You are on page 1of 5

Nota seni visual

Mohamad Raizzudin Bin Mohd Razali


soalan 1

1.Gambar menunjukkan karya


Ben Quilty , Huraikan karya
tersebut dari aspek Hal benda dan
komposisi.
Jawapan
• Hal benda ialah sesuatu objek yang terdapat pada karya, manakala komposisi pula ialah
aturan unsur serta prinsip seni dengan media dan teknik tertentu yang digunakan dalam
karya . Hal benda yang terdapat dalam karya tersebut ialah imej wajah manusia dalam
keadaan sedang menangis yang terlihat seperti seorang bayi dan digambarkan secara
pandangan dekat (close up) serta memenuhi keseluruhan ruang catan. unsur seni karya
tersebut ialah menggunakan warna yang panas seperti merah, kuning dan jingga.karya
tersebut juga menghasilkan jalinan sentuh dan karya berbentuk 2D. gabungan warna serta
jalinan dapat menimbulkan bentuk wajah manusia. prinsip rekaan karya tersebut ialah kadar
banding kerana kerana imej pada karya agak realistik. selain itu, penggunaan warna yang
harmoni seperti warna panas merah, kuning dan jingga. gabungan pelbagai warna
menghasilkan kesan harmoni pada karya. seterusnya, imbangan karya menghasilkan karya
yang seimbang kerana imej diletakkan pada tengah karya. media dan teknik yang digunakan
ialah menggunakan media cat minyak dan menggunakan teknik impasto iaitu penggunaan
warna yang tebal di sapu dengan pisau palit atau berus, memberi kesan jalinan sentuh.
pengkarya berjaya menunjukkan hal benda dengan baik menggabungkan unsur seni seperti
warna,jalinan, bentuk dengan prinsip rekaan kadar banding, harmoni dan imbangan.
kemahiran mengaplikasi teknik impasto telah menghasilkan sebuah catan yang menarik
soalan 2

2.Gambar diatas diatas merupakan rekaan


label untuk pembungkusan produk
berkaitan media lukisan. Huraikan ciri-ciri
rekaan nya.
Jawapan
• Reka bentuk pembungkusan ialah bidang perekaan komunikasi visual, dibawah
pengkhususan Grafik. Ciri-ciri rekaan grafik ialah menggabungkan Teks dan ilustrasi untuk
menyampaikan maklumat kepada audien. teks utamanya ialah “Z-BRA”, ialah merupakan
jenama produk yang dipaparkan dengan saiz yang besar menjadi titik fokus dalam rekaan.
Terdapat juga penggunaan prinsip kontra.terdapat juga teks sampingan “Drawing Charcoal
Stick” dan beberapa teks penerangan lain ditulis dalam saiz yang lebih kecil untuk sebagai
sokongan kepada teks utama dan menerangkan tentang produk. terdapat juga ilustrasi iaitu
seekor kuda belang yang sedang berlari . Keseluruhan rekaan Cuma menggunakan warna
hitam, berlatar belakangkan putih penggunaan warna ekonomi. pemilihan warna yang baik
dengan jenis barang. produk dalam pembungkusan ialah arang untuk melukis.tidak
mempunyai ilustrasi sampingan menunjukkan penggunaan warna dan pembungkusan yang
minima. Rekaan label tersebut berjaya mewujudkan ciri keterbacaan. Reka letak teks dan
ilustrasi amat sesuai Jelas, ringkas, mudah difahami.

You might also like