You are on page 1of 80

BAB 2

POTRET HUBUNGAN ETNIK

1
Konsep hubungan etnik :
a) masyarakat dan masyarakat majmuk
b) konsep etnik dan ras
c) pluraliti baru etnik
d) identiti etnik
e) minoriti
f) rasisme (racisme)
g) stereotaip
h) etnosentrisme
i) prejudice
j) diskriminasi
k) integrasi dan integrasi sosial,
l) proses integrasi sosial segregasi , akomodasi,
akulturasi, asimilasi, amalgamasi serta pluralisme
kebudayaan dan ubahsuaian
2
Konsep Asas Hubungan Etnik
Definisi Masyarakat
• Merujuk kepada sekumpulan manusia yang
berkongsi budaya yang sama, menduduki sebuah
kawasan khas dan merasai kewujudan mereka
sebagai satu entiti yang bersatu padu dan berbeza
dengan yang lain.
• Menurut Kamus Dewan (2005) , masyarakat
bermaksud kumpulan manusia yang hidup
bersama di sesuatu tempat dengan peraturan
dan cara hidup tertentu.

3
Ciri-ciri masyarakat
a) Manusia yang hidup berkelompok
b) Melahirkan kebudayaan
c) Mengalami perubahan
d) Berinteraksi
e) Terdapat kepimpinan
f) Stratifikasi sosial – kelas dan kasta

4
Tahap-tahap Masyarakat
a) Keluarga

5
b) Komuniti

6
c) Negara Bangsa

7
d) Global

8
Masyarakat Majmuk dan Pluraliti Baharu
Masyarakat Majmuk
• Definisi Masyarakat majmuk merujuk
kepada beberapa kelompok bangsa atau
kaum yang tinggal dalam satu kawasan
politik sebagai satu masyarakat tetapi
hidup terpisah kerana mengamalkan cara
hidup, adat , kepercayaan yang berbeza
dengan bangsa lain.

9
Konsep Masyarakat :
a) J.S. Furnival (1948)
Ciri-ciri masyarakat majmuk :
i) kewujudan campuran manusia yang
mengamalkan cara hidup yang berlainan.
ii) mereka bergaul di pasar.
iii) mereka hidup berdampingan tetapi
berasingan dlm satu unit politik .
iv) Terdapat pembahagian tugas atas
garis perkauman

10
b)Smith (1965) :
- masyarakat majmuk sebagai masyarakat
yang mempunyai kepelbagaian budaya, perpecahan
sosial dan perselisihan
c) Van Den Berghe (1967) :
- membezakan kemajmukan sosial
(kelompok korporat) daripada kemajmukan budaya
(kelompok etnik)
a) ketiadaan permufakatan nilai
b) kepelbagaian budaya
c) wujud konflik antara kelompok
d) wujud autonomi (sistem sosial)

11
Pluraliti Baharu
- Maksud pluraliti baru ialah gabungan dua
atau lebih masyarakat yang hidup bersama
dalam satu unit atau dalam satu kerajaan.
- Ia wujud hasil daripada pluraliti budaya yang
terdapat dalam sesebuah negara.
- Perkembangan IT dan komunikasi serta
pengangkutan. Etnik dapat melangkaui sempadan
(tanpa sempadan @ borderless)
- Kemasukan tenaga buruh asing telah
mempluralisasikan lagi masyarakat negara
penerima. Contoh Malaysia.
- Contoh orang Bangladesh, Indonesia,
Myanmar, Vietnam, Filipina

12
13
Etnik, Ras dan Identiti Etnik
a)Etnik
- Etnik bermaksud sekelompok manusia yang
mengamalkan budaya yang hampir seragam dari
segi aspek adat resam, pakaian, bahasa serta
kegiatan ekonomi.
- Konsep ini berkaitan dgn ras dan bangsa.
- Contoh etnik di Malaysia ialah Melayu, Cina, India ,
Kadazan dan Iban.

14
b) Ras
- Ras bermaksud mengasingkan
kumpulan manusia berdasarkan
perbezaan ciri-ciri fizikal badan :
a) Warna kulit
b) Rangka tubuh
c) Bentuk kepala
d) Tekstur rambut.

15
Contoh Ras

16
JENIS-JENIS RAS
1)Ras Kaukasoid
1.       Nordic (Eropah Utara/Jerman)
2.       Alpine (bangsa Eropah)
3.       Mediterranean(Timur Tengah/Arab)
4.       Indic (India)
2)Ras Mongoloid
1.       Asiatic Mongoloid (China,Jepun,dan
Korea)
2.       Malayan Mongoloid (Melayu)
3.       American Mongoloid (Suku Indian)
17
3) Ras Negroid
African Negroid (Negro Afrika)dan Negrito
(penduduk asli Filipina)
4) Ras-ras Khusus
Ras-ras khusus adalah ras yang memiliki
ciri-ciri khusus tertentu.Yang termasuk
dalam ras khusus ini adalah :
1.       Australoid (penduduk asli Australia)
2.       Polynesia (Bangsa Pasifik)
3.       Melanesia (Papua/Pasifik)
4.       Micronesia (Pasifik)
18
• 3 jenis teori klasifikasi manusia :
a) Ras sebagai keturunan
- Adam dan Hawa
b) Ras sebagai jenis
- Manusia berlainan dan berbeza
kelakuan
c) Ras sebagai subspesies
- Hujah Charles Darwin (teori Evolusi)

19
c) Identiti Etnik

– Identiti etnik merupakan identiti yang


bersifat kebudayaan dan bukan bersifat
biologikal .
– Konsep ini mengikut ras, sejarah,
pengalaman, agama dan bahasa yang
dikongsi bersama-sama.

20
RASISME (Racism)

21
1. Rasisme (racism)
• Rasisme merujuk kepada pandangan,
pemikiran atau kepercayaan negatif oleh sesuatu
kelompok sosial atau para anggotanya terhadap
kelompok lain berdasarkan perbezaan wajah fizikal
biologikal.
• Dua tahap ras :
a) tahap individu - sikap individu
b) tahap institusi - struktur sosial sesebuah
masyarakat

22
2) Etnosentrik (Ethnocentrism)
Mengangap ciri-ciri budayanya sebagai wajar,
betul dan lebih utama daripada budaya etnik
lain yang dipandang rendah serta dianggap
ganjil ataupun berada pada tahap rendah atau
tidak bermoral.

3) Etnisiti
Rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu
kerana anggotanya merasa disatukan dengan
sejarah, nilai, sikap dan tingkahlaku yang sama.

23
4. Minoriti
- istilah minoriti merujuk kepada kumpulan
sosial yang tertindas disebabkan ciri
etnik, ras, biologikal dan sebagainya.
- kumpulan minoriti mengalami penindasan
dan diskriminasi dlm masyarakat mengikut :
a) fizikal : ras, jantina dan umur
b) kebudayaan : agama dan etnisiti
c) ekonomi : kelas sosial
d) Tingkahlaku : devian (kelakuan yang
menyimpang daripada kebiasaan)

24
5. Stereotaip (stereotype)
a)Stereotaip berasal drpd perkataan Greek : stereos
(kukuh) dan typos (tanda).
b)Stereotaip ialah gambaran berlebih-lebihan tentang
sesuatu perlakuan baik atau buruk yang
ditunjukkan oleh kumpulan lain.
c)Banyak stereotaip popular dlm kumpulan etnik
Malaysia bersifat positif dan negatif
d)Stereotaip negatif menjadi fokus dlm hubungan etnik
penyebab kepada tercetusnya prasangka antara
kumpulan etnik
e)Contoh : Orang Melayu mempunyai gambaran
stereotaip terhadap etnik Cina dan India sama ada
positif @ negatif.
25
Contoh Stereotaip

26
Prejudis

27
6. Prasangka (prejudice)
a) Prejudis ialah pandangan negatif mengenai ahli atau
kelompok etnik lain yang berbeza daripadanya sama ada
dari segi jantina,kaum ataupun negeri.
b) Lazimnya tidak berasaskan maklumat yang
tepat dan biasanya tidak diluahkan secara
terbuka. Maksud di sini lebih kepada berprasangka
(buruk) terhadap sesuatu individu atau kumpulan
itu.
c) Prasangka terdiri drpd 3 komponen :
i) komponen kognitif : beri deskripsi spt
malas
ii) komponen afektif : reaksi negatif
dan emosional
iii) komponen kelakuan : keinginan
untuk mendiskriminasi
d) Prejudis antara etnik berlaku apabila sesebuah
kumpulan etnik memandang negatif terhadap
etnik lain.
28
Diskriminasi

29
7. Diskriminasi
• Bermaksud situasi membandingkan atau
membezakan seseorang individu atau sesuatu
kelompok etnik lain berasaskan ciri- ciri etnik
semata-mata.
• Contoh diskriminasi :
- isu pemilihan pekerja mengikut etnik
Dasar Apartheid di Afrika Selatan (tidak boleh
berkongsi pengangkutan awam antara orang
kulit putih dengan kulit hitam.
• Layanan yg berlainan kepada individu atau
kumpulan disebabkan faktor :
a) etnik
b) agama
c) jantina

30
Integrasi dan Integrasi Sosial

31
Konsep Integrasi dan Integrasi Sosial
Definisi
Integrasi
- Proses penyatuan pelbagai kumpulan tanpa
mengira keturunan sama ada majoriti dan
minoriti .

Integrasi Sosial
- Proses menyatukan berbagai-bagai kelompok
dalam masyarakat melalui satu identiti bersama
dengan hapuskan perbezaan dan identiti masing-
masing.

32
Tahap Hubungan Etnik Dalam
Proses Integrasi Sosial

33
34
a) Segregasi
 Segregasi merupakan proses pemisahan atau
pengasingan antara satu kumpulan etnik
dengan kumpulan etnik yang lain dalam sesebuah
negara.
 Situasi berlaku di tempat tinggal, sistem
persekolahan, pengangkutan dan kemudahan awam
 Dua jenis segregasi :
a) Segregasi rela ( memencilkan diri
daripada masyarakat)
b) Segregasi tidak rela ( paksaan
daripada pihak berkuasa).
Cth Afrika Selatan (Dasar Apartheid)
 Formula bagi konsep segregasi : A / B / C
35
b) Akomodasi
• Proses di mana setiap etnik atau kaum menyedari
norma dan nilai yang dimiliki oleh etnik-etnik lain
tetapi mereka tetap mempertahankan budaya dan
nilai hidup masing-masing.
• Masyarakat Melayu, Cina dan India , Iban, Kadazan
tetap mengamalkan dan mempertahankan budaya
hidup masing-masing.
• Formula bagi konsep akomodasi ialah :
A+ B + C =A+ B + C

36
c) Akulturasi
 Akulturasi merupakan satu proses penerimaan unsur
kebudayaan dalam kalangan individu atau kelompok dari
sesuatu kebudayaan lain yang berlainan etnik.
 Proses ini menyebabkan berlakunya proses pinjam meminjam.
Pada peringkat awal, unsur pinjaman digunakan secara
langsung dan kemudian diolah serta dijadikan usur kebudayaan
sendiri.
 Proses ini tidak menyebabkan kehilangan identiti asal kaum
atau etnik yang menerimanya.
 Contoh yang berlaku di Malaysia :
a)pemberian duit raya oleh orang Melayu semasa hari raya
(budaya angpau oleh orang Cina)
b)memakai tali leher dari budaya orang Barat.
 Formula bagi konsep ini ialah Abc + Bac + Cab
37
d) Asimilasi
 proses apabila kumpulan minoriti kehilangan
identiti kumpulan dan diserap oleh kumpulan dominan dari
segi kebudayaan dan sosial.
 Formula Asimilasi : A + B + C = A.
 Asimilasi terbahagi 2 :
a) Asimilasi Budaya : proses mempelajari
ciri budaya tuan rumah (bahasa, makanan,
pakaian)
b) Asimilasi Struktur :
kumpulan minoriti berjaya sertai institusi
utama & aktiviti sosial masyarakat
dominan.
 Contoh masyarakat Cina kampung di Kelantan dan
Baba dan Nyonya di Melaka
38
e) Amalgamasi
 proses penyatuan pelbagai etnik dari segi
biologi dan berlaku perkahwinan campur.
 Formula Amalgamasi : A + B + C = D
 Berlaku dgn syarat kumpulan dominan
membenarkan atau mengalakkan
kumpulan minoriti masuk dalam kumpulan
mereka.
 Contoh perkahwinan antara etnik Kadazan
dengan etnik Cina melahirkan
masyarakat Cino-Kadazan.

39
f) Pluralisme Kebudayaan
 proses mengekalkan identiti budaya
etnik masing-masing.
 Formula : Ab + Bb + Cb = Ab + Bb + Cab

g) Pluralisme Ubahsuaian
 proses mengubahsuai budaya atau
terpengaruh oleh budaya etnik yang lain.
 Formula : A + B + C = A1 + B1 + C1

40
Kepentingan Memahami Hubungan Etnik
 Memahami sifat sesuatu masyarakat
 Mengetahui perkembangan sejarah etnik
 Memahami prasangka dan diskriminasi
dalam setiap etnik
 Memperlihatkan personaliti masyarakat
 Memberi kesan kepada negara

41
Masyarakat Pluraliti di Malaysia
 Masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai etnik, budaya
dan agama.
 Pluraliti @kemajmukan masyarakat yang berhijrah dan
menetap di rantau Alam Melayu - fakta dan sejarah : interaksi
antara etnik sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka.
 Hubungan pedagang dgn masyarakat tempatan wujud pluraliti
baru. Wujud masyarakat :
a) Melayu-Arab
b) Peranakan Cina (Baba & Nyonya)
c) Peranakan Jawi (Anak Mami)
d) Peranakan Hindu (Chetti)
e) India-Muslim
f) Masyarakat Serani

42
Melaka sebagai Pusat Perdagangan

43
44
Penghijrahan Intrawilayah Sebelum
Zaman Kesultanan Melayu Melaka
 Wujud kerajaan maritim sekitar abad ke-12
dan ke-14 sblm kerajaan Melayu Melaka.
 Mereka menetap di Kepulauan Melayu
@Nusantara – berpindahan antara satu
tempat (perkahwinan, perdagangan,
peperangan).
 Kerajaan maritim menarik pedagang datang
berniaga - Sistem Barter
 Lokasi pelabuhan dan kemudahan yg sesuai
(tempat tinggal, bekalan air, stor barang)
45
Penghijrahan Semasa Zaman
Kesultanan Melayu Melaka
 Pembukaan Melaka oleh Parameswara
pada 1400 masihi.
 Melaka pusat penyebaran Islam. Sebelum
itu, msyrkt amal kepercayaan animisme,
Hindu dan Buddha
 Kedatangan pedagang dan mubaligh
Arab, India dan Cina.
 Bukti Islam : Batu Nisan di Grisek, Jawa
dan Batu Bersurat 1303 , Kuala Berang,
Terengganu.
46
Pedagang Arab-Parsi, Cina, India dan Eropah

47
a)Kedatangan Pedagang Arab dan Parsi
 Dalam buku Sejarah Melayu mereka
berperanan menyebarkan agama Islam di Melaka
 Berinteraksi dengan penduduk tempatan dan
mengenali adat resam dan budaya tempatan
 Berkahwin dgn penduduk tempatan, berlaku
proses asimilasi.
 Sifat dan tingkahlaku pedagang Arab menarik
minat pihak istana dan rakyat peluk agama Islam.

48
b) Kedatangan Pedagang Cina Dan India
- Pedagang Cina dan India berdagang di Melaka
- Terdapat pelbagai barangan dagangan spt bijih
timah.
- Hubungan diplomatik Melaka dengan China.
- Sultan Mansur Syah berkahwin dgn Puteri Hang Li
Po. Penempatan orang cina di Melaka (bukit Cina).
- Hubungan pedagang India dgn masyarakat Melayu
bermula sejak abab ke-6 @ 7 masihi.
- Lokasi Lembah Bujang (pelabuhan entrepot)
- Pedagang India berkahwin dgn wanita
drpd golongan bangsawan Melayu.

49
c) Kedatangan Pedagang Eropah
- Orang Eropah dari Portugal, Belanda, Sepanyol,
Perancis dan Britain datang ke Alam Melayu bertujuan
menguasai jalan perdagangan ke Timur, menyebarkan
agama Kristian.
- Melaka sasaran orang Eropah.
- Konsep penjajahan bangsa Eropah :
3G (Gospel, Gold dan Glory)
- Mereka mahu dapatkan teh, rempah dan sutera.
- Kedatangan penjajah portugis ditentang kuat oleh
pemerintah dan rakyat sehingga Melaka jatuh pada
tahun 1511.
50
Proses Asimilasi Antara Golongan
Imigran Dengan Masyarakat Tempatan
a) Perdagangan dan Perkahwinan
 Dua faktor penyebab kepada interaksi dengan
penduduk tempatan
 Mereka pelajari bahasa, budaya(cara hidup) dan
berkahwin dgn org tempatan.
 Perkahwinan Sultan Mansur Syah dgn Puteri Hang Li
Po
 Pedagang India berkahwin dgn penduduk tempatan.
Cth – Mani Purindam (India –Muslim) menantu kpd Sri
Nara Di Raja dan Tun Ali berketurunan India (Melayu-
Tamil)
51
 Perkahwinan antara pedagang China dan India
dgn penduduk tempatan telah membawa kpd
pembentukan masyarakat majmuk di Melaka.
 Mereka telah meluaskan aktiviti perdagangan
dan memegang jawatan dalam pemerintahan
Kesultanan Melayu Melaka.

52
Pembentukan Pluraliti Baru di Tanah
Melayu
i) Masyarakat Melayu- Arab
ii) Masyarakat Peranakan Cina (Baba dan Nyonya)
iii) Masyarakat India-Muslim
iv) Masyarakat Peranakan Jawi
v) Masyarakat Serani
vi) Masyarakat Peranakan India (Chetti)

53
i) Masyarakat Melayu-Arab
 Berhijrah ke Melaka sebagai golongan pedagang.
 gelaran ‘syed’ / saiyid : pengetua /pemimpin /tuan dan
sgnya. Sayyid juga bermaksud : ketua suku, bangsawan,
suami, tuan)
 Mereka berasal dari hadraulmaut (selatan Semenanjung
Arab)
 Berkahwin campur dengan orang Melayu
 Dikenali sebagai masyarakat Melayu-Arab (perkahwinan
campur orang Arab dgn orang Melayu)

54
ii)Masyarakat Peranakan Cina (Baba dan Nyonya)
 Bermula perkahwinan Sultan Mansur Syah dengan Puteri
Hang Li Po .
 Kehadiran pedagang Cina bentuk satu komuniti baru :
Keturunan Baba dan Nyonya.
 Mengalami proses asimilasi seperti dialek Melayu-Baba. Cth
gua (saya), lu (anda).
 Baba (lelaki) dan nyonya (perempuan).
 Pakaian baju kebaya nyonya dan berkain batik
- Persembahan : dondang sayang , pantun 55
iii) Masyarakat India-Muslim
 Berasal dari pedagang India
 Perkahwinan campur antara orang berketurunan India
dgn orang tempatan.
 Beragama Islam
 Bukti kehadiran orang India dalam catatan sejarah
Melaka.
 Tanjung Kling dinamakan oleh orang Portugis kerana
terdapat ramai pekerja di situ. 56

 Gemar menggunakan bahasa Tamil


iv) Masyarakat Peranakan Jawi
 Hasil perkahwinan campur antara lelaki India-Muslim
dari selatan India dgn wanita Melayu di Pulau Pinang.
 Menganut agama Islam.
 Terkenal dengan gelaran anak Mami dan contoh
gelaran panggilan keluarga : Mamu dan Mami .
 Bahasa Melayu bahasa utama .
 Budaya hampir kepada orang Melayu
dan orang India. Contoh berbaju Melayu.
57
v) Masyarakat Serani
 Berasal daripada perkahwinan campur antara orang
Portugis dgn penduduk tempatan
 Lokasi penempatan di Melaka
 Masyarakat serani juga digelar Masyarakat Portugis.
 Majoriti beragama Kristian mazhab katolik dan juga ada
yang beragama Islam.
 Kesenian : Portuguese dance dan lagu Jingkling Nona
58
vi) Masyarakat Peranakan Hindu Melaka/ Chetti
 Kahwin campur antara orang India (pantai Coromandel,
India) dgn msyrt tempatan drpd Melayu, Cina, Jawa dan
Batak di Melaka.
 Mereka berasimilasi dengan budaya Melayu.
 Budaya hampir sama dgn orang Melayu(pakaian, bahasa,
makanan)
 Majoriti tidak berbahasa Tamil.
 Kekalkan nama Hindu, amalan adat dan agama Hindu.

59
Pluraliti Masyarakat di Sabah dan Sarawak
a)Sabah

i) Kadazan
 kaum bumiputera terbesar di Sabah (30%)
 Beragama Kristian dan terdapat 27 suku kaum
 Kadazan - lokasi kwsn lembah (tanaman padi)
 Dusun - lokasi kwsn pergunungan dan pedalaman Sabah.
 Perayaan utama iaitu Pesta Menuai (30 & 31 Mei)
 Tarian tradisi : Sumazau
60
ii) Bajau
 Suku kaum bumiputera kedua terbesar dan beragama
Islam.
 Lokasi di Semporna dan Kota Belud
 Penunggang kuda padi (koboi Timur)
 Adat Resam kelahiran Bajau ada persamaan
dgn masyarakat Melayu spt bidan dan
melenggang perut.
 Tarian tradfisi : Brunsai

61
iii) Murut
 Suku kaum ketiga terbesar di Sabah
 Berasal drpd Annam (indochina)
 Beragama Kristian
 Murut bermaksud kumpulan tinggal dilereng
bukit /tanah tinggi
 Lokasi Keningau, Tenom, Pensiangan
 Ketua rumah panjang - Orang Tua
 Tarian tradisi : tarian magunatip dan tarian
lansaran

62
63
iv) Melayu-Brunei
 Mereka datang ke Sabah ketika berada di bawah
kekuasaan kesultanan Brunei.
 Sebagai pentadbir
 Beragama Islam dan berperanan sebarkan agama
Islam
 Lokasi di Kimanis, Papar dan Padas-Kalias
 Aktiviti ekonomi: berdagang, bertani dan pungut
hasil laut.

64
v) Bisaya
 Suku kaum peribumi
 Lokasi : Beaufort, Sg Padas, Sg. Klias dan Pulau Gaya
 Mabisa Iya (lelaki&perempuan nampak tampan dan cantik)
 Beragama Islam
 Kegiatan ekonomi : pertanian, penternakan, tangkap ikan,
kraftangan
 Persembahan budaya : Tarian Bubu 65
vi) Suluk
 Berasal dari kepulauan Sulu di selatan Filipina.
 Mereka tidak gelar sbg Suluk tetapi sbg “Tausug”- orang dari
Sulu
 Beragama Islam, kegiatan ekonomi- pungut sarang burung,
hasil hutan dan hasil laut.
 Lokasi : Kudat, Semporna, Sandakan, Lahad Datu
 Tarian Bolak-bolak diiringi pukulan gabbang(alat muzik)
66
Kedatangan Golongan Imigran ke Sabah
a) Orang Cina
- kedatangan orang Cina ke Sabah
- syarikat tembakau dan perkembangan
perusahaan getah
- Suku kaum :
i) Hakka iii) Hokkein
ii) Canton iv) Teochew
- Suku kaum Hakka
i) > 50% penduduk Cina di Sabah
ii) lokasi kwsn desa
iii) petani
iv) Dialek Hakka -lingua franca
67
- Suku kaum Canton
 Kedua terbesar
 Lokasi bandar spt Sandakan, K.Kinabalu, Tuaran dan
Tawau.
 Peniaga di bandar
b) Orang Indonesia
- bekerja di ladang tembakau dan getah di bawa masuk
oleh British dari pulau Jawa.
- datang sementara dan berulang-alik ke temapat asal.
c) Orang India
- Orang India datang untuk mengisi jawatan dlm jabatan
kerajaan British
- mengisi kekurangan kakitangan bangsa Eropah
- pandai berbahasa Inggeris
- Suku kaum India : Punjabi, Telegu dan Tamil
68
Kesan Kemasukan Golongan Imigran
 Nisbah penduduk Bumiputera dgn glgn
imigran berubah
 Bilangan imigran meningkat slps Perang
Dunia ke-2.
 Orang Cina kedua terbesar di Sabah slps
msyrkt Kadazan-Dusun

69
Masyarakat Bumiputera di Sarawak
 Masyarakat Bumiputera Sarawak
 30 suku kaum dgn masing mempunyai dialek,
budaya dan cara hidup yg tersendiri.
 Masyarakat Bumiputera Sarawak :
a) suku kaum Iban
b) Melanau
c) Melayu Sarawak
d) Bidayuh
e) Kayan
f) Kenyah
g) Kelabit
h) Penan/Punan
i) Orang Ulu
70
 Lokasi lembah pantai dan pedalaman :
Iban, Bidayuh,
Kenyah , Orang Ulu dan Penan
 Lokasi persisiran pantai : Melayu
Sarawak dan Melanau

71
Penempatan Persisiran Pantai
 Melayu Sarawak
 21% penduduk di Sarawak
 lokasi : persisiran pantai dan muara
sungai
 bekerja sebagai nelayan, petani dan
peniaga
 beragama Islam
 kehidupan bermasyarakat semasa menanam
padi,kenduri dan perayaan
 Persembahan budaya : Bergendang
72
 Melanau
- penduduk asal Sarawak
- lokasi di bahagian 3 dan 4 :
sg. Igan, Oya, Mukah,Balingian,Tatau & Kemena.
- nelayan dan pembuat sagu
- majoriti beragama Islam
- Tepung sagu/lemantak
- Makhluk ghaib – Ipok dan Perayaan Kaul -
menjamu ipok
- Upacara sare - rumah si mati 7 mlm berturut2
dikunjung saudara-mara/msyrkt.
- Kebudayaan : Tarian alu-alu (tarian tradisional) 73
Penduduk Lembah Sungai

a) Iban
 Dikenali sebagai Dayak Laut
 30% jumlah penduduk Sarawak
 Berhijrah dari Kalimantan dan lokasi di
lembah Batang Ai, Sungai Skrang, Saribas dan
Sg. Rajang.
 Tinggal di rumah panjang dan ketua rumah panjang - Tuai
rumah
 Perayaan hari Gawai - 1 &2 Jun
 Jenis Gawai Dayak/Kenyalang/Antu
 Tarian Ngajat selepas musim menuai.
74
b) Bidayuh
 Berasal dari Kalimantan Barat
 Tinggal rumah panjang, kawasan bukit pedalaman
sekitar Bau dan Serian.
 Dikenali juga sbg Dayak Darat
 Aktiviti menanam padi huma
 Beragama Kristian
 Tarian Langgi (tarian tradisional)
75
c) Orang Ulu
 Istilah Orang Ulu merupakan suku kaum yang
mendiami kwsn hulu sungai di pendalaman Sarawak
 Suku kaum : Kenyah, Kayan, Kelabit, Punan, Lun
Bawang, Lun Dayeh
 Rumah panjang dihiasi lukisan dan ukiran
kayu
 Sebahagian besar menganut agama Kristian
 Hiasan tatu badan dan hiasan manik2 rinci
sebagai seni bagi Masyarakat Orang Ulu.

76
Penan Orang Ulu

77
Kedatangan Golongan Imigran Ke Sarawak
a) Orang Cina
- golongan terbesar dalam masyarakat
bukan Bumiputera
- 29% jumlah penduduk Sarawak
- Lokasi di bandar spt Kuching, Sibu, Miri,
Bintulu
- Hokkien, Foochow, Hakka, Teochew,
Kantonis-- Berdagang, melombong emas
dan bercucuk tanam
- 1870an, orang Cina terbabit dengan
tanaman gambir dan lada hitam

78
b) Orang India
- kumpulan terkecil bukan Bumiputera di
Sarawak
- Terdiri daripada polis oleh Punjabi (di
bawa masuk James Brooke)
- India-Muslim sebagai peniaga kain dan
pedagang.

79
Rumusan
 Konsep asas hubungan etnik perlu
pemahaman yang jelas sebelum individu atau
masyarakat mendalami isu-isu hubungan
etnik.
 Pluraliti masyarakat Alam Melayu bermula
sebelum zaman penjajah.
 Proses asimilasi antara golongan imigran dgn
orang tempatan menyebabkan berlakunya
masyarakat majmuk di Malaysia.
 Pluraliti masyarakat di Sabah dan Sarawak
juga berlaku iaitu etnik Bumiputera dengan
imigran orang Cina, India dan Indonesia.
80

You might also like