You are on page 1of 2

Tokoh Sukan: Lee Chong Wei

Maklumat peribadi

Nama penuh: 李宗伟


Tarikh lahir :21 Oktober 1982
Tempat lahir :Pulau Pinang, Malaysia
Tinggi :1.74 m (5 ft 8+1⁄2 in)
Berat :60 kg (130 lb/9.4 st)
Perseorangan lelaki
Negara Malaysia
Tangan kegemaran: Kanan
Jurulatih :Misbun Sidek

Ranking tertinggi :1 (24 Ogos 2006)


Ranking terkini: 1
BWF ID: 50152
Rekod pingat Olimpik
Peserta untuk Malaysia
Badminton - lelaki
Perak Beijing 2008 Perseorangan

Datuk Lee Chong Wei


Ini merupakan nama orang dalam bahasa Cina; nama keluarganya ialah Lee (李).
Datuk Lee Chong Wei (Cina Ringkas: 李宗伟; pinyin: Lǐ zōng wěi lahir pada 21 Oktober
1982) seorang pemain badminton professional dari Malaysia. Beliau merupakan
pemenang pingat perak bagi acara perseorangan lelaki dalam Sukan Olimpik 2008,
mengakhiri kemarau pingat kontinjen Malaysia di Olimpik sejak 1996, dan Najib Tun
Razak menganggap beliau sebagai hero nasional melalui kejayaan beliau dalam
temasya itu

Kerjaya Badminton
Chong Wei telah bermain badminton di Sukan Olimpik 2004 bagi perseorangan lelaki
dengan menewaskan Ng Wei dari Hong Kong pada pusingan pertama. Pada pusingan
kedua, Chong tewas kepada pemain dari Republik Rakyat China, Chen Hong. Lee
Chong Wei tidak pernah tewas dalam Terbuka Malaysia untuk 3 tahun berturut-turut
dimenanginya. Pada tahun 2005, buat pertama kalinya Lee bermain dalam kejohanan
bertaraf 5 bintang iaitu Terbuka Danish. Beliau berjaya menjuarai terbuka Malaysia
dan memungut pingat gangsa dalam kejohanan dunia. Kemuncak kariernya ialah pada
tahun 2006 dimana ketika beliau berjaya merangkul gelaran ranking nombor satu
dunia. Pesaing utama Lee Chong Wei ialah Lin Dan, Taufik Hidayat, Bao Chunlai, Sony
Dwi Kuncoro dan Peter Gade.

You might also like