You are on page 1of 5

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/358817845

Perkara 153 jamin hak semua kaum

Article · December 2018

CITATIONS READS

0 3,957

1 author:

Wan Ahmad Fauzi Wan Husain


Universiti Malaysia Pahang
139 PUBLICATIONS   32 CITATIONS   

SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

Kedaulatan View project

Peranan Raja-Raja Melayu Dalam Kemerdekaan Malaysia View project

All content following this page was uploaded by Wan Ahmad Fauzi Wan Husain on 24 February 2022.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


Perkara 153 jamin hak semua kaum
Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Hussain - Disember 3, 2018 @ 11:01am

TERDAPAT kumpulan yang menjadikan istilah bangsa Malaysia sebagai satu slogan
politik untuk mencabar kedudukan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 153 ialah peruntukan mengenai jaminan kedudukan istimewa orang Melayu
dan anak-anak negeri, iaitu pribumi Sabah dan Sarawak, juga kepentingan sah kaum
lain berwarganegara Malaysia.

Barangkali kerana kurang memahami sejarah watan tanah air dan peruntukan
Perlembagaan Persekutuan, hari ini terdapat dua kumpulan yang saling bertentangan.

Kumpulan pertama, mereka yang tidak boleh menerima istilah bangsa Malaysia sama
sekali kerana menurut mereka istilah itu menghapuskan kedudukan istimewa orang
Melayu dan pribumi.

Kumpulan kedua, mereka yang mencabar Perkara 153 kerana berpendirian tidak
perlu lagi ada diskriminasi kaum di Malaysia.

Desakan semak status kewarganegaraan bawa ketegangan

Terkesan dengan cabaran itu, timbul desakan oleh kumpulan pertama kepada
kerajaan untuk menyemak semula status kewarganegaraan kumpulan kedua.
Keadaan ini pastinya boleh membawa kepada ketegangan antara kaum, apatah lagi
orang Melayu adalah rakyat majoriti Malaysia.

Istilah orang Melayu di bawah Perkara 160(2) Perlembagaan Persekutuan berbeza


dengan bangsa Melayu kerana Perjanjian Persekutuan Melayu 1948 memperluaskan
takrifan bangsa Melayu apabila menerima kemasukan kaum bukan bangsa asal
Tanah Melayu sebagai warganegara Persekutuan.

Kefahaman yang betul mengenai istilah jati diri, watan, etnik, bangsa dan kedudukan
Perkara 153 mampu mengeluarkan pembahas daripada kepompong sempit yang
sekian lama gagal melihat keperluan untuk mengukuhkan perpaduan nasional
berteraskan keadilan sosial mengikut acuan watan.

Pada hakikatnya, Perkara 153 meletakkan kewajipan ke atas Yang di-Pertuan Agong,
bukan sahaja untuk menjaga kedudukan istimewa orang Melayu dan anak-anak
negeri, bahkan kepentingan sah kaum lain sebagai warga negara Malaysia.

Kepentingan Perkara 153 perlu dilihat dari sudut sejarah kerana Raja-Raja Melayu
dalam Perjanjian Negeri 1948 telah memberi komitmen kepada orang Melayu dalam
bidang pendidikan, kemajuan ekonomi, kebajikan sosial dan penyertaan dalam
perkhidmatan kerajaan.

Pelihara kepentingan kaum lain


Apabila Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 digubal bagi maksud
pembentukan sebuah persekutuan, perkara yang menyentuh kepentingan orang
Melayu sebagai bangsa asal terus diberi perhatian.

Hal ini tidak pelik kerana melalui kuat kuasa Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu
1948, Raja-Raja Melayu juga memperkenankan bangsa dan kaum asing diterima
masuk sebagai warganegara.

Lantaran itu, kedudukan istimewa orang Melayu diletak di bawah tanggungjawab khas
Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan, yang juga berfungsi untuk memelihara kepentingan
sah kaum lain.

Realiti yang ada pada hari ini menunjukkan ekonomi dan kekayaan Malaysia masih
dikuasai kaum bukan Melayu dan bukan anak-anak negeri.

Kedudukan itu bukti kukuh bahawa Perkara 153 bukanlah satu dasar yang
menghalang kaum bukan Melayu dan anak negeri untuk meraih kekayaan, jauh sekali
bersifat diskriminasi yang bercanggah dengan prinsip keadilan.

Sebaliknya, Perkara 153 ialah susulan daripada komitmen Raja-Raja Melayu di bawah
Perjanjian Negeri 1948 sebelum bangsa dan kaum asing diterima sebagai
warganegara Persekutuan Tanah Melayu. Kewajaran peruntukan sedemikian boleh
dilihat dari sudut sejarah Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.

Apabila British campur tangan dalam hal ehwal Tanah Melayu, doktrin nasihat yang
diperkenalkan melalui perjanjian dengan Raja-Raja Melayu mengubah struktur
ekonomi dan penyertaan ahli perniagaan Melayu yang terdiri daripada pedagang,
peniaga dan pengusaha dalam pelbagai bidang, terutama perdagangan dalam negeri
dan serantau.

Dasar penasihat British lebih berpihak kepada golongan kapitalis dan secara tidak
langsung mengambil alih kawalan dan penguasaan ekonomi daripada pembesar dan
ahli perniagaan Melayu.

Kepentingan luar British mengakibatkan pelabur dan pekerja asing dibawa masuk
secara besar-besaran. Tindakan itu pada hakikatnya untuk memenuhi keperluan
ekonomi British, bukannya berpusat pada pembangunan tempatan di Tanah Melayu.

Menyumbang pembangunan infrastruktur

Namun, tidak dinafikan aktiviti ekonomi hasil daripada dasar British itu menyumbang
kepada pembangunan infrastruktur, pengurusan pentadbiran moden dan
perkhidmatan sosial di Tanah Melayu.

Faktor yang membawa kemajuan di Tanah Melayu turut disumbangkan oleh


tanggungjawab British di bawah perjanjian dengan Raja-Raja Melayu untuk
melindungi negeri-negeri Melayu daripada ancaman luar dan menjaga ketenteraman
awam dalam negeri mereka.
Pada asasnya, pembangunan infrastruktur, sistem pentadbiran moden dan
perkhidmatan sosial yang diwujudkan untuk menyokong aktiviti ekonomi dan
kepentingan British secara keseluruhannya di Tanah Melayu.

Hal yang sama berlaku kepada anak-anak negeri di Sabah dan Sarawak yang turut
terjejas dengan dasar British di dalam negeri masing-masing.

Kewujudan dasar kuota di bawah Perkara 153 hanyalah merangkumi perizaban pada
kadar munasabah yang difikirkan oleh Yang di-Pertuan Agong bagi jawatan dalam
perkara-perkara berikut: Perkhidmatan awam (selain perkhidmatan awam sesebuah
negeri) Biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan yang
seumpamanya atau kemudahan khas lain yang diberikan atau diadakan oleh Kerajaan
Persekutuan Permit atau lesen pertukangan atau perniagaan.

Dalam peruntukan Perkara 153, dimasukkan sekatan bahawa Yang di-Pertuan Agong
tidak boleh melucutkan mana-mana orang dalam perkhidmatan awam atau pemegang
biasiswa atau penerima danasiswa atau keistimewaan pendidikan atau latihan atau
kemudahan khas lain, demi melaksanakan fungsi baginda di bawah Perkara 153
Perlembagaan Persekutuan.

Sekatan yang sama diperuntukkan dalam pengurusan permit dan lesen perniagaan.

Oleh sebab dasar di atas diperuntukkan menurut undang-undang, tidak wajar sama
sekali kedudukan itu dipertikai.

Apa yang lebih penting dan perlu diberi fokus sebenar ialah kaedah pelaksanaan
Perkara 153 yang perlu disemak untuk memastikan tiada seorang pun bangsa
Malaysia dinafikan perlindungan pada sisi undang-undang dan hak terhadap
keperluan asasi.

Tiga lapisan masyarakat

Justeru, Perlembagaan Persekutuan memberi kewajipan khas kepada Yang di-


Pertuan Agong untuk memelihara kedudukan orang Melayu dan anak-anak negeri
serta kepentingan sah kaum lain.

Bagi maksud itu, kerajaan boleh mengambil pendekatan berlapis untuk menyusun
semula sosioekonomi bangsa Malaysia.

Terdapat tiga lapisan besar masyarakat dari sudut sosioekonomi dengan lapisan
pertama ialah golongan korporat.

Kerajaan boleh mewujudkan usaha sama, insentif dan peluang pelaburan buat
usahawan Melayu dan anak-anak negeri (termasuk Orang Asal) yang berwibawa
untuk meningkatkan penyertaan mereka dalam senarai 100 orang terkaya di Malaysia.

Kedua, masyarakat dalam lapisan umum. Kerajaan perlu mengkaji semula bagi
penambahbaikan dari sudut pelaksanaan dasar di bawah Perkara 153 untuk
menyusun taraf ekonomi dan sosial yang lebih sepadan antara kaum.
Ketiga, kumpulan terdesak. Kerajaan perlu merangka dasar tanpa mengira batasan
agama dan kaum untuk mengeluarkan ahli kumpulan itu daripada kemiskinan tegar
melalui skim bantuan pendidikan dan latihan vokasional atau yang bersesuaian.

Kesimpulannya, Perkara 153 adalah satu prinsip perlembagaan yang membenarkan


pelaksanaan dasar keseimbangan antara kaum diwujudkan.

Malah peruntukan itu perlu dikekalkan untuk memastikan pada masa hadapan, kaum
majoriti tidak berasa hak mereka dinafikan kerana kewujudannya terbukti tidak
menafikan peluang mana-mana kaum untuk menjadi kaya raya.

View publication stats

You might also like