You are on page 1of 42

TAJUK:

PERKARA-PERKARA YANG
MEMBATALKAN AKIDAH
Perkara membatalkan
iman
SYIRIK
◦ Melakukan syirik dalam beribadat kepada ALLAH. syirik ialah menyekutukan
Allah (s.w.t) dengan sesuatu makhluk atau mempercayai ada kuasa yang lebih
berkuasa daripada Allah (swt). Dengan kata lain seseorang yang menjadikan
Allah (swt) sekutu dengan sesuatu.
SYIRIK
Jenis-jenis syirik:

Syirik terbahagi kepada tiga bahagian :

1) Syirik Akbar

2) Syirik Asghar
Syirik Akbar

Iaitu menyekutukan Allah(swt) dengan sesuatu makhluk dari aspek


penciptaannya seperti mempercayai ada kuasa lain selain daripada
kuasa Allah(swt ) yang lebih berkuasa dari kuasa Allah (swt).Syirik
akhbar ialah syirik yang tidak diampun oleh Allah(swt) pelakunya dan
tidak akan dimasukkan sama sekali ke dalam syurga.
Syirik Akbar
i. Memohon sesuatu daripada kubur orang meninggal dunia

ii. Memohon sesuatu daripada makhluk jin dengan cara memuja dan
mempersembahkan sesuatu kepada mereka, memuja dan mempercayai ‘
kekuasaan’ semua makhluk sama ada pokok, bukit, gua, matahari, bintang,
bulan dan sebagainya.
Syirik Akbar
Bersumpah dengan lain daripada Allah seperti bersumpah dengan nama nabi,
kaabah, wali, orang soleh dan sebagainya.Ini kerana manusia hanya layak
bersumpah dengan nama Allah (swt) sahaja, bersumpah dgn nama-nama
makhluk adalah tidak layak kerana di khuatiri ia menyamakan makhluk dengan
penciptanya.
Syirik Akbar
Mengamalkan sihir. Sihir adalah perbuatan kufur dan para ulama salaf berpendapat
ahli sihir adalah kafir. Ia termasuk dalam amalan syirik kerana melibatkan
pemujaan keatas jin dan syaitan serta kepercayaan karut yang bertentangan dengan
akidah Islam amalan-amalan yang bercanggah dengan syariat Allah s.w.t.
Syirik Akbar
Mempercayai ramalan ahli nujum dan mengamalkan ilmu nujum. Ahli nujum
meramalkan sesuatu yang belum berlaku dengan kaedah pergerakan bintang dan
sebagainya dan mendakwa mengetahui perkara ghaib yang hanya diketahui oleh
Allah s.w.t. Perkara ini menyebabkan dia menyamakan dirinya dengan Allah s.w.t
dengan mendakwa tahu sesuatu yang hanya diketahui oleh Allh s.w.t.
Syirik Akbar
Jampi mentera yang mengandungi permohonanan pertolongan atau perlindungan
daripada yang lain selain Allah s.w.t seperti jin, semangat, penunggu dan
seumpamanya. Sabda Rasullullah s.a.w. “ sesungguhnya jampi, azimat, dan
guna-guna adalah syirik”.
Syirik Akbar

Mempercayai sial, seperti keadaan khusus pergerakan burung, biawak, bulan,


bintang dan sebagainya yang membawa keburukan atau bencana. Semua
kepercayaan ini bertentangan dengan iman kepada Qadak dan Qadar serta
kekuasaan Allah SWT.
Syirik Akbar
Mentakdiskan sesuatu iaitu terlalu mengagungkan seseorang atau sesuatu
benda sehingga menyamai salah satu sifat Allah SWT, samaada nabi, rasul,
tempat-tempat tertentu, objek tertentu dan sebagainya.
Syirik Akbar
Memakai tangkal dengan tujuan menolak sesuatu kemudaratan ataupun bagi
mendatangkan sesuatu keuntungan dengan pergantungan kepada tangkal tersebut
sebagai sebab mendapatkan tujuan tertentu.
Syirik Akbar
Nazar kepada selain Allah SWT seperti bernazar menyembelih binatang atau
bersedekah kepada kubur seseorang ataupun melakukan apa-apa amalan
kebaikan yang ditujukan kepada selain Allah SWT.
Syirik Akbar
Mengambil berkat daripada sesuatu benda yang di anggap mempunyai
‘keramat’, luar biasa dan kuasa khusus seperti pokok, batu, kubur dan
seumpamanya. Rasullah SAW pernah memerintahkan Ali ra meratakan kubur
bagi mengelakkan pemujaan dan sebagainya
Syirik Ashrar
Ialah penyekutuan terhadap Allah dalam melakukan ibadat atau amalan kebaikan
dengan niat kerana yang lain daripada pengabdian diri kepada Allah SWT.
Merupakan syirik yang tersembunyi kerana kadang kala tidak di sedari oleh orang
yang melakukan perkara tersebut.
Syirik Ashrar
Ia terjadi apabila sesuatu amalan ketaatan dikerjakan dengan niat yang tidak ikhlas
kerana Allah SWT seperti hanya menunjuk-nunjuk kepada orang ramai,mendapat
pujian dan sanjungan, bagi sesuatu tujuan separti perniagaan dan perkahwinan
serta tujuan-tujuan yang seumpamanya. .
Kufur
Definisinya

Perkataan kufur dan kafir berasal daripada Bahasa Arab yang bererti tutupan,
penutup, dinding dan terlindung. Oleh itu, perkataan kufur digunakan bagi sifat
perbuatan yang membawa kepada tertutup atau terdindingnya seseorang daripada
cahaya iman
Kufur
Kufur berlaku melalui :

1. Iktikad

2. Perkataan

3. Perbuatan
Kufur - iktikad

Iktikad yang berlawanan dengan rukun imam dan rukun islam adalah iktikad
kufur. Iktikad ini jelas menunjukkan seseorang itu kafir atau terkeluarnya
seseorang drpd akidah Islam. Perkara ini boleh di bahagikan kepada 4 kategori
utama:
Kufur - Iktikad
Kufur melalui iktikad

Perkara ini boleh di bahagikan kepada 4 kategori utama:

1) Ketuhanan/al-Ilahiyyat
2) Kenabian/al-Nubuwwah
3) Perkara-perkara Sam’iyyat
4) Hukum syarak yang muktamad
Ketuhanan/ al- Ilahiyyat
a)Mempercayai alam ini sedia ada, tiada pencipta dan kekal selamanya.

b)Menafikan Allah sebagai pencipta alam yang menentukan segala perjalanan


kehidupan ini.

c)Menafikan sifat-sifat kesempurnaan Allah yang tidak menyerupai mana-mana


makhluk sekalipun.
Ketuhanan/ al- Ilahiyyat
d) Mempercayai Allah lebih daripada satu

e) Mempercayai Allah mempunyai bentuk tertentu seperti makhluk.

f) Beriktikad bahawa Allah tidak adil dalam hukuman dan ketentuan qadar-Nya.

g) Mempercayai wujud kuasa-kuasa lain selain Allah seperti dewa-dewa,


penunggu, roh- roh dan sebagainya.
Kenabian

Antara asas akidah yang kuat dalam islam. Iktikad yang salah berkenaan
kenabian ini dapat menjerumuskan seseorang ke dalam perbuatan kufur.
Kenabian
Antara perbuatan tersebut ialah :

Mengingkari kenabian dan kerasulan mereka yang di utuskan sebagai nabi /rasul
yang di nyatakan secara jelas dalam al-quran dan hadis mutawatir.

Menafikan seseorang rasul, sebahagian rasul ataupun keseluruhan

Mengingkari kerasulan Nabi Muhammad SAW.


Kenabian
Antara perbuatan tersebut ialah :

Iktikad bahawa Nabi Muhammad SAW hanya diutus untuk bangsa Arab sahaja.

Iktikad bahawa Nabi Muhammad yang sebenar adalah Muhammad yang batin,
bukan yang zahir.

Menghina Nabi Muhammad SAW dan rasul-rasulnya yang diutus oleh Allah
SWT.
Perkara sam’iyyat
Perkara-perkara sam’iyyat adalah segala perkara ghaib yang diceritakan dalam di
dalam al-Quran dan hadis-hadis yang mutawatir.

Mengingkari perkara-perkara ini adalah kufur yang nyata kerana perbuatan


tersebut bermaksud menafikan kekuasaan dan kesempurnaan Allah SWT.
Perkara sam’iyyat
Antara perkara sami’yyat adalah:

Kewujudan makhluk yang bernama jin.


Kewujudan syurga dan neraka.
Kewujudan Lauh Mahfuz
Kewujudan Arasy Allah.
Kewujudan Mahsyar.
Kewujudan alam barzakh.
Kewujudan roh yang dijadikan oleh Allah untuk makhluk-makhluk-Nya.
Hukum Syarak Yang Muktamad
Beriktikad mengingkari hukum-hukum syarak yang muktamad iaitu yang sabit di
dalam al-Quran, hadis-hadis yang sahih dan mutawatir serta ijmak ulamak adalah
perbuatan kufur yang menjadi sifat orang-orang kafir.

Pengingkaran ini juga membawa maksud tidak mempercayai malaikat Jibrail as dan
Rasulullah SAW yang menyampaikan hukum tersebut.
Kufur - perkataan

Kufur juga boleh berlaku dengan sebab perkataan yang membawa kepada
maksud kufur pada agama Allah SWT
Kufur - perkataan
Antara jenis perkataan tersebut adalah;

oMencela Allah SWT samaada sifat-sifat Nya, perbuatan Nya kalam Nya
ataupun ketentuan qadak-qadar Nya dan yang seumpama dengannya yang
membawa maksud menafikan kesempurnaan dan keagungan Allah SWT.

oMengeluarkan kata-kata yang menghina Rasul-rasul utusan Allah, sebahagian


daripada mereka ataupun salah seorang daripada mereka.
Kufur - perkataan
Antara jenis perkataan tersebut adalah;

oMemhina atau mencela kitab-kitab yang diturunkan oleh Allah SWT, walaupun
satu ayat daripadanya.

oMemperlecehkan Islam samaada salah satu hukumnya ataupun keseluruhan


hukum-hukum Islam.

oMenolak, menafi, mengingkari segala perkara yang ijmak atau disepakati oleh
seluruh ulama Islam yang mana sudah termaklum di kalangan umat Islam.
Kufur - perbuatan
Kufur juga boleh terjadi dengan sebab perbuatan seseorang yang menunjukkan ia
adalah perbuatan orang yang tidak beriman dengan Allah SWT dan ingkar dengan
suruhan dan larangan Allah SWT.
Kufur - perbuatan
Antara perbuatan yang menyebabkan kekufuran adalah ;

Perbuatan yang menunjukkan pengagungan kepada makhluk seperti rukuk dan


sujud yang hanya khusus kepada Allah SWT sahaja.

Melakukan upacara ibadat orang kafir ke atas makhluk yang mereka sembah
ataupun apa sahaja sembahan lain selain dari Allah SWT.
Kufur - perbuatan
Antara perbuatan yang menyebabkan kekufuran adalah ;

Menghina Al-Quran, hadis-hadis nabi, nama-nama Allah, nama-nama Rasul,


malaikat, buku-buku islam, dan perkara-perkara yang menjadi syiar dalam Islam.

Memakai salib ataupun alatan apa-apa alatan, tangkal dan pakaian yang khusus
bagi upacara ibadat orang kafir ataupun yang khusus melambangkan agama tersebut.
Kufur - perbuatan
Antara perbuatan yang menyebabkan kekufuran adalah ;

Meninggalkan solat ataupun hukum-hukum yag termaklum dalam Islam secara


darurat dengan tujuan mengingkari kewajipan hukum tersebut.
RIDDAH
◦ Riddah bermaksud berpaling atau keluar dari agama Islam

◦ Seseorang itu boleh dianggap murtad melalui tiga perkara;

i.Iktikad, apabila berniat hendak meninggalkan agama Islam

ii.Perkataan, apabila dirinya keluar dari agama Islam

iii.Perbuatan, menganut agama lain selain daripada agama Islam.


KHURAFAT

◦ Khurafat bermaksud kepercayaan atau perbuatan karut yang dianggap


mempunyai hubungan dengan agama Islam sedangkan pada hakikatnya
bertentangan dengan konsep tauhid dan syariah.
KHURAFAT
◦ Contoh-contoh amalan khurafat.

i. Mempercayai azimat yang boleh menahan sesuatu bahaya kepada seseorang.

ii.Mempercayai binatang seperti burung boleh membawa tuah atau sial.

iii.Membuang ancak bagi menjamu hantu.

iv.Mengunjungi kubur yang dianggap keramat.

v.Mandi Safar

vi.Horoskop

vii.Upacara Melenggang Perut


SIHIR
◦ Sihir bermaksud ilmu yang berkaitan perbuatan secara halus melalui
pertolongan makhluk ghaib, iaitu dengan bantuan syaitan atau jin bertujuan
memudaratkan atau mengelirukan manusia.
SIHIR
contoh-contoh sihir ;

i.Menggunakan jin atau syaitan melalui santau / guna-guna.

ii.Mengamalkan perubatan dengan mendekatkan diri kepada jin disertai dengan


penyembelihan haiwan.

iii.Pertunjukkan silap mata yang menggunakan kuasa makhluk-makhluk halus.


NIFAK
Nifak bermaksud berpura-pura melahirkan keimanan sedangkan hati tetap kufur kepada
Allah.

Ciri-ciri orang munafik ;

i.berdusta apabila bercakap

ii.khianat apabila diberi amanah

iii.bersikap melampaui batas apabila bertengkar

iv.selalu mungkir janji.

You might also like