You are on page 1of 10

BAB 4

GMGA 2013 DIMENSI POLITIK I


PERLEMBAGAAN MALAYSIA
4.1 PENGENALAN
• Di dalam bab ini, kita akan membincangkan dua daripada aspek dimensi politik
Perlembagaan Malaysia iaitu soal kewarganegaraan dan hak-hak istimewa orang
Melayu.
• Soal kewarganegaraan terkandung di dalam Bahagian III bermula daripada Perkara
14 hingga 31.
•Soal hak-hak istimewa orang Melayu terkandung di dalam Bahagian XII di bawah
Perkara 153.
4.2 LATAR BELAKANG POLITIK ISU
KEWARGANEGARAAN DAN HAK-HAK
ISTIMEWA ORANG MELAYU
•Perlembagaan Malaysia digubal hasil daripada proses tawar-menawar dan
akomodasi politik antara etnik-etnik utama, iaitu Melayu dan bukan Melayu,
khususnya tiga parti politik etnik utama dalam Perikatan iaitu UMNO, MCA dan
MIC. Sebelum ini telah disebutkan bahawa daripada 131 memorandum yang
diterima oleh Suruhanjaya Reid pada tahun 1956- 1957 bagi proses mendraf
Perlembagaan Malaya, memorandum daripada Perikatan memainkan peranan yang
sangat besar khususnya dalam mempengaruhi kandungan terakhir Perlembagan
tersebut.
•Apabila persoalan-persoalan yangmenyentuh hak-hak istimewa orang Melayu
dibangkitkan, maka ia tidak seharusnya dilihat secara terasing sebaliknya harus
dilihat dalam konteks kompromi merdeka atau kontrak sosial antara etnik-etnik
utama yang elah termeterai semasa Perlembagaan 1957 dirangka.
•Kegagalan melihat isu hak-hak istimewa orang Melayu daripada perspektif yang
dibincangkan di sini (yakni, perkaitannya dengan isu kewarganegaraan bukan
Melayu dan kompromi merdeka) akan menyebabkan timbulnya kekeliruan
pemahaman atau tafsiran-tafsiran yang kurang tepat serta tidak menggambarkan
sepenuhnya semangat serta latar belakang yang melahirkan peruntukan-peruntukan
tersebut dalam Perlembagaan Malaysia.
•Demikianlah perkaitan sejarah, politik dan perundangan dalam isu kewarganegaraan
dan hak-hak istimewa orang Melayu di dalam erlembagaan.
4.3 PERUNTUKAN BERHUBUNG
KEWARGANEGARAAN
DALAM PERLEMBAGAAN
•Disebabkan peruntukan untuk memberikan taraf kewarganegaraankepada masyarakat bukan
Melayu di Malaya begitu liberal, orang bukan Melayu telah mendapat faedah yang besar secara
serta-merta.
•Ini dapat dibuktikan dari sudut pertambahan bilangan pengundi berdaftar daripadakalangan
bukan Melayu yang meningkat secara mendadak antara tahun 1952 dengan 1959.Prinsip yang
diguna pakai ialah prinsip Jus Soli, iaitu kewarganegaraan berdasarkan negeri kelahiran dan
mastautin dan bukannya darah keturunan atau bangsa, iaitu prinsip Jus Sanguinis.
•Bagi taraf kewargnegaraan menerusi pendaftaran kepada orang-orang yang lahir di Persekutuan
sebelum Hari Malaysia, syarat berhubungdengan bahasa dan tempoh mastautin (sekurang-
kurangnya 7 tahun secara terus menerus daripada tempoh mastautin selama 15 tahun) dikenakan.
Syarat berhubung dengan bahasa sangat mudah kerana apa yang diperlukan hanyalah
‘pengetahuan mudah dalam Bahasa Melayu’.

•Berbanding dengan syarat kewarganegaraan secara masukan yangmemerlukan
‘pengetahuan yang memadai dalam Bahasa Melayu’.
•Selain itu, Parlimen, menerusi penggubalan Akta Hasutan 1948 dan juga Perkara 10
(4), mengenakan sekatan yang ketat ke atas mana-mana pihak di Malaysia daripada
menimbulkan atau mempersoalkan peruntukanperuntukan yang disifatkan sebagai
isu sensitif, yang antara lain termasuklah soal kewarganegaraan dan hak-hak
istimewa orang Melayu.
4.4 PERUNTUKAN BERHUBUNG HAK-HAK
ISTIMEWA
ORANG MELAYU DALAM PERLEMBAGAAN
•Dimaktubkan di dalam Perlembagaan Malaysia di bawah Perkara 153.Perkara 153 (1)
menyebut bahawa, Adalah menjadi tanggungjawab Yang di Pertuan Agong memelihara
kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputra mana-mana negeri Sabah dan
Sarawak dan kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan
perkara ini.
•Dapatlah diringkaskan di sini bahawa perezapan yang diusulkan untuk diberi kepada
orang-orang Melayu dan bumiputra Sabah serta Sarawak adalah meliputi perkara
seperti jawatan dalam perkhidmatan awam Persekutuan, biasiswa, bantuan dan lain-lain
keistimewaan pelajaran dan latihan, dan juga pemberian permit dan lesen untuk
menjalankan apa-apa tred dan perniagaan. Persoalan tentang sebanyak mana yang harus
dkhaskan kepada orang Melayu dan bumiputra, Perlembagaan menyebut bahawa
jumlahnya ialah ‘suatu kadar yang difikirkan patut oleh Yang diPertuan Agong’.
•Jelaslah bahawa dengan adanya sekatan-sekatan yang dikenakan itu, para penggubal
Perlembagaan Malaysia amat menyedari betapa pentingnya perkara-perkara ini
dalam konteks hubungan antara etnik dan kestabilan politik di negara ini.
4.5 RUMUSAN
•Dalam pelajaran ini kita telah melihat betapa pentingnya untuk memahami aspek
latar belakang sejarah.

•Politik negara ini dan begitu juga dengan perdebatan-perdebatan politik yang
muncul semasa proses penggubalan .Perlembagaan berlangsung.
PEMAHAMAN
1. Peruntukan mengenai kewarganegaraan di dalam Perlembagaan Malaysia sangat
liberal. Bincangkan.
2. Perkara 153 mengenai hak istimewa orang Melayu adalah suatu peruntukan yang
tidak mengakibatkan taraf, kedudukan dan hak rakyat bukan Melayu
didiskriminasikan secara tidak adil. Huraikan

You might also like