You are on page 1of 12

TEMA : APRESIASI SENI

TAJUK : ASPEK FORMAL


FASHION GENERAL
( CATAN AIR - BASAH ATAS BASAH & BASAH ATAS KERING )

AHLI KUMPULAN :
• SHARIPAH
• MARIANA
• JONATAHAN
• WAHAB
• ASRI
1.TEKNIK BASAH ATAS BASAH
MAKNA TERSURAT:
Mesej tersurat yang diketengahkan dalam lukisan tersebut
ialah pemandangan laut yang berombak dan terdapat dua kapal
besar sedang berlabuh, manakala awan menjadi latar belakang
nya dan bahagian depan terdapat cebisan-cebisan sampah yang
terapung dibawa ombak.

MAKNA TERSIRAT:
Mesej tersirat dalam lukisan tersebut ialah pelukis sedang
melihat keindahan suasana laut yang indah dan ingin
menghilangkan stress supaya mendapat ketenangan tetapi
disamping ketenangan tersebut pelukis berasa kecewa kerana
terdapat cebisan-cebisan sampah yang berada di permukaan
laut itu .
2. TEKNIK BASAH ATAS BASAH

Landsacpe with Wheelbarrow , 1883 ,


Vincent Van Gogh
MAKNA TERSURAT :
Makna tersurat dalam karta tersebut ialah pemandangan kebun
yang tumbuh segar dan terdapat kereta sorong yang berwarna
coklat.terdapat juga sekelompok rumah yang terletak di hujung
kebun,manakala awan menjadi latar belakang yang menimbulkan
kesan estetika pada karya

MAKNA TERSIRAT:
Makna tersirat dalam karya tersebut ialah penggunaan warna
yang kelihatan mendung pada langit tersebut .Ini menimbulkan
kesan yang agak suram kepada audiens.Selain itu pemandangan
yang luas dan tidak ada figura manusia yang terpapar pada karya
tersebut.Ini seperti pengkarya tersebut ingin bersendirian dan
menenangkan fikiran dengan melihat keindahan alam sekitar.
3. TEKNIK BASAH ATAS BASAH
MAKNA TERSURAT :
Makna tersurat yang terdapat dalam karya ialah terdapat
sebatang pokok yang redup dan dingin dengan daun yang lebat
dan kehijauan sera sebuah ayunan yang bergantung pada dahan
pokok .

MAKNA TERSIRAT :
Makna tersirat yang terdapat dalam karya ialah pelukis
sepertinya seorang yang suka bersendirian dengan ditemani
angin sepoi-sepoi yang lembut . Selain itu , pelukis juga ingin
menyampaikan pesanan bahawa pelukis ingin keluar daripada
belenggu masalah yang dihadapinya .
4. TEKNIK BASAH ATAS KERING
MAKNA TERSURAT :
Makna tersurat yang terdapat dalam karya tersebut ialah pelbagai
kuntuman bunga yang berbeza warna seperti warna putih , biru , merah
dan kuning .Bentuk bunga yang menarik berada dalam pasu berwarna
keabu-abuan mencantikkan lagi karya ini .Selain itu , sepasu bunga ini
berlatarkan dinding yang berwarna kelabu dan lapis meja berwarna
putih .

MAKNA TERSIRAT :
Makna yang tersirat yang terdapat dalam karya ini ialah
menggambarkan emosi ataupun mood pelukis iaitu dengan
menggunakan warna yang cerah dan pelbagai . Selain itu , karya ini
menunjukkan bahawa hari yang dilalui oleh pelukis sangat aman
dan damai serta tenang .Disamping itu , karya ini menunjukkan
pelukis bagi karya ini adalah seorang perempuan.
5. BASAH ATAS KERING
MAKNA TERSURAT
Makna yang tersurat dalam karya tersebut ialah pemandangan
air terjun yang dihalang oleh batu-batuan yang kecil. Selain
itu, beberapa batang pokok yang terlihat berdekatan dengan
air terjun.

MAKNA TERSIRAT
Makna tersirat yang terdapat dalam karya tersebut ialah
penggunaan warna yang terang sehingga memperlihatkan
sebuah karya yang realistik. selain itu, permandangan yang luas
dan menyenangkan seolah-olah pelukis sedang gembira dan
senang hati.
SEKIAN , TERIMA KASIH

You might also like