You are on page 1of 3

Datuk Lee Chong Wei

Maklumat peribadi
Negara Malaysia
Lahir 21 Oktober
1982 (umur 39)
Bagan Serai, Perak,
Tinggi 1.74 m (5 ka ​8 1⁄2 in)
Berat 68 kg (130 lb/9.4 st)
Tahun aktif 2000-2019
Bersara 13 Jun 2019
Cakat tangan Kanan
Perseorangan lelaki
Rekod karier 713 menang , 135 kalah

Gelaran karier 69
Ranking tertinggi 1 (29 Jun 2006)
Datuk Lee Chong Wei DB PJN AMN DCSM DSPN JP (Cina
Ringkas:  李宗伟 ; Cina Tradisional:  李宗偉 ; pinyin: Lǐ zōng wěi,
lahir pada 21 Oktober 1982) ialah seorang
pemain badminton profesional Malaysia.  Lee merangkul pingat perak
di temasya Sukan Olimpik 2008 dan 2012 dan 2016, maka menjadi
rakyat Malaysia pertama yang layak ke pusingan akhir acara
perseorangan lelaki, sekaligus menamatkan kemarau pingat
Olimpik Malaysia sejak tahun 1996. Pencapaian ini mengurniakan
gelaran Datuk kepadanya, serta sanjungan oleh Perdana Menteri
Malaysia yang keenam Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai wira
kebangsaan.
Lee menduduki tangga teratas dalam ranking pemain badminton lelaki
perseorangan selama 199 minggu berturut-turut, iaitu pada 21 Ogos
2008 hingga 14 Jun 2012. Beliau ialah pemain badminton Malaysia
ketiga yang mencapai tangga teratas selepas Rashid Sidek dan Roslin
Hashim (semenjak ranking rasmi dimulakan pada 1980-an), dan juga
satu-satunya jaguh badminton Malaysia yang mempertahankan
kedudukan teratasnya selama lebih dua minggu. Beliau merupakan
duta dan jurucakap bagi jenama cat Pentens sejak 2013.
Lee dilahirkan pada 21 Oktober 1982 di Bagan
Serai, Perak, kepada pasangan Lee Ah Chai dan Khor Kim
Choi. Pada zaman kanak-kanaknya, ketika bersekolah di
SRJK (C) Jit Sin (B), Berapit, Lee gemar bola keranjang,
namun ibunya melarangnya daripada menceburi sukan itu
gara-gara bahang yang melayur di luar gelanggang bola
keranjang, sejak itu, beliau mula mempelajari badminton
ketika berusia 11 tahun, apabila bapanya yang gemar
bermain sukan ini membawanya ke gelanggang badminton.
Setelah menarik perhatian seorang jurulatih tempatan,
jurulatih itu meminta izin bapa Lee agar Lee menjadi anak
didiknya. Setelah mendapat restu bapanya, maka jurulatih itu
mula melatih Lee selepas waktu sekolah. Setelah bakatnya
dikesan oleh Misbun Sidek, barulah beliau menyertai
pasukan kebangsaan pada usia 17 tahun.

You might also like