You are on page 1of 44

PIM 3123

Pentaksiran Dalam Pendidikan Islam

Pengujian
Pengukuran
Penilaian
Pentaksiran
Perbezaan antara Pentaksiran, Pengujian, dan
Penilaian

Suhaimi al-Bahanjiey2011 1
*Pentaksiran memainkan peranan penting dalam kurikulum
pendidikan dan sebahagian dari kurikulum itu sendiri.
*Pentaksiran dilakukan untuk menilai samada sesuatu objektif
yang ditetapkan itu tercapai atau tidak.
*Dalam pengajaran dan pembelajaran, pentaksiran dilakukan
bagi mengetahui sama ada guru ‘mengajar’ dan pelajar
‘belajar’.

Suhaimi al-Bahanjiey2011 2
* Oleh itu pemahaman terhadap konsep penilaian,pengujian, pengukuran dan
pentaksiran sangat penting bagi seseorang guru untuk memastikan pengajaran
dan penilaiannya bermutu dan adil

Suhaimi al-Bahanjiey2011 3
“Jika sesuatu perkara itu wujud, ia
wujud pada jumlah tertentu. Jika ia
wujud pada jumlah tertentu, maka
kita boleh mengukurnya”.

Suhaimi al-Bahanjiey2011 4
Suhaimi al-Bahanjiey2011 5
* Penilaian ialah satu proses yang sistematik untuk mengumpul dan
menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang
telah ditetapkan itu telah tercapai (Gay 1985).

Suhaimi al-Bahanjiey2011 6
Menurut Stufflebeam (1971):
Penilaian adalah proses mengenalpasti, memperoleh dan menyediakan
maklumat berguna bagi keputusan mempertimbangkan pilihan-pilihan
yang ada pada kita.

Suhaimi al-Bahanjiey2011 7
Pengertian Konsep :

Satu proses sistematik untuk menentukan sejauh mana objektif


pengajaran telah dicapai oleh para pelajar.

Suatu proses mentaksir sama ada kuantiti sesuatu yang diukur


itu boleh diterima atau tidak.

Melibatkan pengenalpastian, pemerolehan dan pentafsiran


maklumat yang berguna bagi pertimbangan pilihan-pilihan keputusan berasaskan kepada
sesuatu objektif pendidikan.

Suhaimi al-Bahanjiey2011 8
Melibatkan tiga proses utama iaitu:

1. Menentukan ukuran

2. Menganalisis ukuran

3. Menyatakan nilai/ menginterpretasi ukuran.

Suhaimi al-Bahanjiey2011 9
Maklumat/data untuk penilaian adalah berbentuk;

i. Kualitatif
ii. Kuantitatif

Suhaimi al-Bahanjiey2011 10
Prosedur penilaian ini secara ringkasnya boleh dilaksanakan
dalam 5 peringkat iaitu:

1. Peringkat persediaan ujian

2. Peringkat pentadbiran ujian

3. Peringkat pemeriksaan dan pengukuran

4. Peringkat analisis

5. Peringkat interpretasi dan tindakan

Suhaimi al-Bahanjiey2011 11
1. Penilaian Kendiri:

☻bertujuan menentukan sama ada diri inidvidu yang


menilai itu sendiri sama ada memahami apa yang
dipelajari atau sudah bersedia untuk menduduki ujian
atau peperiksaan.

Suhaimi al-Bahanjiey2011 12
2. Penilaian Guru

☻ bertujuan menentukan sama ada setiap pelajar


memahami apa yang diajarnya dan juga menilai
keberkesanan pengajarannya

Suhaimi al-Bahanjiey2011 13
3. Penilaian Piawai
☻ bertujuan menentukan percapaian seseorang pelajar
berbanding dengan pencapaian pelajar-pelajar, dan
seterusnya menentukan sama ada pelajar tersebut dapat
melanjutkan pelajaran dalam bidang-bidang tertentu.

☻ Hasil penilaian piawai juga diguna untuk menentukan


sijil/ pangkat sijil yang bakal diberikan kepada
seseorang pelaja

Suhaimi al-Bahanjiey2011 14
Contoh Penilaian

1. Menilai pencapaian objektif P & P

2. Menilai pencapaian matlamat menguasai


kemahiran 3M di kalangan murid sekolah rendah.

3. Menilai kejayaan program

Suhaimi al-Bahanjiey2011 15
Suhaimi al-Bahanjiey2011 16
Dalam konteks pembelajaran dalam bilik darjah - pengujian digunakan untuk
mengukur perubahan tingkah laku yang mempunyai kaitan dengan aktiviti
pembelajaran para pelajar.

Suhaimi al-Bahanjiey2011 17
* Pengujian dalam bilik darjah- proses penyerahan set soalan yang piawai yang perlu
dijawab, atau satu set instrumen bersama satu prosedur yang sistematik bagi
mengukur sampel tingkah laku atau perubahan seseorang individu atau pelajar.
* Dalam erti kata lain, pengujian ini merupakan alat pengukuran yang digunakan
untuk mendapatkan maklumat tentang pencapaian pelajar-pelajar daripada
pelbagai bidang kognitif, psikomotor ataupun efektif.

Suhaimi al-Bahanjiey2011 18
Croanbach (1970)

“Ujian adalah satu prosedur yang sistematik


untuk memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan
menjelaskannya dengan bantuan skala bernombor, atau satu sistem yang
berkategori.

Suhaimi al-Bahanjiey2011 19
Muilagros(1981)

•Ujian adalah satu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan yang diperlihatkan
oleh murid dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan.

•Maklumat yang diperoleh daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat


penilaian atau pengadilan.

Suhaimi al-Bahanjiey2011 20
Contoh
☻skala bernombor :

I.30/100 untuk ujian penglihatan,


II.100/200 untuk ujian kecerdasan ( IQ test)
III.80/100 bagi ujian pencapaian bagi sesuatu mata pelajaran seperti Sains.
☻sistem berkategori:

I.“ekstrovert” atau “introvert” bagi ujian personaliti


II. “ rabun warna” bagi ujian penglihatan.”

Suhaimi al-Bahanjiey2011 21
Pelaksanaan pengujian terbahagi kepada dua kumpulan:

1.Ujian berbahasa:
☻ Contoh :-
ujian pensel - kertas set ujian lisan

2.Ujian bukan berbahasa


☻ contoh :-
ujian prestasi - ujian kemahiran psikomotor
- ujian membaiki radas elektronik.

Suhaimi al-Bahanjiey2011 22
Peringkat proses pengujian

-Persediaan
-Pelaksanaan pentadbiran ujian
-Pemeriksaan skrip jawapan

Suhaimi al-Bahanjiey2011 23
Suhaimi al-Bahanjiey2011 24
Pengertian konsep:
* Suatu proses untuk mendapatkan penjelasan secara numerik
* Tentang sebanyak mana individu atau pelajar mempunyai suatu ciri yang
diukur dengan menggunakan alat tertentu
* Untuk menentukan sejauh mana seseorang individu memiliki prestasi/ciri-
ciri tertentu.

Suhaimi al-Bahanjiey2011 25
Contoh:

Ramli mendapat 60 peratus dalam ujian Matematik. Prestasi Ramli tidak dinyatakan
sama ada baik atau sebaliknya. Dalam hal ini, pencapaian matematik hanya diukur
tanpa memberikan nilai kepada ukuran yang diperoleh. Justeru, pengukuran hanya
menentukan tahap prestasi/ ciri tertentu sesorang individu atau pelajar mengikut alat
yang digunakan.

Kemahiran melukis seseorang pelajar boleh diukur melalui pemerhatian/ pencerapan,


sementara pengetahuan dan sikapnya boleh diukur melalui temubual.

Suhaimi al-Bahanjiey2011 26
Ciri pengukuran:

i.Tidak bersifat mutlak, kecuali pada pengukuran yang menggunakan


skala nisbah.

Contoh, Pengukuran keupayaan mental seseorang sudah tentu lebih sukar diukur secara tepat
berbanding ketinggian fizikalnya. Ketinggian fizikal seseorang boleh diukur secara tepat dengan
menggunakan alat ukur yang tepat sepeti penggunaan pembaris.

Seseorang pelajar yang mendapat skor 90 tidak boleh dianggap mengetahui dua kali ganda daripada
pelajar yang mendapat skor 45, walaupun 90 itu adalah dua kali ganda 45.

Suhaimi al-Bahanjiey2011 27
Ciri pengukuran:

Seseorang yang mendapat skor sifar juga tidak boleh dianggap sebagai tidak mempelajari
atau mengetahui tentang sesuatu pelajaran yang diajar guru. Ukuran aspek-aspek
berkenaan bukanlah petunjuk yang tepat sebagaimana ukuran ketinggian fizikal pelajar
menggunakan pembaris. Maka ia tidak bersifat mutlak.

Suhaimi al-Bahanjiey2011 28
Dua jenis pemboleh ubah asas pengukuran:

I.jenis kuantitatif : 20 %, 50% dan 80%

II.jenis kategori. : motivasi rendah, motivasi sederhana dan motivasi


tinggi.

Suhaimi al-Bahanjiey2011 29
Kedua-dua jenis pembolehubah ini boleh ditentukan aras ukurannya dengan
menggunakan menggunakan empat jenis skala iaitu:

i.Skala Nominal
ii.Skala Ordinal
iii.Skala Interval
iv. Skala Nisbah

Suhaimi al-Bahanjiey2011 30
Objek dikategorikan mengikut tanda/kumpulan yang “mutual eksklusif”, di
mana tidak perlu ada perkaitan diantara kategori.

Tidak perlu aturan atau ruangan

Contoh 1 = lelaki, 2 = perempuan (tidak ada 1.5 atau pengukuran lain di


antaranya).
Contoh lain: umur, pekerjaan tetap dan bangsa

Suhaimi al-Bahanjiey2011 31
*Skala yang memberikan nilai pemeringkatan atau penurunan
contoh:

angka 1- sangat tidak setuju


2- kurang setuju
3- sederhana setuju
4- setuju
5- sangat setuju

Suhaimi al-Bahanjiey2011 32
Data yang mempunyai ciri pemeringkatan dengan perbezaan bagi setiap unit sela yang
sama nilai.

Contoh: perbezaan suhu antara 35 darjah selsius dengan 25 darjah selsius adalah sama
dengan perbezaan suhu 15 darjah selsius dan 5 darjah selsius iaitu sebanyak 10 darjah
selsius. Skala ini tidak mempunyai nilai yang mutlak kerana ia disandarkan kepada jarak
antara suatu nilai dengan nilai yang lain.

Suhaimi al-Bahanjiey2011 33
Skala paling mudah dan berkuasa kerana ia mempunyai titik sifar asal yang unik (bukan titik
rambang yang asal).
Ia mengumpulkan semua sifat diantara semua skala.

Contoh :

Orang yang mempunyai berat 80 kg adalah 2 kali lebih berat dari orang yang mempunyai
berat 40 kg. Mengganda atau membahagikan kedua-dua nombor ini dengan sebarang
nombor diberi akan memberikan nisbah 2:1

Suhaimi al-Bahanjiey2011 34
PENGUKURAN

Pengukuran di bilik darjah dibuat melalui tiga bentuk iaitu:

i. Pemerhatian
ii. Lisan
iii. Penulisan

Suhaimi al-Bahanjiey2011 35
Suhaimi al-Bahanjiey2011 36
Pentaksiran satu proses mendapatkan malumat dan seterusnya membuat penghakiman
serta pertimbangan tentang produk sesuatu proses pendidikan.

Konteks pendidikan : pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran


yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan
menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi sesuatu tujuan.

Suhaimi al-Bahanjiey2011 37
Untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang dalam
sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran dijalankan secara berterusan

Suhaimi al-Bahanjiey2011 38
Pentaksiran dalam bilik darjah terbhagi kepada tiga iaitu:

i. pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning)

ii. pentaksiran sebagai pembelajaran (assessment as learning)

iii. pentaksiran kepada pembelajaran (assessment of learning) .

Suhaimi al-Bahanjiey2011 39
i. pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning)

* proses pembelajaran berterusan


* dijalankan untuk memastikan setiap pelajar atau murid memahami dan dapat
menterjemahkan kehendak tugasan
* supaya guru boleh menentukan apa yang boleh dibantu dalam meningkatkan prestasi
pelajar dan murid.
* Pelajar dan murid akan belajar secara bersendirian dengan cara dan kehendak
mereka sendiri.

Suhaimi al-Bahanjiey2011 40
ii. pentaksiran sebagai pembelajaran (assessment as learning)

* proses membentuk dan menyokong metakognisi (iaitu memikir atau mencari jawapan
kepada pemikiran sendiri) pelajar dan murid
* memberi tumpuan atau memberi fokus terhadap peranan pelajar atau murid sebagai
penguhubung yang kritikal diantara pentaksiran dan pembelajaran Pelajar dan murid
akan belajar secara bersendirian dengan cara dan kehendak mereka sendiri.

Suhaimi al-Bahanjiey2011 41
ii. pentaksiran sebagai pembelajaran (assessment as learning)

* pelajar berupaya mengesan informasi dan maklumat, menghubungkaitkan informasi


dan maklumat kepada pengetahuan berkaitan dan mengunakannya untuk tujuan
pembelajaran. Ini adalah sesuatu proses pengawalan dalam meta-kognisi (meta-
cognition).
* Ianya berlaku apabila pelajar atau murid memantau pembelajaran kendiri dan
mengunakan maklumbalas yang diperolehi untuk membuat pembetulan, penyesuaian,
dan mungkin juga pertukaran dan perubahan dalam apa yang mereka fahami.

Suhaimi al-Bahanjiey2011 42
iii. pentaksiran kepada pembelajaran (assessment of learning) .

* berbentuk sumatif (summative) secara semulajadi dan digunakan untuk memastikan apa
yang diketahui dan apa yang pelajar dan murid boleh lakukan,
* mendemonstrasikan samada mereka berjaya mendapatkan atau memahami kehendak
hasilan kurikulum serta kebiasaannya,
* menunjukkan bagaimana mereka ditempatkan atau diletakkan dan dihubungkaitkan
dengan yang lain

Suhaimi al-Bahanjiey2011 43
Suhaimi al-Bahanjiey2011 44

You might also like