedur yang rumit.
viii. Pengurusan ini diurus oleh ahli koperasi aktif dan
halatuju koperasi ditentukan oleh Ahli Lembaga
Pengarah Koperasi.
ix. Jangka hayat perniagaan lebih kekal dan sukar
terbubar
x. Laporan kewangan koperasi didedahkan kepada
ahli-ahli sahaja.
b) PERBEZAAN ENTITI
PERNIAGAAN
Perbezaan untuk kelima-lima entiti
perniagaan dapat dikelaskan kepada lima
ciri yang berbeza iaitu bilangan ahli, sumber
modal, perundangan yang melibatkan akta,
bentuk pengurusan dan pendedahan
laporan kewangan.
PERBEZAAN ENTITI PERNIAGAAN
CIRI MILIKAN PERKONGSIAN SYARIKAT KOPERASI
TUNGGAL
BILANGAN AHLI 1 Orang 2 – 20 Orang 2-50 (Sdn. Bhd.) Minimum 100
2- tidak terhad(Bhd.) Orang
SUMBER MODAL Sendiri , Rakan Kongsi, Pinjaman Bank, Yuran Ahli,
Saudara – Pinjaman Bank Terbitan Saham, Pinjaman
Mara, Pinjaman Terbitan Bon. Bank
Bank
PERUNDANGAN Akta Akta Perniagaan Akta Syarikat 1965 Akta Koperasi
Perniagaan 1956 & 1993
1956 Akta Perkongsian
1961
KAEDAH Sendiri & Bersama Pekongsi Pengurus yang Lantikan Ahli
PENGURUSAN Keputusan & Keputusan digaji & Keputusan & Keputusan
Peribadi Bersama Ahli Lembaga Ahli Lembaga
Pengarah Pengarah
PENDEDAHAN Kegunaan Kegunaan Sendiri Didedahkan kepada Didedahkan
LAPORAN Sendiri & Pekongsi pelabur (Sdn Bhd) . kepada Ahli
KEWANGAN Didedahkan kepada Sahaja
pelabur dan Kepada
Umum (Bhd)
Sekian, Terima kasih

You might also like