You are on page 1of 8

BAHAGIAN B

1a. Kerajaan telah melaksanakan Perancangan Pembangunan Lima Tahun sebagai salah satu usaha membangunkan ekonomi Malaysia. Terangkan secara ringkas TIGA kesan yang jelas dalam pembangunan ekonomi daripada Perancangan Pembangunan Lima Tahun. Kesan Pembangunan lima Tahun - tahap kemiskinan - Perubahan mutu kehidupan penduduk - Perubahan guna tenaga - Perubahan corak pendapatan - Perpaduan - Penyusunan semual masyarakat - Penyususnan ekuiti 1b. Dalam masyarakat yang pelbagai kaum, pembangunan dan pertumbuhan ekonomi tidak dapat dipisahkan daripada is-isu ekonomi yang berkait rapat dengan konteks sosial. Isu utama pembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di Malaysia. Senaraikan EMPAT isu ekonomi tersebut. - Pertumbuhan dan Agihan - Equality dan equity - Dasar ekonomi Baru dan hubungan etnik - Pendidikan - Ekonomi - Bahasa - Ekonomi Islam - Krisis ekonomi - Dasar Penswastaan - Industri automobil dan penglibatan etnik 2a. Terangkan secara ringkas TIGA kepentingan perlembagaan kepada sesebuah negara. 1. menjamin kestabilan politik 2. pemerintahan yang adil dan cekap 3. merangka pembangunan negara 4. menjamin dan mewujudkan perpaduan 5. melindungi kepentingan semua etnik di Malaysia 2b. Terdapat unsur-unsur tradisi yang diwarisi dan diserapkan dalam perlembangaan Persekutuan yang tidak terdapat dalam perlembagaan negara lain. Senaraikan 4 unsur tradisi. 1 Bahasa Melayu 2 Hak istemewa orang melayu 3 Agama islam 4 Kedudukan raja .

Soalan struktur 1. Nyatakan konsep i.) Pembangunan ii.) Modenisasi Jawapan: Pembangunan perubahan sosial yang memperkenalkan idea-idea baru dengan tujuan meningkatkan pendapatan kapital dan taraf melalui kaedah pengeluaran lebih mudah dan struktur organisasi yang lebih baik. Modenisasi - suatu proses transformasi atau perubahan dalam segala aspek kehidupan masyarakat, harus ditempu oleh semua bangsa atau negara. 2. Nyatakan modenisasi di Malaysia dalam komponen ekonomi. Jawapan: I ) Penerapan ilmu saintifik dan teknologi canggih dengan mengetepikan pengetahuan dan teknik tradisional ii.) Pembangunan pertanian komersil iii.)Urbanisasi, iaitu proses perpindahanpenduduk ke bandar iv.)Industrilisasi, iaitu pengeluaran secara besar-besaran dengan menggunakan teknologi canggih di kilangkilang. 3. Nyatakan perubahan dalam sistem pendidikan negara kita selepas Krisis 13 Mei. Jawapan : i.) Melaksanakan penggunaan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar utama di semua sekolah bantuan kerajaan. ii.) Melaksanakan dasar kuota dan biasiswa untuk kemasukan ke universiti. iii.) Memperbanyakkan penubuhan IPT untuk meningkatkan bilangan melayu ke universiti. Esei: Jelaskan ciri-ciri etnik dalam kntek majority demografi, politik dan ekonomi. Jawapan: Demografi: - Orang melayu merupakan etnik majoriti. - Orang cina dan India merupakan etnik minoriti. - Jumlah pendek Malaysia bertambah daripada 22.8 juta orang kepada 24.36 juta orang. Politik - Jumlah kelompok etnik menetukan jumlah undi yang akan diperolehi dalam pilihannya. - Etnik cina bimbang kerana mereka ingin memastikan mereka kekal berpengaruhi dan mengimbangi kuasa politik.

Ekonomi - Etnik Cina memiliki kekayaan yang lebih tinggi berbanding etnik lain. - Perkara ini menjadi isu sehingga mencetuskan rusuhan kaum 1969. - Kerajaan telah menjalankan dasar-dasar untuk keseimbangan kepentingan setiap kumpulan etnik di Malaysia. Struktur: 1. Senaraikan jenis pembinaan asas yang boleh menampung aktiviti import export. Jawapan: a. Jalan raya b. Landasan keretapi c. Perlabuhan 2. Sebab alam sekitar Malaysia diubah untuk membolehkan tanaman Jawapan: Untuk memebuhi bekalan industry di eropah. Seperti getah dan kelapa sawit. 3. Jelaskan proses pembentukan ekonomi mengikut acuan ekonom Malaysia. Jawapan: 1. Ekonomi Malaysia terbentuk melalui pengalaman dijajah oleh British. 2.Modal-modal juga dipisahkan mengikut kelompok etnik seperti modal kaum cina, modal asing dan sebagainay. Aspek ekonomi di Malaysia, aspek etnisiti tidak dapat dipisahkan begitu sahaja. Contoh, dalam DEB, aspek etnisiti tidak boleh dipisahkan. STRUKTUR Nyatakan mengapa Malayan Union ditentang oleh kebanyakan rakyat di tanah Melayu. Jawapan: a) Pemusatan kuasa oleh kerajaan Pusat b)Raja Melayu hilang kuasa kecuali agama dan adat istiadat Melayu. c) Hak kerakyatan: Jus Soli. Setiap etnik menyediakan payung perlindungan kepada etnik masingmasing. Sila nyatakan apakah itu UMNO dan tujuan UMNO ditubuhkan. Jawapan: UMNO, atau dikenali sebagai United Malay National Organization yang mewakili orang Melayu telah ditubuhkan pada Mei 1946, oleh Dato Onn Jaafa r. Ia ditubuhkan untuk menentang penubuhan Malayan Union. Apakah sebab utama kerjasama antara parti diwujudkan? Jawapan: Parti-parti bekerjasama kerana Tanah Melayu terdiri daripada kaum-kaum yang berbilang. Parti-parti bekerjasama untuk mendapatkan kemerdekaan. UMNO,MIC dan MCA bekerjasama untuk menubuhkan Parti Perikatan. Pada pilihan raya 1955, Parti

Perikatan telah memenangi kerusi yang major iaitu, menang dengan 51 kerusi iaitu sokongan majoriti. Pada 31 Ogos 1957, Tanah Melayu telah mendapatkan kemerdekaan dalam lingkungan Commonwealth British. 1) Tuliskan maksud bagi Perlembagaan: a. Definasi Perlembagaan : ______________________________________ b. Konsep Perlembagaan : ______________________________________ Jawapan : a. Perlembagaan merupakan satu dokumen yang mengandungi semua susunan peraturan dan undangundang dasar yang dianggap penting untuk melicinkan pemerintahan dan pentadbiran sesebuah Negara. Perlembagaan berperanan dalam menentukan bidang kuasa pemerintahan, bentuk sesebuah kerajaan dan hakhak rakyat. b. Perlembagaan merupakan satu set perundangan yang mengatur perhubungan antara pemerintah dan rakyat, juga antara rakyat dengan rakyat yang bersifat majmuk seperti Malaysia. 2) Nyatakan ciri-ciri Perlembagaan Malayan Union: Jawapan : a. Semua negeri Melayu, termasuk Pulau Pinang dan Melaka disatukan di bawah satu kerajaan pusat. Singapura tidak masuk dalam Malayan Union dan Kekal sebagai tanah jajahan dengan mempunyai Gabenor dan Majlis Mesyuarat Undangan yang berasingan. b. Malayan Union diketuai oleh seorang Gabenor yang diberi kuasa penuh terhadap perkhidmatan awam. Beliau dibantu oleh sebuah Majlis Mesyuarat Undangan dan Majlis Kerja. c. Pesuruhjaya Residen menjadi ketua pentadbiran tertinggi di negeri-negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat. Beliau juga menjadi pengerusi Majlis Mesyuarat Negeri yang terletak di bawah kawalan kerajaan pusat. d. Majlis Mesyuarat Negeri dikekalkan untuk menguruskan hal-ehwal tempatan dan berada di bawah kawalan kerajaan pusat. e. Majils Mesyuarat Undangan mempunyai bilangan ahli rasmi dan ahli tidak rasmi yang sama banyak. Gabenor berkuasa untuk meluluskan atau membatalkan sesuatu undang-undang. Semua undang-undang yang diluluskan tidak memerlukan tandatangan Sultan atau Raja untuk dukuatkuasakan. 3) Kandungan penting dalam Memorandum Parti Perikatan adalah: Jawapan : a. kewujudan sebuah kerajaan pusat dan kerajaan-kerajaan negeri. b. kewujudan institusi Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong untuk menggantikan jawatan Pesuruhjaya Tinggi. c. Majlis Raja-raja yang sedia ada diteruskan. d. Pembentukan Parlimen yang mengamalkan Sistem Dua Dewan. e. Kewujudan tiga badan pemerintah dan pengasingan kuasa. f. Islam sebagai agama rasmi dan bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan.

g. Takrif Melayu dalam perlembagaan. Esei: 1) Konsep Ketinggian Perlembagaan ialah: Jawapan : Perlembagaan Persekutuan ialah undang-undang tertinggi di Malaysia dan menjadi tungguk semua undang-undang. Sama ada yang sedia ada atau yang bakal digubal. Semua undang-undang yang diggubal tidak boleh bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Jika wujud percanggahan, undang-undang berkenaan dianggap terbatal setakat bahagian yang bercanggah tersebut. Kedudukan Perlembagaan sebagai undang-undang tertnggi amat penting bagi sebuah Negara yang mengamalkan Sistem Persekutuan seperti Malaysia. Ini memudahkan Kerajaan Persekutuan menjalankan kuasa pemerintahan dan pentadbiran dengan licin, tanpa terpaksa bersaing dengan pihak-pihak lain, terutama Kerajaan Negeri. Seiring dengan kedudukan Perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi negara, Parlimen memperoleh kuasanya daripada Perlembagaan. Parlimen mempunyai kuasa yang terhad dan tidak boelh membuat undangundang untuk perkara-perkara yang terletak di luar bidang kuasa yang diperuntukkan kepadanya. Mahkamah mempunyai kuasa untuk membatalkan sesuatu undang-undang yang dululuskan oleh Parlimen jika undang-undang tersebut berada di luar bidang kuasanya dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Ini bermakna mahkamah juga tertakluk kepada kehendak Perlembagaan Persekutuan. Walaupun Yang di-Pertuan Agong menjadi Ketua Negara, baginda juga tertakluk kepada Perlembagaab Persekutuan. Baginda tidak boleh bertindak sesuka hati tetapi perlu menjalankan tugas mengikut bidang kuasa yang diperuntukkan kepadanya dalam Perlembagaan. Oleh itu, tidak ada institusi di malaysia yang boleh mengatasi kuasa dan kedudukan Perlembagaan Persekutuan. Kuasa tertinggi Perlembagaan ini dikenali sebagai ketinggian perlembagaan. BAHAGIAN C 1 Pendidikan asas dijadikan sebagai instrumen utama untuk mencapai tujuan mengintregasi kaum-kaum di Malaysia. Walaubagaimanapun fungsi pendidikan ini nampaknya tidak tercapai sepenuhnya. Polarisasi kaum tetap wujud. Tan You Sua 2007 a. Huraikan pandangan di atas berdasarkan kepada cabarancabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam usaha pemupukan hubungan etnik di Malaysia.. Cabaran-cabaran utama dalam usaha mengeratkan perpaduan dalam konteks hubungan etnik di Malaysia. - Pemisahan fizikal - Sistem pendidikan yang berasingan - Polarisasi dalam kalangan pelajar

- Kontrak sosial - Penguasaan ekonomi - Perbezaan pekerjaan berdasarkan sektor ekonomi - Kepentingan antara etnik dari aspek politik - Cabaran nilai antara etnik - Cabaran Globalisasi b. Huraikan usaha-usaha yang telah diambil oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan dan integrasi di Malaysia. Usaha-usaha yang telah diambil oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan dan integrasi di Malaysia. - Memperkenalkan Rukun Negara - Dasar Ekonomi Baru - Dasar Pembangunan Nasional - Wawasan 2020 - Dasar Pendidikan Kebangsaan - Rancangan Lima Tahun Malaysia - Peranan yang dilaksanakan oleh masyarakat bagi mewujudkan keharmonian dalam hubungan etnik. Rukun Tetangga mengawal keselamatan di kawasan kediaman masing-masing Membuat rondaan yang diwajibkan kepada masyarakat setempat Membantu dalam pembentukan satu bangsa Malaysia Rumah Terbuka diadakan oleh setiap rakyat Malaysia apabila tiba musim perayaan. Sering kunjung-mengunjungi tetangga walaupun berlainan etnik Sukanneka - mewujudkan perpaduan di antara kaum Mengamalkan sikap bertoleransi Rekreasi - melaksana senamam pada setiap pagi atau petang bersama etnik lain Senaman boleh seperti tai chi Melakukan ekspedisi seperti mendaki bukit Kebajikan - mengadakan lawatan ke rumah warga tua atau anak yatim Menwjudkan sikap tolong ,menolong Soalan struktur 1. Jelaskan asas-asas hubungan etnik dalam konteks agama. Jawapan i. Berkenal-kenalan kita perlu mengetahui kedudukan seseorang, corak kehidupan seharian, budaya bangsa atau etnik asal dan sebagainya. ii. Persefahaman kita perlu berpegang teguh kepada ajaran agama dan mengamalkan nilai-nilai hidup murni. iii. Bekerjasama kita perlu memberi kerjasama dalam pelbagai bentuk seperti tenaga, harta dan masa. iv. Persaudaraan kita perlu bergaul dengan perasaan yang penuh jujur dan ikhlas. v. Berkasih sayang kita perlu rasa cinta kepada seluruh warga masyarakat walaupun berlainan kaum dan agama.

vi. Saling menjamin kita perlu sentiasa bersedia untuk melindungi antara satu dengan yang lain. Soalan esei 1. Islam Hadhari merupakan satu kerangka dasar nasional yang akan dijadikan asas perancangan pembangunan Malaysia sebagai sebuah negara Islam maju menjelang tahun 2020. Huraikan prinsip-prinsip Islam Hadhari. Jawapan 1. Keimanan dan ketakwaan kepada Ilahi - Prinsip ini tidak akan memaksa orang bukan Islam untuk memeluk agama Islam dan manusia bebas untuk mengamal agama mereka. 2. Kerajaan adil dan beramanah - Kerajaan menjalankan pemerintahan tanpa mengira faktor keturunan, warna kulit, bangsa, kedudukan, miskin kaya atau perbezaan agama. - Melaksanakan tugas dengan menerapkan nilai-nilai murni dan menolak amalan rasuah, penyalahgunaan kuasa, mengamalkan integriti dan tidak membazirkan sumber kerajaan. 3. Rakyat berjiwa merdeka - Semangat jiwa merdeka ini mesti dipamerkan dengan mempertahankan Negara daripada segala ancaman musuh. 4. Penguasaan ilmu pengetahuan - Rakyat Malaysia boleh menjadi pencipta teknologi, bangsa yang dihormati, mampu memandu pertumbuhan pembangunan Negara dan melahirkan jati diri bangsa Malaysia. - Rakyat Malaysia perlu berusaha menguasai pelbagai displin ilmu. 5. Pembangunan ekonomi yang seimbang dan komprehensif - Selain daripada kerajaan, pihak swasta dan individu sendiri harus memainkan peranan masing-masing dalam memajukan ekonomi Malaysia. - Pembangunan ekonomi mesti diseimbangkan dengan pembangunan kerohanian, dan kemakmuran ekonomi Negara harus dinikmati oleh segenap lapisan masyarakat. 6. Kehidupan berkualiti - Kehidupan berkualiti merujuk kepada taraf hidup yang baik, sistem kekeluargaan yang utuh, sistem masyarakat yang harmoni dan alam sekitar yang sihat. 7. Pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita - Semua rakyat Malaysia adalah sama di sisi perundangan Negara tanpa mengira etnik atau jantina. - Tiada sebarabg bentuk sekatan harus dikenakan bagi mengehadkan penglibatan kedua-dua golongan ini dalam pembangunan Negara. 8. Keutuhan budaya dan moral - Keutuhan budaya dan moral amat penting dalam menguatkan benteng dan jati diri rakyat Malaysia. 9. Pemeliharaan dan pemuliharaan alam semula jadi - Masyarakat Malaysia perlu dididik tentang kepentingan menghargai alam semula jadi melalui penerapan nilai-nilai murni dan tanggungjawab terhadap alam sekitar, penerapan sains dan teknologi berteraskan ajaran agama serta aktiviti penyelidikan dan pembangunan alam sekitar yang terancang dan tersusun.

10.Kekuatan pertahanan dan perpaduan - Setiap Negara semestinya memiliki kekuatan pertahanan yang dapat menjamin keselamatan. - Kerajaan harus berusaha untuk mengeratkan perpaduan antara kaum.

You might also like